Jambi adalah sebuah wilayah di Indonesia yang terletak di pesisir timur, di bagian tengah pulau Sumatera.
Jambi memiliki banyak daya tarik yang boleh dilakukan dan dilawati oleh pelancong, baik dari segi keindahan alam semulajadi, sejarah, mahupun budaya.
Anda juga boleh belajar tentang tradisi masyarakat Jambi kerana mereka masih menyimpan berbagai koleksi artifak, kraftangan, dan pakaian adat.
Jambi Indonesia adalah tempat yang sesuai untuk anda yang ingin melancong ke Jambi Indonesia dengan pengalaman yang berbeza dan pastinya bermakna.

Berikut adalah beberapa hal yang menarik tentang Jambi:
Menara Gentala Arasy

Menara jam yang mempunyai tinggi 80 meter ini mempunyai sebuah muzium kebudayaan Jambi.
Muzium tersebut menempatkan sekitar 100 koleksi berkaitan sejarah Jambi pada masa lalu. Menariknya tentang menara jam ini kerana locengnya akan berbunyi menjelang waktu solat umat islam di Jambi.
Selain melihat koleksi artifak anda boleh ke panggung mini yang menayangkan budaya masyarakat Jambi sejak dulu hingga kini yang digelar bumi Sepucuk Jambi Sembilan Lurah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:30am – 12:00am | CJ87+2M5, Arab Melayu, Pelayangan, Jambi City, Jambi 36123, Indonesia
Masjid Agung Al Falah Kota Jambi

Masjid yang mula dibina pada tahun 1971 ini merupakan masjid terbesar di Jambi yang digelar Masjid 1000 Tiang.
Tiang-tiang masjid ini dikatakan seakan dengan masjid agung kota Rom. Masjid yang dirasmikan oleh Soeharto ini dibangunkan di atas tapak bersejarah iaitu pusat kerajaan Melayu Jambi.
Keunikan masjid ini adalah menggunakan konsep terbuka dan hanya mempunyai satu dinding di bahagian mihrabnya.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | RT.01/RW.No.60, Jl. Sultan Thaha, Legok, Telanaipura, Jambi City, Jambi 36124, Indonesia
Monumen Keris Siginjai Jambi

Monumen ataupun Tugu Keris Siginjai menjadi mercu tanda bagi kota Jambi yang begitu disegani oleh masyarakat mereka.
Tugu yang memiliki ketinggian 28 meter ini turut membawa maksud kesatuan Kerajaan Jambi yang mempunyai 9 lurah.
Lokasi ini sering dikunjungi untuk bergambar serta beraktiviti bersama ahli keluarga. Tambahan lagi terdapat acara khusus seperti ‘’Car Free Day’’ yang memeriahkan lagi suasananya.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9J95+Q4Q, Paal Lima, Kota Baru, Jambi City, Jambi 36129, Indonesia
Muzium Siginjai

Muzium Siginjai turut menyimpan pelbagai koleksi sejarah masyarakat Jambi yang begitu bernilai.
Pelbagai info menarik yang anda boleh ketahui tentang adat, kepercayaan serta kegiatan yang diamalkan oleh masyarakat Jambi sejak zaman nenek moyang mereka!
Antar koleksi popular di muzium ini adalah kalung emas, sabuk emas, arca budha, medali turki, tanduk bertuliskan incung, arca dewi dipalksmi dan lain-lain.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:15am – 4:00pm | Jl. Jenderal Urip Sumoharjo, Sungai Putri, Kec. Telanaipura, Kota Jambi, Jambi 36124, Indonesia
Candi Muaro

Mengikut sejarah, candi ini dikatakan kompleks candi yang terbesar dan terawal di Pulau Sumatra dengan keluasan lebih kurang 3981 hektar.
Candi ini dipercayai hasil peninggalan Kerajaan Srivijaya dan Melayu dengan penemuan tulisan aksara Jawa Kuno.

Mengikut kepercayaan masyarakat setempat adalah, barangsiapa yang berkunjung ke sini bersama pasangan maka hubungan tersebut tidak berkekalan.
Selain itu, mereka turut mempercayai untuk awet muda bolehlah membasuh muka di sumur tersebut.
Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | GMC8+RRP, Muaro Jambi, Maro Sebo, Muaro Jambi Regency, Jambi 36382, Indonesia
Jambi Paradise

Berbeza dengan lokasi lain yang mempamerkan nilai sejarah, di sini pula anda boleh bersantai! Jambi Paradise dikatakan seperti Gardens by The Bay di Singapura yang merupakan sebuah taman indah.
Taman ini berkeluasan 8 hektar dan berkonsepkan alam bagi memberi rasa tenang buat pegunjung.
Tarikan di sini adalah jambatan gantung, flying fox, basikal air, menaiki perahu, ATV, belon gergasi dan lain-lain. Selain itu, taman ini turut mempunyai beberapa spot menarik untuk anda bergambar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 11:30pm | Simpang Acai, Kb. IX, Kec. Sungai Gelam, Kabupaten Muaro Jambi, Jambi 36361, Indonesia
Kampoeng Radja

Jom sambung berseronok di Kampoeng Radja yang menawarkan pelbagai aktiviti sesuai peringkat umur. terdapat 10 jenis permainan yang disediakan iaitu outbound, basikal layang, ombang-ambing, extremely flying fox, flying pirates, bumper boat, basikal air, convoy bus, water park dan muter-muter.
Menariknya lagi, anda boleh berkhemah dan meracik kopi sambil menikmati suasana alam! Lokasi yang beroperasi sejak tahun 2006 sering menjadi pilihan orang ramai terutamanya pada musim cuti.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 4:00pm | Jalan Lingkar Barat II, Bagan Pete, Kec. Kota Baru, Kota Jambi, Jambi 36361, Indonesia
Taman Anggrek Sri Sudewi

Taman Anggrek Sri Sudewi ini pula begitu popular dalam kalangan penggemar tumbuhan Anggerik. Taman ini pada asalnya tidak dibuka untuk orang ramai bagi memastikan tumbuhan Anggerik mekar dengan baik.
Anda cukup bertuah kerana ia telah membenarkan orang ramai untuk berkunjung ke taman ini bagi melihat lebih kurang 50 jenis Anggerik.
Anggerik yang berusia puluhan tahun ini berasal dari pelbagai tempat seperti kabupaten Sarolangun, kabupaten Muaro Jambi dan dataran tinggi kabupaten Kerinci.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | 9HVM+J3X, Jl. A Yani, Telanaipura, Kec. Telanaipura, Kota Jambi, Jambi 36361, Indonesia
Taman Rimba Zoo

Tarikan di Taman Rimba Zoo ini pula terbahagi kepada dua bahagian di mana anda boleh melihat haiwan dan bermain permainan.
Lokasinya begitu mudah untuk ditemui iaitu sekitar 500 meter dari Bandar Udara Sulthan Thaha Syaifuddin Jambi.
Antara haiwan yanag terdapat di sini adalah beruang hitam, gajah, harimau sumatera, buaya, orang utan, kanggaru dan banyak lagi.
Taman ini begitu sesuai untuk anda membawa anak-anak bersuka ria, di samping dapat mengenali spesies haiwan mereka boleh bermain di taman permainan juga.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9JFW+28F, Talang Bakung, Jambi Selatan, Jambi City, Jambi 36127, Indonesia
Tugu Juang Jambi

Satu lagi tugu yang popular di Jambi adalah Tugu Juang di Jalan Hos Cokroaminoto No 4. Tugu ini begitu bermakna bagi masyarakat Jambi kerana ia merupakan simbol perjuangan rakyat terdahulu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan!
Di sini anda boleh melihat banyak yang menjual durian. Selain menikmati durian anda boleh ke restoran yang berdekatan seperti Kedai Kajang Lako, RM Putri Jelmu dan Sate Eddy Sipin.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9HJQ+9QX, Jl. HOS. Cokroaminoto No.4, Selamat, Kec. Telanaipura, Kota Jambi, Jambi 36129, Indonesia
Tanggo Rajo

Waktu petang anda begitu sesuai untuk dihabiskan di Tanggo Rajo yang menyajikan pemandangan sungai terpanjang di Sumatera.
Orang ramai menjelang petang kerana lokasi ini agak strategik untuk menghayati matahari terbenam. Tambahan lagi di sini turut mempunyai bermacam makanan.
Dahulunya lokasi ini seakan jeti yang digunakan oleh raja dan penguasa dan dilengkapi dengan Jong Kencana atau Perahu Kajang Lako.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 3:00pm – 3:51pm | Jl. Raden Pamuk No.20-21, Kasang, Kec. Jambi Tim., Kota Jambi, Jambi 36265, Indonesia
Masjid Syekh Ustman Tungkal

Masjid Syekh Ustman Tungkal adalah salah satu ikon baru di Kabupaten Tanjung Jabung Barat, Indonesia. Masjid ini terletak di Jalan Lintas Roro, Desa Tungkal I, Kecamatan Tungkal Ilir.
Ia diinspirasikan dari Masjid King Faisal, masjid terbesar di Pakistan.
Masjid ini memiliki bentuk yang unik, yaitu tidak memiliki kubah seperti masjid pada umumnya, melainkan berbentuk segitiga sama kaki di setiap sisinya. Masjid ini juga memiliki dua menara besar dengan ukiran yang sangat terperinci.
Ia boleh menampung sekitar 5.000 jemaah dan dibangun sebagai persiapan menggelar MTQ tingkat Provinsi Jambi tahun 2023.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5FHR+M9P, Unnamed Road, Tungkal I, Kec. Tungkal Ilir, Kabupaten Tanjung Jabung Barat, Jambi 36514, Indonesia

Tidak dinafikan Jambi mempunyai banyak lokasi menarik untuk anda menghabiskan waktu cuti.
Antara lokasi lain yang turut menarik adalah Danau Sipin, Taman Remaja Kota Baru, Taman Hutan Kota Mayang, World of Water, Taman Negara Bukit Duabelas dan pelbagai pusat membeli-belah.
Mengenal sejarah dan budaya masyarakat Jambi pasti memberikan pengalaman yang luar biasa.