Tentang Kami • Melancong.com.my

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah laman online perunding & perkhidmatan pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej percutian dalam dan luar negara. Ia dimiliki oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604D) | KPL/LN:7816 | Matta No : 6429.

Kami bertindak sebagai perunding/perancang percutian anda yang akan menguruskan segala urusan percutian anda untuk pelbagai pakej promosi yang ditawarkan dalam dan luar negara.

Oleh itu anda tidak perlu risau kerana pastinya segala maklumat untuk tujuan tempahan dan pertanyaan adalah menjadi rahsia dan selamat.

Hadigo Travel & Tours Sdn Bhd

Melancong.com.my ditubuhkan sebagai membantu anda membuat tempahan pantas tanpa membuang masa anda, dan tanpa perlu bergerak ke pejabat iaitu secara terus melalui medium online. Anda boleh menghubungi kami dengan segera mengikut saluran yang diberikan.

Kami sedia membantu anda selaku pengendali perkhidmatan sokongan pelancongan melancong.com.my. Pasukan kami sangat berdedikasi untuk menyampaikan maklumat pelancongan yang telus.

Krew Hadigo Travel And Tours

Segala urusan dijamin akan selamat dan aktiviti tempahan dilakukan dengan pantas untuk kepuasan anda. Tiada servis yang lebih baik berbanding kepantasan dan ketepatan maklumat.

Keutamaan kami adalah keselesaan, keseronokan dan yang paling penting menikmati percutian dengan bajet yang mampu ditanggung oleh pelanggan.

Kini anda boleh melancong ke luar negara atau di mana saja mengikut pakej-pakej yang kami tawarkan bersesuaian dengan bajet anda. Anda mahu melancong dengan bajet yang rendah? Hubungi kami dan kami akan memberikan harga yang terbaik untuk anda.


 

Official-Logo-melancong


Tahukah anda, MELANCONG itu suatu ibadah?

Ali bin Abu Thalib karramallahu wajhah pernah berkata:
“Keluarlah dari negara mu bagi mencari sesuatu yang berharga: Bermusafirlah kerana bagi musafir itu, ada 5 kelebihan. Terlepas daripada kerumitan, dapat meningkatkan kualiti hidup, kaya dengan ilmu dan pengalaman, berpengetahuan luas tentang adab dan budaya serta, mendapat ramai kenalan.”


  • Privasi & Keselamatan

    Dengan ini semua maklumat yang anda berikan kepada Hadigo Travel & Tours Sdn. Bhd. (1114604D) adalah untuk disimpan bagi urusniaga dan maklumat untuk membuat tempahan pakej. Setiap maklumat yang diberikan tidak akan dikongsikan dengan mana-mana pihak.
    Pihak kami tidak akan bertindak seperti jurujual yang menghubungi dan mengganggu anda. Bagaimanapun, kami hanya akan menghubungi anda sekirannya tempahan anda menghadapi masalah di luar jangka seperti keciciran maklumat.
    Kami menjaga maklumat anda daripada pihak ketiga. Oleh itu, kami berhak ke atas maklumat yang diberikan oleh anda hanya atas urus niaga mengikut pakej-pakej yang ditawarkan dan atas minat anda. Sekali lagi tiada sesiapa yang akan mengetahui maklumat anda kecuali rombongan atau orang perseorangan anda yang terlibat.
    Setiap tempahan akan diuruskan dalam 24jam, (Sabtu & Ahad tidak termasuk).Sebarang pembatalan tempahan akan dikenakan caj mengikut perkhidmatan (tertaluk terma dan syarat pakej).
  • Keselesaan dan fleksibaliti

    Kami berusaha memastikan anda mampu menikmati penjimatan dan diskaun yang hebat dengan pakej-pakej yang disediakan. Harga dan pakej yang ditawarkan juga amat menarik. kriteria-kriteria pelancongan yang pasti memenuhi keperluan anda.
  • Halal Keutamaan Kami

    Bagi pelancong muslim, tempat penginapan yang halal, makanan yang halal serta kemudahan fasliti adalah keutamaan kami. Begitu juga dengan keselamatan serta keperluan peribadi pelancong.
  • Bagi Muslim, Melancong itu Ibadah

    Bagi pelancong muslim, tempat penginapan yang halal, makanan yang halal serta kemudahan fasliti adalah keutamaan kami. Begitu juga dengan keselamatan serta keperluan peribadi pelancong.

  • Pejabat

    Hadigo Travel & Tours Sdn. Bhd. (1114604D) S-063A Block C, 2nd floor Seasons Square, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, Sungai Buloh, 47830, Selangor.
  • No Tel

    Tel: 03 6143 7351 Hotline : +6 016 556 3464 Email : [email protected]

Scuba In Malaysia
Ingin Dapatkan Tips & Promosi Percutian?
Lebih 15000 langganan ketika ini dan ramai telah sertai!
Maklumat anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga