Apabila kita mengembara atau melancong ke luar negara atau menjelajah ke seluruh dunia amnya, adalah menjadi sukar untuk mengekalkan tabiat pemakanan yang menyihatkan.
Kebiasaannya, amalan pemakanan kita yang biasa akan berubah 100% dan kita cenderung untuk makan makanan yang kurang menyihatkan, sekadar untuk merasa senang dan selesa.
Sebenarnya, dengan sedikit perancangan mudah, anda boleh mengatur tabiat pemakanan anda ketika melancong dengan mengikuti 10 tips pemakanan yang disyorkan ini.
1. Bawa makanan anda sendiri
Apabila berada di negara luar, untuk mendapatkan makanan yang menyihatkan atau bersesuaian dengan keperluan kita adalah agak sukar.
Oleh itu, digalakkan untuk membawa bersama makanan kaya dengan protein agar tidak terpengaruh untuk makan makanan ringan seperti kek atau coklat.
Kebanyakan pengilang-pengilang makanan kini mulai menghasilkan snek mereka sehidangan penuh, yang mana sesuai untuk dibawa mengembara.
Pilihlah campuran makanan yang berprotein dan berkarbohidrat tinggi untuk sumber tenaga anda seperti:
kekacang dan bar kacang, Bar protein, buah-buahan kering, bar granula dan sebagainya.
2. Terbang? Bungkus makanan tengahari anda sendiri
Lapangan terbang terkenal dengan pilihan makan yang kurang menyihatkan, kebiasaannya anda akan menemui kedai makanan segera sahaja.
Oleh demikian, kecenderungan anda untuk makan makanan segera yang kurang menyihatkan adalah sangat tinggi.
Pek makanan anda sendiri dari rumah dan mulailah mengembara dengan makanan menyihatkan!
3. Jangan biarkan diri terlalu lapar
Salah satu sebab utama anda mungkin makan berlebihan adalah kerana anda kurang makan.
Apabila merasa lapar, amat sukar untuk menahan diri dari memakan burger dan fries, yang mana berminyak dan kurang menyihatkan.
Buat perancangan bagi makanan anda seterusnya sebelum anda menjadi terlalu lapar, dan kunyahlah snek berprotein tinggi jika masa makan terlalu jauh.
4. Sebelum mengambil pinggan untuk bufet sarapan pagi hotel, semak apa yang ada
Buat penilitian akan pilihan makanan yang ditawarkan dan anda akan mampu membuat keputusan lebih baik.
Elakkan daripada kuih-muih dan manisan serta kek coklat berminyak dan pilihlah telur dadar putih, oatmeal tanpa gula, atau yogurt dengan buah-buahan segar.
Pilih lokasi tempat duduk yang jauh dari makanan, dan belakangi bufet yang ada – ini akan mengurangkan keinginan anda dalam masa yang singkat.
5. Tiada masa untuk bersarapan pagi? Dapatkan protein segera
Jika anda sudah biasa melangkau sarapan pagi, anda tahu ia bukanlah idea yang baik.
Namun, jika anda memilih untuk berbuat demikian, bawakan bersama bungkusan minuman segera berprotein dan minumlah bersama kopi anda.
6. Satu hidangan mentega kacang adalah sesuai untuk perjalanan antarabangsa
Tidak kira di mana anda berada di dunia, anda sentiasa boleh mendapatkan roti kosong – roti pita, tortillas, baguette atau naan.
Sapukan mentega kacang diatas roti anda dan anda sudah memiliki makanan bertenaga dan menyelesakan untuk pengembaraan anda.
7. Buat pesanan terlebih dahulu
Jika anda mengembara bersama teman atau kenalan, pilih makanan yang menyihatkan daripada menu dan buat pilihan terlebih dahulu.
Dengan demikian, anda mengurangkan potensi mengubah fikiran apabila teman-teman anda membuat pesanan untuk makan stik atau kentang goreng berminyak.
8. R&R (Rest and Relaxation) – Rehat dan Rawat
Apabila mengembara sambil memandu, adalah mudah untuk berhenti di kedai-kedai runcit tepi jalan atau R&R.
Anda boleh membeli makanan menyihatkan daripada pilihan bar salad/ buah-buahan untuk makan tengahari atau makan malam anda.
Bungkuskan buah-buahan dan makanan ringan tambahan untuk dimakan di bilik hotel anda.
9. Elakkan makanan segera
Anda tahu bahawa ianya enak – namun anda juga tahu bahawa ia boleh membuatkan anda merasa tidak selesa kemudiannya.
Dengan pancaran lampu neon dan warna-warna terang, restoran-restoran makanan segera sangat mudah untuk menarik perhatian anda.
Lakukan carian segera di dalam telefon pintar anda untuk mencari lokasi restoran yang lebih menyihatkan.
10. Minum
Kekal terhidrat semasa pengembaraan adalah penting untuk menangani persekitaran kapal terbang yang kering dan minuman berkarbonat manis yang telah anda minum.
Bawakan botol yang boleh diisi semula untuk penerbangan anda, jadi anda tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada secawan kecil air yang diedarkan oleh atendan penerbangan anda.
Air adalah elemen penting untuk kesihatan dan fungsi tubuh kita. Semasa melancong, kita mungkin terdedah kepada cuaca yang panas, kering atau berangin, yang boleh menyebabkan dehidrasi.
Dehidrasi boleh menjejaskan prestasi fizikal dan mental kita, serta meningkatkan risiko jangkitan atau penyakit.
Oleh itu, pastikan anda minum air yang mencukupi semasa melancong, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Elakkan minuman yang mengandungi alkohol, kafein atau gula tambahan, kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran air kencing dan menambah beban kalori.
Konsep Makan Untuk Kehidupan
Pilih tempat makan yang bersih dan selamat semasa melancong, anda mungkin ingin mencuba pelbagai jenis makanan tempatan yang menarik dan lazat.
Namun, anda perlu berhati-hati dengan kebersihan dan keselamatan makanan yang anda makan, kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anda.
Elakkan makan di tempat-tempat yang tidak bersih, tidak berlesen atau tidak mematuhi amalan pengendalian makanan yang baik.
Pilih tempat makan yang ramai pengunjung, memasak makanan dengan sempurna dan menyediakan air minuman yang bersih atau dibotolkan. Jika anda ragu-ragu dengan kualiti makanan, lebih baik anda mengelakkannya.
Melancong bukanlah alasan untuk melupakan prinsip pemakanan sihat. Anda masih perlu makan dengan seimbang dan pelbagai untuk mendapatkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda.
Cuba untuk mengambil makanan daripada semua kumpulan piramid makanan iaitu bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, protein dan lemak sihat.
Jika boleh, pilih makanan yang dimasak dengan kaedah yang sihat seperti direbus, dikukus, dipanggang atau ditumis, dan elakkan makanan yang digoreng, berlemak atau bergula tinggi.
Juga elakkan pengambilan garam atau sos yang berlebihan, kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan bengkak.
Nikmati makanan tempatan dengan sederhana Salah satu kelebihan melancong adalah dapat mencuba makanan tempatan yang unik dan sedap.
Anda tidak perlu menafikan diri anda daripada pengalaman ini, tetapi anda perlu melakukannya dengan sederhana.
Jangan terlalu banyak atau terlalu kerap makan makanan tempatan yang boleh meningkatkan pengambilan kalori, lemak, gula atau garam anda.
Cuba untuk memilih satu atau dua hidangan khas setiap hari, dan berkongsi dengan rakan-rakan anda jika hidangan itu besar atau berat.
Juga cuba untuk mengimbangi makanan tempatan dengan makanan yang lebih sihat atau ringan pada waktu makan yang lain.
Melancong adalah aktiviti yang menyeronokkan dan memberi peluang untuk menikmati keindahan alam, budaya dan makanan di tempat-tempat baru.
Namun, melancong juga boleh menimbulkan cabaran kepada kesihatan dan pemakanan kita, terutama jika kita tidak merancang dengan baik. Oleh itu sentiasa peka dengan kesihatan anda, makan untuk kehidupan bukanlah hidup untuk makan.