fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Johor

10 Pulau di Johor Paling Popular Untuk Percutian Anda

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
19 Oktober, 2022
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 2 mins read
332 13
A A
0
Pulau Rawa Johor

Pulau Rawa Mersing

12.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Ada berapa banyak pulau di Johor? Betulkah pulau-pulau di Johor itu semuanya menarik untuk percutian?

Siapa yang tidak suka meneroka pulau-pulau yang indah di Johor kan? Pantai yang berpasir putih, air jernih membiru dan pokok kelapa yang bergoyang melambai memanggil-manggil.

Bertuahnya kita, terdapat banyak pulau di Johor untuk kita bercuti sambil bersantai di bawah matahari dan menikmati angin laut.

Jika anda sudah bersedia, kemaskan beg sekarang kerana 10 pulau di Johor ini pasti akan menghilangkan dahaga anda untuk percutian ini!

Pakej Percutian Pulau Besar

  • Lihat Pakej Percutian Pulau Besar
  • Lihat Penginapan Pulau Besar Mersing
  • Lihat Peta Percutian Pulau Besar

Pin

  • 1 Pulau Tengah
  • 2 Pulau Besar
  • 3 Pulau Tinggi
  • 4 Pulau Sibu
  • 5 Pulau Pemanggil
  • 6 Pulau Dayang
  • 7 Pulau Aur
  • 8 Pulau Mensirip
  • 9 Pulau Harimau
  • 10 Pulau Rawa
Lihat senarai pulau di Johor yang paling popular kami senaraikan dibawah:


Pulau Tengah

Pulau-Tengah-Batu-Batu
Pulau Tengah| Imej oleh: Batu-Batu

Pulau Tengah terletak di daerah Mersing ini memakan masa perjalanan sekitar satu jam menggunakan bot.

Pulau ini diwartakan sebagai salah satu taman laut di Malaysia kerana mempunyai spesies ikan yang sukar untuk dijumpai.

Pantai yang cantik di Batu-Batu Pulau Tengah
Pantai yang cantik di Batu-Batu Pulau Tengah

Jika anda ke sini pada bulan Oktober, anda berkemungkinan untuk menyaksikan penyu belimbing gergasi yang mendarat untuk bertelur di kawasan pantai.

Pulau yan berjarak 15 km dari Jeti Mersing ini pernah menjadi tempat perlindungan pelarian Vietnam sekitar tahun 1970-an dan juga menjadi lokasi penggambaran bagi rancangan televisyen iaitu Expedition Robinson.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | FXG6+W4 Pulau Babi Besar, Mersing, Johor

Pulau Besar

Pantai memutih air laut membiru di Pulau Besar Mersing
Pantai memutih air laut membiru di Pulau Besar Mersing

Pulau Besar atau nama lainnya Pulau Babi Besar yang turut terletak di daerah Mersing ini kian menjadi sebutan dalam kalangan pelancong.

Jika anda melewati media sosial pasti melihat banyak video yang dikomersialkan tentang pulau ini.

Aktiviti hiking di pulau Besar juga sangat menyeronokkan
Aktiviti hiking di pulau Besar juga sangat menyeronokkan

Antara aktiviti yang ditawarkan adalah berkanu, snorkeling, island hoping, bermain bola tampar pantai, jelajah hutan dan bersiar-siar di persisir pantai.

Nak sewa basikal untuk mengelilingi kawasan pulau pun boleh! Untuk menginap di sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum ke sini bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Untuk maklumat lanjut percutian pulau besar anda boleh lihat disini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | CXMG+8R Pulau Babi Besar, Mersing, Johor

Pulau Tinggi

Pulau-Tinggi-Aidasalihah
Jeti ke Pulau Tinggi | Imej oleh: Aidasalihah

Pulau Tinggi ini turut digelar Pulau Topi Jeneral (General ‘s Hat Island) pada zaman dahulu.

Di sini mempunyai beberapa buah kampung seperti Kampung Pasir Panjang, Kampung Sebirah Besar dan Kampung Tanjung Balang.

Pantai-di-Pulau-Tinggi-Vana
Pantai di Pulau Tinggi | Imej oleh: Vana

Selain melakukan aktiviti air, di sini turut menyediakan perkhidmatan sewa basikal untuk pengunjung meronda sekitar pulau.

