Bali merupakan diantara destinasi percutian yang sentiasa menjadi tumpuan daripada pelancong seluruh dunia.
Hal ini kerana ia menawarkan berbagai aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Ia juga terkenal sebagai destinasi romantik bagi pasangan yang ingin berbulan madu.
Jika anda inginkan sebuah percutian yang sempurna, Bali pastinya menjadi diantara destinasi utama yang berada didalam senarai anda.
Ramai juga yang menggelarkannya sebagai syurga dunia kerana ia menawarkan begitu banyak pemandangan yang indah.
Ia turut menjadi destinasi tumpuan buat pelancong dari Malaysia kerana lokasinya yang tidak terlalu jauh dari Malaysia.
- Pakej Percutian Bali Terkini
- Penginapan Terbaik di Bali
- Aktiviti Paling Menarik di bali
- Peta Lokasi Percutian Bali
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 5 tempat paling popular di Bali. Jom baca!
Seminyak: Resort Pantai Termoden di Bali
Jika di Malaysia, lokasi yang dikatakan pada tahap paling moden pastinya Kuala Lumpur. Jika di Bali, Seminyak merupakan tempat yang paling moden dan menjadi tarikan utama.
Hal ini kerana ia menawarkan begitu banyak lokasi membeli-belah dan restorean-restoran mewah untuk anda menikmati hidangan.
Tempat penginapan yang ditawarkan juga agak lengkap dengan berbagai fasiliti termasuklah spa.
Kebanyakan tempat penginapan disini bertaraf antarabangsa dan amat sesuai jika anda dan keluarga inginkan sebuah percutian yang agak istimewa dan mewah apabila berkunjung ke Bali.
Antara lokasi tumpuan yang ada di Seminyak:
- Petitenget Temple
- Biasa Art Space
- Pantai Echo
- Galeri Kendra
- Pantai Seminyak
Coffee Plantation Bali Pulina: Kopi Luwak Istimewa
Bagi penggemar kopi yang tidak ada masalah jika perlu mengeluarkan wang lebih untuk menikmatinya, apa kata anda berkunjung ke Coffee Plantation Bali Pulina kerana disini anda boleh menikmati hidangan kopi diantara yang termahal didunia.
Kopi yang dihidangkan disini jika anda menikmatinya di negara Eropah, anda akan dikenakan caj sekitar RM 120 sehingga RM 200 secawan.
Hidangan kopi ini merupakan Kopi Luwak atau dalam erti lainnya adalah Kopi Musang.
Ia dinamakan sedemikian kerana ia memang mempunyai perkaitan dengan musang. Musang sangat menggemari untuk memakan buah kopi dan apabila najisnya dikeluarkan, ia merupakan didalam bentuk biji kopi.
Biji kopi ini kemudiannya dikutip dan dipecahkan untuk mendapatkan isinya yang dijadikan biji kopi luwak.
Setelah itu, biji kopi luwak ini akan melalui proses untuk dijadikan kopi sama seperti proses penghasilan kopi yang lain.
Jika anda ingin melawat Coffee Plantation Bali Pulina, anda boleh pergi ke alamat Sebatu, Tegallalang, Ginayar, Bali 80561. Ia beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga pukul 7 petang setiap hari.
Air Terjun Sekumpul: 7 Aliran Air Terjun
Air Terjun Sekumpul merupakan diantara tarikan alam semulajadi yang paling menakjubkan yang boleh anda temui di Bali.
Hal ini kerana ia merupakan sebuah tempat dimana anda boleh melihat 7 air terjun yang berkumpul pada satu lokasi. Ia juga merupakan antara sebab utama ia dinamakan sebagai sekumpul.
Terdapat dua buah trek yang boleh anda gunakan untuk sampai ke sini.
Anda boleh pilih samada anda inginkan trek yang mempunyai gazebo berserta dengan pemandangan indah air terjun atau trek hutan.
Trek hutan ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana anda akan turut melalui kawasan perkampungan, sawah padi, ladang kopi dan kebun buah-buahan.
Cumanya, masa perjalanan yang diambil oleh trek hutan ini agak lama iaitu sekitar dua jam ke tiga jam.
Percutian Ke Bali Di Tasik Beratan: 1 Daripada 20 Tasik Terindah Dunia
Tasik Beratan terletak di Bedugul iaitu sebuah kawasan yang berada setinggi 1240 meter dari aras laut.
Dalam erti kata lain, Tasik Beratan merupakan sebuah tasik yang berada di kawasan beraltitud tinggi dan mempunyai suhu yang agak sejuk.
Suhunya boleh mencecah 18 darjah selsius pada waktu malam dan 24 darjah selsius pada waktu siang.
Bagi anda yang tidak berapa tahan sejuk, adalah dinasihatkan supaya anda membawa pakaian yang sesuai bagi mengelakkan anda mengalami kesejukan yang terlampau yang akan merosakkan “mood” anda nanti.
Terdapat berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Tasik Beratan seperti parasailing, berkayak dan juga ski air.
Dream Beach: Realiti atau Mimpi?
Seperti mana namanya iaitu Dream Beach, kecantikannya disini pastinya membuatkan anda merasakan seolah-olah anda berada didalam mimpi.
Kecantikannya akan membuatkan anda terpukau dan terpesona. Pantainya yang bersih dan pasirnya yang putih menjadikannya sebagai sebuah destinasi terbaik untuk anda keluar dari kesibukan kota dan mendapatkan ketenangan.
Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan dengan 5 tempat paling popular di Bali. Bali mempunyai begitu banyak tempat menarik dan apa yang kami kongsikan hanyalah sebahagian daripada apa yang kami rasakan sangat popular dan sesuai untuk anda kunjungi.
Bersambung…