Jika anda ingin bercuti di Korea pada musim salji, ada beberapa perkara dalam tentatif percutian yang perlu diperhatikan.
Sebenarnya ada pelbagai aktiviti menarik sepanjang aturcara perjalanan anda boleh nikmati pada musim salji.
Tumpuan utama adalah percutian di Ski Resort serta tempat-tempat semulajadi seperti perkampungan yang memiliki pemandangan indah pada musim ini.
Bagaikan dalam drama siri Korea yang anda selalu tonton seperti ‘Winter Sonata‘, di lokasi popular Korea Selatan.
- Lihat Pakej Percutian Korea Selatan
- Lihat Penginapan Terbaik Korea Selatan
- Lihat Aktiviti Menarik di Korea Selatan
- Lihat Peta Percutian Korea Selatan
Anda boleh menikmatinya dengan kesejukan yang menyeronokkan dan anda juga berpeluang bermain permainan seperti papan salji & ski terutamanya di pegunungan salji.
Antara tempat utama yang kami syorkan adalah di Ski Resort, Lotte World Theme Park, Nami Island dan juga lawatan di sekitar kawasan tumpuan Seoul.
Anggaran kos adalah dari RM4300 hingga RM6300 seorang bergantung pada keperluan dan kehendak percutian anda.
Biasanya pakej percutian Korea selatan dengan kos ini adalah standard, berbaloi dan berpatutan. Kurang daripada itu anda perlu berjaga-jaga dan lebih daripada itu adalah dikategorikan pakej mewah.
Pakej Korea ini adalah termasuk kos perjalanan (pengangkutan kategori coach), tempat penginapan, tiket penerbangan ulang alik, makan minum, pemandu pelancong, tiket masuk lawatan, kemudahan WIFI internet & snack atau minuman semasa perjalanan.
Tidak juga dilupakan muatan bagasi sebanyak 20kg percuma.
Selain daripada itu, anda hanya perlu menyediakan tip untuk pemandu pelancong dan insuran perjalanan sendiri. Untuk kepastian sila rujuk kepada perunding perkhidmatan pelancongan anda. Pastikan anda jelas dengan tawaran yang disediakan.
Kebiasanya untuk percutian musim salji di Korea Selatan, anda akan menginap di Seoul dengan hotel-hotel yang diiktiraf selama 3 malam.
Untuk 1 malam lagi pula anda akan menginap di pegunungan Seorak dan ada pelbagai resort ski disediakan.
Penerbangan yang lazimnya ke Seoul adalah dengan Air Asia X, selain daripada itu adalah seperti Korea Airlines.
Dibawah ini adalah cadangan aturcara perjalanan percutian Korea Musim Salji:
Cadangan Aturcara Musim Salji 5 Hari 4 Malam
Antara kos yang terlibat dalam Pakej Korea Musim Salji
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Pengangkutan (coach) – WIFI
- Penginapan di hotel 3 bintang termasuk sarapan pagi
- Di SEOUL 3 malam: Contohnya Bernoui Hotel atau seperti dengannya
- BONUS 01 malam di Ski Resort ‘Winter Season’
- Hidangan seperti di dalam aturcara
- Tiket lawatan seperti didalam aturcara
- Air Mineral
- Pemandu pelancong bertauliah
- Ketua Kumpulan Professional
- Bagasi 20kg pergi dan balik seorang
- Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu (Biasanya RM120)
- Insuran Perjalanan (Biasanya RM50)
- Hidangan di dalam kapal terbang
- Lain-lain yang tidak dinyatakan
Bersambung…