Inginkan cabaran, anda boleh mendaki ke puncak Gunung Semundu yang berketinggian lebih kurang 2000 kaki dari paras laut atau meredah hutan selama 45 minit untuk mandi-manda di kawasan air terjun!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 40, Kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi, 86800, Mersing, Johor, 86800

Pulau Sibu

Rupa geografi Pulau Sibu yang unik
Rupa geografi Pulau Sibu yang unik

Seterusnya Pulau Sibu yang mempunyai 4 bahagian cukup berbaloi untuk anda kunjungi bersama-sama ahli keluarga dan rakan-rakan.

Pulau Sibu Besar yang menjadi pulau utama ini dikelilingi dengan pelbagai spesies tumbuhan dan mempunyai perkampungan nelayan.

melancong-ke-pulau-sibu
Pantai dan terumbu karang di Pulau Sibu

Pulau Sibu Tengah pula sesuai untuk menikmati aktiviti air. Manakala bersebelahannya terletak Pulau Sibu Kukus yang mempunyai air yang begitu jernih dan kawasan pantai yang cantik untuk mandi-manda.

Di hujung pulau ini terletaknya Pulau Sibu Hujung untuk anda bersiar-siar menikmati suasana laut.

Kami ada sediakan satu artikel khusus untuk percutian pulau Sibu disini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Sibu, 86810 Mersing, Johor

Pulau Pemanggil

Pemandangan-Gunung-Buau-Pulau-Pemanggil-Zyda-Azyan
Pemandangan Gunung Buau Pulau Pemanggil | Imej oleh: Zyda Azyan

Pulau Pemanggil seakan-akan memanggil anda untuk berkunjung ke sini? Pulau ini bukan sahaja terkenal sebagai lokasi pelancongan malah ia turut mendapat sambutan dalam kalangan kaki pancing dan nelayan.

Resort-di-Pulau-Pemanggil-Ismanizar-Mohd-Ali
Resort di Pulau Pemanggil | Imej oleh: Ismanizar Mohd Ali

Apabila berkunjung ke sini, anda boleh melawat ke Teluk Kador, Batu Buau, Kampung Buau, Kampung Pak Kaleh dan Lagun Pantai Lanting.

Percutian anda di sini pasti menyeronokkan dengan pelbagai aktiviti air dan kawasan menarik untuk dilawati.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Buau, Pulau Pemanggil, 86800 Mersing, Johor

Pulau Dayang

Pantai-Memutih-Pulau-Dayang-Afiqah-Ikhwan
Pantai memutih Pulau Dayang | Imej oleh: Afiqah Ikhwan

Anda pasti kurang mengetahui tentang kewujudan Pulau Dayang ini. Bagi pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke pulau ini mereka pasti mengatakan bahawa pulau ini merupakan ‘hidden gems’ kerana tidak puas mata memandang.

Pemandangan-mengasyikan-Pulau-Dayang-Dayang-Advanture-Park
Pemandangan mengasyikan Pulau Dayang | Imej oleh: Dayang Advanture Park

Pulau ini turut menjadi habitat kepada ikan terpantas di dunia iaitu Black Marlin. Aktiviti yang popular di sini adalah selam skuba di Dayang Tip, Captain Point, Telok Jawa, Rayners Rock dan Jeti Dayang.

Antara aktiviti lain adalah snorkeling, melawat perkampungan nelayan dan lain-lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | FGC3+C6 Pulau Aur, Mersing, Johor

Pulau Aur

Pemandangan-Pulau-Air
Pemandangan Pulau Aur

Pulau Aur yang terletak di bahagian timur Mersing ini merupakan antara gugusan pulau yang terletak berhampiran dengan Pulau Dayang.

Seperti Pulau Dayang yang terkenal dengan aktiviti menyelam, di sini mempunyai sekitar 20 tapak menyelam yang menarik.

Teluk-Sebukang-Pulau-Aur-Elin-Farizza
Teluk Sebukang Pulau Aur | Imej oleh: Elin Farizza

Anda boleh melihat spesies hidupan laut seperti Napoleon Wrasse, Bat Fish, Big Grouper, Mooray Eel dan banyak lagi. bagi menikmati aktiviti ini anda disarankan untuk ke sini pada bulan April hingga Oktober.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | CGMP+75 Pulau Aur, Mersing, Johor

Pulau Mensirip

Pulau-Mensirip-Mohamad-Amirul-Syafiq-2
Pulau Mensirip | Imej oleh: Mohamad Amirul Syafiq

Pulau Mensirip yang terletak di Lautan China Selatan ini mempunyai replika mahkota Johor di dasarnya.

Replika tersebut telah diletakkan oleh Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam perasmian Taman Dasar Laut Sultan Iskandar sempena program Jelajah Pulau Sempena Kemahkotaan DYMM Sultan Johor 2015.

Pulau-Mensirip-Mohamad-Amirul-Syafiq
Hiking di Pulau Mensirip | Imej oleh: Mohamad Amirul Syafiq

Jika berkunjung ke sini jangan lepaskan peluang untuk menyelam dan melihat sendiri replika tersebut bersama-sama Jata Negeri Johor.

Pulau ini bakal memberi ketenangan buat anda kerana ia merupakan antara pulau persendirian yang terdapat di negeri Johor ini.


Pulau Harimau

Pintu Gua Pulau Harimau
Pintu Gua Pulau Harimau | Imej oleh: Trip Jalan-Jalan

Pulau Harimau yang tidak berpenghuni dan agak kecil ini memberi gambaran seolah-olah anda berada di kepulauan di luar negara!

Ada pengunjung yang berpendapat mereka seperti bercuti ke Pulau Hawaii dan Pulau Caribbean dek kerana keindahan panorama dan kejernihan air lautnya.

Pulau Harimau Mersing Johor
Pulau Harimau Mersing Johor

Pulau ini sesuai untuk day trip untuk anda menenangkan diri daripada kesibukkan buat seketika. Anda boleh melihat formasi gua dan mendaki ke puncak pulau ini untuk melihat permandangan laut yang lebih luas.

Untuk pengetahuan anda, pulau ini mendapat nama harimau kerana keadaan air lautnya yang berjalur seperti corak harimau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | HW5V+XQ Rawa Island, Mersing, Johor

Pulau Rawa

Pulau Rawa Johor
Pulau Rawa Mersing

Terakhir sekali adalah Pulau Rawa yang begitu terkenal ini pasti tidak asing lagi dalam kalangan setiap pelancong.

Untuk ke pulau ini anda boleh menaiki bot laju di Jeti Mersing dan memerlukan tempoh perjalanan lebih kurang 20 minit.

Pantai Pulau Rawa
Pantai Pulau Rawa

Pulau yang turut digelar Pulau Merpati Putih ini mempunyai terumbu karang di kawasan yang begitu cetek dan hampir keseluruhan permukaan pulau ini dipenuhi dengan terumbu karang!

Pada malam hari anda boleh mengadakan aktiviti barbeku sambil menghayati suasana malam di pulau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Rawa Island, 86800 Mersing, Johor

Bersambung…

Tags: pulau di johor untuk honeymoonpulau johor resortpulau menarik di mersing johortempat honeymoon di johor
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-muar-johor-rafidah-mohamad
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

  Adakah anda sedang bercadang melancong ke Muar Johor? Apakah yang menarik ada di Muar? Muar atau Bandar Maharani, ialah...

Oleh: Hadi Ghazali
26 Januari, 2023
18.8k
Pulau Tinggi Mersing
Pakej Johor

10 Aktiviti Menarik Percutian di Pulau Tinggi Mersing

  Pernah dengar tentang Pulau Tinggi Mersing? Pulau Tinggi kurang dikenali tapi itu yang terbaik untuk pulau yang cantik ini....

Oleh: Hadi Ghazali
16 Disember, 2022
12.5k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

Batam
Pakej Batam

Tips Melancong Ke Batam: 4 Tarikan Popular Pelancong bercuti di Batam

Oleh: Hadi Ghazali
24 Jun, 2022
0
13.3k

  Panduan Ringkas & Tips Melancong Ke Batam. Tarikan-tarikan Batam agak banyak juga untuk ditawarkan kepada para pelancong. Bermula daripada...

Baca Selanjutnya
tempat-menarik-di-new-zealand

20 Aktiviti & Tempat Menarik Di New Zealand Paling Rare [TERKINI]

25 April, 2022
31.1k
Musim bunga di Montenegro

7 Tempat Paling Cantik Untuk Dilawati di Montenegro

9 Ogos, 2022
6.2k
Grand Mosque of West Sumatra

20 Tempat Menarik Di Padang & Bukittinggi Indonesia [HOT & RARE]

15 Februari, 2022
22.2k
Imej oleh: Mahmud Ahsan

10 Pantai di Melaka Yang Paling Popular

19 Ogos, 2022
12k
Selanjutnya
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In