fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia Pakej Yogyakarta

Bercuti di Yogyakarta: 5 Makanan Paling Popular di Yogyakarta

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
3 Oktober, 2022
Kategori: Pakej Yogyakarta
Masa Bacaan: 2 mins read
255 13
A A
2
bercuti-ke-yogyakarta
8.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Bercuti di Yogyakarta merupakan diantara destinasi pelancongan yang agak popular di Indonesia.

Jika anda terkeliru diantara Yogyakarta dan Jogjakarta, kami akan leraikan kekeliruan anda dengan informasi ini.

Yogyakarta dan Jogjakarta sebenarnya merujuk kepada tempat yang sama. Jadi, pada masa bila perlu menggunakan Yogyakrta dan pada masa bila pula perlu menggunakan Jogjakarta?

Yogyakarta digunakan bagi tujuan rasmi manakala bagi tujuan-tujuan tidak rasmi seperti didalam pemasaran, Jogjakarta digunakan.

Namun begitu, tiada masalah jika anda ingin gunakan Yogyakarta didalam urusan tidak rasmi dan akan menjadi masalah jika anda menggunakan Jogjakarta didalam urusan rasmi. Faham?

Pakej-Percutian-Yogyakarta

  • Lihat Pakej Percutian Yogyakarta
  • Lihat Penginapan Terbaik Yogyakarta
  • Aktiviti Paling Menarik di Yogyakarta
  • Lihat Peta Lokasi Percutian Yogyakarta

Okay. Jom kita kembali kepada tujuan asal artikel kali ini iaitu mengenai 5 menu paling popular di Yogyakarta.


Bercuti Di Yogyakarta & Menikmati Gudeg

 Gudeg

Jika anda berkunjung ke Yogyakarta, jangan lupa untuk menikmati hidangan Gudeg.

Ia merupakan diantara makanan yang paling popular dan anda boleh temukannya hampir dimana-mana sahaja di Yogyakarta.

Terdapat tiga jenis gudeg utama yang disajikan. Anda boleh temukan Gudeg Basah, Gudeg Manggar dan juga Gudeg Kering.

Ia merupakan makanan khas masyarakat Jawa Tengah yang diperbuat daripada nangka muda yang dimasak dengan santan. Proses penyediaannya memerlukan masa selama berjam-jam.

Gudeg Yogyakarta

Ia berwarna coklat hasil daripada daun jati yang dimasak bersama dengan nangka muda tersebut.

Gudeg dimakan dengan nasi dan disajikan bersama-sama dengan santan, ayam kampung, tauhu dan juga sambal krecek.

Jika anda ingin membawa gudeg pulang sebagai buah tangan, anda boleh dapatkan gudeg kering kerana ia mampu bertahan lebih lama berbanding gudeg lain.


 Sambal Krecek

  Sambal Krecek Yogyakarta

Jika anda perhatikan didalam hidangan gudeg tadi, ada disebutkan mengenai sambal krecek.

Sambal krecek ini juga sesuai dimakan bersama-sama dengan gudeg.

 Sambal Krecek

Ia merupakan salah satu diantara makanan popular yang terdapat di Yogyakarta dan sangat disukai oleh orang ramai.

Rasa sambal krecek ini pedas-pedas dan apabila digabungkan dengan gudeg yang mempunyai rasa yang manis akan menghasilkan satu kombinasi yang agak menarik dan menyelerakan.

Rugi jika anda tidak mencubanya!


Kuih-Muih di Yogyakarta

 

Yangko
Kuih Yangko | Kredit: katalogkuliner

Jika anda datang ke Yogyakarta, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan kuih-muih yang disajikan disini. Jika anda berkesempatan, cari kuih Yangko dan juga kuih Geplak.

Yangko merupakan sejenis makanan khas Yogyakarta yang boleh dijumpai di kebanyakan kedai pada harga yang berbeza bergantung kepada saiz dan dengan siapa anda membelinya.

Sejak dari dulu lagi, Yangko mempunyai bentuk yang sama iaitu berbentuk kotak dan mempunyai tekstur yang lembut dan kenyal.

Geplak
Geplak | Kredit: Masfikr

Kuih Geplak pula merupakan sejenis kuih tradisional yang dibuat daripada adunan kelapa parut, tepung dan gula.

Adunan ini kemudiannya diolah menjadi makanan yang manis dan enak dalam bentuk bulat-bulat kecil.

Ia juga mempunyai warna yang pelbagai dan menarik perhatian.


Bakmi Jawa Yogyakarta

Bakmi Jawa
Bakmi Jawa

Bakmi Jawa Yogyakrta atau turut dikenali sebagai Mi Jawa merupakan mi rebus yang dimasak dengan menggunakan bumbu-bumbu khas dalam masakan Jawa.

Jika kebiasaannya Mi jawa akan diolah menjadi mi berkuah dan dalam sajian seperti bakmi godhog, Bakmi Jawa Yogyakarta pula memberikan kelainan dengan dijadikan sebagai Mi Jawa goreng.

Ia menggunakan bumbu-bumbu sama yang digunakan dalam bakmi godhog dan juga mi rebus namun ia tidak berkuah dan disajikan dalam keadaan kering.


 Soto Kadipiro

Soto Kadipiro

Di Yogyakarta anda akan temukan begitu banyak warung dan restoran soto yang popular dan sedap-sedap.

Di Jalan Wates sahaja anda akan temukan sebanyak 4 buah restoran soto dan yang paling terkenal disini adalah Soto Kadipiro.

Ia telah wujud sejak dari tahun 1921 lagi dan berdasarkan penduduk tempatan, restoran ini turut menjadi penghidang soto utama buat Raja Yogyakarta.

Penubuhannya yang telah hampir menjejak usia 100 tahun sememangnya merupakan antara sebab utama untuk anda mencuba soto disini. Jika anda sempat berkunjung kesini, anda boleh mencuba Soto Ayam, Ayam Goreng dan juga Limun Sarsaparilla.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkaitan dengan 5 menu paling popular di Yogyakarta.

Terdapat banyak lagi menu lain dan apa yang kami kongsikan didalam artikel ini merupakan menu yang popular dan sangat sesuai untuk anda rasai sendiri kelazatannya.

Bersambung…

Pakej-Percutian-Yogyakarta

Tags: pakej melancong ke yogyakarta
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Timang beach, jl. pantai sel. jawa, pantai, purwodadi, gunung kidul regency
Pakej Yogyakarta

Percutian Ke Yogyakarta: 5 Perkara Menarik Boleh Dilakukan

  Anda pernah dengar mengenai Yogyakarta? Apa bezanya dengan Jogjakarta? Kedua-duanya merujuk kepada tempat yang sama di Indonesia. Tidak kisah...

Oleh: Hadi Ghazali
6 September, 2022
7k
Puncak Gunung Merapi
Pakej Yogyakarta

Melancong Ke Yogyakarta: 10 Fakta Misteri Borobudur & Gunung Merapi

  Di Indonesia, anda boleh temukan banyak kuil dan juga gunung berapi. Negara ini sememangnya kaya dengan khazanah alam semulajadi...

Oleh: Hadi Ghazali
20 Ogos, 2022
7.7k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
2 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

Kawasan Pergunungan Rinjani
Pakej Lombok

Bercuti Di Lombok: Gunung Rinjani, Air Terjun Sendang Gile & Hutan Lindung Pusuk [TERKINI]

Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
2
19.8k

  Bercadang hendak bercuti di Lombok? Ini adalah destinasi-destinasi menarik di Lombok yang anda harus kunjungi. Lombok menawarkan banyak pantai...

Baca Selanjutnya
Tempat Menarik Di Kunming

Tempat Menarik Di Kunming China: 10 Tarikan [POPULAR]

2 April, 2023
20k
Imej oleh: Jiachen Lin

Melancong Ke Singapore: 5 Destinasi Paling Popular Dikunjungi Pelancong

26 Mei, 2023
21k
percutian-hanoi-vietnam-giang-nguyen-Pem

Percutian Hanoi Vietnam: Panduan 12 Destinasi & Aktiviti Popular

27 September, 2022
25.8k
tempat-menarik-di-kundasang-ranau-mohd-azmir-mohd-razli

50+ Aktiviti & Tempat Menarik Di Kundasang Ranau Sabah [POPULAR]

7 Mei, 2023
77.3k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
2
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas