fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Balkan

8 Tempat Menarik di Balkan: Pemandangan Indah Popular

Mohd Abd Hadi Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
Kategori: Balkan
Masa Bacaan: 4 mins read
572 43
A A
9
Tasik Bled, Slovenia
556
SHARES
641
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Tempat Menarik di Balkan

Pin

  • 1 Pegunungan Albania
  • 2 Ohrid, Macedonia
  • 3 Jahorina
  • 4 Tempat Menarik di Balkan: Tasik Bled, Slovenia
  • 5 Gjirokastra, Albania
  • 6 Tasik Plitvice, Croatia
  • 7 Istana Peles, Romania
  • 8 Sveti Stefan
Apakah tempat tempat menarik di Balkan? Walaupun banyak perkara telah berlaku di Balkan, ia telah mula membangun semula dan telah menjadi tempat yang menarik.

Ia juga menjadi destinasi paling utama dikunjungi oleh pelancong yang datang sejak beberapa tahun yang lalu.

Ianya hanya mengambil masa yang tidak begitu lama sebelum orang ramai mengetahui apa yang ada di sini kerana Balkan telah menjadi salah satu khazanah paling besar di Eropah.


Ingin Melancong ke Balkan


Dari Adriatic sehingga ke Pergunungan Dinaric yang masih lagi tidak disentuh, wilayah di Eropah yang jarang dipandang oleh orang ramai.

Hal ini mempunyai rahsianya yang tersendiri membuatkan ia menjadi sebagai salah satu destinasi yang perlu dikunjungi.

Tempat Menarik di Balkan


Mungkin seseorang perlu menghabiskan masa mereka untuk sepenuhnya meneroka pelbagai jenis tempat-tempat menarik yang berada di Balkan.

Di sini kami akan memberikan anda gambaran secara keseluruhan tempat tempat menarik di Balkan yang wajib anda kunjungi.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Pegunungan Albania

Pegunungan Albania

Valbonë adalah sebuah kampung di Kukës County, utara Albania


Jika anda:

Adalah salah seorang pengembara yang inginkan tempat yang sukar disentuh oleh tamadun manusia dan kurang penduduk, pergunungan Albania merupakan pilihan yang paling tepat untuk anda.

Di sana anda akan menjumpai kawasan meluncur yang terbaik di Balkan dan ianya amat jarang diterokai oleh orang lain di Eropah.

Pemakaian kasut salji dengan perjalanan di kawasan ini adalah salah satu cara untuk anda menikmati khazanah yang sukar untuk diperoleh di tempat lain.

berat-albania-balkan

Berat adalah bandar terbesar ke-9 oleh penduduk Republik Albania


Anda boleh mendapatkan penginapan di kawasan kampung yang terpencil atau hotel di kawasan pergunungan serta menikmati makanan tradisi dan minum the gunung yang sedap. Antara destinasi paling popular adalah di Berat Albania dan kawasan perkampungan terpencil di pergunungan Valbonë.


Ohrid, Macedonia

Plaushnik Church Ohrid Macedonia

IKLAN / ADVERTISEMENT

Plaushnik Church Ohrid Macedonia


Laluan berbatu yang sentiasa digunakan oleh penduduk tempatan, kanu yang bergerak di atas air, dan latihan koir di Gereja St. Sophia apabila senja bermula, selamat datang ke Ohrid Macedonia.

Ohrid menjadi pekan yang sempurna penuh dengan pelbagai jenis barang lama. Kawasan ini merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO ini terletak di tengah-tengah kawasan antara tiga taman negara.

Ia menarik ramai pendaki, penunggan motosikal serta pemanjat gunung ke pekan serta sesiapa sahaja yang datang untuk mencari percutian yang aman.


Jahorina

Planina Jahorina

Planina Jahorina


Gunung Jahorina memainkan peranan penting dan mengapa Sarajevo dikenali sebagai ibu negara Balkan untuk sukan pada waktu sejuk.

Ia terkenal kerana menjadi tuan rumah kepada sukan Olimpik 1984 pada musim salji dan dikenali kerana ia mempunyai ski dan papan luncur salji kelas dunia.

Jika anda ingin menakluk gunung ini, anda perlu mula dari atas puncak gunung ini.

Anda boleh mengambil lif kerusi untuk pergi ke puncak Jahorina pada ketinggian 1,913 dan mulakan aktiviti meluncur turun dari pelbagai laluan yang berbeza.

Juga merentasi kawasan hutan salji dan restoran yang berada di cerun yang memberikan anda hidangan sup dan stew tradisi.

Salji di Herzegovina

Salji Turun di Herzegovina


Meluncur seharian di Jahorina perlu diselesaikan dengan secawan koko panas yang berada di kampung resort klasik ski.

Ianya juga mempunyai dua hotel besar untuk penempatan pengunjung yang datang.


Tempat Menarik di Balkan: Tasik Bled, Slovenia

Tasik Bled, Slovenia

Tasik Bled, Slovenia


Sangat mengangumkan:

Tasik Bled adalah tempat yang menarik dan ia dikaitkan dengan kawasan pari-pari.

Tasik biru yang dalam ini berpunca daripada air yang cair dari pergunungan dan ia menawarkan pemandangan yang sangat cantik dengan gereja yang berada di pulau di tengah-tengah.

Khazanah Slovenia ini menjadi salah satu tarikan utama bagi negara Balkan.

Anda yang ingin pergi ke pulau yang berada di tengah-tengah perlu menyewa bot dan mungkin anda bernasib baik untuk melihat upacara perkahwinan yang mengambil tempat di sana.

Pemandangan diatas Air Tasik Bled, Slovenia

Pemandangan diatas Air Tasik Bled, Slovenia


Menurut tradisi turun temurun, pengantin akan sentiasa bernasib baik jika pengantin lelaki bawa pengantin perempuan menaiki tangga supaya mereka boleh menarik loceng bersama-sama dan juga menunaikan hajat di dalam gereja tersebut menurut kepercayaan mereka.


Gjirokastra, Albania

Gjirokastra, Albania

Gjirokastra, Albania


Dikenali sebagai ‘Bandar Batu’, Gjirokastra di selatan Albania terletak dalam senarai UNESCO disebabkan oleh reka bentuk rumah yang mempunyai gaya Uthmaniyyah di sekeliling bandar.

Dengan jumlah penduduk yang kurang dari 20,000, Gjirokastra adalah rumah kepada minoriti kecil orang Greek dan ia juga menjadi tempat lahir kepada orang yang sangat dikenali di Albania.

Iaitu Enver Hoxha, ketua komunis dan Ismail Kadare, seorang pencipta novel.

Walaupun kawasan telah diduduki sejak zaman tembaga lagi, tetapi kebanyakan bangunan adalah dari abad ke 17 dan 18.


Tasik Plitvice, Croatia

Plitvice, Croatia

Plitvice, Croatia


Tapak Warisan Dunia UNESCO ini juga menjadi salah satu taman negara paling besar di negara Balkan.

Ianya terbentuk hasil daripada penyambungan tasik yang bertemu antara satu sama lain dan ianya hanya dipisahkan oleh empangan semulajadi yang sentiasa dibina dan dibawa bersama oleh air dan bahan lain.

Plitvice Lakes

Plitvice Lakes


Warna yang juga berwarna biru dan hijau ini sentiasa berubah bergantung kepada kandungan alga dan mineral dan kualiti cahaya. Beberapa sepsis haiwan juga boleh dijumpai di sini seperti Lynx.


Istana Peles, Romania

Istana Peles, Romania

Istana Peles, Romania


Transylvania mendapat reputasi yang buruk kerana salah satu lagenda tentang penduduknya tetapi anda mungkin akan mengubah fikiran tentang kawasan ini.

Hal ini kerana selepas anda melihat Istana Peles yang sangat cantik dan menakjubkan dikelilingi oleh hutan dan gunung.

Gaya Neo-Renaissance lebih kepada Da Vinci berbanding dengan Dracula. Dibina oleh Raja Romania pada tahun 1870, istana ini juga merupakan istana yang mula menggunakan kuasa elektrik.

Tempat ini merupakan tempat yang tidak jauh dari bandar Romania di Brasov, ini adalah lawatan yang sangat berbaloi dan anda boleh pergi ke Istana Dracula Bran sewaktu perjalanan ke sana.


Sveti Stefan

Sveti Stefan

Sveti Stefan


Mempunyai pemandangan yang sangat cantik, Sveti Stefan adalah tempat yang unik dan menjadi tarikan ramai pelancong yang datang ke Balkan.

Kedudukannya yang terletak di Montenegro, ia terletak di atas pulau berbatu dan penuh dengan rumah yang disusun secara rapat. Genting tanah yang sempit menyambungkan pulau ini dengan tanah besar.

Pada abad ke-15, Sveti Stefan memiliki masyarakat yang hanya bekerja sebagai nelayan. Pada tahun 1950, seseorang telah mendapat idea untuk menjadikannya sebagai bandar dari sebuah kampung yang kecil.

Penduduk yang berada di pulau itu telah diusir keluar dan ianya telah diubah menjadi bandar hotel yang mewah. Beberapa tetamu yang terkenal yang datang ke sini adalah seperti Merilyn Monroe, Sophia Loren dan Kirk Douglas.

Pantai Berdekatan Sveti Stefan

Pantai Berdekatan Sveti Stefan


Baca juga: Tempat Menarik di Itali & Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

Pada tahun 2010, Hotel Sveti Stefan telah dibuka semula dan menjadi tarikan pelancong yang ramai sehingga ke hari ini. Anda tidak boleh pergi ke kampung ini sesuka hati kecuali anda menjadi tetamu hotel tersebut.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Yang bagusnya, pelancong yang datang boleh menikmati pantai yang telah tersedia berhadapan dengan pulau batu ini.

Melancong-ke-Balkan-1024x477.jpg

 

Kongsi220Tweet138Pin55
Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my
Sebelumnya

10 Tempat Menarik Di Kemboja Terbaik [RAHSIA HEBAT CAMBODIA]

Seterusnya

Melancong ke Jepun: 12 Tempat Tarikan Pelancong Terbaik [POPULAR]

Mohd Abd Hadi

Mohd Abd Hadi

Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Cevapcici-Balkan
Balkan

Tips Melancong ke Negara Balkan: 6 Perkara Wajib Anda Perlu Tahu

  Balkan merupakan tempat yang sangat menarik untuk melancong dan mengembara bersama rakan dan keluarga. Menjadi salah satu wilayah yang...

Oleh: Mohd Abd Hadi
11/04/2021
754
amalfi-coast-italy
Balkan

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

  Terletak di Selatan Eropah, negara yang berbentuk seperti but ini adalah salah satu negara di dunia yang menjadi tempat...

Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
1.5k
Selanjutnya
Seterusnya
Tokong Besar Meiji, Tokyo

Melancong ke Jepun: 12 Tempat Tarikan Pelancong Terbaik [POPULAR]

Istana Romanov

Melancong ke Uzbekistan: 10 Sebab Tumpuan Pelancong [HOT PICK]

0 0 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
9 Komen
Popular
Terbaru Lama
Inline Feedbacks
View all comments
IKLAN / ADVERTISEMENT

Cadangan

Suasana Malam di Kuching

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

24/02/2021
2.5k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia

26/03/2021
416
Perkampungan Klasik Korea Selatan

Pakej Korea Musim Salji: Cadangan Percutian 5 Hari 4 Malam [POPULAR]

29/03/2021
2.9k
amalfi-coast-italy

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

10/06/2020
1.5k
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
9
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply