fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Malaysia Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Mersing

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
24 Mei, 2022
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 2 mins read
0 0
A A
0
tempat-menarik-di-mersing

Imej oleh: Kishor

17.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Ada apa di Mersing ni? Berbaloi ke melancong ke Mersing Johor? Haa! Anda silap.

Ibu kota Daerah Mersing di Johor, bandar Mersing yang agak pelik ini, terletak di bahagian timur negeri J, bersambung dengan negeri Pahang.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Perjalanan darat sejauh 2 jam dari Johor Baharu dan 4 jam dari Kuala Lumpur pasti berbaloi.

Dari saiznya, seseorang pelancong mungkin berpendapat bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan di sekitar kawasan ini, tetapi anda mungkin akan mendapat kejutan yang menyenangkan.

Jika anda melihat ke arah timur laut yang terbentang luas itu menjanjikan anda pelbagai destinasi yang mengagumkan.

tempat-menarik-di-mersing

  • Lihat Penginapan Terbaik di Mersing
  • Lihat Aktiviti Menarik di Mersing
  • Lihat Peta Percutian di Mersing

Dari hutan menghijau hingglah ke pulau-pulau terpencil, ditambah lagi dengan makanan yang enak-enak, Mersing berbaloi untuk dilawati.

Pin

  • 1 Hutan Lipur Gunung Arong
  • 2 Pulau Tinggi
  • 3 Pulau Pemanggil
  • 4 Pulau Aur
  • 5 Pulau Dayang
  • 6 Tempat Menarik di Mersing Muzium
  • 7 Pantai Air Papan
  • 8 Perusahaan Keropok Hj Puteh
  • 9 Warung Senin Gerai Pak Habib Sri Lalang
  • 10 Dataran Kembara
Jom kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Mersing Johor ini.


Hutan Lipur Gunung Arong

Hutan-Lipur-Gunung-Arong
Gunung Arong Recreational Forest

Ingin melakukan aktiviti luar bersama ahli keluarga atau membawa anak-anak meneroka keindahan semulajadi?

Jom bawa anak-anak anda bercuti ke Hutan Lipur Gunung Arong yang terletak sekitar 17km dari Bandar Mersing.

Pemandangan-dari-Gunung-Arong-Azren-Omar
Pemandangan dari Gunung Arong | Imej oleh: Azren Omar

Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran masuk untuk beraktiviti di sini, kebanyakkan pengunjung ke sini untuk mendaki ke puncak gunungnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | HQ33+5X, Gunung Arong Recreational Forest, 86900 Mersing, Johor

Pulau Tinggi

Pulau-Tinggi-Aidasalihah
Jeti ke Pulau Tinggi | Imej oleh: Aidasalihah

Pulau Tinggi merupakan salah satu pulau yang terdapat di dalam penjagaan Taman Laut Mersing.

Untuk ke pulau ini anda bakal menempuh perjalanan sekitar 45 minit menggunakan perkhidmatan bot laju.

Pantai-di-Pulau-Tinggi-Vana
Pantai di Pulau Tinggi | Imej oleh: Vana

Jika anda inginkan percutian yang mendamaikan dan tidak sesak dengan orang ramai anda boleh ke pulau ini kerana ia kurang pengunjung namun anda masih boleh menikmati percutian anda dengan beberapa aktiviti menarik.

Jadi nak snorkelling, mandi di pantai atau berbasikal pun tidaklah perlu menunggu giliran atau bersesak!

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, 86800, Mersing, Johor, 86800

Pulau Pemanggil

Pemandangan-Gunung-Buau-Pulau-Pemanggil-Zyda-Azyan
Pemandangan Gunung Buau Pulau Pemanggil | Imej oleh: Zyda Azyan

Pulau Pemanggil merupakan sumber pendapatan bagi kebanyakkan nelayan di sini dan turut terkenal dalam kalangan pemancing.

Di samping itu, pulau ini turut mempunyai beberapa lokasi menarik seperti Teluk Kador, Batu Buau, Kampung Buau, Kampung Pak Kaleh dan Lagun Pantai Lanting.

Resort-di-Pulau-Pemanggil-Ismanizar-Mohd-Ali
Resort di Pulau Pemanggil | Imej oleh: Ismanizar Mohd Ali

Antara kemudahan yang dibangunkan di pulau ini adalah surau, pondok polis, balai raya serta sekolah bagi kemudahan penduduk pulau tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | H8GJ+V9 Pulau Pemanggil, Mersing, Johor

Pulau Aur

Pemandangan-Pulau-Air
Pemandangan Pulau Aur

Jika anda ingin berhenti untuk memikirkan pelbagai masalah yang sedang dihadapi, Pulau Aur merupakan jalan penyelesaiannya.

Di pulau ini elektrik hanya beroperasi pada waktu siang sahaja, tiada rangkaian telefon dan semestinya tiada sambungan internet!

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

Tambahan lagi penginapan di sii berkonsepkan kampung dan hanya menggunakan kipas.

Teluk-Sebukang-Pulau-Aur-Elin-Farizza
Teluk Sebukang Pulau Aur | Imej oleh: Elin Farizza

Jika anda tidak kisahkan tentang perkara tersebut jom bercuti ke pulau yang indah ini.

Anda perlu mengambil pakej yang ditetapkan oleh pihak pengurusan bagi memudahkan urusan percutian di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Gilligans Lodge & Retreat,, Teluk Baai, Aur Island, 86800 Pulau Aur, Johor, Johor

Pulau Dayang

Pemandangan-mengasyikan-Pulau-Dayang-Dayang-Advanture-Park
Pemandangan mengasyikan Pulau Dayang | Imej oleh: Dayang Advanture Park

Pulau Dayang ini merupakan antara pulau yang turut dikendalikan oleh taman laut dan begitu dikenali dalam kalangan penyelam dan pemancing.

Namun begitu, kedudukannya yang paling jauh dari tanah besar timur Semenanjung Malaysia menjadikannya kurang dikunjungi.

Pantai-Memutih-Pulau-Dayang-Afiqah-Ikhwan
Pantai memutih Pulau Dayang | Imej oleh: Afiqah Ikhwan

Untuk ke pulau ini anda perlu menaiki feri yang mengambil masa sekitar 5 jam perjalanan yang beroperasi pada April hingga September.

Aktiviti menyelam dilakukan di Dayang Tip, Captains Point, Telok Jawa, Rayners Rock dan Jeti Dayang.

Selain itu anda boleh melawat perkampungan nelayan, snorkelling, bermain bola tampar pantai dan sebagainya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Dayang, 86800 Mersing, Johor

Tempat Menarik di Mersing Muzium

Muzium-Mersing-Kerwen-Too
Muzium Mersing | Imej oleh: Kerwen Too

Bangunan muzium ini mula dibangunkan pada tahun 1920an dan berfungsi sebagai pejabat pentadbiran serta telah mengalami beberapa pertukaran fungsi dan jabatan sebelum ia dijadikan sebagai Muzium Mersing.

Salah-satu-pamenran-yang-unik-dan-misteri-di-Muzium-Mersing-Yee-Yong-Jing
Salah satu pamenran yang unik dan misteri di Muzium Mersing | Imej oleh: Yee Yong Jing

Muzium yang pernah menjadi pangkalan bagi Tentera Diraja British ini turut menempatkan sejarah penting Perang Dunia Kedua.

Muzium ini memaparkan kembali kisah peperangan Battle Of Endau yang berlaku pada tahun 1942 antara tentera Jepun dan tentera Berikat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:45pm | 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Pantai Air Papan

Pantai-Air-Papan-Khairul-Hazwan
Pantai Air Papan | Imej oleh: Khairul Hazwan

Pantai Air Papan yang terletak sekitar 12km dari utara Mersing ini sering menerima kunjungan daripada warga tempatan dan pelancong luar.

Selain mandi-manda anda boleh duduk bersantai di tepian pantai sambil melihat gugusan pulau yang begitu jelas di pandangan.

Antara gugusan pulau yang boleh dilihat adalah Pulau Besar, Pulau Rawa, Pulau Tioman, Pulau Tengah, Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan.

Anda juga boleh ke Pantai Teluk Buih yang terletak berdekatan dengannya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pantai air papan, Air Papan, 86800 Mersing, Johor

Perusahaan Keropok Hj Puteh

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Mersing 1

Di Mersing ini anda turut boleh mendapatkan keropok lekor, ikan masin, keropok kering, keropok sotong dan pelbagai keropok melalui Perusahaan Keropok Hj Puteh.

Anda turut berpeluang untuk melihat keropok lekor yang dihasilkan dengan cara tradisional iaitu bagaimanan adunannya diuli, dibentuk dan direbus sebelum dijual.

Antara keropok lekor yang mendapat permintaan tinggi adalah yang berasaskan ikan tamban, ikan parang dan ikan selayang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | Kampung Tenglu Kecil, 86800 Mersing, Johor

Warung Senin Gerai Pak Habib Sri Lalang

Warung-Senin-Gerai-Pak-Habib-Sri-Lalang
Warung Senin: Gerai Pak Habib Sri Lalang

Tidak bermaya percutian anda jika tidak mengenakan menu sarapan yang enak sebelum memulakan perjalanan!

Jom ke Warung Senin di Kampung Seri Lalang untuk mencuba roti canai, mi kari, soto dan nasi lemak yang begitu terkenal di sini.

Menu-Gerai-Pak-Habib-Sri-Lalang-Fatin-Salwa
Menu Gerai Pak Habib Sri Lalang | Imej oleh: Fatin Salwa

Anda juga boleh menikmati sarapan di Warung Nasi Tido yang menyajikan hidangan wajib cuba iaitu nasi goreng bersama sup daging atau lebih dikenali nasi tido.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:30am – 5:00pm | Jalan Sheikh Hassan, Kampung Seri Lalang, 86800 Mersing, Johor

Dataran Kembara

Dataran-Kembara-Aloysius-Brian-Tan
Dataran Kembara | Imej oleh: Aloysius Brian Tan

Bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil anda semestinya mencari ruang yang luas dan selamat untuk melepaskan anak-anak anda supaya bebas bermain.

Dataran Kembara merupakan merupakan destinasi riadah yang sesuai untuk anda kunjungi.

Di sini anak-anak boleh bermain sambil menikmati deruan angin laut yang begitu menenangkan. Tambahan lagi terdapat kedai yang menjual layang-layang, buih sabun, snek dan minuman kepada pengunjungnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 22, Jln Ismail, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

Bersambung…

Tags: mersing hotelmersing johormersing resort
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Pulau Rawa Johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Pulau Rawa Johor

  Pulau Rawa adalah antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Pulau ini memilik keunikan dan rahsianya yang tersendiri. Pulau...

Oleh: Hadi Ghazali
7 Mac, 2023
21.9k
Tempat Menarik di Batu Pahat
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Pahat Johor [PALING POPULAR]

  Tahukah anda di Batu Pahat, terdapat taman tema, tempat yang indah, seni bina yang menarik, banyak alam semula jadi...

Oleh: Hadi Ghazali
13 Februari, 2023
20.8k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas