Apakah yang menarik tentang percutian Uzbekistan? Bagaimana jika saya ingin melancong ke Uzbekistan? Soalan ini pasti bermain di fikiran anda.
Uzbekistan merupakan satu negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet, salah satu kuasa terbesar dunia selain Amerika Syarikat.
Ia adalah negara yang terletak di bahagian tengah benua Asia dan menerima kemerdekaan pada bulan Ogos 1991.
Siapa sangka Uzbekistan yang merupakan negara ke-56 terbesar di dunia mengikut luas wilayah ini mempunyai pelbagai peninggalan sejarah serta seni bina bangunan yang amat cantik.
- Lihat Pakej Percutian Ke Uzbekistan Terkini
- Lihat Penginapan Terbaik di Uzbekistan
- Lihat Peta Percutian Terkini di Uzbekistan
Kami kongsikan sedikit sebanyak tips dan panduan melancong ke Uzbekistan sebagai rujukan anda.
Melaporkan Diri Di Balai Polis Uzbekistan
Perkara pertama yang paling penting sekiranya anda mengembara ke Uzbekistan, pastikan anda melaporkan diri di balai polis pada tiga hari pertama anda menjejakkan kaki ke sana.
Paling baik adalah terus laporkan diri pada saat anda tiba setelah selesai segala urusan di imigresen.
Anda tidak akan suka dengan semua soal siasat yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa sekiranya mereka rasa anda mencurigakan. Jaga-jaga!
Jangan Ambil Gambar Di Kawasan Imigresen Uzbekistan
Rasanya di mana-mana negara pun tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di kawasan imigresen.
Walaupun anda amat teruja dengan lawatan ke Uzbekistan, tolong jangan susahkan diri sendiri dan belajar bersabar.
Sekiranya anda masih berdegil dan tetap mengambil gambar dalam kawasan imigresen, pihak imigresen tidak akan teragak-agak untuk merampas dan memadamkan kembali foto yang telah anda rakamkan itu. Malu kan?
Jangan Berjalan Sesuka Hati Di Wilayah Uzbekistan
Ini adalah amaran keselamatan bagi anda yang melancong ke Uzbekistan. Terdapat sesetengah kawasan sempadan negara ini yang tidak selamat.
Anda dinasihatkan supaya berjalan mengikut kumpulan atau rakyat tempatan yang anda kenali sahaja.
Ini kerana, banyak kawasan sempadan yang tidak ditandakan di Uzbekistan dan anda sama sekali tidak dibenarkan untuk merentasi sempadan tersebut. Gunakan laluan selamat yang telah ditetapkan sahaja.
Sahkan Jumlah Wang Yang Tepat Semasa Di Uzbekistan
Anda akan diminta untuk mengisi borang pendaratan ketika tiba di kawasan pemeriksaan imigresen dan kastam. Pastikan anda mengisi dua salinan dan simpan satu salinan.
Dalam borang tersebut, anda akan diminta untuk declare jumlah wang tunai yang terdapat dalam beg anda termasuk bag pack dan luggage bag.
Jangan tersalah tulis tau! Satu angka yang tersilap atau terbalik pun berisiko untuk dipanggil untuk soal siasat. Anda mesti tak nak masa anda terbuang untuk perkara sebegitu, betul tak?
Tak rugi buat double check sebelum anda serahkan borang pada pegawai bertugas untuk melancarkan proses pendaftaran.
Check in Hotel: Jangan Menumpang Di Rumah Orang
Di Uzbekistan, perkara ini amatlah dilarang sama sekali. Anda wajib check-in di hotel dari hari pertama anda datang.
Malah, resit check-in hotel akan menjadi salah satu dokumen penting yang akan diminta oleh pegawai imigresen bertugas ketika pulang nanti sebagai bukti anda adalah pelancong yang tidak couchsurfing atau menumpang di rumah orang lain.
Anda boleh diperiksa sekiranya anda gagal mematuhi peraturan ini. Kalau anda rasa semua ini amat rumit, ketahuilah bahawa rakyat tempatan juga merasa benda yang sama.
Bila-bila masa sahaja mereka juga boleh disoal siasat sekiranya didapati membenarkan orang asing menumpang di rumah anda.
Banyak betul peraturan di negara Soviet ini kanz? Kemungkinan penduduknya sudah terbiasa dan terikut-ikut dengan cara komunis memerintah.
Maklumlah, mereka masih lagi dalam fasa mencari identiti sendiri setelah berpuluh tahun dijajah. Apa pun, sekiranya anda menghadapi masalah, anda boleh minta bantuan Kedutaan Malaysia di sana.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian dan tips bagi sesiapa yang ingin melancong ke Uzbekistan pada masa hadapan.
Jangan pandang mudah pada peraturan mereka ya! Hormat tuan rumah dan jangan bersikap cerewet apabila berada ditempat orang.
Bersambung…