Bercadang untuk melancong ke Austria? Austria merupakan salah satu destinasi tarikan popular di Eropah dan menarik lebih ramai pelancong setiap tahun dari seluruh dunia.
Bandar bersejarah serta pemandangan pegunungan Alps yang menakjubkan membuatkan ia menjadi salah satu tarikan utama di Eropah.
Walaupun Austria merupakan salah satu negara paling kecil di Eropah.
Tetapi oleh kerana pemandangan pegunungan Alps menduduki lebih 60% kawasan negara menjadikan Austria ini kawasan yang cantik dan perlu dilawati oleh semua pelancong.
- Lihat Pakej Percutian Balkan & Austria
- Lihat Penginapan Terbaik di Vienna Austria
- Lihat Peta Lokasi Percutian Austria
Pada musim panas atau sejuk, persekitaran negara ini sentiasa berubah kerana kesan suhu dan membuatkan negara ini sibuk menyambut kedatangan ramai pelancong yang datang bercuti bagi menikmati keindahannya.
Pin
Di sini akan disenaraikan 14 tempat menarik di Austria supaya anda boleh merancang perjalanan pada waktu musim cuti.
Melancong ke Austria, Bad Gastein
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 6 reed-lake-Badgastein](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/reed-lake-Badgastein-1024x686.jpg)
Bad Gastein dikelilingi oleh pemandangan gunung-ganang yang menakjubkan serta terletak di Taman Negara Hohe Tauern.
Ianya juga dikenali sebagai bandar spa dan sentiasa diingati oleh orang ramai kerana bangunan Belle E’poque yang unik.
Para pelancong yang datang ke sini disebabkan oleh udara yang segar datang dari gunung yang mengelilingi kawasan ini.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 7 gastein-building](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/gastein-building-683x1024.jpg)
Kawasan ini memberikan pelancong rawatan spa yang asli dan membuatkan anda merasa sangat selesa kerana udara yang tidak tercemar.
Kawasan ini juga menjadi tarikan kepada para penggemar peluncur ski pada musim sejuk dan pada musim panas anda boleh mendaki laluan gunung yang mencabar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kaiser Franz Josef-Straße 6, 5640 Bad Gastein, Austria
Gua Ais Gergasi Dachstein Austria
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 8 Kawasan Pergunungan dachstein](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/01/winter-wonderland-in-austria-L8P7UG5.jpg)
Tidak disangkal lagi bahawa gua ais gergasi ini menjadi tarikan yang sangat popular bagi pelancong yang datang ke Austria kerana ia membuatkan anda berada di dunia lain.
Gua ais ini merupakan yang paling besar di dunia dan menjadi salah satu keajaiban sebenar dunia.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 9 Mountain area of Molltaler ski resort, Austria](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/mountain-area-P29JRZB-1024x362.jpg)
Gua ais ini merupakan salah satu fenomena bawah tanah di mana pembentukan ais dan ukiran ais semula jadi berlaku.
Melk Abbey & Sungai Danube
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 13 Melk Abbey terletak di bukit berbatu yang menghadap ke sungai Danube, bersebelahan dengan lembah Wachau](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/01/melk-abbey-austria.jpg)
Melk Abbey merupakan salah satu biara paling terkenal di dunia dan terletak di atas bukit tinggi dan merupakan tarikan senibina Austria jika melancong ke Austria.
Para pelancong yang datang di tempat ini juga dapat melihat pemandangan sungai Danube yang cantik dari biara ini.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 14 Melk Abbey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/pin-melk-3666864_1280-1024x326.jpg)
Tempat ini pernah menjadi istana Leopold II dan telah diberikan kepada sami yang menjadikan biara ini tempat ketenangan dan pembelajaran bagi orang ramai pada tahun 1089.
Biara ini menjadi salah satu contoh seni bina Baroque paling unik dan membuatkan pelancong terpegun dengan seni bina biara ini.
Opera Negeri Vienna Austria
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 15 Famous State Opera in Vienna Austria at night](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/state-opera-in-vienna-austria-at-night-P3JNQQN-1024x682.jpg)
Opera ini merupakan salah satu struktur seni bina yang menakjubkan terletak di tengah-tengah ibu negara Austria.
Ianya juga merupakan opera yang paling terkenal sepanjang zaman dan orkestra yang dipersembahkan di dalam opera ini merupakan salah satu yang terbaik di dunia.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 19 Famous State Opera in Vienna Austria at night](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/state-opera-in-vienna-austria-at-night-PUDPFD7-1024x682.jpg)
Persembahan yang dilakukan di dalam opera ini terdiri daripada tema klasik dan moden yang membolehkan penonton memilih tema kegemaran mereka.
Makam Maharaja: Hofkirche & Muzium Maximilian I
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 20 Patung-patung gangsa di Court Church di Innsbruck; di sebelah kiri status Raja Arthur](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/01/Innsbruck_Hofkirche_Innen_Grabfiguren.jpg)
Innsbruck merupakan rumah kepada Gereja Mahkamah bernama Hofkirche dan mempunyai makam maharaja Maximilian I yang mati pada tahun 1519.
Dianggap sebagai hasil seni bina terbaik daripada Rennaissance Jerman, monumen di tengah-tengah diperbuat daripada marmar hitam yang sangat besar dengan patung dari gangsa Maharaja.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 21 Hofkirche Innsbruck](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/01/Hofkirche_Innsbruck.jpg)
Arca lain yang terdapat di sini juga adalah patung nenek moyang kepada maharaja itu yang berjumlah 28 kesemuanya.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 22 Portrait of the world famous Lipizzaner Stallion legendary White Stallions horse. Spanish Riding School in Vienna.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/portrait-of-the-world-famous-lipizzaner-stallion-VJC93QA-1024x682.jpg)
Ingin mencuba untuk menunggang kuda ketika melancong ke Austria? Sekolah ini sudah wujud pada zaman Maharaja Maximilian II yang bertanggungjawab memperkenalkan kuda Lipizzaner terkenal di dalam Austria pada tahun 1562.
Pada hari ini, ia merupakan tempat di mana gaya klasik untuk menunggang digunakan oleh para aristokrasi berlatih.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 23 Albertina museum in Vienna, Austria at night](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/albertina-museum-in-vienna-at-night-PC2JJVG-1024x682.jpg)
Pelancong yang datang di sini dapat melihat penunggang kuda yang sedang berlatih dan pertandingan yang diadakan sejak zaman Charles VI.
Dibina pada tahun 1735, dewan yang besar ini telah diwujudkan untuk memberikan bangsawan peluang menunjukkan kemahiran mereka dalam menunggang kuda.
Seefeld Tirol
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 24 Seefeld Tirol](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Seefeld-Tirol-1024x576-1024x576.jpg)
Pernah menjadi kawasan acara Olimpik sebanyak dua kali, Seefeld sangat penting kerana ia menjadi pusat pertandingan ski merentas desa dengan kawasan muka bumi yang sangat sesuai bagi pemain ski yang baru sahaja mula belajar bermain ski atau bagi yang sudah mahir.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 25 Two wooden ski chalets and a small barn surrounded by and covered with snow under a blue sky in winter in a ski resort in Tyrol, Austria.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/traditional-ski-resort-chalets-in-the-snow-BTGQNGB-1024x682.jpg)
Terletak di rizab semula jadi, ia menjadi tempat yang terbaik bukan sahaja untuk sukan berasaskan salji, tetapi juga bagi aktiviti mendaki dan berjalan-jalan pada musim panas.
Memberikan anda keselesaan dari segi kemudahan yang ada menjadikan Seefeld Resort yang terkenal bagi pelancong yang datang.
Istana Hohensalzburg & Gunung Festung Berg
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 26 Hohenwerfen Castle in Austria near Salzburg. Castle on Hilltop in Alps.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/hohenwerfen-castle-in-austria-near-salzburg-GNQ8WX3-1024x683.jpg)
Istana Salzburg yang menakjubkan ini merupakan salah satu istana terbesar dan istana zaman pertengahan di Eropah paling di jaga rapi.
Tempat yang paling strategik terletak di atas gunung Festung Berg memberikan peluang kepada pelancong yang datang untuk melihat bandar Salzburg dari kawasan yang tinggi.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 27 Panoramic view of beautiful city of Salzburg in Austria](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/panoramic-view-of-beautiful-salzburg-in-austria-P4P8Z3B-1024x682.jpg)
Merupakan salah satu hasil seni bina zaman pertengahan yang paling cantik dan menjadi jantung bagi bandar Salzburg, sudah tentu ianya menjadi tarikan utama bagi pelancong yang datang ke Austria.
Krimmler Ache: Air Terjun Tertinggi di Austria
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 28 Air Terjun Krimml](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Air-Terjun-Krimml-1024x683-1024x683.jpg)
Air terjun ini mempunyai ketinggian 380 meter dan membuatkan ia menjadi tempat yang perlu dilawat jika anda berada di kawasan Perkampungan Krimml.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 29 Beautiful waterfall river in Groppensteinschlucht, Austria,](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/01/beautiful-waterfall-river-PM2QNV6-682x1024.jpg)
Terletak di altitud 1,076 meter, Krimml berkedudukan di lembah berhutan dan merupakan salah satu tempat menarik bagi pendaki yang ingin berhenti dan berehat sebelum menyambung pendakian.
Katedral St. Stephen Stephansplatz, Vienna, Austria
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 30 Katedral St Stephen](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Katedral-St-Stephen-1024x768-1024x768.jpg)
Katedral St Stephen adalah tempat yang sangat popular terletak di Vienna kerana sejarahnya dan oleh kerana ia masih kekal walapun berlaku beberapa peperangan melewati zaman.
Katedral ini merupakan salah satu tarikan yang perlu ada dalam senarai pelancong yang datang ke Austria kerana sekarang ia dianggap simbol kebebasan bagi seluruh Vienna.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 31 cathedral-st-Stephen](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/cathedral-st-Stephen-1024x682.jpg)
Katedral yang berkonsep gothic ini mula dibina pada tahun 1147 dan jubin berlian terkenal di bumbung katedral dibina pada tahun 1952.
Jika anda ingin melihat pemandangan keseluruhan bandar Vienna, anda boleh menaiki tangga berpusing yang mempunyai 343 langkah.
Kitzbuheler Horn
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 32 Kitzbuheler Horn](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2017/05/Kitzbuheler-Horn-1024x599-1024x599.jpg)
Salah satu pemandangan cantik jika anda berada di atas Kitzbuheler Horn terletak di rantau Tyrol.
Kawasan yang berketinggian 1,998 meter ini boleh dinaiki dengan menggunakan kereta kabel yang disediakan atau mendaki dari kawasan Kitzbuhel.
Jika anda berada di puncak kawasan ini, anda akan faham mengapa kawasan ini menjadi salah satu tarikan utama bagi pelancong yang datang ke Austria kerana pemandangan yang sangat menakjubkan dari atas dan boleh melihat seluruh kawasan indah tersebut.
Innsbruck Altstadt
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 34 view of the ski region Axamer Lizum, Austria](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/winter-mountain-landscape-innsbruck-austria-V77SAFP-1024x682.jpg)
Dikelilingi oleh gunung ganang yang dilitupi salji, Innsbruck membuat anda merasa seperti berada di kawasan semula jadi yang cantik di pegunungan Alpine.
Kawasan ini diperkatakan mempunyai dua personaliti kerana ia mempunyai landskap semula jadi serta pusat bandar yang canggih.
Altstadt merupakan pekan bagi Innsbruck yang mempunyai reka bentuk zaman pertengahan dan pelbagai kedai yang unik.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 35 City of Innsbruck Summer Panorama. Austria.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/innsbruck-city-panorama-PSQ7LYR-1024x690.jpg)
Jika anda sedang berjalan di laluan Altstadt, anda perlu melawat mercu tanda disitu yang dikenali sebagai Bumbung Emas.
Rumah ini telah dibina untuk Maharaja Maxmilian I dan ia telah dihias dengan lebih seribu jubin kuprum yang menghasilkan pemandangan emas tulen.
Tempat Menarik Di Austria Hallstatt
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 36 Autumnal sunset of famous Hallstatt lakeside town reflecting in Hallstattersee lake. Location: resort village Hallstatt, Salzkammergut region, Austria, Alps. Europe.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/classic-postcard-view-of-famous-hallstatt-MZE6PQK-1024x682.jpg)
Tarikan lain yang perlu berada di dalam senarai pelancong yang datang ke Austria adalah Hallstatt, perkampungan kecil di rantau Salzkammergut yang terkenal dengan pengeluaran garam.
Oleh kerana garam telah banyak digunakan oleh masyarakat setempat untuk pengawetan dan memberikan rasa untuk makanan, kampung ini mempunyai sejarah yang panjang tentang kekayaan dan martabat.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 37 Foggy autumnal sunrise at famous Hallstatt lakeside town reflecting in Hallstattersee lake. Location: resort village Hallstatt, Salzkammergut region, Austria, Alps. Europe.. Location: resort village Hallstatt, Salzkammergut region, Austria, Alps. Europe.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/foggy-autumnal-sunrise-at-famous-hallstatt-MA4X5YT-820x1024.jpg)
Merupakan salah satu pengalaman yang unik perlu bagi pelancong yang datang ke Austria.
Jalan Alpine Grossglockner
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 38 Dramatic Mountains and Clouds with Curvy Serpentine Road in Valley, Austria.](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/dramatic-mountains-and-clouds-with-curvy-E5H9Y8G-683x1024.jpg)
Jika ingin melancong ke Austria melalui jalan raya, pasti jalan ini pilihan anda.
Jalan Alpine yang mempunyai panorama yang sangat cantik membawa anda ke Pusat Pelawat Kaiser Franz Josefs Höhe.
![14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR] 39 Dramatic Sunset at Snowy Mountains Peaks and High Alpine Road](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/11/dramatic-sunset-at-snowy-mountains-peaks-and-high-E26L6YV-1024x683.jpg)
Dari sana, anda dapat melihat pemandangan gunung paling tinggi di Austria iaitu Grossglockner.
Jalan ini selalunya dibuka pada awal bulan Mei sehingga akhir Oktober. Jadi rancang perjalan anda supaya anda dapat peluang untuk melihat pemandangan yang jarang dilihat di tempat lain.
Bersambung..