Perancangan Bercuti Di Korea Selatan
Korea adalah sebuah rantau di Asia Timur. Sejak tahun 1948 ia telah dibahagikan antara dua negara berdaulat, Korea Utara dan Korea Selatan. Korea terdiri daripada Semenanjung Korea, Pulau Jeju, dan beberapa pulau kecil berhampiran semenanjung.
Ingin mendekati sejarah Korea melalui percutian anda? Disini, kami menyenaraikan empat tempat tumpuan dengan pengiktirafan ‘UNESCO World Heritage Sites of Korea‘.
Hal ini di mana anda boleh melihat dengan dekat kebudayaan dan tamadun yang pernah wujud di Korea melalui peninggalan bersejarah Korea.
Gyeongbokgung
Istana Gyeongbokgung adalah destinasi wajib jika bercuti ke Korea
Semasa pemerintahan Dinasti Joseon, sebuah istana yang paling utama dan terbesar telah dibina dan diberi nama Gyeongbokgung.
Di utara istana ini terdapat gunung ganang dan di sebelah selatan pula terdapat Sungai Han dan ini sekaligus menjadikan istana ini sebuah istana yang strategik.
Jika dibandingan dengan Kesultanan Melayu, istana ini diasaskan lebih awal 5 tahun sebelum wujudnya Kesultanan Melayu yang diasaskan pada 1400 Masihi mengikut sejarah.
Jika di negara kita semua istana dibina mengikut senibina tradisional Melayu, istana Gyeongbokgung kaya dengan senibina tradisional Korea.
Gyeongbokgung, yang juga dikenali sebagai Istana Gyeongbokgung atau Istana Gyeongbok, merupakan istana utama dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395
Malah ianya menunjukkan kemegahan senibina tradisional Korea yang wujud semasa pemerintahan Dinasti Jaseon.
Bagi memastikan golongan muda tidak melupakan sejarah dan pada masa yang sama pelancong dapat menatap keagungan senibina ini, kerajaan Korea masih mengekalkan senibinanya.
Gyeongbokgung adalah kebanggaan masyarakat Korea Selatan yang pada masa yang sama memaparkan simbol semangat jitu mereka.
Tahukah anda bahawa pejabat rasmi Presiden Korea Selatan iaitu Korean Blue House terletak di pintu belakang Gyeongbokgung. Salah satu tempat yang menarik juga bagi pengunjung yang berkunjung ke Gyeongbokgung dan melihat sejarah Korea.
Insa-dong
Insa-dong juga sering dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Korea
Ini adalah tempat yang paling sesuai bagi anda yang ingin membeli hadiah atau cenderamata kepada keluarga dan sahabat handai kerana di sini dipenuhi dengan kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderamata pada harga yang berpatutan.
Malah disini anda boleh mengasah bakat berbahasa Korea anda untuk mendapatkan harga istimewa daripada penjual.
Tak rugi anda belajar bahasa korea dari drama-drama korea. Malah hati-hati disini ramai juga gadis-gadis korea yang comel-comel menjual barang-barang perhiasan seperti gelang, rantai dan lain-lain.
Pulau Nami
Terkenal sebagai destinasi romantik akibat daripada penularan drama terkenal ‘Winter Sonata’
Anda sangat rugi jika melepaskan peluang untuk ke Pulau Nami kerana disini adalah salah satu lokasi penggambaran bagi salah satu drama sensasi Korea pada suatu ketika dulu, Winter Sonata.
Jaraknya 63km dari Seoul dan ianya sebuah pulau yang mempunyai bentuk yang menarik seperti bulan sabit. Malah ianya juga kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah Sungai Han apabila dilihat dari atas udara.
Pelbagai jenis flora tumbuh di sekitar Pulau Nami ini malah keluasannya yang mencapai 460000 meter persegi sangat cantik dengan kehadiran pelbagai jenis pokok seperti pokok ceri, tulip dan ginko yang sangat mendamaikan jiwa.
Puncak Namsan
Nam Mountain adalah puncak, tinggi 262 meter, di daerah Jung-gu di selatan Seoul Selatan, Korea Selatan. Walaupun dikenali sebagai Mongmyeoksan, atau 목멱산
Jangan pelik kalau anda melihat sebuah gunung yang terletak di tengah-tengah kota Seoul yang diberi nama Gunung Namsan.
Malah ekoran kedudukannnya di tengah-tengah bandar maka banyak tempat-tempat yang menarik boleh dilawati. Sebuah perkampungan tradisional orang-orang Korea yang terkenal disini diberi nama Namsagol Hanok Village yang terletak di kaki gunung Namsan ini merungkai sejarah Korea.
Pernah dengar time capsule? Di Seoul juga terdapat sebuah time capsule yang diberi nama Seoul Time Capsule di mana di dalamnya tertanam pelbagai jenis barang-barang yang tiada siapa pun yang mengetahuinya.
Ianya akan dikorek kembali pada 1000 tahun akan datang. Ini bermakna ianya akan dikorek pada tahun 3013 nanti.
Seoul Time Capsule / Kapsul Persahabatan
Jika anda ingin sampai ke puncak Gunung Namsan, anda boleh memilih 3 cara, pertama dengan menaiki cable car yang disediakan.
Kedua dengan menaiki bas kerana untuk pengetahuan anda, kenderaan lain tidak dibenarkan masuk melainkan bas sahaja.
Baca Juga: 70 Tempat Menarik Di Korea Selatan Top & Rare [PANDUAN LENGKAP]
Terakhir dengan berjalan kaki. Anda boleh menggunakan trek dan tangga pejalan kaki yang disediakan.
Khas bagi mereka yang suka berjalan-jalan dan bersenam.
Hantar Mesej Perbualan