fbpx

Terma dan Syarat

Diterima dan Dipersetujui Oleh Ahli Ahli Pelancong:


 

1. Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd ~  Perjanjian – ­perjanjian termasuk perkara­ – perkara berikut dalam Harga Pakej : ­

  • Semua makan, bersiar­-siar dan barangan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
  • Pengangkutan di antara lapangan terbang dan penghantaran barang satu bagasi tidak melebihi 20 kilo satu orang.
  • Cukai Lapangan Terbang.

 

2. Berikut adalah dikecualikan daripada Harga Pakej (kecuali dinyatakan sebaliknya) :

  • Rokok, arak, air mineral, pakaian atau barangan lain yang semata-­mata peribadi dan/atau barangan yang tidak dinyatakan di atas jadual perjalanan sebagai pilihan.
  • Pasport dan visa yuran.
  • Lebihan Bagasi.
  • Lawatan Pilihan.
  • Travel insurans.

 

3. Tiada bayaran balik atau pengurangan akan dibuat kepada mana­ – mana ahli pelancong berkenaan makanan, penginapan, “sight­seeing tour” atau apa­ – apa perkhidmatan lain yang dimasukkan ke dalam Harga Pakej tetapi tidak digunakan oleh ahli Tour untuk apa­ – apa sebab sekalipun.


1. Deposit Pelancongan

Deposit minimum sebanyak 50% atau jumlah yang dipersetujui kedua pihak daripada tambang pelancongan setiap orang mesti dibayar sebagai fi penempahan. Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 40 hari sebelum tarikh berlepas bagi pakej pelancongan berkumpulan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucutan deposit.


2. Caj Pindaan

Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas. Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan. Perubahan seluruh tempahan merupakan tempahan asal.


3. Caj Pembatalan Yang Dibuat Ahli Pelancong

3.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak RM30.00 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana lebih tinggi) seorang akan dikenakan.

3.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai :


Pembatalan Diterima                                                                       Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang

22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan                 Perlucutan deposit

05 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan                 35% daripada tambang

08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan                 50% daripada tambang

03 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan                 75% daripada tambang

02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas                           100% daripada tambang pelancongan

3.3 Dasar pembatalan syarikat penerbangan masing-masing bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan. Catatan : Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat Syarikat Penerbangan.

Ia mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung.


4. Pembatalan Oleh Syarikat

4.1 Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

4.2 Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak fi pentadbiran yang kena dibayar.

4.3 Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :

Pembatalan Diterima                                                          Caj Pembatalan Bagi


08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas                 Bayaran balik penuh tambang pelancongan

dan pampasan sebanyak RM50.00

01 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas                 Bayaran balik penuh tambang pelancongan

dan pampasan sebanyak RM75.00

Pada hari berlepas tambang pelancongan dan              Bayaran balik penuh

pampasan sebanyak RM100.00 seorang


5. Dokumen Perjalanan

5.1 Tanggungjawab Anggota Pelancongan

Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

(a) Passport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan ke negara asal ;

(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.

5.2 Tanggungjawab Syarikat

Syarikat mengaku janji untuk :

(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan

(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai.

Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

5.3 Fi dan Caj Yang Relevan

Caj Perkhidmatan dan fi visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

5.4 Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak fi pentadbiran akan dibayar balik.

5.5 Penolakan Kemasukan

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.


6. Maklumat Lawatan dan Harga

Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat, ia memberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

Syarikat  bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan :

(a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.

(b) Penginapan hotel, berdasarkan :

(i) Dasar berkongsi (dua orang sebilik)

(ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang) dan

(iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama)

Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan.

Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 3 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.

(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan

(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam bas.

Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan adalah :

(a) dobi

(b) makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim

(c) rombongan pilihan

(d) upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan

(e) semua perkara persendirian


7. Bayaran Balik Perkhidmatan Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.


8. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli perlindungan insurans yang mencukupi.


9. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan laluan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.


10. Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu.

Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan fi perkhidmatan dan fi pembatalan.


11. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans / takaful perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.


12. Lain-lain syarat dan terma yang diguna pakai

 12.1. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk perubahan yang dibuat oleh syarikat penerbangan berikutan hal yang tidak dapat dijangka seperti bencana alam,masalah politik, rusuhan, cuaca buruk, dan lain-lain. Sekiranya hal dinyatakan berlaku, pemulangan akan diberi mengikut sebut harga oleh syarikat penerbangan.
Walaubagaimana pun kos-kos terlibat tertakluk pada keadaan. Sekiranya perubahan disebabkan jadual syarikat penerbangan, atau pihak tempatan dimana memerlukan perubahan pada jadual asal, syarikat akan mengatur baru jadual perjalanan mengikut kesesuaian pihak tempatan.

12.2. Tempahan tempat duduk dan kekosongan berdasarkan bayaran yang dibuat.

12.3. Sekiranya tempat duduk tidak dapat dipenuhi, syarikat berhak untuk membatalkan perjalanan. Pulangan akan dibuat dan tertakluk pada syarikat.


12.4. Syarikat tidak dapat memastikan sebarang promosi dan pengiklanan yang dikeluarkan oleh mana-mana ejen pada laman web persendirian mereka seperti Facebook dan lain-lain,dan syarikat tidak akan bertanggungjawab akan menentukan kesahihan ejen tersebut.


12.5. Syarikat berhak untuk menolak sebarang informasi yang dinyatakan ejen tanpa sebarang sebab.


12.6. Syarikat berhak untuk mengeluarkan sebarang promosi yang dibuat berdasarkan perjalanan yang telah terjadi, untuk kegunaan komersial syarikat.


12.7. (HADIGO TRAVEL AND TOURS SDN BHD) bukan subsidiari kepada syarikat, syarikat penerbangan, operator mahupun menyediakan pengangkutan, oleh itu bebas dari sebarang tuduhan dari mana-mana pihak pembekal, sekiranya ada.


12.8. Tiada pemulangan atau pengurangan akan dibuat sekiranya pernerbangan,penginapan,makanan,perjalanan siar-siar, pengangkutan dan lain-lain servis yang dinyatakan dalam pakej tetapi tidak digunakan oleh penumpang atas sebab-sebab tersendiri.


12.9. Peruntukan untuk bagasi dibenarkan dan percuma yang disediakan oleh syarikat penerbangan serta kuantum dan keadaan berkemungkinan berbeza antara setiap syarikat penerbangan dengan sesuatu lapangan dengan lapangan yang lain. Ejen pelancongan akan memberitahu penumpang mengenai hal sebegini.


12.10. Syarikat berhak untuk membatalkan atau mengeluarkan perihal dalam aturcara, atau tempahan yang dibuat oleh pelanggan atau menolak dari menerima,atau mengekalkan penumpang dari menjadi sebahagian dari kumpulan sekiranya dia mengakibatkan bahaya dan ketidakselamatan, atau mendatangkan ketidakselesaan dalam kumpulan.

Syarikat berhak untuk membatalkan tempahan sekiranya syarikat penerbangan,penginapan, atau lain-lain kontraktor yang tidak membenarkan mana-mana penumpang tertentu untuk menyertai kumpulan. Sekiranya keadaan sebegitu berlaku, syarikat akan memulangkan wang yang telah diberi kepada ahli tersebut setelah ditolak dengan jumlah perkhidmatan yang telah digunakan dan caj pengurusan.


12.11. Syarikat dan ejen yang terlibat, bertanggungjawab dalam perkhidmatan berkenaan pengangkutan,penginapan, hiburan dan makanan seperti dinyatakan dalam risalah. Syarikat akan dikehendaki ganti rugi seperti yang telah ditetapkan Pesuruhjaya Pelancongan dalam perihal dimana selepas penyiasatan, Pesuruhjaya bersetuju bahawa perkhidmatan yang disediakan tidak dinyatakan dalam risalah dan perjanjian.


12.12. Semua ahli berkumpulan digalakkan untuk membeli insuran pelancongan untuk memastikan keselamatan mereka,kehilangan wang, pembatalan, penangguhan penerbangan, dan kehilangan bagasi.


12.13. Syarikat berhak untuk mengubah semua terma dan syarat tanpa pemberitahuan awal.
Semua Terma dan Syarat di atas disediakan oleh(HADIGO TRAVEL & TOURS SDN BHD) tanpa prejudis dan berat sebelah pada mana-mana pihak dan sebagainya.

 * Nota : Semua maklumat yang terkandung di sini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu