fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Sibu

Pulau Sibu Johor: Resort & Aktiviti Paling Menyeronokkan [Panduan Lengkap]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
17 Ogos, 2022
Kategori: Pakej Pulau Sibu
Masa Bacaan: 2 mins read
345 37
A A
103
Pulau Sibu Johor

Pulau Sibu Johor | Imej oleh: Louis Gan

15.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Pulau Sibu ini terletak di Daerah Mersing Negeri Johor, bukan Sibu di Sarawak ye. Jangan tersalah destinasi pula!

Ia telah diiktiraf sebagai taman laut pada tahun 1993. Pulau yang berjarak 12km daripada tanah besar ini jarang menjadi buah mulut para pelancong, tetapi keindahannya laut dan pantainya tidak dapat dinafikan.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Pulau Sibu terdapat 4 bahagian yang dikenali sebagai Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan juga Pulau Sibu Hujung.

Tambahan lagi, pulau ini bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan malah terkenal dalam kalangan kaki pancing.

Percutian-Ke-Pulau-SibuPercutian-Ke-Pulau-Sibu

  • Lihat Pakej Percutian Pulau Sibu
  • Lihat Penginapan di Pulau Sibu
  • Lihat Peta Percutian Pulau Sibu

Pin

  • 1 Aktiviti Menarik di Pulau Sibu
  • 2 Rimba Resort Pulau Sibu
  • 3 Sibu Coconut Village Homestay
  • 4 Pakej Pulau Sibu Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island
  • 5 Sea Gypsy Village Resort & Dive Base
  • 6 Cara Ke Pulau Sibu
Seperti di sesetengah pulau di Malaysia, pulau ini turut mempunyai sebuah perkampungan kecil yang didiami sekitar 200 orang penduduk.


Aktiviti Menarik di Pulau Sibu

melancong-ke-pulau-sibu
Pantai dan terumbu karang di Pulau Sibu |

Anda semestinya tertanya-tanya apakah aktiviti yang boleh dilakukan di Pulau Sibu? Jangan bimbang, kerana pelbagai aktiviti menarik yang menanti anda!

Silap haribulan, anda yang tidak cukup waktu untuk mengikuti setiap aktiviti yang dicadangkan.

Bagi anda yang memiliki lesen menyelam daripada PADI, jangan lepaskan peluang untuk menyelam di sini untuk menyaksikan keindahan terumbu karang dan hidupan lautnya.

Sea Gypsy Village
Sea Gypsy Village

Dikatakan, keseluruhan dasar lautnya dipenuhi dengan bervariasi terumbu karang! Jika anda tidak memiliki lesen menyelam anda masih berpeluang untuk menikmati pengalaman yang serupa dengan mengikuti aktiviti snorkeling.

Keadaan air lautnya yang jernih akan membantu anda untuk menyaksikan ragam hidupan laut dengan lebih jelas.

Oleh kerana Pulau Sibu turut dikelilingi oleh beberapa pulau yang lain, mereka turut menawarkan aktiviti jelajah pulau (Island Hopping).

JIka bertuah anda boleh menemukan sang penyu
JIka bertuah anda boleh menemukan sang penyu | Imej oleh: Buligis

Antara destinasi jelajah pulau adalah melawat Pulau Kukus dan Pulau Tinggi, malah anda boleh singgah berkelah di pulau-pulau tersebut.

Seperti yang dinyatakan, pulau ini turut menawarkan aktiviti memancing.

Bagi melakukan aktiviti ini anda boleh bertanya dengan pihak penginapan kerana peralatan memancing serta bot pengangkutan turut disediakan oleh mereka.

Aktiviti snorkeling di Pulau Sibu
Aktiviti snorkeling di Pulau Sibu

Selain itu, anda boleh berkanu, bermain luncur angin(Windsurfing), Menjelajah hutan, Menjelajah kawasan bakau, bermain bola tampar pantai dan permainan kad di tepi pantai.

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Aktiviti tersebut disediakan di setiap tempat penginapan di Pulau Sibu, jadi anda perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan penginapan anda tentang aktiviti yang menjadi pilihan hati.

Namun begitu, Pulau Sibu turut menyediakan aktiviti yang agak ‘rare’ di sini adalah cincin getah!

Rupa geografi Pulau Sibu yang unik
Rupa geografi Pulau Sibu yang unik

Iaitu anda perlu mengumpulkan cincin getah yang dibiarkan terapung di permukaan laut.

Seterusnya aktiviti subwings yang mana anda berpeluang untuk terbang di dalam laut!

Jurulatihnya akan menerangkan serba-sedikit tentang permainan ini sebelum melepaskan anda untuk mencubanya, anda mungkin akan begitu leka dan asyik apabila mencuba permainan ini.

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT
Pelbagai hidupan di pantai Pulau Sibu yang sangat menarik anda boleh temukan seperti ikan Nemo ini
Pelbagai hidupan di pantai Pulau Sibu yang sangat menarik anda boleh temukan seperti ikan Nemo ini

Bosan pada waktu petang? Atau ingin mencari siaran telefon bimbit?

Anda boleh berjalan-jalan di sekitar Kampung Duku yang terletak di Pulau Sibu Besar.

Kampung Duku merupakan sebuah perkampungan yang sudah wujud bertahun lamanya, di sini anda bolehlah duduk berborak bersama penduduknya atau melepak sambil menghirup secangkir teh atau kopi di warungnya.


Rimba Resort Pulau Sibu

Suasana di Rimba Resort Pulau Sibu
Suasana di Rimba Resort Pulau Sibu

Rimba Resort yang terletak di kawasan teluk di hujung utara Pulau Sibu ini sering menjadi perhatian para pengunjung, ekoran daripada suasana yang tenang dan ruang privasi yang ditawarkan kepada tetamunya.

Chalet di Rimba Resort Pulau Sibu
Chalet di Rimba Resort Pulau Sibu

Penginapan yang berjarak 3 jam dari Singapura ini berinspirasikan perkampungan Kenya.

Bilik Chalet Rimba Resort Pulau Sibu
Bilik Chalet Rimba Resort Pulau Sibu

Penginapan yang menawarkan pemandangan pantai ini bukan sahaja terletak berdekatan dengan pantai malah turut menyediakan bermacam jenis lauk-pauk bagi anda menjamu selera.

Suasana makan di restoran dan bar semestinya lebih menyeronokkan apabila bertemankan permandangan air laut yang membiru!

Malam di Rimba Resort Pulau Sibu
Malam di Rimba Resort Pulau Sibu

Jika anda inginkan ruang tidur yang lebih mewah, anda boleh memilih Island Suite atau Family Chalet yang mana menawarkan lebih kemudahan dan keselesaan bagi anda yang bercuti secara berkumpulan atau berkeluarga.


  • Lokasi: Lihat Resort | Lihat Peta | LOT PDT 22 & 141, MUKIM, Pulau Sibu, 86810 Mersing, Johor

  • Waktu Operasi: Masa daftar masuk: 3:00 pm / Masa daftar keluar: 12:00 pm

Sibu Coconut Village Homestay

Sibu Coconut Village Homestay
Sibu Coconut Village Homestay

Sibu Coconut Village Homestay ini dibuka sepanjang tahun dan terletak di Tanjung Musoh, Pulau Sibu Besar.

Menariknya penginapan ini telah teguh berdiri sejak tahun 1988 lagi dan menjadikannya begitu terkenal dalam kalangan pelancong asing seperti Singapura, Eropah, Jepun, China, Hong Kong, Taiwan dan banyak lagi!

Kaki Pancing di Sibu Coconut Village Homestay
Kaki Pancing di Sibu Coconut Village Homestay

Penginapan yang menonjolkan ciri-ciri kampung ini turut dilengkapi dengan kemudahan asas bagi memberi keselesaan sepanjang percutian anda di sini.

Bagi anda yang mencari penginapan yang bajet serta mempunyai privasi bolehlah menginap di sini kerana lokasinya agak jauh daripada penginapan lain.


  • Lokasi: Lihat Resort | Lihat Peta | Tanjung Musoh, Pulau Sibu, Mersing, Johor

  • Nota: Jika Homestay penuh ada boleh cuba memilih My Villa Eco Homestay

Pakej Pulau Sibu Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island

Kawasan Pantai Resort Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island
Kawasan Pantai Resort Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island

Sari Pacifica Resort & Spa ini pula merupakan antara penginapan yang menawarkan lanskap yang bakal memukau pandangan anda!

Penginapannya dikelilingi hutan hujan dan laut yang mana menjanjikan pengalaman percutian yang begitu menenangkan.

Halaman Resort Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island
Halaman Resort Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island

Tambahan lagi, dengan dekorasi di sekitar kawasan penginapannya yang begitu elegan akan menjadikan percutian anda lebih ekslusif.

Ingin meregangkan otot-otot yang keletihan?

Bilik Penginapan
Bilik Penginapan

Anda boleh mengunjungi spa mereka untuk mendapatkan rawatan urut daripada pekerja mereka yang terlatih.

Malah anda boleh meminta untuk mendapatkan sesi rawatan di bawah sinaran mentari dan bertemankan permandangan air laut.

Pulau Sibu Johor: Resort & Aktiviti Paling Menyeronokkan [Panduan Lengkap] 1
Kolam Infiniti Resort Sari Pacifica Resort & Spa Sibu Island

Bagi mengisi kekosongan perut, anda boleh singgah ke Restoran Kayu Manis yang menyajikan bermacam hidangan tempatan dan antarabangsa.


  • Lokasi: Lihat Resort | Lihat Peta | 639C+V2 Pulau Sibu, Mersing, Johor

  • Nota: Lihat tawaran Pakej Sari Pacific Pulau Sibu Terkini

Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

Pantai memutih dan pemandangan mengagumkan di Sea Gypsy Village Resort & Dive Base
Pantai memutih dan pemandangan mengagumkan di Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

Satu lagi penginapan yang menggunakan konsep kampung iaitu Sea Gypsy Village Resort & Dive Base yang terletak berhampiran dengan jeti dengan jarak 2km sahaja.

Penginapannya turut sesuai untuk anda yang bercuti bersama-sama ahli keluarga yang mana menyediakan kipas angin, kelambu, TV serta beranda yang menghadap laut.

Sea Gypsy Village Resort & Dive Base
Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

Ia turut menyediakan restoran yang menggunakan atap jerami dan berkonsep terbuka bagi memberi lebih pengudaraan dan keselesaan untuk anda menjamu selera.

Chalet Sea Gypsy Village Resort & Dive Base
Chalet Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

Malah mereka turut menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak dan gelanggang bola tampar untuk dewasa.

Penginapan yang berkonsepkan seni bina Melayu ini turut menyediakan pusat menyelam bagi menguruskan pelancong yang ingin menyelam di Pulau Sibu.


  • Lokasi: Lihat Resort | Lihat Peta | Lot 71, Pulau Sibu, 86810 Mersing, Johor

  • Waktu Operasi: Masa daftar masuk: 3:00 pm / Masa daftar keluar: 11:00 am

Cara Ke Pulau Sibu

Pulau Sibu membawa anda ke alam pulau menyegarkan
Pulau Sibu membawa anda ke alam pulau menyegarkan

Jika anda memandu sendiri untuk ke Pulau Sibu, anda mempunyai pilihan untuk melalui jalan Mersing atau jalan Johor Bahru bergantung kepada keselesaan anda.

Jika anda dari Mersing, anda hanya memerlukan satu jam perjalanan untuk tiba ke Jeti Tanjung Leman, manakala jika anda dari Johor Bahru anda perlu memandu sekitar 2 jam untuk tiba ke jeti tersebut.

Menaiki bot laju ke Pulau Sibu
Menaiki bot laju ke Pulau Sibu

Namun begitu, pengangkutan awam seperti bas ekspress turut memuatkan para pelancong untuk ke Jeti Tanjung Leman. Seterusnya perjalanan daripada jeti memakan masa sekitar 30 minit menggunakan bot untuk tiba ke Pulau Sibu.

Bak kata pepatah melayu ‘tak kenal maka tak cinta’ begitulah tafsiran yang sesuai untuk kaki pulau semua.

Matahari terbenam di ufuk dari Pulau Sibu
Matahari terbenam di ufuk dari Pulau Sibu | Imeh oleh:  Thibaut

Walaupun Pulau Sibu tidak terkenal seperti pulau-pulau yang lain, anda janganlah membuat tafsiran sendiri sebelum mengunjunginya.

Bagi merasai keindahan Pulau Sibu anda bolehlah merancang percutian ke pulau kecil ini dan terus menerokai keunikan dan keindahannya.

Tambahan lagi kelengkapan yang disediakan oleh pihak penginapan beserta pelbagai aktiviti yang menanti semestinya mampu memenuhi citarasa percutian anda!

Bersambung…

Tags: pakej pulau sibupulau sibu mersingpulau sibu resort
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Selanjutnya
4.5 4 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
103 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
103
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas