Bercadang melancong ke Yogyakarta? Di Yogyakarta Indonesia, anda boleh temukan banyak kuil dan juga gunung berapi.
Negara ini sememangnya kaya dengan khazanah alam semulajadi dan juga sejarah.
Di dalam banyak-banyak kuil dan juga gunung berapi yang terdapat disana, terdapat beberapa yang lebih menonjol dan terkenal berbanding yang lain.
Begitu juga halnya jika anda berkunjung ke Yogyakarta, anda pastinya pernah mendengar mengenai Kuil Borobudur dan juga Gunung Berapi Merapi.
Jika damati tempat-tempat ini seperti sebuah keramat dan menyimpan pelbagai misteri.
Dua tempat ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan juga luar negara.
- Lihat Pakej Percutian Yogyakarta
- Lihat Penginapan Terbaik Yogyakarta
- Lihat Aktiviti Menarik di Yogyakarta
- Lihat Peta Lokasi Percutian Yogyakarta
Mari kita lihat fakta menarik tentang percutian di Yogyakarta ini
Melancong Ke Yogyakarta Kuil Borubudur
Kuil ini merupakan diantara kuil yang sangat terkenal dan terbesar di dunia.
Ia terletak di Magelang, Jawa Tengah, Indonesia. Ia dibina pada abad ke-9 dan memiliki 504 patung Buddha dan dipuncaknya, anda boleh temukan sebuah stupa.
Borobudur memiliki 9 platform yang mana 3 daripadanya berada didalam lingkaran dan 6 lagi berada didalam bentuk persegi.
Kuil Borobudur ini mempunyai beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu.
Fakta 1: Patung Buddha
Anda dapat temukan sebuah stupa di puncak Kuil Borobudur dimana disekelilingnya terdapat 72 patung Buddha.
Patung-patung ini terletak didalam lubang stupa.
Fakta 2: Candi-Candi Buddha
Kuil Borobudur merupakan kuil Buddha terbesar di dunia dan juga turut dikenali sebagai monumen Buddha terbesar di dunia.
Fakta 3: Rekabentuk Kuil Borobudur
Rekaannya menggabungkan dua konsep iaitu konsep Buddha dan juga konsep Jawa.
Hasilnya adalah seperti apa yang anda dapat lihat pada hari ini dimana ia menghasilkan suatu bentuk rekaan yang agak unik dan mengagumkan.
Jika anda melihat kepada perincian rekaannya, ia mengetengahkan konsep untuk mencapai Nirvana seperti apa yang ada didalam ajaran Buddha.
Fakta 4: Pengaruh India
Walaupun ia dibina di Yogyakarta dan merupakan kuil Buddha, rekaannya juga terdapat ciri-ciri pengaruh India.
Pengaruh India yang dapat ditemukan didalam rekaan Kuil Borobudur ini adalah seni Gupta.
Fakta 5: Fungsi Borobudur
Seperti mana tempat keagamaan agama lain, Kuil Borobudur merupakan tempat suci bagi mereka yang beragama Buddha.
Ia menjadi tempat ziarah bagi mereka yang beragama Buddha.
Fakta 6: Kosmologi Buddha
Di Kuil Borobudur ini, anda akan temukan tiga tingkat kosmologi. Tingkat pertama adalah tingkat dimana ia menggambarkan dunia keinginan iaitu Kamadhatu.
Tingkat kedua pula menggambarkan dunia bentuk iaitu Rupadhatu dan tingkat ketiga adalah dunia tidak berbentuk iaitu Arupadhatu.
Gunung Berapi Merapi – Gunung yang aktif
Gunung Merapi merupakan diantara gunung yang masih aktif dan banyak berita mengenai letusannya. Namun begitu, perkara ini tidak menjadi penghalang buat mereka yang gemar untuk mendaki.
Ancaman letusan gunung ini seolah-olah menjadikannya lebih menarik untuk didaki.
Fakta 1: Aktif setiap 5 tahun
Secara puratanya, ia akan meletus setiap 5 tahun sekali dan disebabkan oleh hal ini, ia telah tergolong didalam kalangan gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Kali terkahir ia meletus adalah pada tahun 2010.
Fakta 2: Puncaknya tidak begitu mengasyikkan
Jika anda bandingkan pemandangan puncaknya dengan tempat lain, anda akan rasakan ia tidaklah secantik tempat lain.
Namun, perkara-perkara seperti keaktifan gunung ini yang membuatkannya menjadi tarikan kepada pengunjung.
Fakta 3: Banyak kisah-kisah mistik
Gunung Merapi juga banyak menyimpan kisah-kisah mistik dan seram. Ia juga menjadi diantara penyebab dimana ramai yang tidak sanggup untuk menaiki gunung ini sehingga ke Lereng Merapi.
Dikatakan dikawasan ini dan beberapa lokasi lain merupakan tempat berkumpulnya makhluk halus.
Ada yang mengalami gangguan apabila bermalam disini dan letusannya pula dikaitkan dengan pesta yang dilakukan oleh makhluk halus.
Fakta 4: Anda dilarang mendaki ke puncak
Peraturan ini telah dikeluarkan sejak dari dahulu lagi namun ramai yang melanggarnya. Larangan tersebut dikeluarkan atas tujuan keselamatan pendaki sendiri.
Hal ini kerana para pendaki berisiko untuk terjatuh kedalam kawah gunung berapi seperti mana yang berlaku dalam satu kejadian pada tahun 2015 dimana seorang pendaki telah terjatuh kedalam kawah Gunung Merapi dan terkorban.
Menarik bukan fakta kedua-dua tempat ini?
Sebenarnya banyak lagi perkara menarik yang boleh anda ketahui apabila anda berkunjung sendiri kesana dan berbual dengan penduduk setempat.
Lebih banyak kisah dan perkara baru yang akan anda pelajari. Sekian sahaja untuk arikel kali ini berkenaan fakta menarik tentang Kuil Borobudur dan Gunung Berapi Merapi.
Senarai Tempat Percutian Paling Popular di Yogyakarta
Seperti yang diterangkan sebelum ini, Yogyakarta, atau juga dikenali sebagai Jogja, Yogya, atau Jogjakarta, adalah sebuah bandar raya yang terletak di tengah-tengah Pulau Jawa, Indonesia.
Bandar raya ini menawarkan pelbagai tarikan untuk pelancong Malaysia yang mencari pengalaman budaya, sejarah, dan semulajadi yang menarik dan berbeza.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa ramai pelancong Malaysia bercuti ke Yogyakarta:
Kuil Borobudur
Kuil Buddha yang terbesar di dunia ini adalah salah satu keajaiban dunia yang mengagumkan.
Kuil ini dibina pada abad ke-8 dan ke-9, dan mengandungi lebih daripada 500 patung Buddha dan 2,672 panel ukiran yang mengisahkan ajaran Buddha.
Kuil ini juga menawarkan pemandangan indah Gunung Merapi dan sawah padi di sekelilingnya.
Jalan Malioboro
Jalan utama di Yogyakarta ini adalah tempat yang sesuai untuk membeli-belah, makan, dan menikmati suasana bandar.
Di sini, anda boleh menemui pelbagai barangan kraftangan, pakaian, aksesori, dan cenderamata yang unik dan murah.
Anda juga boleh mencuba makanan tradisional seperti gudeg, nasi uduk, nasi rawon, dan nasi rames di restoran-restoran tempatan atau gerai-gerai tepi jalan.
Jika anda ingin merasai pengangkutan tradisional, anda boleh menaiki becak, sebuah kereta sorong yang ditarik oleh manusia.
Gunung Merapi
Gunung berapi yang masih aktif ini adalah salah satu daya tarikan utama di Yogyakarta. Anda boleh melihat keindahan dan keganasan gunung ini dengan menaiki kereta jeep yang akan membawa anda ke kawasan-kawasan yang terjejas oleh letusan terakhir pada tahun 2010.
Anda juga boleh melihat muzium Sisa Hartaku, yang mempamerkan barang-barang yang terbakar dan hancur akibat letusan.
Jika anda lebih berani, anda boleh mencuba mendaki gunung ini pada waktu malam atau subuh, dan menyaksikan matahari terbit yang menakjubkan di puncaknya.
Pantai Timang
Pantai ini terletak di sebelah selatan Yogyakarta, dan menawarkan pengalaman yang mencabar dan mengujakan. Anda boleh mencuba naik gondola, sebuah kereta kabel yang terbuat daripada kayu dan tali, yang akan membawa anda ke sebuah pulau kecil di tengah-tengah lautan.
Di pulau ini, anda boleh melihat pemandangan pantai yang cantik, dan juga mencuba makanan laut segar seperti lobster.
Anda juga boleh mencuba naik giant swing, sebuah ayunan besar yang akan melambungkan anda di atas air.
Goa Pindul
Goa ini adalah sebuah gua air yang terletak di sebelah timur Yogyakarta, dan menawarkan aktiviti yang menyeronokkan dan menyegarkan. Anda boleh mencuba cave tubing, iaitu mengapung di atas pelampung sambil melihat stalaktit dan stalagmit yang menghiasi gua ini.
Anda juga boleh melihat cahaya matahari yang masuk melalui lubang di atas gua, dan mencipta suasana yang ajaib.
Selain itu, anda juga boleh melawat sungai Oya, yang terletak berhampiran dengan goa ini, dan mencuba aktiviti seperti body rafting, flying fox, dan cliff jumping.
Yogyakarta adalah sebuah destinasi yang sesuai untuk pelancong Malaysia yang ingin menikmati kepelbagaian dan keunikan yang ditawarkan oleh Indonesia.
Dengan pelbagai tarikan yang ada, anda pasti tidak akan bosan atau kecewa dengan percutian anda ke sini. Jadi, tunggu apa lagi? Tempah pakej percutian anda ke Yogyakarta sekarang!