Kundasang adalah sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, Malaysia yang terletak di sepanjang tebing Lembah Kundasang.
Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Taman Nasional Kinabalu, 12 kilometer dari bandar Ranau dan terkenal dengan pasar sayurnya yang dibuka tujuh hari seminggu
Antara tempat tumpuan utama adalah di sekitar lembah Kundasang disebabkan pemandangan indah Gunung Kinabalu dan cuaca sejuk tanah tinggi.
Nak Ikut Kami Bercuti Di Sabah?
Disebabkan itu juga permintaan terhadap pakej percutian ke Sabah semakin mendapat perhatian. Selain itu kami menyaksikan ramai dikalangan pelancong memilih untuk bercuti disini.
Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut tempat-tempat menarik di Kundasang, Ranau kami senarai 11 tempat paling popular dikunjungi disini. Jika ada tempat cadangan disekitar kawasan sila maklumkan kepada diruang komen untuk kami senaraikan. Terima kasih.
Timpohon Gate & Taman Botani
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 4 Timpohon Gate](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Timpohon-Gate-1024x633.jpg)
Salah satu daripada dua pintu utama dan juga “starting point” pendakian ke Gunung Kinabalu. Di kawasan ini disediakan kemudahan asas seperti tandas dan juga kedai yang menjual barang keperluan sebelum mula mendaki serta kawasan berbumbung untuk berkelah.
Taman Botani pula agak unik kerana ia lembap berkabus seperti lepas hujan sepanjang tahun. Ia turut menempatkan berbagai jenis tumbuhan yang mempunyai bermacam jenis kegunaan. Biasanya pelancong luar akan mengupah “tour guide” bagi mendapatkan informasi berkenaan tumbuhan yang ada disini.
Taman Kinabalu
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 5 Tempat Menarik Di Sabah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/04/Sabah_Tourism-Sharif-Putra-PIC_236-1024x682.jpg)
Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambuyukon dan kaki bukit.
Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus dari kerak ke permukaan bumi.
Massif ini muncul ekoran daripada hakisan pasir dan batu lumpur setebal beberapa kaki. Semasa Zaman Ais, glasier yang menuruni puncak membentuk kawasan tersebut tetapi puncak berceranggah yang timbul dari permukaan ais tidak berubah. Gunung berceranggah ini menjadi mercu tanda Taman Negara pada hari ini.
Via Ferrata Gunung Kinabalu
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 6 Via Ferrata Kinabalu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/04/Via-Ferrata-Kinabalu-1024x768.jpg)
Via Ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekat pada permukaan batu.
Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia, di mana poin tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter.
Ini kali pertama sukan mendaki gunung menggunakan via ferrata diperkenalkan di Asia dan tempat menarik di Sabah untuk mencabar diri anda pada ketinggian.
Aktiviti untuk semua, via ferrata dibina untuk membantu mereka yang ada sedikit atau tiada pengalaman langsung untuk sampai ke permukaan batu yang biasanya dicapai oleh pendaki berpengalaman.
Ada beberapa keperluan yang perlu dipenuhi sebelum menjalani aktiviti via ferrata, termasuk tahap kesihatan sederhana, mampu untuk mendaki setinggi 3,200 meter dalam masa 6 jam, berumur sekurang-kurangnya 10 tahun, berketinggian sekurang-kurangnya 1.3 meter; dan paling penting tidak takut pada ketinggian (atau sanggup untuk mengatasi rasa gayat).
Aktiviti ini pengalaman mencabar dan bagi mereka yang berminat untuk merasai sendiri via ferrata di Gunung Kinabalu, anda perlu tahu bahawa laluan untuk mereka yang baru mencuba adalah merasai pengalaman pertama mendaki dinding granit Gunung Kinabalu (pendakian kira-kira 2–3 jam).
Laluan pertengahan mengambil masa 4 – 5 jam perjalanan dan sebagai ganjaran para pendaki akan dapat menikmati keindahan pemandangan yang cantik.
Kundasang War Memorial
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 8 Kundasang War Memorial](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2013/04/Kundasang-War-Memorial-1024x683.jpg)
Memorial Perang Kundasang merupakan tugu pertama yang dibina untuk memperingati banduan perang dari Australia dan British yang meninggal dunia di Sandakan dan sewaktu melakukan perjalanan maut ke Ranau dalam Perang Dunia ke-2.
Memorial yang dibina seperti kubu ini direka oleh arkitek tempatan, J.C. Robinson.
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 9 Kenangan Team DAG di Kundasang War Memorial](http://wpfc.ml/b.gif)
Ia mempunyai empat buah taman yang bercantum tetapi terasing, dan mewakili tanah tumpah darah mereka yang terkorban: Taman Australia, Taman Ros Inggeris, Taman Borneo dengan bunga liar Kinabalu dan di bahagian atas, Taman Tafakur dengan kolam dan pergola.
Memorial ini dibuka kepada pengunjung tempatan dan luar, bukan saja untuk melihat kawasan taman yang sempurna tetapi juga untuk memperingati mereka yang berkorban nyawa demi kemerdekaan penduduk tempatan. Ia dibuka kepada pengunjung dengan bayaran yang minimal.
Desa Cattle Dairy Farm
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 10 Desa Cattle Dairy Farm Cows](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/05/Desa-Cattle-Dairy-Farm-Cows-1024x768.jpg)
Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu, ia merupakan antara “port” popular bagi pengantin untuk bergambar kerana ia berlatar belakang Gunung Kinabalu itu sendiri.
Tarikan utamanya selain dari cuaca dan suhunya yang dingin adalah Cattle Farm yang menghasilkan 900,000 liter susu setiap tahun. Majoriti susu ini diperah daripada Friesians, baka yang terkenal dengan pengeluaran susu yang banyak.
Ia juga merupakan destinasi ideal untuk seisi keluarga kerana terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti memberi susu kepada lembu, memberi makan rumput kepada kambing dan melihat sendiri bagaimana proses memerah susu dilakukan.
Jangan lupa untuk dapatkan cenderahati popular daripada Cattle Farm seperti susu kotak dan juga aiskrim.
Marakau Fish Spa
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 11 Marakau Fish Spa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Marakau-Fish-Spa-1024x545.jpg)
Terletak sekitar 10 minit dari Pekan Ranau, Marakau Fish Spa merupakan diantara tarikan yang unik yang ada disini. Dengan caj untuk lawatan sekitar RM2 bagi kanak-kanak dan RM3 bagi orang dewasa, anda akan diberikan satu pek baja ikan percuma.
Disini anda akan disajikan dengan kecantikan ikan koi yang berwarna dan bermacam jenis yang berenang-renang di dalam air sungai yang jernih. Anda dikehendaki untuk memakai selipar khas yang disediakan dan anda akan diajar oleh “guide” cara yang betul untuk memberi makan baja ikan.
Tagal Luanti Fish Massage
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 12 Tagal Luanti Fish Massage](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Tagal-Luanti-Fish-Massage-1024x571.jpg)
Terletak kira-kira 30 kilometer dari Pekan Kundasang, ia beroperasi pada setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 5.00 petang. Untuk masuk, anda akan dikenakan yuran sekitar RM5.00 termasuk dengan pakej rendam kaki selama 30 minit bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.
Pakej yang lebih menarik adalah Pakej Mandi Bersama Ikan pada harga RM10.00. Caj untuk baja ikan pula adalah RM2.00 untuk 1 pek. Konsep penggunaan ikan terapi ini adalah ia akan memakan sel kulit mati anda sekaligus menjadikan tubuh anda lebih bersih, halus dan juga dipercayai dapat untuk mengubati penyakit tertentu.
Poring Hot Spring
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 13 Poring Hot Spring](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Poring-Hot-Spring-1024x683.jpg)
Terletak 35 kilometer dari Luanti, Poring Hot Spring sangat terkenal dengan keunikan kolam air panas semulajadi. Kandungan galian sulfur yang ada padanya memberikan kesan kesegaran badan terhadap pengunjung.
Dibuka setiap hari dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang, ia turut menyediakan tarikan lain seperti:
- Slide pool dan rock pool
- Indoor Bathtub
- Taman Rama-rama
- Gua Kelawar
- Air Terjun Kungit dan Langanan
- Taman Tropika
- Pusat Pemuliharaan Orkid
- Poring Canopy Walk
Bayaran RM3 untuk dewasa dan RM1 bagi mereka yang dibawah 18 tahun. Bagi pelancong luar pula, RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk bawah 18 tahun.
Arnab Village
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 14 Arnab Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Arnab-Village-1024x822.jpg)
Terletak sekitar 100 kilometer dari Kota Kinabalu di Ranau. Ia dimiliki Jubair Juhinin yang merupakan graduan Sains Akuakultur Universiti Malaysia Sabah. Disini ditempatkan lebih kurang 200 ekor arnab daripada 8 spesis yang berbeza dan apa yang menariknya adalah arnab-arnab ini dibiarkan berkeliaran bebas.
Ia beroperasi setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang dan yuran sebanyak RM3 dikenakan bagi pengunjung dewasa manakala yuran sebanyak RM2 dikenakan untuk kanak-kanak. Makanan arnab pula dikenakan caj sebanyak RM2.
Sosodikon Hill Kundasang
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 15 Sosodikon Hill Kundasang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Sosodikon-Hill-Kundasang-1024x672.jpg)
Terletak sekitar 5 kilometer dari pekan Kundasang, ia tidak jauh dari destinasi terkenal Desa Cattle Dairy Farm. Laluan ke bukit ini agak sempit dan mencabar. Ramai yang memilih untuk parking kereta di jalan utama dan seterusnya berjalan kaki ke sini.
Untuk mendaki bukit ini, biasanya mengambil masa sekitar 15 hingga ke 20 minit. Apa yang menanti anda di puncak sana adalah bukit-bukit unik berbentuk piramid di arah selatan dan pemandangan memukau Gunung Kinabalu di arah utara.
Humble Hobbit Home
![11 Tempat Paling Menarik Di Kundasang & Ranau [PALING POPULAR DI SABAH] 16 Humble Hobbit Home](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika anda peminat wayang scifi ‘The Lord Of The Rings‘ anda pasti ingin merasakan suasana tinggal di kampung orang Hobbit seperti dalam cerita itu. Di Kundasang and boleh lakukan perkara yang sama. Rumah Humble Hobbit ini terletak di Kundasang dan mempunyai pemandangan menakjubkan gunung Kinabalu.
Ianya terletak di Jalan Sinisian Kundasang National Park, dan boleh disewa untuk anda menginap semalaman serta merasai sendiri tinggal dirumah orang kredil ini. Rumah kecil Hobbit ini turut dilengkap dengan kemudahan seperti resort.
Baik, kami terima lebih banyak cadangan tempat-tempat menarik di Kundasang Ranau ini. Kami akan cuba senaraikan semua destinasi menarik yang ada dikawasan ini secepat mungkin. Stay tune!
Pakej tuk 3 org. Trmasuk flight tiket
Cik nak pergi pada tarikh bila? Hubungi kami di 1700-81-5374
Mohon quotation utk 12 dewasa & 2 kanak-kanak
Mohon Cik Nisa isikan borang untuk sebutharga lengkap.
boleh sy tahu untuk harga 7 orang tua 2 kanak-kanak. unruk pej 6 hari 5 malam
Salam Encik Mazlan, untuk memudahkan encik, sila isikan maklumat percutian
Bole tahu harga untuk orang perempuan . Pakej 6 hari 5 malam ke kk ..?
Boleh cik Cindy, untuk memudahkan cik, sila isikan maklumat percutian
Boleh tahu harga untuk 2 orang perempuan. Pakej 6 hari 5 malam ke kk sabah ni.
Boleh Cik Adlia, krew yang bertugas akan emailkan sebutharga ke email cik. Terima kasih 🙂