fbpx
default logo

Kemajuan Industri Pelancongan Dalam Dunia Digital

Ditulis oleh: Muhammad Izanee Bin Mohd Tharnee


Mohd IzaneeTerdapat pelbagai aplikasi di dalam telefon pintar ataupun lebih dikenali sebagai ‘smartphone’ mampu mengendalikan proses tempahan hotel, kapal terbang mahupun apa jua perancangan dalam industri pelancongan pada masa kini.

Oleh kerana ramai pelanggan kini memilih untuk melakukannya melalui telefon bimbit mereka, organisasi-organisasi di dalam industri ini telah menyesuaikan amalan pemasaran mereka untuk mengikuti trend melakukan apa yang diingini melalui telefon bimbit dengan mencipta “apps” yang bersesuaian untuk para pengguna.

Dengan perkembangan teknologi mudah alih dalam industri ini, semakin banyak pelancong kini menggunakan aplikasi mudah alih ketika meneliti dan menempah percutian mereka.

Antara kemudahan aplikasi yang berkaitan adalah ia mampu memberi kesan kepada setiap aspek industri pelancongan, termasuk perjalanan, penginapan dan tarikan pelancongan yang terdapat di tempat yang diingini oleh pengguna tersebut.

 

Sebagai contohnya, aplikasi ‘Tripadvisor’ mampu menunjukkan review yang diberi oleh pelancong yang pernah ke tempat berikut.

Pengguna juga boleh mengetahui hotel-hotel yang terbaik untuk didiami mengikut bajet mereka, tempat untuk makan disekitar kawasan tersebut, aktiviti untuk dibuat dan juga membandingkan harga tiket kapal terbang mengikut keperluan.

Untuk peminat tegar makanan ataupun “Foodie”, Aplikasi ‘Plateculture’ direka khas untuk pelancong yang mencari pengalaman budaya baru dan memberi peluang kepada mereka untuk merasakan makanan Malaysia yang autentik dan asli.

Aplikasi ‘Plateculture’ sangat mudah digunakan kerana ia memberi ulasan makanan yang selari dengan tempat di kawasan pengguna bersama-sama dengan harga dan menu. Manakala aplikasi ‘Offpeak’ pula adalah untuk pengguna yang mencari harga ataupun restoran terbaik apabila berada di dalam negara.

Pengguna juga boleh mendapat diskaun sehingga 50% apabila menempah melalui aplikasi ‘Offpeak’ ini. Lebih memberansangkan lagi adalah pengguna boleh menempah tanpa membayar terlebih dahulu.

Kemajuan Industri Pelancongan Dalam Dunia Digital

Akhir sekali adalah kemudahan penggunaan pengangkutan awam. Jika pelancong ingin menaiki bas, mereka boleh memuat turun aplikasi ‘CatchThatBus’. Jika pengguna memerlukan tiket bas untuk ke bandar yang lain daripada Kuala Lumpur, pengguna akan merasakan aplikasi ini sangat berguna.

Lebih berguna lagi adalah aplikasi ‘KL transit’ kerana di Malaysia, kereta api adalah bentuk pengangkutan yang paling murah apabila pelancong hendak bergerak dari satu daerah ke daerah yang lain.

Pengguna dapat mengetahui waktu tren tren bergerak lantas mereka dapat merancang terlebih dahulu. Untuk perjalanan yang lebih peribadi, aplikasi ‘Grab’ ataupun ‘Uber’ juga boleh digunakan di Malaysia untuk bergerak ke sesuatu tempat yang diingini.

Sebagai kesimpulan, pembangunan aplikasi mudah alih dalam industri pelancongan akan terus berkembang dengan lebih pesat lagi selama bertahun-tahun yang akan datang untuk memenuhi keperluan pelancong.

Ini kerana pelancong ataupun rakyat malaysia sendiri lebih suka menggunakan telefon bimbit kerana fungsinya yang lebih mudah untuk mendapat informasi ataupun apa jua servis dari segala aspek pelancongan tanpa perlu membuang masa.

Trend ini akan mengikuti semua perniagaan pelancongan apabila dunia terus berkembang dengan terjadinya revolusi dunia digital dengan menyeluruh.

Melancong.com.my Laman online panduan pakej percutian oleh Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd [1114604D | MOTAC:7816 | MATTA:6429]

Hantar Mesej Perbualan

avatar
  Langgan  
Maklumkan saya
Scuba In Malaysia
Tips & Promosi Melancong Setiap Minggu
Terus ke email anda & lebih 15 ribu langganan ketika ini
Maklumat anda tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga
Discover Paris
We never share this data with 3rd parties.
2018 (C) All rights reserved.
Panduan Percutian
Dapatkan langganan tips dan panduan pakej percutian terus ke Email atau Messenger anda. Caranya? Pilih salah satu dibawah.
2019 (C) All rights reserved.