Pin
Apakah tempat tempat menarik di Jepun? Dari utara hingga ke pantai tropika di selatan, semuanya menjadi tarikan di Jepun.
Terdapat ribuan pulau di nusantara Jepun sejauh 3000 kilometer dari Hokkaido ke kepulauan tropika indah di pantai Taiwan.
Apabila kita meluangkan masa di sana, kita mungkin akan melalui beberapa meter laluan bersalji atau cuaca panas sehingga 35 darjah, bergantung kepada musim.
Pelbagai aktiviti disediakan mengikut musim. Pengunjung akan merasai pengalaman menakjubkan di tempat seperti Otaku/syurga di Tokyo.
Kyoto lebih kepada tempat berunsur spiritual dengan adanya kuil-kuil dan Osaka pula mempunyai hotel cinta yang menonjolkan keunikan Jepun.
Berikut adalah 10 tempat menarik di jepun yang patut anda kunjungi:
Menari dengan Naga di Nagasaki
Tarian Naga Nagasaki
Pada awal kurun ke 17 hingga ke pertengahan kurun ke 19, Jepun telah menutup sempadannya.
Walaubagaimanapun, semasa tempoh Sakoku, bandar Nagasaki di selatan Jepun dibuka untuk tujuan perdagangan dengan pedagang Dutch dan China.
Hasilnya, bandar tersebut menjadi sangat berbeza; sebuah tempat yang mempunyai bangunan bersejarah ala Barat di Jepun.
Pengaruh Cina pula dipamerkan setiap tahun semasa Festival Kunchi pada bulan Oktober; naga dibawa ke jalanan dan singgah di kedai dan restoran untuk mengejutkan orang ramai.
Berjemur di pantai tropika Okinawa
Pantai Okinawa
Pulau-pulau di Okinawa adalah sebahagian daripada Nusantara Ryukyu yang memanjang sehingga ke Taiwan.
Kawasan ini mengalami iklim tropika yang sangat berbeza dengan iklim sederhana di tanah besar. Tanah besar di Okinawa Honto menempatkan pengkalan tentera dan dipenuhi dengan pelancong Jepun semasa musim panas.
Kepulauan kecil Ryukyu di selatan seperti Miyako-Jima lebih sunyi dan mempunyai pantai yang sangat indah. Apabila kita bergerak ke pulau Zamami-Jima semasa musim bunga, kita boleh melihat ikan paus.
Mengagumi arca salji di Sapporo
Arca Salji Sapporo
Festival Salji Sapporo diadakan pada bulan Februari setiap tahun. Perjalanan jauh ke pulau keutaraan Hokkaido untuk melihat arca yang sangat besar adalah sangat berbaloi.
Antara arca yang pernah dibuat sebelum ini adalah Istana Jepun, Taj Mahal dan Darth Vader.
Pastikan kita membawa papan luncur bersama-sama kerana Resort Ski Niseko terletak hanya di luar Sapporo.
Tempat Menarik Di Jepun: Mendaki Gunung Fuji
Gunung Fuji
Ini adalah tempat menarik di Jepun pilihan utama jika semua bersetuju dengan pendapat ini.
Gunung Fuji berbentuk kon sangat menakjubkan jika kita teringin untuk mendaki. Udara agak nipis di puncak yang terletak kira-kira 3776 meter dari aras laut.
Namun, pendakian biasanya mudah dan lancar. Jangan sampai dikalahkan oleh orang-orang tua yang masih kuat pula.
Bersedialah untuk beratur naik ke atas semasa waktu yang sibuk. Musim mendaki adalah antara Julai hingga pertengahan September.
Melihat monyet salji bermandi-manda di Nagano
Monyet Unik di Nagano
Ini adalah tempat menarik di Jepun yang sangat unik dan lucu. Jangan lepaskan peluang untuk ke Onsen, spa mineral semasa kita di Jepun.
Onsen adalah cara kehidupan di negara itu walaupun kita mungkin berasa sedikit ragu-ragu untuk menanggalkan pakaian di depan orang ramai. (Terdapat juga ruang privasi)
Onsen ada di mana-mana tetapi onsen di Nagano adalah antara yang paling terkenal dan monyet di sana juga telah belajar manfaat mandi air panas.
Meneroka Memorial Keamanan Hiroshima
Hiroshima Memorial
Pada 6 Ogos 1945, bom atom pernah dilepaskan di Hiroshima yang mengorbankan lebih kurang 70000 orang dan peristiwa itulah merubah dunia.
Paling menghairankan, bangunan yang terletak betul-betul di bawah letupan tersebut selamat walaupun semua yang ada di sekelilingnya musnah.
Kini, ia dipelihara sebagai Kubah Bom Atom (Memorial Keamanan Hiroshima) untuk memperingati hari tersebut. Muzium Memorial Keamanan Hiroshima pula mempamerkan rekod menakjubkan dan mengerikan mengenai peristiwa 1945.
Melawat hotel cinta di Osaka
Osaka Love Hotel
Ini lagi adalah salah satu tempat menarik di jepun iaitu Love Hotel. Hotel Cinta adalah fenomena Jepun yang agak pelik dengan privasi premium.
Ramai pasangan muda yang tinggal bersama-sama dengan ibu bapa, lelaki dan perempuan yang mahukan masa bersendirian pergi ke hotel neon itu yang dicaj mengikut jam. (Disyorkan melawat hanya untuk melihat keunikan kecuali pasangan suami isteri)
Baca juga: Tempat Menarik Di Tokyo: Tarikan & Aktiviti Pelancong [POPULAR]
Bayaran biasanya melalui mesin layan diri atau wang dipaskan di bawah skrin untuk mengekalkan privasi. Istana cinta ini langsung tidak buruk, malah ia sangat unik dengan bilik bertema daripada comel hingga pelik.
Osaka adalah bandar utama hotel cinta walaupun penguatkuasaan berusaha menjejaskannya. Mungkin, lama kelamaan ia akan dilupuskan.
Melihat Istana Samurai di Himeji
Istana Samurai di Himeji
Terdapat banyak istana yang menakjubkan di Jepun walaupun ada juga yang sudah terlalu lama.
Hasil daripada bencana gempa bumi dan peperangan, dinding yang diperbuat daripada kayu kebanyakannya musnah. Banyak istana yang telah dibina semula seperti Istana Osaka yang dibina semula dengan bahan binaan moden seperti konkrit.
Istana Himeji pula dibina semua menggunakan teknik lama. Ia bukan sahaja besar, ia juga menempatkan pedang dan perisai samurai yang sebenar.
Ketenangan di Kinkakuji
Kinkakuji
Kyoto adalah tempat untuk melawat kuil. Kinkakuji (Kuil Emas) dianggap kuil paling popular walaupun Kiyomizudera jauh lebih besar dan menyediakan pemandangan paling menakjubkan seluruh bandar.
Jika kita teringin melihat lebih daripada sekadar kuil untuk melancong, kita boleh melihat kehidupan sebenar dengan menginap di Eiheji, sebuah kuil yang masih berfungsi di utara Kyoto di wilayah Fukui.
Hidup cara Geek di Tokyo
Akibaneon
Jika kita membesar dengan Akira dan permainan video, daerah Akihabara di Tokyo adalah tempatnya.
Bertempur dengan semua pengunjung di arked 5 tingkat, membeli patung Godzilla di kedai pengumpul yang sangat besar dan terus ke Pokemon Center Mega Tokyo untuk semua mainan mewah yang boleh dimakan.
Jangan lupa juga berhenti di Pulau Odaiba untuk melihat Robot Gundam setinggi 12 meter. [Kemaskini] Robot Gundam akan ditukar dengan model terbaru.
Video Tempat Menarik Di Jepun
httpv://youtu.be/KHyP_hNifms
[♡”]