fbpx

Ciri-Ciri Pakej Percutian Yang Disediakan

Untuk memastikan anda memahami perkhidmatan yang kami sediakan, di sini kami lampirkan anda maksud dan istilah yang biasa digunakan dalam panduan pelancongan.

Pakej-pakej percutian yang disediakan adalah bersesuaian dengan pelancong Malaysia yang bercadang untuk melancong ke dalam atau luar negara.

Jika anda ada sebarang soalan jangan segan untuk menghubungi kami. Berikut adalah ciri-ciri pakej percutian yang kami sediakan:

Pakej Asas [Ground]

Pakej asas adalah merangkumi semua keperluan asas dalam pelancongan iaitu jadual aturcara perjalanan (itinerary), pengangkutan & makanan-minum seperti yang dinyatakan pada seanarai pakej yang anda inginkan.

Namun bukan semua perkara juga merangkumi pakej asas ini. Ianya adalah pakej yang lazimnya hampir memenuhi keperluan melancong.

Tiket penerbangan adalah tidak termasuk dalam pakej asas ini namun anda boleh bertanyakan kepada kami jika anda juga ingin kami sediakan pakej lengkap dengan tiket penerbangan dan pakej ini biasanya digelarkan pakej penuh (All In).


Pakej Penuh [All In]

Pakej ‘All In’ adalah merangkumi pakej asas ditambah dengan penyediaan tiket penerbangan. Hal ini bermaksud harga pakej adalah termasuk tiket penerbangan dan juga pakej asas.

Sentiasa merujuk kepada keperluan anda dan anda juga diwajibkan membaca semua terma dan syarat yang disediakan dan merujuk kepada atucara yang disediakan bagi pakej tersebut.


Pakej ‘All In’ atau ‘Ground’ biasanya di istilahkan sebagai FIT (Free Independent Tourist) atau juga GIT (Group Independent Tourist), yang mendapat khidmat konsultant pelancongan dari syarikat kami.

Pakej ‘All In’ atau ‘Ground’ dan adalah bersifat ‘take and easy’. Pakej ‘All In’ atau ‘Ground’ juga adalah merujuk kepada pakej ‘private’ yang membawa maksud anda dan rakan, keluarga atau rombongan adalah pergi bercuti tanpa disertai pelancong lain yang tidak pernah dikenali.


Pakej Berkumpulan Lengkap [SIC]

Pakej ‘SIC’ atau seat in coach adalah pakej berkumpulan yang dilengkapi dengan pakej asas dan tiket penerbangan. Cuma yang membezakan adalah pakej SIC dilakukan secara berkumpulan bersama dengan pelancong yang tidak dikenali.

Hal ini bermaksud, setiap perjalanan percutian sesuatu pakej akan disertai pelancong dari individu atau kumpulan lain dengan tujuan destinasi pelancongan yang sama. Biasanya pada jumlah 20-50 orang peserta dalam satu-satu masa.

Kelebiha pakej ini anda boleh bercuti pada kadar perbelanjaan yang jimat kerana anda telah berkongsi dengan pelancongan lain untuk ke destinasi percutian yang sama itu.


Pakej Bulan Madu [Honeymoon]

Pakej bulan madu lazimnya adalah khas untuk dua orang atau pasangan yang telah berkahwin ingin bercuti bagi tujuan keintiman atau ulang tahun kemesraan.

Pakej ini juga merangkumi pakej asas dan biasanya disertakan dengan pilihan ‘Candle light dinner’ dan ‘Spa Treatment’. Pakej bulan madu juga boleh disertakan dengan pilihan penyediaan pakej penerbangan.


Percutian Mesra Muslim

Ciri-ciri pakej percutian yang kami sediakan adalah mesra muslim. Pakej mesra muslim mengutamakan keperluan asas pelancongan muslim seperti kemudahan waktu solat, destinasi percutian bercirikan islamik, makanan halal dan pelbagai lagi.

Biasanya juga, aturacara direka khusus supaya pelancong muslim berasa selesa dengan situasi percutian tanpa rasa jangal. Namun untuk mengawal penglihatan dari perkara yang dilarang adalah diluar kawalan kami.

Pelancong muslim diingatkan agar memilih pakej-pakej yang dirasakan sesuai untuk dikunjungi.


Maklumat Penginapan

Penginapan adalah perkara asas dalam perkhidmatan pelancongan yang kami sediakan. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan dan menyediakan anda penginapan yang selesa dan berkualiti mengikut bajet anda.

Namun begitu penginapan adalah juga atas kawalan bukan dari pihak kami, pun begitu kami akan sentiasa memantau kualiti servis yang disediakan hotel atau rumah penginapan yang kami cadangkan.


Maklumat Pengangkutan

Pengangkutan adalah juga perkara asas yang disediakan bagi setiap pakej yang kami tawarkan. Sukar untuk memisahkan jadual perjalanan dengan pengangkutan.

Adalah dinasihatkan untuk anda mengikut aturcara yang disediakan supaya perjalan aturcara seiringan dengan perkhidmatan pengangkutan disediakan. Kelewatan juga boleh mempengaruhi aktiviti percutian anda.

Namun begitu, sebarang masalah diluar kawalan seperti bencana alam, kesesakan lalulintas atau kemalangan adalah sukar untuk ditangani. Pastikan anda memilik insurans perjalanan yang sesuai.

Pengangkutan yang kami sediakan biasanya dilengkapi dengan permit dan pengesahan pihak berkuasa dan mematuhi ciri-ciri pakej percutian yang ditetapkan undang-undang.

Pun begitu kami berusaha untuk memberikan anda perkhdimatan pengangkutan yang terbaik.


Hidangan & Diet

Kami mengutamakan hidangan yang bersesuai dengan bajet anda. Bagi kebanyakan hidangan yang disediakan adalah berstatus halal. Hidangan hanya disediakan adalah mengikut permintaan. Namun begitu terdapat sesetengah pakej turut menyediakan makanan secara percuma.

Lazimnya setiap pakej menawarkan pilihan waktu makan; sarapan, makan tenghari dan makan malam. Anda boleh memohon untuk kami sediakan hidangan jika perlu seperti makan makanan laut. Sekali lagi sila semak aturcara jika pakej anda dilengkapi hidangan mengikut diet anda.


Tiket Penerbangan

Syarikat kami juga adalah agen penerbangan yang berdaftar dan diiktiraf seperti AirAsia, Malindo, Malaysia Airlines dan banyak lagi mengikut destinasi percutian anda. Kami cuma mengenakan fi yang rendah untuk penyediaan pakej penerbangan.

Kami mampu menyediakan tiket penerbangan secara berkumpulan iaitu lebih dari 9 peserta dalam satu-satu masa. Jika anda mempunyai rombongan lebih daripada 20 orang kami sedia untuk menguruskan tiket percutian anda.


Ciri-Ciri Pakej Percutian: TOC

Terma dan syarat yang disediakan pihak kami adalah adil dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian pelancongan Malaysia. Anda berhak untuk membuat sebarang aduan atau cadangan kepada pihak berkuasa berkait dengan mutu perkhidmatan kami.

Kami sangat mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran berkiatan mutu perkhidmatan kami. Ciri-ciri pakej percutian yang kami sediakan diyakini mesra pelancong dan bersifat santai. Sila lihat terma dan syarat yang kami sediakan.