Bercadang melancong ke Medan Indonesia? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat yang mempunyai tarikan yang tersembunyi di Medan.
Mungkin ada di antara tempat ini merupakan tempat yang biasa anda ketahui dan mungkin juga ia merupakan kali pertama anda mendengarinya.
Medan adalah salah satu destinasi percutian yang menarik dan murah di Indonesia.
Bandar ini merupakan bandar ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya, dan menawarkan pelbagai tarikan untuk pelancong dari Malaysia.
Dari budaya, sejarah, alam semula jadi, makanan halal, hingga ke pusat membeli-belah, Medan mempunyai sesuatu untuk semua orang.
Medan merupakan sebuah destinasi pelancongan yang sangat menarik namun sayangnya ia bukanlah berada dalam kalangan lokasi percutian yang paling popular.
Hal ini mungkin disebabkan oleh masih banyak tempat menarik yang tidak dikongsikan secara umum dengan orang ramai.
- Lihat Penginapan Terbaik di Medan
- Lihat Pakej Percutian Popular Medan
- Lihat Peta Percutian Medan Indonesia
Kalau anda tahu apa yang ada disini dan tempat-tempat menarik di Medan yang boleh dituju, anda pasti akan berasa kagum.
Danau Toba – Keindahan Sebuah Fenomena Alam
Danau Toba merupakan diantara destinasi yang popular di Medan. Ia seringkali menjadi tumpuan ramai disebabkan oleh keunikan tempat ini sendiri dan aktiviti yang boleh anda lakukan disini.
Apabila berbicara mengenai tempat ini, berbagai perkara akan mula bermain di fikiran mereka yang pernah berkunjung ke sini.
Danau ini unik kerana ia terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi. Kemudian, kawah terbentuk dan mulai terisi dengan air. Hasilnya adalah seperti apa yang dapat anda lihat di Danau Toba pada hari ini.
Keindahan airnya yang kebiruan dan jernih sememangnya menarik perhatian mata yang memandang. Memang sangat berbaloi melancong ke Medan di Danau Toba ini.
Selain itu, yang menambahkan lagi keunikan Danau Toba ini adalah kerana di tengah-tengah danaunya terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Samosir.
Disini, anda boleh melakukan aktiviti seperti berenang atau menyewa bot untuk mengelilingi danau ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Siborong Borong – Parapat, Sibaganding, Kec. Girsang Sipangan Bolon, Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara 21174, Indonesia
Pulau Samosir – Sejarah dan Warisan Suku Batak
Dalam bahagian Danau Toba tadi ada diceritakan mengenai sebuah pulau yang berada di tengah-tengahnya dan pulau ini tidak lain tidak bukan adalah sebuah pulau yang diberi nama Pulau Samosir.
Ia merupakan sebuah pulau yang didiami oleh Suku Batak. Suku Batak mempunyai warisan dan sejarah mereka yang tersendiri. Disebabkan oleh keunikan ini, ia mula mendapat perhatian daripada pelancong luar.
Disini, anda boleh temukan berbagai produk asli daripada Suku Batak. Antara barangan yang boleh anda temukan adalah baju adat, aksesori dan juga kain adat tradisional Suku Batak yang dijual di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Samosir Regency, North Sumatra, Indonesia
Melancong Ke Medan di Berastagi
Di Berastagi, anda boleh temukan beberapa air terjun yang menarik. Yang paling menarik perhatian adalah Air Terjun Dua Warna.
Rasanya anda dah boleh teka kenapa namanya sedemikian bukan?
Namanya berasal daripada dua warna yang anda boleh lihat terbit daripada air terjun ini. Dua warna tersebut adalah warna biru dan juga warna hijau.
Untuk anda yang pertama kali melihatnya, anda pasti akan terpukau dengan keunikan ini.
Anda juga boleh ke Gundaling Farm untuk menikmati susu segar yang dikeluarkan oleh satu-satunya perusahaan moden di Sumatera Utara.
Selain daripada terkenal sebagai tempat pengeluaran susu, ia juga turut dikenali sebagai tempat penternakan sapi.
Bagi anda yang berkunjung ke sini, anda boleh membeli susu atau melihat proses pemerahan susu tersebut.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Kenangan, Gundaling I, Kec. Berastagi, Kabupaten Karo, Sumatera Utara 22153, Indonesia
Parapat – Penghubung ke Danau Toba
Sebelum anda ke Danau Toba, anda pastinya akan singgah ke Parapat dahulu. Biasanya untuk kebanyakan pelancong apabila mereka turun dari Bukit Tinggi, mereka akan mencari penginapan di kawasan Perapat.
Seterusnya mereka akan mendapatkan feri untuk ke Pulau Samosir. Disini terdapat sebuah pekan yang boleh anda dapatkan barangan keperluan anda sebelum menyambung perjalanan.
Gunung Sinabung – Gunung Teraktif
Gunung Sinabung merupakan diantara gunung yang tertinggi yang terdapat di Sumatera Utara. Ia juga merupakan diantara gunung yang teraktif yang terdapat di sana.
Gunung ini menyimpan banyak kisah mistik seperti keberadaan jin yang menghuninya dan letusannya yang berupa orang yang sedang berdoa pada tahun 2013.
Gunung Sibayak
Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh luangkan masa disini untuk melakukan aktiviti hiking ke Gunung Sibayak.
Ia terletak sekitar 1 jam 30 minit perjalanan dari bandar. Ia tidaklah terlalu mencabar dan boleh dikategorikan sebagai santai-santai sahaja.
Yang menariknya disini adalah pemandangan matahari terbit dan juga jika anda bernasib baik, anda dapat melihat letusan debu dari Gunung Sinabung dan juga lahar dari puncak Gunung Sibayak.
Bagaimana untuk bercuti ke Medan Indonesia?
Untuk bercuti ke Medan Indonesia, anda boleh menaiki penerbangan Air Asia, Malaysia Airlines, atau Malindo Air dari Kuala Lumpur, Penang, atau Johor Bahru.
Penerbangan hanya mengambil masa kira-kira 45 minit hingga satu jam sahaja. Anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, yang merupakan lapangan terbang baru.
Di Medan, anda boleh memilih untuk menginap di hotel-hotel yang selesa dan berpatutan, seperti Niagara Hotel, Madani Hotel, Grand Swiss Bell Hotel, atau JW Marriott Hotel.
Anda juga boleh menyewa pengangkutan persendirian atau menaiki teksi untuk bergerak di sekitar bandar.
Bercuti ke Medan Indonesia adalah pengalaman yang menyeronokkan dan mengasyikkan.
Anda boleh menikmati pelbagai tarikan yang sesuai dengan minat dan bajet anda. Jadi, tunggu apa lagi?
Tempah pakej percutian anda sekarang dan nikmati pengalaman bercuti ke Medan Indonesia yang tidak akan anda lupakan!