Bagaimana kalau kami cadangkan untuk anda melancong dari Jakarta dan kemudian ke Bandung?
Kami pasti anda dapat menikmati yang lebih menyeronokkan antara dua destinasi menarik ini.
Bahkan kami akan memfokuskan percutian ini untuk aktiviti membeli-belah di kawasan pusat membeli belah terkenal di Jakarta dan Bandung.
Ya, itulah perkara yang paling menyeronokkan apabila bercuti ke Jakarta dan Bandung pada masa yang sama.
Anda akan ‘diletihkan’ dengan aktiviti membeli-belah di kawasan tumpuan utama seperti di Thamrin City & toko ‘Factory Outlet‘.
Yang pastinya kami bawa anda ke lokasi tumpuan membeli-belah dengan barangan berkualiti pada harga yang murah. Namun begitu, anda akan juga dibawa melawatkan ke tempat-tempat menarik seperti Monas, Dusun Bambu, Rumah Hobbit dan banyak lagi. Sila lihat aturcara cadangan yang kami sediakan dibawah:
Hari Pertama: Ketibaan – Membeli belah
- Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta
- Melawat Monas (Monumen Nasional)
- Melawat Masjid Istiqlal
- Membeli belah di Thamrin City
- Membeli belah di Pasar Tanah Abang
- Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan (disediakan)
- Daftar masuk hotel pilihan di Jakarta
- Aktiviti bebas
Hari Kedua: Jakarta – Bandung
- Sarapan pagi di hotel
- Daftar keluar hotel
- Membeli belah di Kompleks ITC Mangga Dua
- Bertolak ke Bandung menggunakan lebuhraya Cipularang
- Membeli belah di Rumah Mode, Jalan Setiabudi
- Membeli belah di Factory Outlets di Jalan Cihampelas
- Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan (disediakan)
- Daftar masuk hotel pilihan di Bandung
- Aktiviti bebas
Hari Ketiga: Bandung Tour
- Sarapan pagi di hotel
- Melawat tempat-tempat menarik:
** Dusun Bambu
** Rumah Hobbit
** Membeli belah di Factory Outlets di Jalan Riau - Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan (disediakan)
- Kembali ke hotel
- Aktiviti bebas
Hari Ke Empat: Pelepasan
- Sarapan pagi di hotel
- Daftar keluar hotel
- Membeli belah Kartika Sari Oleh-Oleh Bandung ( Brownies, Cakes, Butter Cookies,Snacks )
- Menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno–Hatta untuk penerbangan pulang
Ciri-Ciri Pakej Ini: ✈ Private ❤ Ground & All In
➡ Guider & Entrance ➡ Transport ➡ Hotel ➡ Meals (Halal)
Nota: Jadual aturcara boleh berubah/dipindah mengikut situasi dan keadaan cuaca
Penginapan Cadangan Percutian Jakarta Bandung
Antara Kos Yang Biasanya Terlibat Untuk Percutian Ini
- Penginapan di Hotel Pilihan
- Pengangkutan (Private Tour) sepanjang hari
- Pemandu pelancong professional Berbahasa Indonesia / Bahasa Inggeris
- Tiket lawatan seperti di dalam Jadual Perjalanan
- Hidangan:
* Sarapan pagi di hotel x 3
* Makan tengahari x 3
* Makan malam x 3 - Perbelanjaan peribadi
- Makanan dan tempat lawatan tambahan
- Tiket penerbangan
- Tipping
Baca Juga: Melancong Ke Bandung: 7 Tempat Membeli Belah [HOT SHOPPING]
Salam. Kami 3 orang dan bercadang pergi 11 feb – 16 feb 2019. Berapa harganya?TQ
Salam Puan Kay. Kami perlukan maklumat lanjut percutian puan. Sila hantarkan maklumat anda di https://www.melancong.com.my/pelancong
Berapa harga tu eh.. 4 hari 3 mlm
Untuk dapatkan sebutharga En Azman boleh hantarkan maklumat percutian Encik ke https://www.melancong.com.my/pelancong
Jika saya hanya ada 3 orang dewasa, boleh ke saya masuk mana2 kimpulan utk dpt harga lebih murah
Maaf cik Nurul, buat masa ini kami hanya dapat sediakan pakej private. 😀
Bagus untuk jalan jalan dengan keluarga
Salam Encik Ikhwan, untuk memudahkan encik, sila isikan maklumat percutian di borang: https://www.melancong.com.my/pelancong/ (klik) 🙂