Saya ialah Hadi Mohd sebagai pengurus bagi laman pelancongan ini dan juga bagi syarikat percutian berdaftar ini. Kami menjalankan aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan pelancongan dalam dan luar negara.
Melancong.com.my adalah sebuah laman online perunding & perkhidmatan pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej percutian dalam dan luar negara. Ia dimiliki oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd (1114604D) | KPL/LN: 7816 | Matta No: 6429.
Kami bertindak sebagai perunding/perancang percutian anda yang akan menguruskan segala urusan percutian anda untuk pelbagai pakej promosi yang ditawarkan dalam dan luar negara.
Oleh itu anda tidak perlu risau kerana pastinya segala maklumat untuk tujuan tempahan dan pertanyaan adalah menjadi rahsia dan selamat.
Melancong.com.my ditubuhkan sebagai membantu anda membuat tempahan pantas tanpa membuang masa anda, dan tanpa perlu bergerak ke pejabat iaitu secara terus melalui medium online. Anda boleh menghubungi kami dengan segera mengikut saluran yang diberikan.
Kami sedia membantu anda selaku pengendali perkhidmatan sokongan pelancongan melancong.com.my. Pasukan kami sangat berdedikasi untuk menyampaikan maklumat pelancongan yang telus.
Segala urusan dijamin akan selamat dan aktiviti tempahan dilakukan dengan pantas untuk kepuasan anda. Tiada servis yang lebih baik berbanding kepantasan dan ketepatan maklumat.
Keutamaan kami adalah keselesaan, keseronokan dan yang paling penting menikmati percutian dengan bajet yang mampu ditanggung oleh pelanggan.
Kini anda boleh melancong ke luar negara atau di mana saja mengikut pakej-pakej yang kami tawarkan bersesuaian dengan bajet anda. Anda mahu melancong dengan bajet yang rendah? Hubungi kami dan kami akan memberikan harga yang terbaik untuk anda.