fbpx
default logo

Kemajuan Startup Dalam Industri Pelancongan

Ditulis oleh: Nur Syakirah Binti Shamsuddin


Nur Syakirah Binti ShamsuddinSejak dua menjak ini, kita dapat lihat teknologi semakin berkembang dan maju. Maka, semua orang berlumba-lumba mengambil peluang ini untuk mencipta dan menggunakan pelbagai jenis aplikasi sebagai medium untuk mendapatkan sebarang servis mahupun produk.

Hampir kesemua bidang tidak kira sekecil – kecil bidang mahupun sebesar- besar bidang tidak ketinggalan untuk memanfaatkan teknologi bagi kemudahan mereka.

Tidak terkecuali dalam bidang yang berada di tangga keempat (NKEA4), bidang pelancongan selepas bidang pertanian diikuti bidang perkhidmatan kewangan.

Sebut sahaja melancong, pelbagai nama dan jenis- jenis aplikasi akan bermain-main diminda terutamanya bagi mereka yang sudah biasa ‘familiar’ dengan aplikasi ini.

Antara yang disebut-sebut termasuklah Agoda, Booking.com, Trivago, Traveloka, Hostelworld, dan banyak lagi.

Dengan wujudnya startup sebegini, banyak faedah yang dapat kita perolehi. Antaranya, ia memudahkan banyak pihak. Dalam aplikasi sebegini, para pengguna dapat membuat tempahan hotel, tiket penerbangan serta menyewa kereta dengan sangat mudah.

Tidak seperti dahulu, para pengguna perlu berurusan di kaunter dan perlu kesana kemari untuk menguruskan percutian mereka, Kini, dengan aplikasi seperti Trivago misalnya para pengguna dapat membandingkan harga hotel dengan mudah.

Selain itu, ia juga mesra pengguna ‘user friendly’. Bagi menggunakannya, para pengguna hanya perlukan capaian internet untuk memasuki aplikasi ini. Lebih mudah sekiranya para pengguna memuat turun didalam telefon pintar masing-masing dan semak.

Kemajuan Startup Dalam Industri Pelancongan

Bagaimana? Hanya dengan memasukkan maklumat-maklumat seperti tarikh bertolak dan tarikh pulang, jenis penerbangan dan bilangan penumpang sekaligus dapat menyemak ‘check’ harga tiket penerbangan mahupun  penginapan.

Setelah paparan harga keluar di skrin, para pengguna dapat membuat keputusan sama ada mahu memilihnya atau tidak. Jika ya, teruskan ke proses seterusnya sehingga ke pembayaran atas talian. Jika tidak, para pengguna boleh batalkan tanpa sebarang caj.

Selain itu, dengan adanya startup sebegini negara kita akan dilihat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain kerana jika kita masih mengharapkan sistem lama, pasti sukar untuk para pelancong membuat tempahan sewaktu ingin melancong kerana perlu beratur panjang untuk membeli tiket dan menguruskan percutian mereka.

Dengan adanya startup sebegini mereka dapat menjimatkan masa pelbagai pihak. Mereka yang dalam industri turut mendapat faedah daripada wujudnya aplikasi – aplikasi ini. Mengapa?

Sebagai contoh, sekiranya pihak Agensi Pelancongan ingin menyemak jadual dan harga penerbangan untuk pelanggan mereka, mereka perlu hafal kod-kod tertentu untuk dimasukkan kedalam sistem seperti Abacus, Amadeus dan sebagainya.

Namun, dengan adanya Air Asia Online ticketing, amat mudah bagi orang-orang industri ini memenuhi kehendak dan keperluan para pelanggan sekaligus masa dapat dijimatkan.

Namun begitu, setiap yang baik pasti ada buruknya. Akibat daripada wujudnya pelbagai jenis aplikasi- aplikasi memudahkan inilah, kita dapat lihat ramai masyarakat kita terutamanya rakyat Malaysia menghadapi masalah pengangguran.

Apa tidaknya, semua kerja mereka telah diambil alih oleh ‘robot-robot’ ini. Antara lainnya, tidak semua orang arif dalam mengendalikan teknologi. Jika kita lihat, ramai dalam kalangan warga tua di negara kita dikatakan ‘tertindas’ mahupun ‘terkebelakang’ akibat tidak celik teknologi.

Sebagai contoh, ramai dalam kalangan warga teksi (pemandu teksi) yang terdiri dari kalangan warga tua , mereka tidak pandai menggunakan telefon pintar ataupun menggunakan aplikasi-aplikasi sedemikian. Maka, mereka tidak dapat bersaing dengan warga muda- mudi sekalian.

Walhal, telah wujud aplikasi seperti My Myteksi untuk digunakan. Namun, oleh kerana tidak celik teknologi mereka tidak dapat ‘survive’ dengan baik dan jika dilihat, tidak seperti ‘Grabcar’ dan ‘Uber’, aplikasi ini tidak disebut-sebut oleh masyarakat kerana kurangnya penggunaan aplikasi ini.

Kesimpulannya, setiap perkara ada baik dan buruknya. Segalanya terpulang kepada individu tersebut untuk menentukannya.

Harapan saya semoga startup sebegini diperkenalkan dengan lebih meluas lagi namun perlulah bersesuaian dengan semua peringkat umur agar tidak ada lagi golongan yang ketinggalan dibelakang kerana tidak mahir menggunakan aplikasi baharu ini.

Melancong.com.my Laman online panduan pakej percutian oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd [1114604D | MOTAC:7816 | MATTA:6429]

Hantar Mesej Perbualan

avatar
  Langgan  
Maklumkan saya
Scuba In Malaysia
Tips & Promosi Melancong Setiap Minggu
Terus ke email anda & lebih 15 ribu langganan ketika ini
Maklumat anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga
Discover Paris
We never share this data with 3rd parties.
2018 (C) All rights reserved.
Panduan Percutian
Dapatkan langganan tips dan panduan pakej percutian terus ke Email atau Messenger anda. Caranya? Pilih salah satu dibawah.
2019 (C) All rights reserved.