Redang Reef Resort menawarkan pakej snorkeling melalui kumpulan pengurusan yang terbaik dengan harga pada kos yang paling rendah di Pulau Redang.
Pakej-pakej pelancongan juga adalah lengkap yang mana ianya juga sesuai untuk pakej individu atau berkumpulan terutamanya kepada rombongan pelajar.
Semua pakej disediakan adalah untuk FIT (Tour Fully Inclusive). Untuk lawatan syarikat pula, di bawah pakej GIT (Kumpulan Industri Travel), sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.
Untuk pengetahuan anda, resort ini mampu menampung ramai rombongan pelancong. Sebab itu juga ia menjadi popular bagi pelancong berkumpulan.
Harga Pakej Termasuk
- Tiket feri pergi dan balik (Shahbandar/Merang-Redang Reef Resort-Merang)
- Penginapan 2 malam
- 2 x sarapan pagi , 2 x makan tengahari , 2 x Hi tea , 1 x makan malam & 1 x BBQ
- Trip Snorkeling – COMPLIMENTARY
- Kemudahan rekreasi
Harga Pakej Tidak Termasuk
- Marine Park Conservation : RM 5.00 / Dewasa : RM 2.00 / Kanak – kanak
- Life Jacket & Normal Mask: RM 30.00 / Dewasa & RM 30.00 / Kanak – Kanak
Aturcara Cadangan Pakej 3 Hari 2 Malam Redang Reef Resort
Hari Pertama
- 09.00 am – Menaiki feri dari Jeti Merang/Shahbandar ke Redang Reef Resort.
- 10.30 am – Daftar masuk & welcome drink
- 12.00 pm – Makan tengahari
- 02.30 pm – 1 x tripSnokerling
- 04.00 pm – Hi tea & aktiviti bebas (bola tampar pantai, bola pantai, berenang)
- 07.00 pm – Makan malam & aktiviti indoor (mahjong, playing cards, darts, karaoke)
Hari Kedua
- 07.30 am – Sarapan pagi
- 09.30 am – 2 X trip snorkerling di Taman Marin – (tiada bekalan elekrik)
- 12.30 pm – Makan tengahari
- 02.30 pm – 2 jam snokerling – (Tiada bekalan elektrik)
- 04.00 pm – Hi tea & aktiviti bebas (bola tampar pantai, bola pantai, berenang)
- 07.00 pm – Makan malam BBQ
Hari Ketiga
- 07.00 am – Sarapan pagi
- 09.00 am – Daftar keluar
- 11.00 am – Menaiki feri dari Redang Reef Resort ke Jeti Merang/Shahbandar
Perkhidmatan Pengangkutan
- K.Terbang ~ KLIA II ~ Air Asia & Malindo
- K.Terbang ~ KLIA ~ Malaysia Airlines
- K.Terbang ~ Singapore ~ Firefly
- Coach ~ KL, ~ Putra Station ~ Transnasional
- Private Car ~ K. Terengganu Airport ~ Kereta Persendirian
Ada pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi masa anda serta hidangan yang sangat menyelerakan menanti anda.
Redang Reef Resort terletak di antara teluk yang kaya dengan karang dan mempunyai keluasan yang pantai yang indah dipulau ini, iaitu di tepi sudut paling kanan Pasir Panjang (Long Beach) di Pulau Redang.
Dengan lokasinya yang strategik, Redang Reef Resort adalah kisaran panorama yang sangat cantik yang mana juga diliputi kristal jernih pasir pantai.
Juga tebing batu-batuan di tengah-tengah kehijaun pemadangan yang sangat menarik & terbaik di Pulau Redang. Saksikan video di bawah ini:
Ramai dikalangan pelancong dari rombongan pelajar dan kakitangan syarikat memilih Redang Reef Resort kerana selain suasana yang selesa.
Ianya juga dapat menampung jumlah pelancong yang besar baik dari segi penginapan, makanan dan juga kemudahan pengangkutan.
Kemudahan resort yang disediakan dijamin memuaskan. Hal ini termasuk keselesaan bilik.
Bilik-bilik didatangkan dengan pelbagai jenis samada anda inginkan berkumpulan atau individu. Pelbagai kemudahan dan keselesaan disediakan termasuk penyediaan pakej snorkeling & scuba.
Salaam. Berapa pakej 3h2m untuk 13 dewasa 5 kanak -kanak ( 10thn – 1thn 3 bln) pada 22 March 2019 – 24 March 2019? Wassap ke 011-10845522
Salam Cik Siti, untuk rombongan keluarga, kami boleh sediakan untuk Redang Reef Resort, sila semak WhatsApp cik untuk maklumbalas lanjut. Terima kasih.
Saya dah pernah ke Reff Resort. dan akan datang lagi. cuma BBQ yg di hidangkan X panas. dah lama di masak. cadangan saya kalau boleh masa waktu makan baru bakar BBQ. 1 lagi makanan 3h 2 m sama saja kalau boleh bila kita kelaut mesti nak makan laut. kalau ayam dah biasa kat sini.
Terima kasih atas cadangan Encik Yazid. Kami akan ajukan cadangan ini kepada Redang Reef Resort.
Berapa pakej utk 3H2M bagi 5 dewasa snorkelling hanya 3 pada 12/11 – 14/11
Terima kasih cik Prema. Kami akan emailkan maklumat lanjut.
ada tak pakej utk 28 org dewasa dan 10 org kanak-kanak? utk tahun 2019 ye. 3 hari 2 malam. 24/03/2019 – 26/3/19
Ya untuk March 2019 ada Encik. Boleh kami dapatkan maklumat lanjut percutian encik? Hantarkan maklumat lanjut di https://www.melancong.com.my/pelancong.
Berapa harga penginapan untuk 1bilik 2 org pada 8/9 – 11/9
Hi Cik Dalila. Kami akan emailkan maklumat lanjut.
how much is the price for 3days 2nights stay for 5 adults, 2 kids (age 6&9) and 2 toddlers (both age 3).
we prefer to stay in same room.