Anda pernah melancong ke Ho Chi Minh? Kebanyakan tarikan utama pelancong yang terbaik di Ho Chi Minh (Saigon) adalah berkisar kepada peristiwa perang dan penjajahan pada abad ke-20.
Bunyinya kedengaran agak suram, dan ini tidak dinafikan, namun terdapat beberapa aktviti sejarah di sini yang benar-benar menarik dan sesuai untuk semua peringkat usia.
Dari seni bina Perancis yang klasik hingga kepada kapal perang Amerika yang kekal sempurna dipelihara rapi, aktiviti berjalan-jalan di Ho Chi Minh adalah seperti melihat gambaran masa lalu hidup di depan mata, dengan begitu banyak tempat menarik bertebaran di seluruh bandar Ho Chi Minh.
Sudah tentu, dengan perubahan masa dan juga sebagai sebuah bandar raya dan pusat perniagaan terbesar di Vietnam, bangunan pencakar langit mulai mengapai awan dan menggabungkan sisi baru dan lama Vietnam dengan caranya yang tersendiri.
- Lihat Pakej Percutian Ho Chi Minh
- Lihat Penginapan Terbaik di Ho Chi Minh
- Lihat Aktiviti Terbaik di Ho Chi Minh
- Lihat Peta Percutian Ho Chi Minh
Pin
Dengan panduan kami kepada ‘Top 10’ Tempat melancong ke Ho Chi Minh ini, anda bolehlah mendapatkan sedikit-sebanyak maklumat yang diperlukan untuk memastikan anda tidak terlepas apa-apa yang bandar hebat ini tawarkan.
Muzium Peninggalan Perang (War Remnants Museum)
Muzium Peninggalan Perang ini merupakan sebuah muzium yang menenangkan dan tidak dapat dilupakan, yang secara terperincinya menerangkan kesan-kesan peperangan panjang yang mengambil masa 30 tahun antara tentera Amerika dan Vietnam.
Terdapat beberapa buah kereta kebal yang dijaga rapi, pesawat-pesawat dan alatan-alatan perang lain di kawasan luar muzium, namun informasi yang benar-benar mencengkam jiwa berada di dalamnya.
Gambar-gambar, pameran, dokumen-dokumen bertulis menunjukkan betapa ngerinya tentera Amerika menurunkan moral mereka demi untuk cuba dan menewaskan Tentera Utara Vietnam.
Percutian Ke Ho Chi Minh Cu Chi Tunnels
Ini merupakan satu pengalaman yang unik bagi para pengunjung kerana mereka dengan sendirinya dapat merasai perasaan menakjubkan.
Berjalan di dalam terowong khas tentera vietnam dahulu yang digunakan untuk berjalan-jalan di sekitar tanpa dikesan oleh pihak musuh mereka.
Terdapat sebuah filem berinformasi untuk ditonton, diikuti dengan lawatan berpandu ke beberapa lokasi rekreasi olok-olok akan kehidupan harian bagi Viet Cong bersembunyi di dalam hutan.
Kereta kebal yang terbakar menimbulkan latar belakang unik untuk bergambar dan semua orang kemudiannya akan dapat merangkak ke dalam terowong kecil yang telah diperluaskan dan disokong oleh konkrit.
Melancong Ke Ho Chi Minh: Kuil Cao Dai
Kuil Cao Dai merupakan pusat agama Cao Dai, sebuah agama yang mengambil alih sedikit kefahaman agama Buddha, Kristian, Islam, taoisme dan Konfusianisme.
Para pelancong dialu-alukan untuk melawat kuil ini dan mengenali lebih lanjut akan kepercayaan ini yang mana dipraktiskan oleh beberapa orang pengikut yang khusus.
Setiap pengamal Dao Dai memakai jubah putih untuk memasuki kuil berkenaan dengan ikatan tambahan untuk menandakan agama yang mereka telah anuti sebelum ini.
