fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Malaysia Pakej Kelantan

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Pasir Mas Kelantan [TERKINI]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
4 Jun, 2022
Kategori: Pakej Kelantan
Masa Bacaan: 3 mins read
421 13
A A
2
tempat-menarik-di-pasir-mas-kelantan
12.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Tahukah anda, Pasir Mas pernah menjadi bandar raya kedua terbesar di negeri Kelantan sehingga pertengahan 1990-an apabila ia diatasi oleh Tanah Merah.

Pekan ini terhalang daripada berkembang ke arah timur oleh Sungai Kelantan manakala ke arah utara, laluan kereta api memisahkan bandar.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Menurut legenda, kawasan yang kini dikenali sebagai Pasir Mas ini mula dibuka oleh Che Leh Ismail yang juga dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar.

Che Leh Ismail terpaksa berpindah ke Pasir Mas dari Kota Bharu apabila tanahnya diambil alih oleh Sultan untuk membina istana baginda. Pada masa itu, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar al-Quran kepada penduduk kampung di Pasir Mas.

tempat-menarik-di-pasir-mas-kelantan-2
Imej oleh: Kerina Yin
  • Lihat Penginapan Terbaik di Pasir Mas
  • Lihat Peta Percutian di Pasir Mas

Guru agama itu kembali ke Bachok setelah selesai mengajar. Bagaimanapun, beberapa hari selepas guru agama itu pulang ke Bachok, tiga periuk emas tiba-tiba muncul di balik semak.

Periuk-periuk emas itu kemudian bergolek ke dalam kolam di pinggir semak. Penduduk kampung yang menyaksikan kejadian ini menjerit “Mas! Mas!” Maka tempat itu kemudiannya dipanggil Pasir Mas.

Begitulah kisahnya.

Pin

  • 1 Kuil Wat Uttamaram
  • 2 Dataran Air Muleh
  • 3 Masjid Brunei Darussalam
  • 4 Bukit Panau
  • 5 Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
  • 6 Masjib Jubli Perak Sultan Ismail
  • 7 Mee Celup Che Poh (M.C.C.P) Sejak 1992
  • 8 Warung Kurnia Ibu (Kedai Mee Celup Moksu)
  • 9 Rizqi D’café Gaung Lati
  • 10 Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar
Mari kita lihat apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pasir Mas.


Kuil Wat Uttamaram

Wat-Uttamaram-Lee-Jun-Hui-2
Wat-Uttamaram-Lee-Jun-Hui-2

Wat Uttamaram merupakan sebuah kuil Buddha gaya Thai yang mempunyai kira-kira 20 bangunan dan dibina pada Abad ke-20.

Kuil ini merangkumi stupa, dewan solat, penginapan kediaman berasingan untuk sami dan biarawati, kemudahan pendidikan, padang bola, gelanggang futsal serta taman kanak-kanak.

Wat-Uttamaram-Lee-Jun-Hui
Gerbang masuk ke Wat Uttamaram

Kuil yang terletak di Kampung Teresek ini turut dikenali sebagai Wat Bangsek. Ia ditubuhkan oleh abbot Buddha iaitu Khron Ratchanaren yang digelar sebagai Tok Raja.

Dikatakan dia turut menubuhkan Wat Uttamayanmuni di Singapura pada tahun 1962. Jika anda ingin melihat keunikan senibina kuil ini bolehlah berkunjung ke sini seawal jam 7 pagi hingga 10 malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 10:00pm | D23, 17200 Pasir Mas, Kelantan

Dataran Air Muleh

Dataran Air Muleh
Dataran Air Muleh

Dataran Air Muleh ini terletak di kawasan tanah yang berkeluasan satu ekar dan dibina oleh para pekerja Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) secara bergotong-royong pada tahun 1989.

Lokasi yang dibina sebagai tarikan pelancongan berkonsepkan rekreasi ini begitu meriah pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.

Dataran-Air-Muleh
Dataran Air Muleh

Kemeriahannya telah menarik pelbagai pihak untuk mengadakan aktiviti buat masyarakat.

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Dataran yang terletak berhampiran pusat bandar Pasir Mas ini mempunyai taman permainan kanak-kanak, restoran, wakaf dan sebuah tugu yang mencatatkan nama pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Jajahan Pasir Mas.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2, Jalan Besar, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Masjid Brunei Darussalam

Masjid-Brunei-Darul-Salam-عمار-ابن-عثمان
Masjid Brunei Darul Salam | Imej oleh: عمار-ابن-عثمان

Masjid Brunei Darussalam ini merupakan masjid terapung atas air yang pertama di Malaysia dan diwakafkan oleh Sultan Brunei.

Pada awal pembinaannya, masjid ini kurang menjadi tumpuan para pelancong ekoran kedudukannya yang terletak di kawasan perkampungan.

Masjid-Brunei-Darul-Salam-Ben-Ebrahem
Masjid Brunei Darul | Imej oleh: Salam Ben Ebrahem

Masjid ini dikelilingi dengan kawasan tasik dan membuatkan persekitarannya menjadi semakin mendamaikan serta menenangkan setiap pengunjung.

Ia turut menjadi lokasi untuk para pelajar Institut Pendidikan Al-Balaghulmubin untuk menimba ilmu. Bagi pelancong beragama islam, anda bolehlah singgah untuk menunaikan ibadah di samping melawat kawasan masjid ini.

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17060, Pasir Mas, Kelantan

Bukit Panau

Sejauh-mata-memandang-Ahmad-Munzir
Sejauh mata memandang | Imej oleh: Ahmad Munzir

Destinasi yang terletak di sempadan Pasir Mas dan Tanah Merah ini mempunyai ketinggian 255meter dari paras laut dan mempunyai kisah lagenda yang begitu menarik.

Bukit Panau dikatakan lokasi bagi pahlawan Hang Tuah duduk bertapa, menuntut ilmu kebatinan dan kerohanian serta ilmu persilatan.

Bukit-Panau-Ahmad-Munzir
Bukit Panau | Imej oleh: Ahmad Munzir

Bukit Panau ini merupakan antara lokasi yan rancak untuk aktiviti rekreasi. Dikatakan kumpulan belia turut memilih lokasi ini untuk mengadakan aktiviti pendakian sempena menyambut bulan kemerdekaan.

Tambahan lagi, pemandanan dari puncaknya amat menarik dengan berlatar belakang perkampungan sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah serta Sungai Kelantan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Pasir Mas – Tanah Merah, 17040 Pasir Mas, Kelantan

Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang

Kompleks-Bebas-Cukai-Rantau-Panjang-Jane-Lau
Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang | Imej oleh: Jane Lau

Sebut sahaja Rantau Panjang majoriti masyarakat di Malaysia sudah terbayang keseronokan untuk meneroka syurga membeli-belah ini.

Kompleks bebas cukai yang beroperasi setiap hari ini merupakan destinasi wajib anda kunjungi apabila berkunjung ke kawasan Pasir Mas.

Lokasi yang terletak di dalam jajahan Pasir Mas ini menawarkan pelbagai barangan yang diimport dari negara Jiran.

Kompleks-Bebas-Cukai-Rantau-Panjang-Rozana-Mahadzir
Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang | Imej oleh: Rozana Mahadzir

Untuk pengetahuan anda, Thailand merupakan pembekal utama bagi barang dagangan di kawasan zon bebas cukai ini.

Antara barangan yang sering menjadi pilihan para pelancong adalah pakaian, perkakas dapur, set pinggan mangkuk serta makanan proses. Jangan lupa untuk menikmati keenakkan aiskrim baba yang begitu terkenal di sini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Masjib Jubli Perak Sultan Ismail

Masjib-Jubli-Perak-Sultan-Ismail
Masjib Jubli Perak Sultan Ismail | Imej oleh: Fakrul Kamaruddin

Masjid Beijing: Di Rantau Panjang ini turut terdapat sebuah masjid yang unik dan sering menjadi tumpuan para pelancong untuk singgah.

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail atau lebih dikenali Masjid Beijing ini begitu unik dengan rekaan senibina Cina dan Islam yang seakan Masjid Niujie di Beijing.

Masjib-Jubli-Perak-Sultan-Ismail-dengan-senibina-cina-Ryhan-Salihin
Masjib Jubli Perak Sultan Ismail dengan senibina cina | Imej oleh: Ryhan Salihin

Lokasinya begitu mudah untuk ditemui kerana terletak tepi jalan besar dan berjarak sekitar 2km sahaja daripada kompleks bebas cukai Rantau Panjang.

Masjid yang menelan belanja sekitar RM8.8 juta ini sering menerima kunjungan para pelancong untuk beribadah dan bergambar kenangan ekoran keindahan senibinanya yang pasti menarik setiap mata yang memandang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Mee Celup Che Poh (M.C.C.P) Sejak 1992

Mee-Celup-Che-Poh-Maizurah-Mahmood
Memang sedap! Mee Celup Che Poh | Imej oleh: Maizurah Mahmood

Mee Celup Che Poh yang telah memulakan perniagaannya sekitar tahun 1992 ini begitu terkenal di Rantau Panjang.

Rata-rata warga tempatan bakal mengesyorkan lokasi ini untuk anda menjamu selera apabila berkunjung ke Rantau Panjang.

susana-santai-dan-perkampungan-mee-celup-poh
Susana santai dan perkampungan Mee Celup Poh

Warung yang beroperasi pada jam 12 tengahari sehingga 7 malam ini boleh dikunjung setiap hari, jadi anda tidak perlu bimbang untuk memilih hari yang terbaik untuk menikmati hidangan di sini.

Sesuai dengan Namanya, warung ini menyajikan hidangan mee celup yang dipenuhi dengan hirisan daging lembut, sayuran dan telur rebus yang pasti menyelerakan. Di tambah dengan perahan air limau nipis pasti membangkitkan selera anda!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm – 7:00pm | Masjid Raudhah, Depan, Kampong Lubok Gong, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Warung Kurnia Ibu (Kedai Mee Celup Moksu)

Menu-menyelerakan-di-Warung-Kurnia-Ibu-Siti-Syahirah
Menu menyelerakan di Warung Kurnia Ibu | Imej oleh: Siti Syahirah

Jika anda tidak sempat untuk menikmati keenakkan Mee Celup Che Poh, anda boleh menikmati mee celup yang turut terletak di Pasir Mas.

Warung Kurnia Ibu yang beroperasi seawal jam 10.30 pagi hingga 6.30 petang tidak kurang hebatnya dalam menyajikan hidangan ini, malah ia dikatakan antara yang legend kerana sudah dikenali sejak rtahun 1989!

Warung-Kurnia-Ibu-Sharifudin-Saufi
Warung Kurnia Ibu | Imej oleh: Sharifudin Saufi

Hidangan mee celup di sini pasti lebih menyelerakan dengan memesan segelas air coconut shake.

Mee celup merupakan antara menu yang terkenal dan begitu digemari oleh rakyat Kelantan, jadi tidak hairanlah jika banyak kedai makan yang menawarkan menu tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:30am – 6:30pm | w1/20 Lorong Shell, Jln Pengkalan Pasir, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Rizqi D’café Gaung Lati

Menu-istimewa-di-Rizqi-D-cafe-Gaung-Lati
Menu istimewa di Rizqi D’café Gaung Lati

Jika anda merupakan peminat makanan barat, restoran yang satu ini merupakan pilihan yang tepat buat anda. Selain daripada dapat memenuhi citarasa anda, harga yang ditawarkan juga turut berpatutan dengan kuantiti dan kualiti makanan di sini.

Rizqi D’café Gaung Lati yang terletak di Pekan Pasir Mas ini dibuka pada jam 2.30 petang hingga 10.30 petang ini dibuka setiap hari kecuali pada hari selasa.

Rizqi-D-cafe-Gaung-Lati
Rizqi D’café Gaung Lati

Antara pilihan menu yang ditawarkan adalah Seafood Talam, Butter Chicken Rice, Mix Platter dan Butter Prawn.

Bagi yang kurang gemar dengan hidangan barat, anda boleh memilih menu masakan panas yang turut menyelerakan. Namun begitu, anda wajib untuk mencuba pencuci mulut mereka yang begitu popular iaitu Aiskrim Bboloq dan Coconut Shake Raksasa yang bersaiz 1 liter!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2:30pm – 10:30pm | Lot 672, Jalan Kampung Gaung Lemal, Pekan Pasir Mas, 17000 Pasir Mas, Kelantan

Kedai Laksam Telur Puyuh Best Kelar

Kedai-Laksam-Telur-Puyuh-Best-Kelar-Ahmad-Faizol
Kedai-Laksam-Telur-Puyuh-Best-Kelar-Ahmad-Faizol

Laksam merupakan sejenis makanan yang diperbuat menggunakan tepung beras dan dianggap sebagai salah satu hidangan tradisional dalam kalangan masyarakat Kelantan.

Kedai Laksam Telur Puyuh Best kelar atau lebih sinonim dengan nama Kak Za Laksam kelar ini menawarkan hidangan laksam yang begitu enak.

Sambal-daging-diatas-laksa-istimewa-Kak-Za
Sambal daging diatas laksa istimewa Kak Za

Keistimewaan laksamnya adalah kerana ia dihidangkan bersama sambal daging dan telur puyuh. Majoriti pengunjung yang sudah mencuba hidangan ini pasti berpuas hati dengan rasanya yang cukup enak.

Lokasi kedai ini begitu mudah untuk ditemui kerana ia terletak di tepi jalan besar dan bersebelahan dengan Masjid Kampung Kelar. Jika anda ingin menikmati hidangan ini, jangan pula berkunjung ke sini pada hari jumaat kerana ia tidak beroperasi pada hari tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Jln Pasir Mas – Tanah Merah, Kampung Pengkalan Rambutan, 17040 Pasir Mas, Kelantan

Anda ada cadangan tempat baru yang menarik di Pasir Mas?

Bersambung…

Tags: daerah pasir mashotel pasir maskota bahru ke pasir mas
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

air-terjun-di-kelantan-jelawang-Syed-Al-Yahya
Pakej Kelantan

10 Tempat Riadah & Air Terjun di Kelantan

  Benarkah ada banyak air terjun di Kelantan? Adakah berbaloi berkunjung ke tempat-tempat riadah ini? Kelantan adalah rumah kepada Air...

Oleh: Hadi Ghazali
8 September, 2022
11k
tempat-menarik-di-kelantan
Pakej Kelantan

60+ Tempat Menarik di Kelantan Popular

  Kelantan adalah negeri luar bandar di timur laut Semenanjung Malaysia yang sangat popular dan terkenal sebagai serambi Mekah. Kota...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Februari, 2022
16.1k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
2 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
2
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas