Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi dikunjungi?
Terletak di Daerah Bentong, Bukit Tinggi menawarkan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua golongan.
Sama ada anda mencari suasana sejuk, seni bina menawan, aktiviti lasak, atau relaksasi, anda pasti akan menemui sesuatu yang memenuhi cita rasa anda di Bukit Tinggi.
- Lihat Pakej Percutian ke Colmar Tropicale
- Lihat Aktiviti Menarik di Colmar Tropicale
- Lihat Peta Percutian Colmar Tropicale
Pin
Berikut adalah beberapa sebab mengapa anda harus memilih Bukit Tinggi sebagai destinasi percutian anda:
Bergambar di Pintu Masuk Colmar Tropicale
Bukit Tinggi terletak di kawasan hutan tropikal yang tertua di Malaysia ini memberi pengalaman seolah-olah anda berada di negara Perancis.
Colmar Tropicale yang dibuka sekitar tahun 2000 ini menjadi tumpuan pelancong untuk datang bergambar, bersiar-siar dan berbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini.
Setibanya di Colmar Tropicale, perkara pertama yang wajib pelancong lakukan adalah bergambar di hadapan pintu masuknya!
Anda bakal berjalan di sepanjang jambatan kayu yang merentangi sebuah tasik. Keindahan kawasan sekitar menjadikannya seperti anda berada di dunia fantasi.
- Lihat Penginapan | Lihat Pakej | Lihat Tiket | Lihat Peta | KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Aktiviti menunggang kuda begitu menarik untuk anda cuba, tambahan lagi kuda di sini bukanlah daripada baka yang biasa-biasa!
Kuda yang terdapat di sini daripada baka Australia, Arab Draf cross, Appaloosa, Standard Bred, Argentina Criollo dan Palomino Sisters.
Pusat menunggang kuda ini diuruskan oleh jurulatih antarabangsa yang profesional dan arif tentang kuda.
Aktiviti ini boleh disertai oleh orang dewasa dan kanak-kanak mengikut trail yang berbeza seperti kawasan berbukit, lembah atau landai. Pasti seronok menunggang kuda sambil melihat pemandangan bukit-bukau.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Bukit Tinggi Southern Loop Rd, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Melawat Rabbit Park
Destinasi keluarga yang menyeronokkan menanti anda di Taman Arnab yang menempatkan lebih 40 arnab daripada pelbagai spesies.
Para pelancong boleh memanjakan diri dengan memeluk dan memberi makan kepada haiwan comel ini di kawasan lapang di mana mereka bebas berkeliaran.
Antara kemudahan di taman ini adalah taman permainan kanak-kanak, tandas dan kiosk makanan ringan.
- Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Mencabar Diri di Adventure Park
Adventure Park mempunyai beberapa pilihan aktiviti lasak yang menyeronokkan untuk anda terokai bersama rakan-rakan dan ahli keluarga.
Menariknya di sini, terdapat flying fox yang terpanjang di Asia Tenggara iaitu sepanjang 1 km dan setinggi 100 meter.
Anda boleh mencuba aktiviti yang lebih santai iaitu canopy walk dan jungle treking. Jika anda ke sini secara berkumpulan, aktiviti paintball warfare begitu sesuai untuk anda beraksi.
Selain aktiviti tersebut, Adventure Park turut menawarkan rock climbing dan high rope obstacle course.
- Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
9D Motion Adventure
Datang dan rasai keseronokan pengembaraan dengan grafik dan tempat duduk bergerak dengan perjalanan 9D Motion Adventure di Colmar Tropicale.
Tarikan ini membolehkan anda untuk merasai efek hujan, angin kencang serta getaran ketika menikmati teater!
Anda boleh memilih perjalanan dan genre yang berbeza dengan harga RM20 setiap seorang dan jangan lepaskan peluang untuk merasai tarikan unik ini bersama rakan dan keluarga anda.
Melawat Japanese Village
Walaupun Colmar Tropicale ini berkonsepkan Perancis, di sini turut terdapat sebuah Japanase Village untuk anda merasai kehidupan orang Jepun.
Di taman ini anda berpeluang untuk menyewa kimono sambil berjalan-jalan di sekitarnya, dan jangan lepaskan peluang untuk bergambar dengan pakaian tradisi mereka.
Selain mengenakan pakaian tradisi Jepun, anda boleh menikmati urutan badan Kyukyoku di Tatami Spa yang begitu menenangkan.
Selain itu pengalaman menikmati teh di Japanase Tea House serta menjamu selera di Ryo Zan Tei Restaurant turut menarik untuk melengkapkan percutian ala Jepun anda!
- Lihat Peta | 9:30am – 5:00pm | km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750
Mengenali herba di Botanical Garden
Satu lagi tarikan di Japanase Garden adalah Botanical Garden iaitu sekitar 5 minit dari Colmar Tropicale.
Anda boleh ke sini menaiki kereta atau bas ulang-alik yang disediakan. Taman herba dengan luas 4 ekar ini mempunyai herba dan paku-pakis yang ditanam di sepanjang laluan penjalan kaki.
Bukan sahaja tumbuhan herba, pokok bunga hiasan seperti orkid turut menghiasi taman ini. Anda boleh bergambar di kawasan jambatan atau bangku yang disediakan.
- Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | KM48 Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, 28750 Bentong, Pahang
Bermain golf di Berjaya Hills Golf & Country Club (BHGCC)
Padang golf yang berkeluasan 16,000 ekar ini menjanjikan pengalaman bermain golf yang tidak dapat dilupakan.
Bermain golf di kawasan tanah tinggi pasti berbeza dengan padang golf yang biasa. Padang golf disini menyediakan kemudahan yang cukup hebat dan menjadi ‘’Top 20 Best Golf Course in Malaysia’’ dan ‘’4th Most Scenic Hole in Malaysia’’ pada tahun 2010-2011.
Jadi tidak hairanlah jika padang golf ini pernah menyaksikan beberapa kejohanan golf peringkat antarabangsa seperti Terbuka Amatur Antara Pasukan Dunia.
Anda juga boleh menikmati snek di The Golfer’s Lounge atau melihat barangan golf di Kedai Pro mereka.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 11:00pm | KM 48, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang
Menikmati hidangan di Restoran Ala Perancis
Sudah penat meneroka isi Bukit Tinggi ini, perut anda pasti minta diisi semula. Jom terokai beberapa pilihan restoran yang menyediakan pelbagai menu utama dan pencuci mulut yang enak.
Le Blason menyediakan hidangan melayu serta sesuai untuk menikmati barbeku di waktu malam. Le Flamme adalah restoran kaki lima seperti di Perancis yang menyajikan hidangan pasta serta pizza.
Akhir sekali destinasi kafe bagi mendapatkan hidangan ringan iaitu La Boulangerie Cafe sesuai untuk anda menikmati hidangan pastri, sandwic dan pencuci mulut.
Menginap di Hotel
Untuk rasai pengalaman yang lebih menarik, bolehlah bermalam di sini bersama ahli keluarga anda. Pelbagai pilihan penginapan yang disediakan seperti deluxe room, family room dan La Colmar Suite dengan kemudahan yang cukup memuaskan.
Selain menginap di Colmar Tropicale, anda boleh memilih untuk menginap di The Chateau Spa & Wellness Resort yang begitu mewah.
Di sini anda boleh memanjakan diri di La Sante Spa yang menyediakan pelbagai pilihan rawatan seperti gentle facials, therapeutic body wrap, therapeutic massage, wellness antidote dan banyak lagi.
Ada cadang percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang terkini yang anda boleh kongsikan?