Kuil ini adalah sangat terang dan berwarna-warni dengan selusur naga terbang dan juga lukisan mural awan menghiasi silingnya.
Menara Bitexco dan Dek Langit
Jika melancong ke Ho Chi Minh jangan lupa pergi ke menara Bitexco. Bitexco Tower merupakan sebuah menara pejabat ultra moden yang terletak di Ho Chi Minh, dengan pencirian bujur yang bertindak sebagai pad pendaratan helikopter.
Berdiri setinggi 262 meter, bangunan 68 tingkat ini adalah bangunan tertinggi sekali di seluruh Vietnam dengan sky dek menawarkan pemandangan 360 darjah akan kawasan bandar dan juga sekitarnya.
Juga sebuah bar langit yang dikenali sebagai Alto di mana anda boleh melihat keseluruhan Ho Chi Minh sementara menikmati minuman dan juga hidangan.
Berkunjunglah kesini untuk melihat matahari terbenam dan jangan lupa kamera anda!
Istana penyatuan (Reunification Palace)
Bertindak sebagai sebuah pusat arahan bersekutu dan juga tempat di mana Vietnam Utara menatakan kemenangan dalam Perang Amerika, Istana Penyatuan ini telah memainkan peranan dalam beberapa peristiwa yang luar biasa.
Istana tua ini pada dasarnya telah dibekukan dalam waktu semenjak kereta kebal tentera Vietnam Utara memecah masuk melalui pintu-pintu gerbangnya pada tahun 1975.
Para pengunjung akan dapat menemui bilik rahsia, dewan penerimaan besar dan juga bunker pemerintahan di mana Jeneral Ngo Dinh Diem mengaturkan strategi peperangan.
Melawat Zoo Bandar Ho Chi Minh
Ho Chi Minh City Zoo merupakan tumpuan utama dan paling sesuai untuk aktiviti keluarga bagi pelbagai acara menyeronokkan. Ini juga adalah destinasi percutian yang unik jika anda melancong ke Ho Chi Minh.
Untuk merehatkan diri seketika daripada imbauan sejarah suram Vietnam, zoo ini merupakan lokasi terbaik untuk melihat kepelbagaian haiwan dari serata Asia dan juga seluruh dunia.
Gajah-gajah merupakan antara haiwan tarikan utama di sini bersma-sama dnegan monyet, harimau, badak air dan juga pelbagai haiwan reptilia.
Selain daripada pameran haiwan, terdapat juga taman botani yang luas dan kawasan permainan kanak-kanak kecil yang agak ketinggalan zaman.
Sila ambil perhatian bahawa keadaan zoo di sini adalah tidak serupa seperti yang anda temui di tempat serupa di Malaysia atau Singapore.
Pejabat Pos Pusat Ho Chi Minh
Ho Chi Minh Central Post Office ini merupakan sebuah contoh seni bina indah tinggalan kolonial Perancis, yang mana terpelihara dengan sempurnanya tanpa perubahan yang banyak sejak ia dibuka pada tahun 1891.
Bangunan ini masih lagi berfungsi sebagai pejabat pos utama di bandar ini dan mengirim surat atau poskad adalah amat disyorkan untuk merasai sejarah itu hidup kembali.
Indah dipandang walau dari mana sudut sekalipun, bangunan ini direka oleh Gustave Eiffel, yang mana merupakan pereka sama akan Menara Eiffel di Paris.
Bercuti Di Ho Chi Minh: Katedral Notre Dame
Terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Pusat, Katedral Notre Dame ini merupakan satu lagi peninggalan zaman kolonial Perancis, namun ianya dipelihara dalam keadaan sempurna dan masih menjalankan aktiviti beribadah pada setiap hari Ahad.
Kebanyakan bahan-bahan binaannya adalah diimport dari Perancis dan ianya memiliki sentuhan jelas Gaul dengan dua menara panjang berukuran 60 meter.
Di hadapan gereja ini merupakan sebuah patung besar Virgin Mary atau ‘Notre Dame’.
Bersambung…