Ingin bercuti di Vietnam? Baiklah dalam artikel kali ini kita akan melawat ke Vietnam pula. Bagaimana rasanya bercuti & berbelanja di Vietnam sebuah negara ASEAN.
Cuaca yang tak banyak beza dengan negara kita, malah mungkin panas lebih sikit dari negara kita. Waktu di Vietnam cuma berbeza sejam saja dari negara kita.
Jadi apa yang menarik di Vietnam ni? Bagi mereka yang menjalankan perniagaan di Malaysia, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk ke Ho Chi Minh atau Saigon.
Sebuah syurga membeli-belah yang menawarkan anda dengan harga barangan yang sangat-sangat murah. Tak percaya? Anda wajib datang ke sini!
Biasanya di Saigon, banyak kain-kain yang dijual disini, dan jangan risau jika anda tidak fasih berbahasa Vietnam kerana peniaga-peniaga kain disini sudah semakin fasih berbahasa Melayu. Ini kerana Saigon menjadi pilihan para peniaga dari Malaysia untuk mendapatkan stok kain bagi perniagaan mereka.
Bercuti di Vietnam Sambil Membeli Belah!
Jangan terkejut sekiranya anda lihat ramai rakyat Malaysia berada di pasar ini sedang shopping bersama-sama keluarga atau sahabat-handai mereka.
Salah satu perkara yang menarik jika anda bercuti di Vietnam dan bercadang untuk membeli jubah, anda boleh menempah jubah ataupun baju kurung disini dan boleh disiapkan dalam masa yang singkat.
Jubah boleh disiapkan dalam masa 4 jam sahaja manakala baju kurung hanya mengambil masa sehari.
Memang best kan, kalau di Malaysia, masa yang lebih lama diperlukan untuk menyiapkan baju kurung dan jubah bukan? Jadi jangan lepaskan peluang ini apabila bercuti di Vietnam.
Apabila anda ingin membeli kain disini, peniaga-peniaga biasanya akan menunjukkan kepada anda dua jenis kain yang iaitu kain berkualiti tinggi dan kain kurang berkualiti.
Tiada beza sangat dari segi harga bagi kedua-dua jenis kain ini dan disyorkan anda mengambil kain yang berkualiti tinggi.
Jika anda seorang peniaga, lebih baik anda pentingkan kualiti kain berbanding harga bukan?
Antara tips yang boleh dikongsikan apabila anda ingin menempah baju kurung atau jubah, anda boleh memeriksa samaada kualiti kain itu bagus atau tidak dengan melihat manik-manik yang dilekatkan di kain.
Periksa samada ianya mudah tanggal ataupun tidak. Sesetengah kain yang tidak berkualiti akan tanggal maniknya apabila digaru-garu pada atas kain tersebut.
Tidak lupa juga, disini selain pakai matawang VND, peniaga-peniaga disini juga turut menerima matawang negara kita RM dan juga matawang USD.
Mudah bukan jadi taklah risau sangat kalau ada masalah duit nanti. Tapi hati-hati juga pastikan anda semak kadar tukaran matawang agar anda tak ditipu semasa urusan jual-beli.
Disini juga sya nak kongsikan beberapa tips apabila anda melawat Vietnam:
- Bersedia dengan alamat
Sebelum ke mana-mana lokasi yang anda nak pergi, pastikan anda dah cetak atau tulis alamat tempat tersebut supaya tak berlaku masalah semasa perjalanan.
Ingat mereka tidak fasih berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa Melayu. Jadi untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, pastikan anda menulis alamat tempat yang hendak anda tuju.
- Cari hotel dekat-dekat
Bagi mereka yang ingin pergi memborong di Ben Thanh Market, lebih baik anda menginap di hotel-hotel sekitarnya supaya memudahkan anda untuk ke sana dan memborong barang sebanyak-banyaknya.
Baca juga: 20 Tempat Menarik di Hanoi Vietnam & Galeri Foto [PALING POPULAR]
Bagi mereka yang berkeluarga, pastikan anda bersedia dengan sebarang kemungkinan ekoran infrastruktur di pasar berkenaan kadang-kala tidak mesra kanak-kanak. Contohnya sukar untuk menggunakan stroller.
- Calculator
Jangan lupa benda penting ni, memudahkan anda untuk urusan jual beli di pasar. Jangan malu-malu untuk tawar menawar dengan peniaga di sana kerana anda tidak akan menyesal bila anda minta kurang dari mereka!
Harga yang diberikan akan kaw-kaw murah! Jadi bawalah kalkulator anda sendiri ya!