Apakah Tempat Menarik di Sumatera Barat yang popular untuk percutian anda?
Tahukah anda, Sumatera di sebelah barat merupakan salah satu kawasan yang paling indah di Indonesia.
Ianya merupakan kawasan bergunung-ganang dan dibahagikan dengan tiga lembah. Terdapat tasik yang indah dan gunung berapi yang menakjubkan terletak di sini.
Ianya merupakan kawasan tengah kebudayaan Minangkabau.
Kaya dengan masyarakat berbudaya dan berpolitik, yang mana dengan jayanya telah membawa masuk budaya mereka, bahasa, masakan dan kepercayaan mereka ke seluruh Indonesia.
Bandar-bandar dan penduduk-penduduk di sini menguasai seni bina tanduk-kerbau yang unik.
- Lihat Pakej Percutian Padang Indonesia
- Lihat Penginapan Terbaik di Padang
- Lihat Peta Percutian Padang Indonesia
Jom kita lihat 10 tempat paling menarik yang ada di Sumatera Barat Indonesia
Tembok Besar Koto Gadang: Lembah Sianok

Janjang Koto Gadang (Tembok Besar Koto Gadang) diilhamkan dari Tembok Besar China.
Tembok Besar Koto Gadang ini adalah sepanjang jambatan yang menghubungkan BukitTinggi dan Koto Gadang, Sumatera Barat, dengan panjang 1.7 km dan lebar 2 meter.
Ini merupakan satu ikon baru destinasi pelancongan di Sumatra Barat.
Anda pasti akan terpesona dengan keindahan lembah dalam Sianok, Gunung Merapi, Gunung Singgalang dan kawasan sawah padi yang menggambarkan kecantikan mereka.

Di sekitar Lembah Dalam Sianok ini terdapat terowong Jepun. Terowong Jepun merupakan peninggalan penjajahan Jepun yang digunakan untuk pertahanan tentera Jepun pada zaman dahulu dan juga pusat penyimpanan senjata mereka pada waktu itu.
Terowong Jepun ini diasaskan pada tahun 1942-1945. Terowong Jepun memiliki kelebaran 2 hektar dalam. Anda akan menuruni tangga ke bawah dan melintasi banyak lorong yang dibina menurut keperluan pada masa itu.
Melawat ke terowong Jepun akan mengajar anda akan sejarah Indonesia pada masa lalu. Kawasan ini juga dilengkapi dengan Jam Gadang (Jam Besar) yang mana merupakan ikon kepada Bukittinggi dan juga sebuah pasar tradisional.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 6:30pm | Taman Panorama, Kayu Kubu, Kec. Guguk Panjang, Kota Bukittinggi, Sumatera Barat 26136, Indonesia
Lembah Harau

Lembah Harau terletak di bandar Payakumbuh. Lembah ini terletak di antara dua lembah batuan curam dengan ketinggian kira-kira 150 meter.
Di bahagian bawah tebing, bentangan sawah padi dan pepohonan yang menghijau membuatkan Lembah Harau kelihatan lebih mempersonakan.

Kawasan Lembah Harau ini didiami oleh pelbagai haiwan liar seperti monyet, harimau sumatera, beruang, landak dan burung.
Menariknya lagi, lembah ini memiliki tujuh air terjun yang mengalir di Sarasah. Pada musim hujan, aliran air akan menjadi semakin deras. Pemandangan lembah sekitarnya akan kelihatan lebih menakjubkan apabila pelangi muncul selepas hujan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 12:00am | Lembah, Tarantang, Kec. Harau, Kabupaten Lima Puluh Kota, Sumatera Barat 26271, Indonesia
Pulau Sikuai

Pulau Sikuai terletak di daerah Bungus Teluk Kabang, Bandar Padang, Sumatera Barat. Pulau indah ini mempunyai kemudahan yang cukup lengkap.
Terdapat hotel-hotel 2 bintang, restoran, kolam renang, dan jika anda ingin tinggal lebih lama di sana, terdapat beberapa buah kotej untuk penginapan.

Pemandangan di sini adalah amat menakjubkan. Lautnya sangat tenang dan airnya juga jernih.
Anda boleh memenuhi masa anda dengan berenang atau snorkeling untuk melihat keindahan di dasar laut. Anda akan melihat pelbagai hidupan laut seperti terumbu karang dan ikan berwarna-warni apabila anda meneroka di dalam air.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | South Teluk Kabung, Bungus Teluk Kabung, Padang City, West Sumatra, Indonesia
Pulau Cubadak

Pulau Cubadak merupakan syurga tersembunyi yang terletak di pertengahan Lautan Hindi.
Percutian anda pastinya tidak akan diganggu dengan hiruk-pikuk kesibukan kota. Pulau kecil ini menjanjikan ketenangan.
Meskipun Pulau Cubadak ini terletak jauh dari pusat bandar, pulau ini memiliki rumah pelancongan yang indah untuk menikmati pemandangan tempatan yang indah.

Bagaimana Untuk Ke Pulau Cubadak? Dari Padang, anda boleh menuju ke arah Pantai Carocok di Painan. Jarak antara Padang ke Painan adalah kira-kira 77 km. Anda akan mengambil lebih kurang 2 jam merentasi hutan dan sawah padi.
Pantai Carocok merupakan pintu gerbang utama ke Pulau Cubadak.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Ampang Pulai, Koto XI Tarusan, South Pesisir Regency, West Sumatra, Indonesia
Pulau Mentawai

Kepulauan Mentawai dikelilingi oleh Lautan Hindi dan kawasan luar pantai Sumatera Barat. Kepulauan Mentawai memiliki 4 buah pulau yang besar:
Pulau Sipora, Pulau Siberut, Pulau Pagai Utara dan Pulau Pagai Selatan. Kewujudan Kepulauan Mentawai di tengah-tengah laut yang luas menjadikan pantai-pantai di sini memiliki pasir putih dan ombak yang baik untuk peluncuran.
Mentawai adalah salah satu daripada 50 tempat meluncur terbaik dunia merujuk kepada Majalah Surfing.
Kampung Bosua merupakan destinasi yang terbaik kerana ombak tinggi di sini boleh mencecah sehingga 3 meter. Jika anda sukakan pengembaraan, anda perlu mencubanya!

Selain daripada ombak yang menakjubkan yang ada di sini, kepulauan mentawai menyimpan budaya eksotik di dalamnya.
Masyarakat mentawai tinggal di kediaman tradisional yang dipanggil ‘uma’ yang merupakan rumah panjang dan dibuat daripada belahan-belahan buluh yang dianyam bersama-sama untuk membuat dinding, dan bumbung daripada jerami rumput, lantai dinaikkan di atas tiang dan ia diperbuat daripada papan kayu.
Bertatu dilakukan dengan jarum dan kayu yang diketuk pada jarum oleh dukun yang dipanggil sikerei.

Bertatu di pulau ini merupakan sebuah identiti dan keperibadian atau refleksi hubungan masyarakat di sini dengan alam semula jadi, yang dipanggil arat sabulungan.
Walau bagaimanapun terdapat perbezaan motif dan reka bentuk dari kawasan ke kawasan dan di antara puak-puak.
Dari langit Sumatera Barat kelihatan seolah-olah satu gergasi telah menjunam tangan mereka ke khatulistiwa dan mengangkatnya tinggi ke langit, dan kemudian membiarkan ia kembali turun berderaian seperti hujan ke bumi.
Kawasan hutan tanah tinggi yang subur diliputi gunung berapi, air terjun menderu ke dalam jurang dalam dan udara lembab berkabus terhasil secara alam semula jadi di kawasan tasik dalam yang sunyi.
Hutan hujan masih berpaut pada cerun yang paling curam, manakala beras, ubi kayu, kulit kayu manis dan kopi membawakan kekayaan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Mentawai Islands Regency, West Sumatra, Indonesia
Lembah Anai

Lembah Anai merupakan rizab alam semula jadi, yang terletak di daerah Nagari Singgalang. Jika anda pergi dari Padang ke Bukittinggi, anda akan melintasi air terjun yang indah.
Ketinggian air terjun ini adalah kira-kira 35 meter. Ia adalah sebahagian daripada aliran Sungai Batang Lurah dari Gunung Singgalang mengarah ke Lembah Anai.
Sepanjang perjalanan ke air terjun Lembah Anai, anda dapat melihat monyet bergantungan di persekitaran sebagai tanda mengalu-alukan ketibaan pelancong.
Biasanya, Lembah Anai adalah tempat untuk berehat selepas satu perjalanan panjang dari Padang ke Bukittinggi (atau sebaliknya).

Terdapat beberapa kemudahan rumah penginapan disediakan jika anda merancang untuk menetap seketika. Jangan lupa untuk mencuba makanan tempatan Padang yang terkenal di restoran sekitar Lembah Anai ini.
Tempat peranginan Anai terletak 550 meter di atas paras laut. Tempat peranginan ini mempunyai padang golf terbaik di barat Sumatera dengan piawaian antarabangsa.
Ia mempunyai 18 lubang dan telah direka oleh pereka Padang golf terkenal iaitu ‘Thomas and Perret’. Pelbagai jenis kemudahan disediakan di bangle penginapan seperti kolam renang semula jadi dan juga restoran.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | G88Q+H93, Singgalang, Sepuluh Koto, Tanah Datar Regency, West Sumatra 27282, Indonesia
Pantai Gandoriah, Pariaman

Pantai Gandoriah terletak di Pariaman, 60 km dari Padang. Pantai Gandoriah memiliki pasir putih dan gelombang ombak yang tenang.
Sepanjang pantai, terdapat beraneka makanan tempatan yang boleh dinikmati sambil mengamati pemandangan yang indah. Pantai Gandoriah terkenal dengan Upacara Tabuik yang diadakan setahun sekali.
Bagaimana untuk ke Pantai Gandoriah. Ianya adalah amat mudah untuk pergi ke Pantai Gandoriah. Pantai Gondoriah ini terletak berhampiran dengan stesen Pariaman dan pasar tradisional.
Jika anda datang dari Padang, anda boleh pergi ke pantai Gandoriah melalui kereta api dan berhenti di stesen Pariaman. Di hadapan stesen, di situlah pantai Gandoriah. Mudah sekali bukan?
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Komplek Wisata Gandoriah, Jl. Nasri Nasar, Pasir, Kec. Pariaman Tengah, Kota Pariaman, Sumatera Barat 25513, Indonesia
Pantai Manis

Pantai Manis banyak menyimpan cerita-cerita bersejarah. Cerita Malin Kundang menceritakan tentang seorang anak yang tidak taat kepada ibu bapa.
Malin Kundang dikutuk oleh ibunya dan bertukar menjadi batu. Patung tersebut telah dijadikan simbol pada cerita Malin Kundang ini.
Warna pasir di sini tidak seperti warna pantai kebanyakan. Pasir Pantai Manis Hitam seperti besi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2956+J55, Jl. Pantai Air Manis, RT.1/RW.1, Air Manis, Kec. Padang Sel., Sumatera Barat 25215, Indonesia
Tempat Menarik Di Sumatera Barat: Tasik Maninjau

Untuk menyatakan kekaguman akan pemandangan indah Tasik Maninjau, Presiden Pertama Indonesia, Ir. Soekarno, menulis puisi yang berbunyi:
“Jangan makan arai kacang, jika tidak dengan sirih hijau.
Jangan datang ke tanah Minang, jika anda tidak berhenti di Maninjau”.
Tasik Maninjau merupakan sebuah tasik indah yang terletak 36 km dari Bukittinggi. Laluan masuk ke Tasik Maninjau adalah agak berlingkar.
Para pengunjung perlu merentasi jalan curam yang turun dari Bukittinggi. Perjalanan ini akan membuat anda menggenggam tempat duduk anda dengan eratnya kerana jalannya yang berliku tajam dan belokan demi belokan yang mengerikan.
44 buah selekoh yang ada di sepanjang jalan ini telah memberikan namanya iaitu, Kelok 44. Ada dua laluan yang boleh diambil untuk tiba di Tasik Maninjau.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Tanjung Raya, Agam Regency, West Sumatra, Indonesia
Pandai Sikek

Pandai Sikek dikenali sebagai pusat ukiran kraf dan tenunan songket. Pandai Sikek terletak di kaki bukit Gunung Singgalang, Sepuluh Koto, Tanah Datar.
Di kawasan ini, anda dapat melihat kehidupan masyarakat pertanian tradisional. Selain itu, kampung ini mempunyai 1000 alat tenunan.
Lukisan dan perabot daripada kayu juga diperbuat oleh penduduk kampung ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | J97Q+4G, Pandai Sikek, Sepuluh Koto, Tanah Datar Regency, West Sumatra 26181, Indonesia
Bersambung…