fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kelantan

60+ Tempat Menarik di Kelantan Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
14 Jun, 2023
Kategori: Pakej Kelantan
Masa Bacaan: 7 mins read
1.9k 22
A A
0
tempat-menarik-di-kelantan
28.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO PROMO PROMO
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Kelantan adalah negeri luar bandar di timur laut Semenanjung Malaysia yang sangat popular dan terkenal sebagai serambi Mekah.

Kota Bharu, ibu kotanya yang berkedudukan di tepi sungai dengan Istana Jahar diperbuat daripada struktur kayu hiasan dengan prasasti Islam.

Pakej Sabah Pakej Sabah Pakej Sabah
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Jika menyebut tentang destinasi percutian di Kelantan, ada banyak tempat-tempat menarik menjadi tumpuan.

Kita buka sahaja hanya bercakap tentang itu, tetapi ianya melibatkan kebudayaan yang unik, dan kepelbagaian makanan serta akitiviti menarik menanti anda.

Pembuat layang-layang tradisional Kelantan, Malaysia. Pak Shafie bin Jusoh dianugerahkan dengan Adiguru Aneka Kraf pada tahun 2006 kerana kepakarannya di Moon Kite atau dikenali sebagai Wau Bulan.
Pembuat layang-layang tradisional Kelantan. Pak Shafie bin Jusoh dianugerahkan dengan Guru Aneka Kraf pada tahun 2006 kerana kepakarannya dalam mencipta layang gergasi atau dikenali sebagai Wau Bulan. Imej oleh: Thanwan Singh
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kelantan
  • Lihat Peta Percutian di Kelantan

Pin

  • 1 Menara Jam Tambatan Diraja
  • 2 Kota Sultan Ismail Petra
  • 3 Gelanggang Seni Kelantan
  • 4 Kampung Kraftangan Kelantan
  • 5 Muzium Negeri Kelantan
  • 6 Muzium Perang Kelantan
  • 7 Balai Seni Lukis Kelantan
  • 8 Muzium Wau
  • 9 Muzium Kuala Krai (Galeri Kuala Krai)
  • 10 Muzium Islam Kelantan
  • 11 Muzium Diraja (Istana Batu)
  • 12 Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)
  • 13 Muzium Hobi (Collectables Affairs)
  • 14 Masjid Muhammadi
  • 15 Masjid Kampung Laut
  • 16 Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)
  • 17 Masjid Ar-Rahman Mukim Pulau Gajah
  • 18 Masjid Terapung Pasir Mas (Masjid Brunei)
  • 19 Suluk Tok Selehor
  • 20 Tokong Wat Phothivihan (Buddha Tidur)
  • 21 Tokong Wat Machimmaram (Buddha Duduk)
  • 22 Tangga Krai
  • 23 Jambatan Guillemard
  • 24 Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
  • 25 Pasar Siti Khadijah
  • 26 Bazar Tok Guru
  • 27 Wakaf Che Yeh
  • 28 Pasar Terapung Kelantan
    • 28.1 Pasar Terapung Pulau Suri
    • 28.2 Pasar Terapung Pengkalan Datu
  • 29 Batik Ayu Fashion
  • 30 Cik Minah Songket
  • 31 Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan
  • 32 Galeri Wau Pak Sapie and Sons
  • 33 Min House Camp
  • 34 Street Art Kota Bharu
  • 35 Taman Air Splash
  • 36 Pantai Negeri Kelantan
  • 37 Hutan Lipur & Air Terjun
  • 38 Gua & Gunung di Kelantan
Dalam slot kali ini kami ingin membawa anda kepada aktiviti dan tempat menarik yang ada di Kelantan dengan gambar-gambar menarik.


Menara Jam Tambatan Diraja

Didirikan di tebing Sungai Kelantan dan berketinggian 150 meter dilengkapi enam tingkat dan sebuah jam besar | CC: Huda Hashim
Didirikan di tebing Sungai Kelantan dan berketinggian 150 meter dilengkapi enam tingkat dan sebuah jam besar | CC: Huda Hashim

Juga dikenali sebagai Menara Tinjau. Di tengah Bandar Kota Bharu tersergam indah menara enam tingkat yang berketinggian 150 meter. Ia dikenali sebagai Menara Jam Tambatan Diraja, yang mana dijadikan sebagai salah satu tarikan pelancongan.

Anda boleh memasuki ke dalam menara tersebut bagi melihat pemandangan Bandar Kota Bharu, yang mana disebelahnya terdapat Sungai Kelantan. Menara ini beroperasi pada setiap hari dan bayaran yang dikenakan sangat berpatutan!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15400 Kota Bharu

Kota Sultan Ismail Petra

Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra
Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra | CC: Howard Banwell

Kota Sultan Ismail Petra yang dikenali sebagai mercu tanda Negeri Kelantan turut mendapat tumpuan dalam kalangan pelancong.

Setibanya di sini, anda akan disambut dengan pintu gerbang besar atau turut dikenali sebagai Menara Rehal yang mempunyai senibina yang agak unik iaitu mempunyai monumen rehal dan al quran di puncaknya,  jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan berlatar belakangkan pintu gerbang ini sebagai tanda anda menjejakkan kaki ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

Gelanggang Seni Kelantan

Pelbagai aktiviti seni & kebudayaan diadakan di Gelanggan Seni
Pelbagai aktiviti seni & kebudayaan diadakan di Gelanggan Seni

Gelanggang seni atau dikenali juga sebagai pusat kebudayaan ini mempersembahkan pelbagai warisan kebudayaan negeri Kelantan seperti wayang kulit, seni silat tari, permainan gasing dan sebagainya.

Jika anda ingin melihat persembahan tersebut, datanglah pada hari yang ditetapkan.

Wayang Kulit terkenal di seluruh Malaysia
Wayang Kulit kelantan terkenal di seluruh Malaysia

Contohnya pada hari sabtu, jam 3.30 petang sehingga 5.30 petang anda akan berpeluang untuk melihat persembahan rebana, silat tari dan pembuatan wau.

Manakala pada waktu malam anda boleh menyaksi persembahan wayang kulit.

Pakej Surabaya Pakej Surabaya Pakej Surabaya
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu

Kampung Kraftangan Kelantan

Terletak di Zon Kebudayaan, Pusat Bandar Kota Bharu
Terletak di Zon Kebudayaan, Pusat Bandar Kota Bharu

Kampung Kraftangan ini pula pada awalnya dikenali sebagai Muzium Kraftangan yang terletak bersebelahan Istana Balai Besar.

Menariknya tentang rekabentuk bangunan ini yang menggunakan ukiran bunga tempatan.

Pusat himpunan kesenian dan kraf Kelantan
Pusat himpunan kesenian dan kraf Kelantan

Apabila singgah ke sini, anda dapat melihat dan membeli pelbagai hasil seni kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu Kelantan.

Jangan ketinggalan untuk melihat pelbagai koleksi seperti songket, batik, ukiran kayu, kerja perak, demonstrasi sulaman dan pelbagai lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Hilir Kota, 15300, Kota Bharu, Bandar Kota Bharu

Muzium Negeri Kelantan

Koleksi alat-alat muzik tradisional negeri Kelantan
Koleksi alat-alat muzik tradisional negeri Kelantan

Bagi mengetahui sejarah negeri Kelantan, apa kata singgah ke Muzium Negerinya yang terletak berdekatan dengan Menara Jam.

Di sini anda dapat menyaksikan replika gua-gua bersejarah di negeri Kelantan, sudut pameran Dikir Barat, sudut pameran Wayang Kulit Kelantan, koleksi alat-alat muzik tradisional negeri Kelantan, dan pelbagai lagi seni warisan milik negeri Kelantan yang turut dipamerkan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 4:45pm | Jalan Hospital, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

Muzium Perang Kelantan

Koleksi Perang Dunia II di Muzium Perang
Koleksi Perang Dunia II di Muzium Perang

Muzium Perang ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Memorial Perang Dunia II dan Bank Kerapu.

Pakej Osaka Pakej Osaka Pakej Osaka
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Hal ini kerana, bangunan asalnya berfungsi sebagai bank perdagangan pertama di Kelantan. Di sini pula anda akan melihat pelbagai artifak dan gambar-gambar ketika Perang Dunia II di Kelantan yang bermula di Kuala Pak Amat Kota Bharu pada 8 Disember 1941.

Turut dibina replika Kubu Kebal iaitu ‘’Pillbox’’ Pertahanan British, kereta perisai dan pelbagai pengangkutan darat yang beroperasi sebelum merdeka.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu

Balai Seni Lukis Kelantan

Pelbagai Koleksi Lukisan di Balai Seni Lukis Kelantan
Pelbagai Koleksi Lukisan di Balai Seni Lukis Kelantan

Bagi anda yang meminati seni lukis bolehlah singgah di bangunan dua tingkat ini yang menempatkan lebih kurang 73 buah lukisan dan terdapat hasil karya daripada Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) yang turut dipamerkan. Bayaran masuk yan dikenakan juga berpatutan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Tourist Centre, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu

Muzium Wau

Muzium Wau menampilkan pelbagai rekabentuk wau yang sangat unik
Muzium Wau menampilkan pelbagai rekabentuk wau yang sangat unik

Wau merupakan salah satu seni warisan rakyat negeri Kelantan, jadi tidak hairanlah jika negeri ini turut mewujudkan Muzium Wau dan menjadi muzium wau yang kedua di Malaysia.

Anda bukan sahaja dapat melihat wau, malah dapat mengenali peralatan untuk membuat wau.

Koleksi Seni Wau di Muzium Wau
Koleksi Seni Wau di Muzium Wau

Muzium ini dibina di Pantai Sri Tujoh yang merupakan tapak Pesta Wau Antarabangsa Kelantan.

Di sini, bukan sahaja mempamer wau tradisi tempatan malah turut mempamer wau-wau dari luar negara seperti negara Jepun, Thailand, Korea dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, Kelantan

Muzium Kuala Krai (Galeri Kuala Krai)

Muzium Kuala Kerai
Muzium Kuala Kerai

Muzium Kuala Krai atau nama asalnya Galeri Kuala Krai ini menyimpan sejarah tentang tokoh-tokoh yang berasal dari Kuala Krai, sejarah penubuhan Jajahan Kuala Krai, jenis-jenis batu sempadan mukim, daerah, jajahan, negeri dan negara.

Menariknya, anda akan mengetahui tentang sejarah Cik Siti Wan Kembang yang digelar sebagai ‘Wonder Woman’ pertama Tanah Melayu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pekan Kuala Krai, 18000 Kuala Krai, Kelantan

Muzium Islam Kelantan

Koleksi Muzium Islam Kelantan
Koleksi Muzium Islam Kelantan

Apa yang menarik di Muzium Islam, Kelantan? Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat Replika Mumia Firaun dan kerandanya di tingkat atas muzium ini.

Selain itu anda dapat melihat pelbagai bentuk artifak, model, replika dan peta yang berkaitan dengan proses penyebaran Islam di negeri Kelantan ini.

Papan Belindan di Muzium Islam Kelantan
Papan Belindan di Muzium Islam Kelantan

Menariknya lagi, Muzium ini pada awalnya telah menjadi kediaman bekas Menteri Besar Kelantan (1895-1990).

Senibinanya turut menarik dengan menggunakan konsep rumah melayu Kelantan pada abad ke-19 hingga abad ke-20.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kelantan State Museum Corporation, Jalan Hospital, Kelantan, 15000

Muzium Diraja (Istana Batu)

Koleksi-koleksi Muzium Diraja
Koleksi-koleksi Muzium Diraja

Asalnya ia dikenali sebagai Istana Batu kerana binaannya daripada konkrit simen berbanding dua buah istana lain hanya dibina menggunakan kayu.

Istana ini dibina khas sebagai hadiah perkahwinan kepada KDYMM Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim (1961-1979) dengan DYMM Tengku Zainab Binti Tengku Muhammad Petra, daripada ayahanda saudara baginda KDYMM Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (1920-1944).

Koleksi-koleksi Muzium Diraja
Koleksi perabot dan hiasan Muzium Diraja

Dengan berkunjung ke sini, anda akan mengetahui tentang sejarah muzium ini dan sejarah Kesultanan Kelantan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan

Muzium Adat Istiadat (Istana Jahar)

Alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga
Alat perhiasan diri, pakaian dan barang-barang tembaga

Seperti Istana Batu, Istana Jahar pada asalnya merupakan Istana Raja Bendahara Long Kundur Bin Sultan Ahmad.

Pada tahun 1992 ia telah ditukar menjadi Muzium Adat Istiadat dan menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

Kawasan luar Muzium Adat Istiadat
Kawasan luar Muzium Adat Istiadat

Di sini, anda berpeluang untuk melihat adat istiadat Diraja Kelantan, jenis tekstil, alat perhiasan diri dan pelbagai lagi

. Jangan ketinggalan untuk melawat bahagian belakang muzium yang menempatkan alat-alat senjata lama Negeri Kelantan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:30pm | Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Muzium Hobi (Collectables Affairs)

Muzium Koleksi yang sangat menarik di Kelantan
Muzium Koleksi yang sangat menarik di Kelantan

Collectibles Museum: Tidak seperti muzium lain, muzium ini boleh dikategorikan sebagai unik kerana isinya. Muzium Hobi ini merupakan muzium diecast yang pertama di Malaysia dan muzium hobi mainan pertama di Negeri Kelantan.

Barangan yang dipamerkan adalah daripada koleksi klasik ataupun moden yang mana turut terdapat barangan edisi terhad yang jarang ditemui!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:30pm | Lot 1317&1318 Taman Koperatif Tanjung Chat, Jalan Wakaf Mek Zainab, 15300 Kota Bharu

Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan
Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

Negeri Kelantan turut dikenali dengan nama ‘Negeri Serambi Mekah’ dan turut mempunyai beberapa masjid yang tersergam indah dengan senibina yang menarik. Antara masjid-masjid yang anda boleh kunjungi adalah Masjid Muhammadi.

Masjid Muhammadi merupakan salah satu masjid yang terkenal di Malaysia ekoran daripada aktiviti penyebaran dakwah islamiah oleh tokoh-tokoh ulama tersohor seperti Tuan Taba dan Tok Kenali.

Masjid Muhammadi Kota Baharu Kelantan
Keunikan dan keistimewaan masjid ini adalah kerana rekabentuk bangunannya bercirikan barat (inggeris) | CC: Mizah Mardhiah

Dikatakan asalnya, masjid ini dibina menggunakan kayu dan terletak di pinggir Sungai Budor, Seberang Paloh dan telah dipindahkan kerana ancaman banjir yang sering melanda kawasan tersebut.

Setelah itu masjid ini mula mengalami proses baik pulih dan penambahan bangunan. Masjid Muhammadi ini diberi nama sempena nama Sultan Muhammad IV.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | D1, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Masjid Kampung Laut

Masjid Kampung Laut dikatakan sebagai masjid tertua di wilayah ini, dipercayai telah wujud lebih dari 250 tahun.
Masjid Kampung Laut dikatakan sebagai masjid tertua di wilayah ini, dipercayai telah wujud lebih dari 250 tahun

Masjid Kg Laut tidak asing lagi kerana mempunyai rekabentuk yang menarik dan sejarahnya turut menjadi bualan masyarakat sehingga kini.

Asalnya masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat di pinggir Sungai Kelantan. Masjid ini dibina oleh beberapa orang termasuk salah seorang daripada Wali 7 yang bermudik dari Makkah ke Kelantan iaitu Sayyid Hussein Jamadil Kubra.

Seni bina masjid yang sangat klasik dengan atap tiga tingkatnya adalah gabungan gaya tradisional tempatan dengan pengaruh Jawa
Seni bina masjid yang sangat klasik dengan atap tiga tingkatnya adalah gabungan gaya tradisional tempatan dengan pengaruh Jawa

Menariknya tentang masjid ini kerana ia mengguna teknik ‘’Tebuk Pasak’’ dan tidak menggunakan sepucuk paku! Namun ia telah dipindahkan ke Nilam Puri kerana dilanda banjir dan menyebabkan kerosakan pada masjid.

Masjid ini dibina semula seperti bentuk asal dan menggunakan semua bahan lama seberapa boleh.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 565H+PX Wakaf Bharu, Kelantan

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)

reka bentuk yang unik yang menggabungkan arkitek cina dan islam
Reka bentuk yang unik yang menggabungkan arkitek cina dan islam

Jika ke mukim Rantau Panjang jangan lupa untuk singgah ke Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra ini, anda pasti akan terpesona melihat senibinanya yang berkonsepkan cina.

Masjid ini menggunakan senibina daripada Masjid Niujie di Beijing yang berusia lebih 1000 tahun! Jadi tidak perlu susah payah ke Beijing lagi. Senibinanya turut menggabungkan konsep kaum India dan Uzbekistan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Masjid Ar-Rahman Mukim Pulau Gajah

Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, Pantai Sabak
Masjid Ar-Rahman ini, ia turut mempertontonkan gabungan hiasan dari sekurang-kurangnya empat negara
Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, Pantai Sabak
Tersergam indah dengan keunikan dan kehalusan seni bina Melayu

Tidak dinafikan masjid-masjid di Negeri ‘Serambi Mekah’ ini memang kaya dengan pelbagai senibina yang memukau pandangan.

Masjid Ar-Rahman yang terletak di Pulau Gajah, Sabak ini turut meperlihat keunikan dan kehalusan seni bina melayu dan islam.

Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, Pantai Sabak
Setiap langkah disambut pemandangan gerbang besar yang dibina tinggi menggunakan kayu cengal
Masjid Ar-Rahman di Pulau Gajah, Pantai Sabak
Mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa

Masjid ini turut menghasilkan gabungan hiasan dari sekurang-kurangnya empat negara seperti Indonesia, Maghribi, Yaman dan Turki serta mengguna tenaga kerja 10 pekerja Indonesia untuk menghasilkan 90% ukiran tangan pada masjid dan ukiran ayat suci al-Quran.

Di samping menerapkan nilai teknologi hijau, setiap binaannya mempunyai inspirasi dan kisah yang tersendiri. Contohnya batu hiasan di tepi masjid diilhamkan daripada Batu Bersurat Terengganu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan

Masjid Terapung Pasir Mas (Masjid Brunei)

Masjid Terapung Pasir Mas
Masjid Terapung Pasir Mas

Masjid Terapung Pasir Mas atau lebih dikenali sebagai Masjid Brunei ini terletak di Danau Tok Uban, Rong Chenok Daerah Pasir Mas. Anda semestinya tertanya-tanya kenapa ia dikenali sebagai Masjid Brunei?

Ia bukan sahaja kerana rekabentuknya yang berkonsepkan Melayu Brunei tetapi Sultan Brunei sendiri iaitu Sultan Hassanal Bolkiah yang turut mengeluarkan pembelajaan untuk mebina masjid tersebut, di samping melakukan amal jariah.

Masjid ini tidak pernah sunyi daripada alunan ayat suci al-Quran kerana ia digunakan oleh sebuah maahad tahfiz untuk proses pembelajaran.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17060, Pasir Mas, Kelantan

Suluk Tok Selehor

Tok Selehor timba ilmu sepanjang hayat
Tok Selehor timba ilmu sepanjang hayat

Suluk Tok Selehor ini merupakan tempat beribadah atau pertapaan seorang Wali dan ulama yang dikenali sebagai Tok Selehor (Abd. Rahman bin Othman) yang telah mendalami ilmu agama di Tanah Suci Makkah selama 18 tahun.

Tempat ini dibina seperti lubang kubur, malah saiznya juga sama seperti lubang kubur.  Ia bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta dan mengingatkan kepada kematian.

Menariknya tentang tempat ini kerana ia merupakan satu-satunya suluk di Asia Tenggara yang dibina pada tahun 1921 untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah SWT.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Masjid Selehor, 16200 Tumpat, Kelantan

Tokong Wat Phothivihan (Buddha Tidur)

Kuilnya didirikan pada tahun 1973 oleh ketua biara Phra Krurasapia Chakorn
Kuilnya didirikan pada tahun 1973 oleh ketua biara Phra Krurasapia Chakorn

Dikatakan Buddhisme merupakan antara agama yang mempunyai bilangan penganut yang tinggi di serata dunia. Oleh itu, mereka turut membina beberapa patung Buddha yang besar bagi menghormati agama mereka.

Jangan terkejut jika negeri Kelantan mempunyai patung Buddha yang terbesar!

Kuil ini menempatkan patung Buddha yang tidur 40 meter, yang dianggap sebagai yang terbesar dan terpanjang di negeri i
Kuil ini menempatkan patung Buddha yang tidur 40 meter, yang dianggap sebagai yang terbesar dan terpanjang di negeri ini

Tokong ini berbentuk tidur menggiring yang mana terletak di daerah Tumpat dan berukuran sepanjang 40 meter dari bahagian kepala hingga ke bahagian kaki, manakala 8 meter lebar dan 11 meter tinggi.

Tokong ini bukan sahaja menjadi tarikan pengikut Buddha di Malaysia malah di Asia Tenggara kerana ia merupakan antara patung Buddha tidur terbesar di dunia!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Jambu, 16200, Tumpat, Kelantan

Tokong Wat Machimmaram (Buddha Duduk)

Kuil ini menempatkan patung Buddha duduk terbesar di Asia Tenggara
Kuil ini menempatkan patung Buddha duduk terbesar di Asia Tenggara

Tokong ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan memakan belanja hampir RM4 juta dan terletak di daerah Tumpat Kelantan 20 km dari Kota Bahru.

Menariknya, ketinggian tokong ini adalah bersamaan 10 tingkat bangunan! Patung ini berketinggian sekitar 30 meter dan lebar 47 meter.

Kuil ini merupakan contoh toleransi agama yang terkenal di Malaysia amnya di negeri Kelantan
Kuil ini merupakan contoh toleransi agama yang terkenal di Malaysia amnya di negeri Kelantan

Kuil ini meliputi kawasan seluas 2.4 hektar dan ruang yang luas ini memberi banyak ruang untuk diterokai. Bukan itu sahaja, tokong ini merupakan tokong Buddha duduk yang terbesar di Asia Tenggara!

Maka tidak hairanlah jika ramai pengunjung dari Asia Tenggara yang datang ke sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am-5:00pm | Kampung Jubakar, 16210 Tumpat, Kelantan

Tangga Krai

Tangga ini telah dibina pada tahun 1927 dan dikenali sebagai “Tangga Bradley”
Tangga ini telah dibina pada tahun 1927 dan dikenali sebagai “Tangga Bradley” | CC: Nurul Wafa

Pada awal pembinaannya sekitar tahun 1927, ia dikenali sebagai Tangga Bradley sempena nama ketua jajahan ketika itu.

Namun pada tahun 1994 ia ditukar nama sebagai Tangga Krai.

Menariknya tentang tangga yang mempunyai 81 anak tangga ini kerana ia bertindak sebagai pengkalan pengangkutan air yang mana menjadi nadi kepada sesetengah penduduk yang tinggal di hulu dan hilir bandar.

Hal ini kerana mereka tidak dapat dihubungkan melalui jalan darat. Menjelang musim tengkujuh, Tangga Krai turut dijadikan sebgai tempat menyukat aras air.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pekan Kuala Krai, 18000, Kuala Krai, Kelantan

Jambatan Guillemard

Jambatan Guillemard ini mula dibina pada tahun 1920,dan siap bulan Julai 1924
Jambatan Guillemard ini mula dibina pada tahun 1920,dan siap bulan Julai 1924 | CC: Wu Chi-Yu

Dimanakah terletaknya jambatan kereta api yang terpanjang di Malaysia? Ya, di negeri Kelantan. Jambatan kereta api ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, dan Tanah Merah.

Nama Guillemard itu sendiri mempunyai sejarah iaitu semperna nama Gabenor British yang memerintah pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard.

Guillemard-Bridge
Mengagumkan jambatan ini hampir berumur 100 tahun namun masih berdiri kukuh

Pada awalnya, ia dibina bukan sahaja sebagai laluan kereta api tapi untuk kenderaan lain juga. Namun selepas kejadian Perang Dunia II, ia telah dibaik pulih dan digunakan untuk laluan kereta api sahaja.

Kini ia turut dijadikan sebagai lokasi penggambaran ekoran daripada binaannya yang menarik!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg Kusial Bharu, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang

Terletak di sempadan Malaysia-Thailand
Terletak di sempadan Malaysia-Thailand
Terkenal sebagai kawasan bebas cukai
Terkenal sebagai kawasan bebas cukai

Negeri Kelantan turut terkenal dengan zon bebas cukai yang memberi kepuasan kepada pembeli untuk membeli barangan import dengan harga yang lebih murah.

Ekoran daripada kedudukannya yang bersempadan dengan  Thailand.

Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu
Rantau Panjang terletak kira-kira 40 km dari Kota Bharu
Terkenal sebagai kawasan bebas cukai
Terkenal sebagai kawasan bebas cukai

Terdapat tiga zon bebas cukai yang giat beroperasi di Negeri Kelantan iaitu Zon Bebas Cukai Rantau Panjang di Sungai Golok, Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor dan Zon Bebas Cukai Bukit Bunga.

Di sini anda boleh membeli pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan seperti pinggan mangkuk, makanan kering, pakaian dal pelbagai lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan

Pasar Siti Khadijah

Pasar siti Khadijah
Dinamakan sempena nama isteri Rasullulah | CC: Udey Ismail

Tidak lengkap sekiranya anda tidak singgah ke Siti Khadijah Market. Pasar Siti Khadijah ini terletak di tengah Bandar kota Bharu dan beroperasi pada jam 7 pagi sehingga 6 petang.

Menariknya tentang pasar in kerana majoriti penjual di sini adalah dalam kalangan wanita!

Siti Khadijah Market (Pasar besar Siti Khadijah)
Siti Khadijah Market (Pasar besar Siti Khadijah) | CC: Naim Fadil

Pasar yang berbentuk heksagon ini mempunyai empat tingkat. Di tingkat bawah anda boleh mendapatkan pelbagai barangan basah, di tingkat satu dikhaskan untuk makanan tradisional, kuih muih tradisional dan barangan kering seperti serunding.

Manakala di tingkat tiga dan tingkat empat menjual kraftangan tembaga, pakaian, batik dan pelbagai lagi. Ketika azan berkumandang para penjual akan menghentikan segala urusan jual beli selama 15 minit.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Bazar Tok Guru

Bazar Tok Guru
Bazar Tok Guru | Imej: Muhammad Ismail

Bazar Tok Guru yang berkonsepkan senibina islam dari masjid Mekah dan Madinah ini pula turut dibina sebagai pusat perniagaan.

Bazar ini merupakan bazar yang paling luas di Negeri Kelantan selain dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kaunter penerangan pelancongan, surau, lif, ATM dan banyak lagi.

Galeri Seni Warisan Kelantan
Galeri Seni Warisan Kelantan

Di sini turut terdapat pelbagai jenis makanan tradisional Negeri Kelantan dan beraneka tekstil.

Bazar lain yang anda boleh lawati adalah Bazar Tengku Anis dan Bazar Siti Aishah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 15000, Jln Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Wakaf Che Yeh

Wakaf Che Yeh
Wakaf Che Yeh

Negeri Kelantan bukan sahaja terkenal dengan zon bebas cukai malah turut terkenal dengan pasarnya yang beroperasi dari pagi hingga ke larut malam dengan fungsi yang berbeza.

Pasar ini lebih dikenali sebagai Wakaf Che Yeh yang terletak tidak jauh dari Bandar Kota Bharu.

Pasar ini juga popular pada waktu malam
Pasar ini juga popular pada waktu malam

Pada waktu pagi ia merupakan pasar borong, menjelang siang hari ia menjual barangan basah dan pada waktu malam menjual pelbagai pakaian, wangi-wangian dan barangan yang diimport dari negara jiran iaitu Thailand.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00pm – 1:00am | 2711, Jalan Desa Harmoni, Desa Harmoni, 15100 Kota Bharu, Kelantan

Pasar Terapung Kelantan

Pasar-Terapung-Kelantan-2
Pasar Apung di Kelantan semakin popular

Jangan terkejut jika di negeri ini turut terdapat pasar terapung seperti di Negara Thailand! Di negeri Negeri Kelantan ini sendiri terdapat dua pasar terapung yang anda patut kunjungi.

Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar Terapung Pulau Suri
Pasar Terapung Pulau Suri

Pasar Terapung Pulau Suri atau Pasar Tani Pelancongan ini  merupakan pasar terapung yang pertama di Malaysia dan terletak di daerah Tumpat.

Pasar ini beroperasi setiap hari Sabtu dan pengunjung perlu menaiki bot penambang untuk ke pasar ini. Selain daripada menjual makanan, di sini turut mempamerkan demonstrasi mewarna batik, membuat kuih kapit, menjahit atap nipah dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Pasar Terapung Pengkalan Datu

Pasar Terapung Pengkalan Datu
Pasar Terapung Pengkalan Datu

Pada September 2017, Pasar Terapung Pengkalan Datu pula mula beroperasi dan menjadi tarikan pelancongan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Pasar ini pula terletak 10km dari bandar Kota Bharu.

Seperti Pasar Terapung Pulau Suri ia turut beroperasi pada hari Sabtu pada jam 8 pagi hingga 2 petang. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai makanan dan tangkapan laut yang segar dengan harga yang berpatutan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | LOT 261, Jalan Raja Sakti, Kampung Pengkalan Datu , 16150 Kota Bharu, Kelantan

Batik Ayu Fashion

Koleksi Ayu Fashion Batik Kelantan Canting
Koleksi Ayu Fashion Batik Kelantan Canting

Bagi yang meminati batik bolehlah mengunjungi Batik Ayu Fashion yang terletak di Kampung Talak, Tumpat. Di sini anda berpeluang untuk melihat bagaimana proses penghasilan batik itu sendiri.

Menariknya lagi, mereka masih menggunakan cara tradisional iaitu melalui kaedah blok yang mana setiap blok mempunyai corak yang berbeza!

Koleksi Ayu Fashion Batik Kelantan Canting
Koleksi Ayu Fashion Batik Kelantan Canting

Malah sesi mewarna batik itu turut menggunakan kaedah tradisional dan proses pengeringan batik juga dilakukan secara semulajadi.

Bagi pelanggan yang menempah batik boleh memilih corak dan warna mengikut citarasa mereka. Jadi jangan terkejut jika ada harga batik yang mencecah ribuan ringgit turut dijual di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Talak, 16210 Tumpat, Kelantan

Cik Minah Songket

Koleksi Cik Minah Songket Batik
Koleksi Cik Minah Songket Batik

Dah tengok proses penghasilan batik? Ayuh melawat ke Cik Minah Songket bagi menyaksikan proses menenun songket pula. Cik Minah Songket yang terletak di Kampung Penambang, Kota Bharu ini sudah beroperasi sejak tahun 1930 lagi.

Menariknya pekerja-pekerja yang menenun songket di sini agak berusia tetapi mereka begitu mahir dalam menyiapkan setiap songket yang pelbagai corak.

Penenun di Cik Minah Songket Pantas Batik
Penenun di Cik Minah Songket Pantas Batik

Di sini, anda akan melihat pelbagai jenis motif songket yang dihasilkan seperti tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

Harga songket yang dijual juga berdasarkan hasil tenunannya. Puan Hajah Kelthom merupakan anak kepada Che Minah turut diiktirafkan sebagai Adiguru Kraf pada tahun 2014.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:30pm | 350, Kg Penambang, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Galeri Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan

Pak Dain menunjukkan koleksi patung wayang kulit
Pak Dain menunjukkan koleksi patung wayang kulit | Imej: Nik Abdullah

Wayang kulit begitu sinonim dengan Negeri kelantan dan telah menjadi salah satu seni persembahan Melayu Tradisional Kelantan.

Galeri Wayang Kulit ini terletak di Kampung Morak, Palekbang di daerah Tumpat dan diuruskan oleh Muhammad Dain bin Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Dain.

Persembahan Wayang Kulit
Persembahan Wayang Kulit

Di sini anda akan melihat persembahan wayang kulit, pameran alat muzik, gambar-gambar wayang kulit serta salasilah dalang-dalang wayang kulit.

Jika anda ingin mencuba menghasilkan gambar wayang kulit, anda boleh ke inkubator kraf.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 564J+4F Wakaf Bharu, Kelantan

Galeri Wau Pak Sapie and Sons

Galeri Wau Pak Sapie and Sons
Seni pembuatan wau di Galeri Wau Pak Sapie and Sons

Sudah melawat Muzium Wau? Ada satu lagi lokasi wau yang anda perlu lawati, iaitu Galeri Wau Pak Sapie & Sons di Kota Bharu.

Galeri ini menyimpan koleksi Wau yang dihasilkan oleh Pak Sapie dan kini diuruskan oleh anak beliau.

Galeri Wau Pak Sapie and Sons 2
Wau bulan tradisi melayu Kelantan | Imej: Che Wan Eddie

Pak Sapie merupakan Adiguru Kraf Wau pada tahun 2009 kerana beliau begitu mahir dalam menghasilkan wau. Malah beliau sering mendapat undangan daripada luar negara untuk membuat pameran wau atau menyertai pertandingan wau.

Jadi tidak rugi jika anda ke sini kerana anda boleh mengetahui pelbagai cerita mengenai wau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Galeri Wau Pak Sapie, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan

Min House Camp

Min House Camp pernah memenangi Best East Coast Tourism Product 2018 & 2019
Min House Camp pernah memenangi Best East Coast Tourism Product 2018 & 2019

Bagi pencinta alam, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi Taman Kelip-Kelip di Min House Camp yang terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian.

Destinasi ini beroperasi pada jam 8 malam hingga 11 malam pada musim kemarau dari bulan Februari hingga Oktober.

Min House Camp popular dengan aktiviti Kayak
Min House Camp popular dengan aktiviti Kayak

Anda akan dibawa menyusuri Sungai Lubok Durian dengan menggunakan bot oleh pengusaha di situ. Aktiviti lain yang ditawarkan adalah berkayak, memanah, menggali kerang, dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu

Street Art Kota Bharu

Street Art di Kota Bharu Kelantan Jln Dato Pati
Street Art di Kota Bharu Kelantan Jln Dato Pati

Boleh dikatakan setiap negeri di Malaysia mempunyai street art. Jadi apa yang menariknya tentang street art di Kota Bharu ini?

Street art di sini terdapat beberapa tema yang menggambarkan negeri Kelantan seperti makanan tradisional dan permainan tradisional, mural kebudayaan dan kesenian negara timur tengah, mural yang menggambarkan suasana di Palestin dan pelbagai lagi.

Lukisan menggambarkan penduduk rakyat Kelantan
Lukisan menggambarkan penduduk rakyat Kelantan

Destinasi ini terkenal sebagai lokasi untuk bergambar dalam kalangan pelancong.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan

Taman Air Splash

Taman Tema Air Keluarga Mampu Kunjung, yang pertama di Negeri Kelantan
Taman Tema Air Keluarga Mampu Kunjung, yang pertama di Negeri Kelantan

Jika anda bercuti bersama keluarga dan membawa kanak-kanak bolehlah singgah ke Taman Air Splash yang terletak bersebelahan Kota Darul Naim.

Taman air ini terbahagi kepada tiga bahagian mengikut kedalaman yang berbeza dan sesuai untuk kanak-kanak yang berumur seawal 3 tahun.

Taman Indera Petra Terletak di hadapan Bangunan Kerajaan SUK Kota Bharu
Taman Indera Petra Terletak di hadapan Bangunan Kerajaan SUK Kota Bharu

Bayaran yang dikenakan pula sangat berpatutan dan dapat memberi kepuasan kepada anda sekeluarga.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Jalan Kuala Krai, 15000, Kota Bharu, Kelantan

Pantai Negeri Kelantan

Pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Nami Bachok (Pantai Senok)
Pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan & Pantai Bisikan Bayu

Negeri di Pantai Timur semestinya kaya dengan pantai yang cantik. Negeri Kelantan turut mempunyai beberapa buah pantai yang boleh dikunjungi oleh para pelancong.

Di setiap pantai mempunyai pelbagai tarikan seperti hidangan makanan laut yang segar dan aktiviti yang menyeronokkan.

Pantai Bisikan Bayu, Pantai Sri Tujoh, Pantai Tok Bali dan Pantai Melawi
Pantai Sri Tujoh, Pantai Nami Bachok (Pantai Senok), Pantai Tok Bali dan Pantai Melawi

Antara pantai-pantai yang tersohor di Kelantan adalah Pantai Irama, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Nami Bachok (Pantai Senok), Pantai Bisikan Bayu, Pantai Sri Tujoh, Pantai Tok Bali dan Pantai Melawi.


Hutan Lipur & Air Terjun

Vegetation at Gunung Belumut Recreational Forest/Hutan Lipur Gunung Berlumut
Hutan Lipur Gunung Berlumut | CC: Toni Woehrl

Selain daripada terkenal dengan pantai yang mempunyai pasir memutih, Negeri Kelantan turut kaya dengan alam semulajadi yang menjadi tarikan untuk berkelah dan bersiar-siar.

Bagi menghayati keindahan hutan hujan tropika anda boleh ke Taman Negara Kuala Koh.

Taman Negara Kuala Koh
Taman Negara Kuala Koh Canopy Walk

Seterusnya terletak di penghujung di Negeri Kelantan iaitu Tanah Tinggi Lojing, anda berpeluang pula untuk menyaksikan bunga gergasi iaitu Rafflesia.

Dikatakan spesies Rafflesia di situ merupakan spesies yang kedua terbesar di dunia! Jadi anda tidak perlu terbang jauh untuk melihat Bunga Rafflesia!

Kemeriahan Jeram Linang di musim cuti sekolah
Kemeriahan Jeram Linang di musim cuti sekolah

Bukan itu sahaja, apabila ke Negeri Kelantan anda boleh berkelah bersama-sama ahli keluarga di sekitar air terjun yang mendamaikan! Terdapat banyak  air terjun di lokasi yang berbeza di Negeri Kelantan, antaranya Jeram Linang, Jeram Pasu, Jeram Mengaji, Lata Beringin, Lata Rek dan Lata Hutan.

Ingin merasai sendiri pengalaman berendam di dalam air yang sejuk sampai ke tulang, bolehlah singgah ke lokasi tersebut.


Gua & Gunung di Kelantan

Kawasan puncak Gunung Stong
Kawasan puncak Gunung Stong

Sudah melawat kawasan pantai dan air terjun yang mendamaikan? Bagi pencinta alam sekitar semestinya tidak ingin melepaskan peluang untuk melawat kawasan gunung dan gua pula.

Negeri Kelantan begitu kaya dengan tarikan alam semulajadi dan menjadikannya sebagai sebuah destinasi lengkap! Gunung Stong yang terletak di Hutan Simpan Dabong turut menarik kerana mempunyai Air Terjun Jelawang yang merupakan salah satu yang tertinggi di Asia Tenggara!

Air Terjun Jelawang
Air Terjun Jelawang

Seterusnya, Gunung Reng yang mempunyai sejarah tersendiri tentang kewujudannya.

Gunung Reng Batu Melintang
Gunung Reng Batu Melintang

Gunung Reng ini menarik kerana mempunyai ruang seperti bilik yang membentuk gua seperti Gua Bedak, Gua Payong, Gua Kaca, Gua Rimau dan Gua Batak.

Anda boleh memasuki ke dalam gua-gua tersebut untuk menuju puncak Gunung Reng.

Gua Iklan Kelantan
Gua Iklan Kelantan

Manakala di Taman Rekreasi Gua Ikan turut mempunyai banyak gua. Di sini, anda berpeluang untuk meneroka ke dalam gua yang mempunyai stalaktit dan stalagmit!

Dikatakan Gua Ikan mendapat nama kerana terdapat banyak ikan yang berenang di situ. Betul ke?

Bersambung…

Tags: kota bharu kelantannegeri kelantanpantai di kelantanpeta kelantantempat menarik kelantan
Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

air-terjun-di-kelantan-jelawang-Syed-Al-Yahya
Pakej Kelantan

10 Tempat Riadah & Air Terjun di Kelantan

  Benarkah ada banyak air terjun di Kelantan? Adakah berbaloi berkunjung ke tempat-tempat riadah ini? Kelantan adalah rumah kepada Air...

Oleh: Hadi Ghazali
8 September, 2022
14.1k
tempat-menarik-di-pasir-mas-kelantan
Pakej Kelantan

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Pasir Mas Kelantan [TERKINI]

  Tahukah anda, Pasir Mas pernah menjadi bandar raya kedua terbesar di negeri Kelantan sehingga pertengahan 1990-an apabila ia diatasi...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Jun, 2022
14.4k
Selanjutnya
4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej-Osaka

REKOMEN

Bohey-dulang-semporna

Bohey Dulang: Gunung Berapi Misteri di Semporna Sabah

30 November, 2023
10.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
64.1k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
30k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
55.8k
tempat-menarik-di-sungai-petani

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah [TERKINI]

22 Ogos, 2023
42.6k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
21.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas