Itinerary Ke Jepun: Tokyo tidak asing lagi bagi pelancong dari merata dunia dan disebabkan keindahan rupa bumi dan iklimnya negara Sakura ini menjadi antara 10 destinasi terbaik di dunia. Ada 3 elemen utama yang menjadikanya menarik iaitu keindahan semulajadinya, kemajuan bandar urban moden berteknologi tinggi, dan budaya serta masyarakatnya.
Sudah diketahui ramai juga rakyat jepun dengan sikap rajin dan berdedikasi menarik minat ramai pelancong.
Tokyo juga menjadi kegilaan ramai yang datang melancong sambil membeli belah dengan pelbagai produk dan gajet yang pastinya memikat hati.
Lihat gambar-gambar menarik di bawah untuk mendapatkan gambaran awal anda. Selain itu kami juga sertakan cadangan tentatif percutian ke Tokyo untuk tempoh 6 hari 4 malam.
Itinerary Ke Jepun: ✈ Seat In Coach ❤ All In
➡ Guider & Entrance ➡ Transport ➡ Hotel ➡ Flight (Go & Return) ➡ Meals (Halal)
Nota: Jadual aturcara boleh berubah/dipindah mengikut situasi dan keadaan cuaca
Musim Bunga Di Jepun: Sakura
Hari Pertama: Kuala Lumpur – Tokyo*
# (Hidangan Makan Malam ~ Disediakan)
- Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA untuk penerbangan ke Tokyo Haneda
- Tiba di Lapangan Terbang Haneda Antarabangsa Tokyo
- Selepas imigresen dan pemeriksaan kemudian dibawa ke hotel
Hari Ke 2 : Mount Fuji*
# (Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam ~ Disediakan)
- Sarapan pagi di hotel
- Program melawat Mount Fuji iaitu mempunyai ketinggian 3776 meter dan merupakan gunung tertinggi di Jepun.
- Kemudian menuju ke Oshino Hakkai yang merupakan salah satu dari lapan kolam di Oshino, sebuah perkampungan kecil yang terletak di antara Tasik Kawaguchiko dan Tasik Yamanakako
- Kembali ke hotel dan makan malam
Hari Ke 3 : Tokyo*
# (Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam ~ Disediakan)
- Sarapan pagi di hotel
- Bertolak ke Gotemba PREMIUM OUTLET MALL, ini adalah perhentian membeli-belah utama
- Seterusnya menuju ke Tokyo
- Di Tokyo lawatan anda merangkumi Asakusa TEMPLE & Nakamise STREET
- Photostop di TOKYO SKYTREE yang merupakan menara penyiaran televisyen baru dan mercu tanda Tokyo. Ia adalah bangunan tertinggi di Jepun dan struktur kedua tertinggi di dunia pada masa siap.
- Lawatan seterusnya ialah melewati Tokyo Imperial Palace
- Selepas itu, kita akan pergi membeli-belah di AKIHABARA ( barang elektronik )
- Kemudian anda kembali ke hotel
Hari Ke 4 : Tokyo Disneyland*
# (Sarapan, Makan Tengahari dan Makan Malam ~ Disediakan)
- Sarapan pagi di hotel
- Program diteruskan ke TOKYO DISNEYLAND, sebuah taman tema berdasarkan filem-filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. (Full Day Pass)
- Kembali ke hotel selepas makan malam di Tokyo
Hari Ke 5 : Tokyo City Tour – Pelepasan*
# (Sarapan dan Makan Tengahari ~ Disediakan)
- Sarapan pagi di hotel
- Melawat Pasar Ikan Tsukiji iaitu adalah pasar borong yang besar untuk ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran di pusat bandar Tokyo
- Melawat ke Meiji Shrine. Meiji Shrine adalah sebuah kuil khusus kepada roh-roh didewakan Maharaja Meiji dan isteri beliau, Empress Shoken
- Kemudian, kita akan ke SHINJUKU yang merupakan kawasan hiburan, perniagaan dan membeli-belah besar di sekitar Stesen Shinjuku.
- Seterusnya ke Odaiba yang merupakan pulau buatan manusia di Tokyo
- Akhir sekali ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
Hari Ke 6 : Kuala Lumpur*
- Ketibaan di Kuala Lumpur
Antara kos yang terlibat bagi Itinerary ke Jepun ini:
- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Cukai Lapangan Terbang
- Peruntukan bagasi 20kg bagi setiap peserta
- Lawatan dan bersiar-siar seperti dalam aturcara
- Penginapan termasuk sarapan pagi setiap hari
- Makanan seperti dalam aturcara (penuh Halal)
- Semua bayaran masuk semasa program.
- Pemandu pelancong profesional
- Tips untuk panduan dan memandu (RM 100) bagi setiap orang.
- Insurans perjalanan (RM 50) bagi setiap orang.
- Makanan dalam penerbangan.
- Bayaran tiket yang tidak dinyatakan dalam program ini
- Semua perbelanjaan peribadi dan apa-apa perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan di atas
Shibuya Crossing
[♡”]
assalamualaikum, saya nak Tanya, pakej ini harga mmg tetap untuk semua tarikh atau macammana? saya berminat untuk mengikuti tarikh 9 Mei ini.. 2 Dewasa 2 Kanak-kanak (umur 10 tahun dan 8 tahun). adakah harga termasuk dengan tiket dan pengangkutan ke Disneyland? ada apa2 lagi x caj yang tidak termasuk dalam harga ini.
Walakikumusalam. Pakej ini adalah All In, iaitu termasuk tiket penerbangan, hidangan dan penginapan. Tiket masuk adalah seperti yang dinyatakan pada aturcara diatas. 🙂
Assalam saya bercadang untuk bercuti ke tokyo dan join pakej 6 hari 4 malam. Kami terdiri dari 4 orang dewasa. Boleh beri sebutharga?
Salam Cik Marina. Ya boleh. Kami akan hantarkan maklumat lanjut percutian ke Tokyo ke email cik.
Sy bersama isteri dan 1 ank igt melancong ke japan tokyo mont fuji.
Planing bulan 11-15march… kalau ada kumpulan kami boleh join dan adjust date..
Ya ada Encik Azam untuk pakej SIC. Kami hantarkan maklumat lanjut. Terima kasih.
salam, saya bercadang bercuti bersama company staff seramai 18 orang 18-22 july. boleh saya dapatkan sebutharga untuk kumpulan kami ? (pakej all in muslim)
Ya boleh Cik Nurul. Konsultan kami akan hubungi cik untuk bantuan lanjut.
Assalam…kami bercadang untuk percutian keluarga ke Tokyo (pakej tokyo 6 hari). Cadangan 7-12/5, ada tak?…dan boleh tak sediakan sebutharga…
Waalaikumusalam En Anuar. Ya boleh, kami hantarkan maklumat lanjut ke email Encik.