Pakej Pulau Mabul & Tips Percutian Terbaik 2017 • Melancong.com.my
pakej pulau mabulpakej pulau mabul

Pakej Pulau Mabul

Pakej Pulau Mabul & Pulau Sekitar Kini Menjadi Tumpuan Kerana Keunikan Gugusan Pulau Disini



 

Pakej Pulau Mabul Kini Mendapat Perhatian Ramai

Pulau Mabul dikatakan salah sebuah lokasi terbaik di dunia untuk jurugambar bawah laut. Terletak di kawasan air laut jernih Laut Celebes di luar tanah besar Sabah, ia dikelilingi oleh terumbu karang lembut pada kedalaman dua ke 40 meter.

Dengan keluasan 21 hektar, ia dianggap lebih besar dari Pulau Sipadan yang terletak berhampiran dan menjadi tempat tinggal bagi suku Bajau Laut, iaitu salah satu kumpulan etnik di Sabah.

Menyelam merupakan aktiviti utama di pulau ini dan boleh dilakukan sepanjang tahun.


Hidupan laut yang boleh dilihat di sini termasuk kuda laut, tapak sulaiman eksotik, ikan gobi “Fire”, ikan buaya, ikan “Pipe”, dan belut laut. Terdapat lebih dari lapan kawasan untuk menyelam, setiap satunya memiliki keistimewaan tersendiri.

Terdapat tiga buah resort untuk penginapan para penyelam – dua daripadanya terletak di pulau dan sebuah lagi di atas sebuah platfom minyak yang diubahsuai terletak kira-kira 500 meter dari pantai. Semua resort menyediakan bot ulang alik setiap hari untuk ke Pulau Sipadan dan Kipalai bagi pengunjung. Pakej Pulau Mabul akan datang tidak lama lagi untuk anda.



Artikel Percutian Pulau Mabul & Pulau Sekitar

Pulau di Sabah West Ridge Sipadan

Pulau Di Sabah: Pulau Sipadan Rahsia Keindahan

Anda suka akan keindahan kehidupan bawah laut? Keindahan bawah laut ialah keindahan yang sukar digam
...Selanjutnya ✈
  • Sipadan Island
  • Mid-Reef Sipadan

Menyelam di Sipadan: Aktiviti Menyelam Bertaraf Antarabangsa

Bercadang untuk menyelam di Sipadan? Nama panggilan Sipadan diucapkan dengan penuh rasa hormat oleh
...Selanjutnya ✈
  • Kelabit Highlands, Sarawak
  • Menyelusuri Sungai Kinabatangan
  • Pulau Perhentian

Percutian Malaysia Sisi Basah Dan Liar

Ada banyak yang boleh diceritakan tentang Malaysia. Negara moden yang teratur pembangunannya dengan
...Selanjutnya ✈

pakej pulau mabul

Ke Atas

Scuba In Malaysia
Tips & Promosi Melancong Setiap Minggu
Terus ke email anda & lebih 15 ribu langganan ketika ini
Maklumat anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga