fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Lumut Perak [POPULAR]

Lumut dan kawasan sekitar seperti Setiawan adalah destinasi yang sesuai untuk melancong bagi percutian untuk sehari

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
17 Mac, 2022
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 2 mins read
233 20
A A
158
tempat-menarik-di-lumut-hendri-sabri

Imej oleh: Hendri Sabri

16k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Apakah sebenarnya yang menarik di Lumut Perak ini? Selain menjadi pengkalan tentera laut Malaysia ada apa aktiviti yang boleh dilakukan?

Sebenarnya, Lumut adalah sebuah bandar yang sangat kecil, hanya mempunyai beberapa jalan. Kebanyakan penduduk kampung menyara hidup dalam industri perikanan dan pelancongan.

Lumut pernah menjadi pangkalan terbesar Tentera Laut Negara di pantai barat Malaysia. Pekan Lumut juga mempunyai stesen terminal feri untuk pelancong yang ingin melawat Pulau Pangkor.

pekan-lumut

  • Lihat Penginapan Terbaik di Lumut
  • Lihat Peta Percutian di Lumut Perak

Namun walaupun kecil, Pekan Lumut menjadi tempat percutian yang menyeronokkan kerana semua tempat adalah berdekatan dan mudah diakses.

Pin

  • 1 Frenzy Waterpark
  • 2 Pulau Marina
  • 3 Pantai Teluk Batik
  • 4 Taman Awam Lumut Waterfront
  • 5 Kota Belanda
  • 6 Pulau Pangkor
  • 7 Bazaar Lumut
  • 8 Bukit Engku Busu
  • 9 Restoran D’Warisan
  • 10 Teluk Senangin
 Baik, dalam artikel ini saya senaraikan 10 aktiviti paling popular boleh dilakukan di Lumut.


Frenzy Waterpark

Frenzy Waterpark Paddle Duck
Frenzy Waterpark Paddle Duck

Percutian bersama ahli keluarga lebih menyeronokkan dengan meluangkan masa di taman tema air.

Frenzy Waterpark yang terletak di Pulau Marina ini begitu unik kerana menggunakan tarikan yang dikenali sebagai pulau kembung!

Frenzy Waterpark Kayak
Frenzy Waterpark Kayak

Pulau kembung merupakan padang besar yang terapung di atas air dan mempunyai pelbagai cabaran untuk anda lalui.

Selain bersuka-ria di kawasan pulau kembung, anda boleh mencuba gelongsor untuk mandi air laut atau berkayak dan berkanu di sekitarnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:30pm – 7:30pm | KM 1, Jalan Telok Muroh, 32200 Lumut, Perak

Pulau Marina

Pemandangan-Persisiran-Pantai-Pulau-Marina
Pemandangan Persisiran Pantai Pulau Marina

Selain bersuka ria di Frenzy Waterpark, Pulau Marina turut menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan menarik untuk anda.

Antaranya, Marina Fishing Pond, Galeri Seni Pulau Marina, Kelas Mencanting Batik dan Yoga Park.

Marina Island Jetty Complex
Marina Island Jetty Complex

Pulau buatan manusia yang pertama di Malaysia ini turut mempunyai pelbagai fasiliti seperti Kompleks Jeti Marina Island untuk ke Pulau Pangkor, tempat letak kereta berbayar dan dok kapal layar bagi tujuan pelabuhan dan penyelenggaraan kapal layar.


Pantai Teluk Batik

Pantai-Telok-Batik
Pantai Telok Batik

Tidak dapat disangkalkan lagi, bahawa rata-rata pelancong begitu menyukai destinasi berpantai bagi menikmati keindahan bayu laut.

Pantai-Teluk-Batik-aznul-fadli
Pemandangan Pantai Teluk Batik | Imej oleh: Aznul Fadli

Jika anda berkunjung ke Lumut, Pantai Teluk Batik merupakan pantai yang paling terkenal di sini dan menjadi pilihan nombor satu bagi penduduk setempat dan pelancong untuk bersantai.

Lokasi ini sering menjadi tumpuan kerana mempunyai pelbagai tarikan seperti tempat perkhemahan, gerai makanan, gerai jualan barangan dan pusat karaoke.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak

Taman Awam Lumut Waterfront

Taman-Awam-Lumut-Waterfront-dan-Jeti-Azizi
Pemandangan Taman Awam Lumut Waterfront dan Jeti | Imej oleh: Azizi

Taman Awam Lumut Waterfront turut sesuai dikunjungi bagi pencinta alam sekitar. Taman yang seluas 7.4 ekar ini menyajikan permandangan kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.

Keunikan taman awam ini kerana ia dibina berinpirasikan kehidupan laut serta turut menerapkan konsep pendidikan yang berkaitan dengan alam sekitar kepada pengunjung.

Lumut Waterfront
Lumut Waterfront

Di sini turut mempunyai kedai cenderamata, kiosk, kedai makan, taman permainan kanak-kanak dan pelbagai fasiliti lagi.

Untuk menikmati suasana dengan lebih mengasyikkan, anda boleh menyewa basikal dan skuter elektrik di situ.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sultan Yussuff Izuddin, 32200 Lumut, Perak

Kota Belanda

Dutch-Fort-Kota-Belanda-Helmi
Dutch Fort Kota Belanda | Imej oleh: Helmi

Dutch Fort yang dibina pada tahun 1670 ini asalnya berfungsi sebagai kubu pertahanan dan lokasi penyimpanan bijih timah oleh pihak Belanda.

Ekoran daripada insiden ketidakpuasan hati dalam kalangan rakyat, ia telah dimusnahkan oleh rakyat dan dibina semula oleh pihak Belanda pada tahun 1749.

Dataran-Kota-Belanda-Fareha-Zulkefli
Dataran Kota Belanda | Imej oleh: Fareha Zulkefli

Bermula pada tahun 1973 ia diwartakan sebagai monumen lama dan tapak bersejarah dan kemudian dibaikpulih untuk tujuan pelancongan.

Di sini turut menempatkan rumah limas tradisional Perak, gerai makanan, gerai pakaian dan kedai cenderamata.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | 32300 Pangkor Island, Perak

Pulau Pangkor

aktiviti-sukan-air-di-pulau-pangkor
aktiviti sukan air di Pulau Pangkor

Majoriti pelancong singgah ke Lumut untuk ke Pulau Pangkor. Dah berada di Lumut, sungguh rugi jikalau anda tidak berkunjung ke pulau yang terkenal di Malaysia ini.

Senja-di-pulau-pangkor-natalia-slastnikova
Senja di Pulau Pangkor | Imej oleh: Natalia Slastnikova

Di pulau ini anda bukan sahaja boleh menjelajah Kota Belanda, malah anda boleh melawat Pulau Sembilan, Batu Bersurat, Tortoise Hill, Galeri Panorama Pangkor, Pantai Teluk Nipah, Pekan Pangkor, Teluk Ketapang, Masjid Terapung Pulau Pangkor, Tokong Foo Lin Kong dan banyak lagi.

Selain itu, anda boleh melihat aktiviti menangkap ikan, pemprosesan ikan kering, menaiki bot serta menjalankan pelbagai aktiviti air. Kami menyediakan artikel khas tentang aktiviti dan tempat menarik di Pulau Pangkor untuk selanjutnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Besar, Pekan, 32300 Pulau Pangkor, Perak

Bazaar Lumut

Bazar-Lumut-Shahir-Kamaruddin
Bazar Lumut | Imej oleh: Shahir Kamaruddin

Lokasi yang terletak berdekatan dengan Lumut Waterfront ini sering menjadi tumpuan para pelancong untuk mendapatkan pelbagai cenderamata dengan harga yang berpatutan.

Di Bazaar Lumut ini cukup terkenal dengan hasil laut kering terutamanya bilis mata biru!

Dataran-Maritim-Bazar-Lumut
Dataran Maritim Bazar Lumut

Bagi mendapatkan barangan kraftangan dan cenderamata lain anda boleh berkunjung ke sini seawal jam 9 pagi sehingga 6 petang.

Dah sakan bercuti, jangan lupa bawa pulang ole-ole sebagai kenangan anda bercuti di Lumut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Bukit Engku Busu

Bukit-Engku-Busu-Azarudin-MZ
Bukit Engku Busu | Imej oleh: Azarudin-MZ

Bukit Engku Busu yang berketinggian 331.4 meter ini mempunyai sejarah disebalik nama. Menurut sejarah, ia mendapat nama sempena kedatangan Raja Engku Busu (Raja Selangor) yang turut serta dalam misi menghapuskan kumpulan lanun sekitar tahun 1840 an yang berlaku di kawasan tersebut.

Kini bukit ini terkenal sebagai destinasi rekreasi seperti aktiviti Jungle Trekking. Bagi melihat keindahan alam sekitar dan panaroma Bandar Lumut, anda boleh mendaki sehingga ke puncak bukit ini!


  • Lihat Peta | 6JHH+HX Lumut, Perak

Restoran D’Warisan

Restoran-Dwarisan-Lumut-Saila-Alias
Restoran D’Warisan Lumut | Imej oleh: Saila Alias

Nak cari tempat sarapan? Nak cari tempat makan tengahari yang sedap? Jom singgah Restoran D’Warisan yang terletak di Jalan Teluk Batik.

Restoran ini antara yang tersohor di Lumut dengan pelbagai pilihan menu makanan yang membangkitkan selera setiap pengunjung!

Ikan-Bakar-Restoran-D-Warisan-Hishanuddin-Ramli
Ikan Bakar Restoran D Warisan | Imej oleh: Hishanuddin Ramli

Antara menu yang ‘hot selling’ adalah gulai ketam, siput sedut masak lemak, ikan bakar, daging, ulam-ulaman dan kerabu.

Untuk merasai keenakkan makanan di restoran ini, anda boleh singgah ke sini pada setiap hari kecuali hari isnin.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 11:00pm | 4240 Kg.teluk muruk, 32200 Lumut, Perak

Teluk Senangin

Pantai-Peranginan-Teluk-Senangin-Amin-Rasyid
Pantai Peranginan Teluk Senangin | Imej oleh: Amin Rasyid

Satu lagi lokasi pantai yang menarik untuk anda lawati di Lumut adalah Pantai Teluk Senangin.

Destinasi ini tidaklah semeriah Pantai Teluk Batik, namun ketenangannya begitu mengagumkan setiap pengunjung.

Matahari-Terbenam-di-Pantai-Teluk-Senangin-musa-arif
Matahari Terbenam di Pantai Teluk Senangin | Imej oleh: Musa Arif

Menariknya lagi anda boleh menghayati panorama Selat Melaka dan Pulau Pangkor daripada persisiran pantai ini.

Anda juga boleh memilih untuk menginap di chalet yang berhadapan dengan Pantai Teluk Senangin ini bagi meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti seperti mandi pantai, barbeku serta bersantai bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut, Perak

Jika anda ada cadangan tempat atau aktiviti menarik di Lumut, bolehlah kongsikan diruang komen. 🙂

Bersambung…

Tags: hotel lumutlumut waterfrontpantai lumutpercutian di lumut
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-batu-gajah
Pakej Perak

Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH]

  Tahukah anda Batu Gajah digelar sebagai Bandar Bertuah? Hal ini kerana ia adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak. Baginda adalah...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2023
19.1k
Refarm-Kampar-Saimeng-Lee
Pakej Perak

12 Aktiviti Menarik di Refarm Kampar

  Ramai yang kata Refarm Kampar sangat menarik untuk percutian hujung minggu. Benarkah Refarm Kampar berbaloi dikunjungi? Percutian di kawasan...

Oleh: Hadi Ghazali
25 Februari, 2023
13.9k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
158 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

tempat-menarik-di-gold-coast-australia
Pakej Gold Coast

20 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Gold Coast Australia

Oleh: Hadi Ghazali
23 November, 2022
158
28.4k

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Gold Coast Australia yang popular untuk pelancong Malaysia? Sememangnya Gold Coast menawarkan percutian...

Baca Selanjutnya
Castella-Cafe

Castella Cafe: Tempat Makan Menarik di Gerik Perak [VIRAL]

1 November, 2022
14.3k
bercuti-ke-yogyakarta

Bercuti di Yogyakarta: 5 Makanan Paling Popular di Yogyakarta

3 Oktober, 2022
8.7k
tempat-menarik-di-nepal

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Nepal Yang Paling Popular [RARE]

16 Mei, 2022
10k
Tempat Menarik Di Austria

14 Tempat Menarik di Austria Yang Mengagumkan [SENARAI POPULAR]

26 Mac, 2022
9.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
158
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas