Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Ogos, 2024
Kategori: Pakej Kelantan
Masa Bacaan: 3 mins read
22k 1.4k
A A
0
tempat menarik di dabong Kelantan
24.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Dabong, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Kuala Krai, Kelantan, adalah destinasi tersembunyi yang kaya dengan keindahan alam semula jadi dan daya tarikan pelancongan.

Terkenal dengan landskap yang memukau, Dabong menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk penggemar alam semula jadi dan pengembara yang mencari ketenangan.

Salah satu tarikan utama di Dabong adalah Stesen Keretapi Dabong, yang merupakan salah satu perhentian bagi keretapi Jungle Railway.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Perjalanan keretapi ini menawarkan pemandangan hutan tropika yang menakjubkan dan merupakan pengalaman unik yang tidak boleh dilepaskan. Dari stesen ini, pelancong boleh meneroka pelbagai tempat menarik yang berdekatan.

Air Terjun Jelawang di Taman Negeri Gunung Stong adalah salah satu tarikan utama di Dabong.

Dengan ketinggian lebih daripada 300 meter, ia adalah salah satu air terjun tertinggi di Malaysia dan menawarkan pemandangan yang luar biasa.

Pengunjung boleh menikmati aktiviti mendaki, berenang di kolam semulajadi, atau hanya bersantai sambil menikmati keindahan alam sekitarnya.

Gua Ikan dan Gua Pagar juga merupakan destinasi popular di Dabong. Gua-gua ini terkenal dengan formasi batu kapur yang unik dan bersejarah.

Gua Ikan mendapat namanya daripada batu yang menyerupai ikan di dalam gua tersebut. Aktiviti eksplorasi gua ini memberi peluang kepada pelawat untuk meneroka keindahan dan misteri alam semula jadi.

Selain itu, Dabong juga dikenali sebagai pintu masuk ke Gunung Stong, yang popular di kalangan pendaki.

Mendaki Gunung Stong memerlukan persediaan fizikal yang baik, tetapi ganjarannya adalah pemandangan yang mempesonakan dari puncak gunung.

tempat menarik di dabong kelantan

  • Lihat Penginapan Terbaik di Dabong
  • Lihat Peta Percutian di Dabong

Pin

  • 1 Kompleks Gua Ikan
  • 2 Air Terjun Jelawang
  • 3 Gunung Stong
  • 4 Lata Kertas
  • 5 Sungai Kenerong
  • 6 Kem Baha
  • 7 Jelawang Dream Pipe Resort & Extreme Park
  • 8 Adam Cafe Ikan Bakar
  • 9 Raisya Mee Celup Kopeh
  • 10 D Mieza Mee Udang
Mari kita lihat apa yang tempat menarik di Dabong yang berbaloi di kunjugi!


Kompleks Gua Ikan

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Leslie Ho

Gua Ikan terletak lebih kurang 7 km dari Pekan Dabong iaitu di Kampung Slow Pak Long. Kompleks Gua Ikan ini mempunyai lima tarikan gua iaitu Gua Keris, Gua Gelap, Gua Pagar, Gua Manggis dan Gua Tembakau.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Gua Keris terkenal dengan fenomena God’s Light iaitu cahaya matahari yang tembus dari rekahan bumbung terus ke lantai gua yang begitu menakjubkan.

Di Gua Pagar pula terdapat fosil rumpai laut dan cengkerang hidupan laut di mana dipercayai kawasan ini dahulu merupakan kawasan laut.

Antara aktiviti yang disediakan adalah rock climbing, abseiling dan via ferrata.


  • Lihat Peta | Kuala Gris, 18200 Dabong, Kelantan

Air Terjun Jelawang

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Syed Al-Yahya

Lokasi Air Terjun Jelawang adalah di dalam kawasan Taman Hutan Negeri Stong. Air terjun ini dikatakan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 303 meter atau 1,414 kaki dari aras laut.

Air terjun tujuh tingkat ini dilengkapkan dengan kemudahan bagi memberi keselesaan buat pengunjung. Antaranya chalet, bilik mesyuarat, surau serta tandas.


  • Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Gunung Stong

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Wak John

Gunung Stong dengan puncak ketinggian 1422m ini cukup terkenal dalam kalangan pendaki gunung. Trek laluan yang ekstrem pasti mencabar fizikal dan mental setiap pendaki gunung ini.

Dari Dabong pendaki perlu menaiki bot untuk merentasi Sungai Galas dan melalui jalanraya sejauh 5km untuk tiba di trek balak.

Selain laluan ini, pendaki boleh juga ke Resort Jelawang untuk memulakan pendakian.

Lembah Semeliang merupakan salah satu trek paling mencabar namun terdapat beberapa lokasi menarik seperti Taman Orkid spesies ‘rare’, Gua Kelawar dan Gua Kayu Batu yang mempunyai fosil kayu balak sekeras batu!


  • Lihat Peta | Jalan Air Terjun Stong, Kampung Jelawang, 18200, 18200, 18200 Dabong, Kelantan

Lata Kertas

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Shazmin Ghazali

Lata Kertas dikatakan ‘hidden gem’ bagi Dabong kerana lokasi ini tidak diketahui ramai. Apabila berkunjung ke sini anda boleh merasakan keaslian flora dan fauna yang belum dicemari.

Lata Kertas begitu sesuai untuk mandi manda dan berkelah. Lokasi ini lebih menarik menjelang musim kemarau kerana kawasan air terjunnya akan berubah menjadi lubang-lubang besar di tempat air terjun jatuh tambahan lagi air sungai yang jernih menampakkan dasarnya.

Di sekitarnya disediakan wakaf rehat, laluan pejalan kaki, surau, kedai dan tandas.


  • Lihat Peta | Jalan Jelawang – Gua Musang, 18200 Dabong, Kelantan

Sungai Kenerong

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Rahim Jusoh

Di Sungai Kenerong anda boleh menikmati sukan air yang begitu menyeronokkan. Sungai Kenerong terkenal dengan aktiviti berkayak tiub atau ‘tubing’ iaitu anda akan terapung di atas pelampung sambil menikmati pemandangan alam yang menenangkan.

Arus sungai yang berubah menjadikan aktiviti ini lebih mencabar! Aktiviti sepanjang 1.7 km ini memakan masa sehingga satu jam setengah dan anda turut ditemani diiringi oleh pemandu pelancong bagi menjaga keselamatan.

Aktiviti lain di Sungai Kenerong adalah menaiki ATV dan zipline merentasi sungai sejauh 170 meter.


  • Lihat Peta | Sg.Kenerong Hydro Station, Kg Stong, 18200 Dabong, Kelantan

Kem Baha

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Mohd Azhri Azizan

Kem Baha menjadi kem induk untuk anda menakluki Gunung Baha, Gunung Stong dan Gunung Ayam di Dabong. Kem Baha mempunyai tarikan yang tersendiri di mana untuk tiba ke sini anda mendaki lebih kurang dua jam.

Di sini anda boleh menikmati keindahan dan kesejukan Air Terjun Jelawang, melihat fenomena awan karpet pada awal pagi.

Anda juga boleh ke Gua rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung yang terdapat di sekitarnya.

Kem Baha bukan sahaja menyediakan tapak perkhemahan tetapi anda boleh mendapatkan perkhidmatan malim gunung untuk meneroka isi hutannya.


  • Lihat Peta | Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan

Jelawang Dream Pipe Resort & Extreme Park

tempat menarik di dabong kelantan
Jelawang Dream Pipe Resort Extreme Park

Jelawang Dream Pipe Resort & Extreme Park dibuka sekitar tahun 2018 menawarkan penginapan seperti filem The Hobbit di mana anda berpeluang menginap di dalam tiub simen.

Penginapan tiub ini mempunyai pilihan Double Tube Room dan Triple Tube Room termasuk pakej sarapan pagi.

Penginapan di kawasan ladang kelapa sawit ini turut menyediakan aktiviti seperti berkelah, mandi sungai, waterfall hiking, flying fox dan banyak lagi.


  • Lihat Peta | Kampung Bukit bedak Jelawang, 18200 Dabong, Kelantan

Adam Cafe Ikan Bakar

tempat menarik di dabong kelantan
Imej oleh: Gerrard

Kebelakangan ini kecoh dengan trend ‘Train to Dabong’ di mana pelancong daripada pelusuk negeri tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Dabomg dengan menaiki keretapi!

Adam Cafe Ikan Bakar merupakan destinasi wajib dikunjungi oleh mereka untuk menjamu selera setelah tiba di Dabong.

Kafe ini terkenal dengan menu ikan bakar sos tumis pedas, sup belut, sup gearbox, jus nenas segar dan mee udang.

Para pengunjung begitu berpuas hati menikmati hidangan yang disajikan oleh chef yang sudah berpuluh tahun berkhidmat!


  • Lihat Peta | Lot 11958, Jalan Jelawang – Gua Musang, Kampung Berangan, 18200 Dabong, Kelantan

Raisya Mee Celup Kopeh

Raisya-Mee-Celup-Kopeh
Raisya Mee Celup Kopeh

Dah datang ke Dabong dengan menaiki KTM? Jangan lupa singgah ke warung Raisya Mee Celup Kopeh yang terletak di  sebelah Stesen KTM Dabong.

Warung ini beroperasi setiap hari pada jam 11 pagi hingga 7 petang. Rugi jika anda ke Kelantan tetapi tidak menikmati hidangan mee celup yang membangkitkan selera.

Di sini terdapat mee celup daging, maggi celup ayam telur gedik, teh ais jebok, minuman float dan banyak lagi.


  • Lihat Peta | 139 jalan tanjong dabong, 18200 Kuala lumpur, Kelantan

D Mieza Mee Udang

tempat menarik di dabong kelantan
Mee Udang

Dabong terkenal dengan hidangan mee udang, boleh dikatakan di setiap kafe atau warung pasti menawarkan mee udang dalam menu mereka.

Namun begitu, D Mirza Mee udang di Perkampungan (Kesedar) Jelawang merupakan antara kedai makan yang menawarkan mee udang yang enak!

Pengunjung turut mengatakan bahawa hidangan di kedai makan ini seolah-olah di hotel dengan harga yang lebih murah.

Selain mee udang galah anda boleh mencuba hidangan nasi daging salai dan nasi black mushroom yang cukup popular di kedai makan ini.


  • Lihat Peta | 12:00pm – 10:30am | Perkampungan (Kesedar) Jelawang, 18200 Dabong, Kelantan

Dabong adalah destinasi yang menawarkan pelbagai aktiviti dan pengalaman menarik bagi mereka yang ingin melarikan diri dari kesibukan kota dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Dari perjalanan keretapi yang menakjubkan hingga kepada air terjun dan gua yang menawan, Dabong sememangnya sebuah permata tersembunyi di Kelantan.

Bersambung…

Tags: menarik di dabong
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kelantan
Pakej Kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

  Kelantan adalah negeri luar bandar di timur laut Semenanjung Malaysia yang sangat popular dan terkenal sebagai serambi Mekah. Kota...

Oleh: Hadi Ghazali
23 Mac, 2026
30.3k
Tempat menarik di Kelantan
Pakej Kelantan

35 Aktiviti Tempat Menarik di Kota Bharu Berserta Tentatif Percutian

  Apa yang unik tentang Kota Bharu? Apakah tempat menarik di Kota Bharu yang popular? Adakah tempat makan yang sedap...

Oleh: Hadi Ghazali
17 Mac, 2026
45.1k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my