fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Pahang

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuantan [SENARAI POPULAR]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
22/10/2021
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 4 mins read
322 28
A A
63
tempat menarik di kuantan

Imej oleh: Ajai Arif

19.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Tempat menarik di Kuantan? Ya kita sering meremehkan percutian pantai timur terutamanya di Kuantan Pahang.

Tahukah anda, Kuantan memiliki tempat menarik di tepi pantai yang cantik dan juga dekat dengan muara sungai besar. Ianya menjadi habitat semulajadi yang unik kerana kepelbagaian biodiversiti.

Ia juga merupakan rumah bagi pantai Teluk Chempedak, Batu Hitam dan Cherating.

Percutian di Kuantan
Imej oleh: Amirul Aqid
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kuantan
  • Lihat Peta Percutian Kuantan Pahang

Sebilangan besar orang menganggap tidak banyak aktiviti yang menarik bagi mereka di sini, tetapi jika diberitahu kebenarannya terdapat beberapa tarikan pelancongan di bandar Kuantan yang patut dijelajahi.

Pin

  • 1 Masjid Sultan Ahmad Shah
  • 2 Kuantan River Tours
  • 3 Santuari Penyu Cherating
  • 4 Gua Charas
  • 5 Muzium Sungai Lembing
  • 6 Bukit Panorama Sungai Lembing
  • 7 Sungai Cherating
  • 8 Tanjung Lumpur
  • 9 Bukit Gambang
  • 10 Pantai Pantai di Kuantan
Mari kita lihat aktiiviti dan tempat menarik di Kuantan:

Masjid Sultan Ahmad Shah

Masjid Sultan Ahmad Shah
Masjid Sultan Ahmad Shah

Masjid Sultan Ahmad Shah boleh dikategorikan sebagai mercu tanda Bandar Kuantan ekoran daripada kedudukannya di tengah-tengah bandar beserta keunikkannya yang menjadi kebanggaan rakyat negeri tersebut.

Masjid ini dirasmikan pada tahun 1994 dan menggunakan nama pemerintah Pahang yang pertama iaitu Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah.

Masjid utama negeri Pahang, dibina dari 1991 hingga 1993, dengan 4 menara & kubah biru besar
Masjid utama negeri Pahang, dibina dari 1991 hingga 1993, dengan 4 menara & kubah biru besar | Imej oleh: Azli Umar

Menariknya tentang masjid ini kerana ia merupakan masjid yang terbesar di negeri Pahang yang mampu memuatkan sehingga 10,000 orang!

Bercerita tentang seni binanya daripada zaman Uthmaniah menjadikan masjid ini begitu menarik untuk dikunjungi oleh anda.

Rekaan dalaman masjid Negeri Pahang ini jugak unik dan cantik
Rekaan dalaman masjid Negeri Pahang ini jugak unik dan cantik | Imej oleh: Yusuf Mohd Salleh

Tambahan lagi apabila anda datang pada waktu malam, masjid ini kelihatan begitu berseri hasil daripada pantulan cahaya lampu terhadap marmar di empat menaranya.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Tidak ketinggalan hiasan dalamannya yang dipenuhi dengan ukiran khat daripada ayat-ayat suci al-quran dan zikir.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Mahkota, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang, 25000 Kuantan

  • Tiket: Masuk adalah percuma dan hormati waktu ketika solat, dilarang membuat bising

  • Operasi: Dibuka dari 5 pagi hingga 11 malam

Kuantan River Tours

Pelayaran santai yang menyeronokkan dengan Kuantan River Cruise
Pelayaran santai yang menyeronokkan dengan Kuantan River Cruise

Apabila berkunjung ke Kuantan, jangan lepaskan peluang untuk menjelajah hutan simpan bakau yang berusia sekitar 500 tahun melalui Sungai Kuantan.

Perjalanan menggunakan bot ini bukan sahaja memberi pemandangan yang memukau malah terdapat beberapa perhentian yang begitu menarik dengan aktiviti yang berbeza.

Terokai muara sungai Kuantan dengan bot laju yang dipandu oleh pemandu tempatan yang berpengalaman dan ramah
Terokai muara sungai Kuantan dengan bot laju yang dipandu oleh pemandu tempatan yang berpengalaman dan ramah

Sebagai contoh perhentian pertama di kampung nelayan bagi melihat cara kerja para nelayan.

Perhentian kedua pula di kawasan paya, di mana anda akan melalui ‘Mangrove Boardwalk’ sepanjang 750m atau 250m bagi melihat pelbagai spesies pokok bakau, hidupan paya bakau seperti kepiting dan pokok nipah.

Melihat keindahan semulajadi dan kawasan paya bakau sungai Kuantan
Melihat keindahan semulajadi dan kawasan paya bakau sungai Kuantan

Seterusnya perhentian terakhir iaitu perhentian yang dikategorikan sebagai lokasi bersejarah di mana terdapat sisa kubu Jepun yang diguna ketika Perang Dunia Kedua berlaku.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jeti Shahbandar, Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang

  • Tiket: Pakej tour dari RM56 seorang dan boleh juga dalam berkumpulan

  • Operasi: Dibuka dari 8:30 pagi hingga 9 malam

Santuari Penyu Cherating

Tempat perlindungan di tepi pantai yang menampilkan penetasan penyu, lawatan berpandu & pameran pendidikan | Imej oleh: Yong Kelvin
Tempat perlindungan di tepi pantai yang menampilkan penetasan penyu, lawatan berpandu & pameran pendidikan | Imej oleh: Yong Kelvin

Santuari Penyu Cherating merupakan sebuah lokasi pelancongan yang terletak berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu.

Lokasi ini tidaklah begitu luas tetapi sudah cukup untuk memberi sebuah pengalaman yang menarik buat anda yang datang bercuti.

Galeri Santuari Penyu Cherating
Galeri Santuari Penyu Cherating | Imej oleh: Tan Kai Ren

Berkunjung ke santuari ini, anda akan melihat penyu dan anak-anaknya yang masih kecil dan dijaga rapi bagi memastikan mereka dapat membesar dengan baik.

Seperti yang kita tahu, populasi penyu semakin hari semakin menyusut oleh itu santuari ini ditubuhkan bagi menjaga populasi mereka.

IKLAN / ADVERTISEMENT
Cherating Turtle Sanctuary
Mural Cherating Turtle Sanctuary | Imej oleh: Andrew Yam

Selain daripada aktiviti melepaskan anak penyu ke laut, anda juga boleh melihat pameran hidupan laut serta replika penyu yang terdapat di galeri pameran.

Santuari penyu ini bukan sahaja memberikan pengalaman kepada anda untuk memegang anak penyu, tetapi anda turut diberikan info tentang spesies penyu yang terdapat di negara Malaysia.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Cherating Turtle Sanctuary, Bukit Cherating, 26080 Balok

  • Tiket: Masuk adalah percuma dan jaga kebersihan

  • Operasi: Dibuka dari 9:30 pagi hingga 4:30 petang

Gua Charas

Pintu masuk Gua Charas
Pintu masuk Gua Charas | Imej oleh: Suresh Ghanti Reshan

Gua Charas bukan sahaja berkonsepkan tarikan alam sekitar, tetapi turut menggunakan konsep pelancongan keagamaan.

Di dalam gua ini terdapat kuil atau tempat beribadat bagi penganut agama Hindu dan Buddha.

Pemandangan Gua Charas
Pemandangan Gua Charas | Imej oleh: Wan Ratima Akmar

Gua Charas yang terletak di Bukit Charas yang berusia sekitar 400 juta tahun ini turut dihiasi dengan patung agama mereka yang dikenali dengan nama ‘Sleeping Buddha’.

Menjelajah isi gua ini bukan sahaja bakal menemukan dengan pelbagai patung agama Buddha malah turut terdapat beberapa grafiti di dinding gua yang dianggarkan berusia sektar 47 tahun.

Pintu Gua Charas
Pintu Gua Charas | Ime oleh: Will Tan

Sama seperti gua yang lain, Gua Charas turut dipenuhi dengan habitat kelawar, anda dinasihatkan untuk mengenakan pakaian yang bersesuaian apabila berkunjung ke sini.

Namun begitu keadaan di dalam gua terjaga rapi dan turut disediakan kemudahan laluan penjalan kaki serta pencahayaan yang baik bagi memudahkan para pelancong.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Gua Charas, 26090 Kuantan

  • Tiket: Tiket Masuk adalah RM5 untuk dewasa

  • Operasi: Dibuka dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang

Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing
Muzium Sungai Lembing | Imej oleh: Jacky Chow

Sama seperti Kota Lukut, Sungai Lembing pernah dikenali sebagai bandar terkaya yang mengeluarkan bijih timah di negeri Pahang.

Ekoran daripada kegemilangannya, ia turut digelar ‘EL-Dorado Timur di Tanah Melayu’ pada waktu tersebut.

Galeri peralatan melombong biji timah Muzium Sungai Lembing
Galeri peralatan melombong biji timah Muzium Sungai Lembing | Imej oleh: Lee Wei Han

Ia bukan sahaja terkenal dalam kalangan pelombong Tanah Melayu malah turut dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa kerana mempunyai lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia!

Kini Muzium Sungai Lembing dibuka bagi memperingati zaman kegemilangan tersebut di samping mempamerkan kronologi sejarah, diorama dan pameran industri bijih timah.

IKLAN / ADVERTISEMENT
Diorama suasana Muzium Sungai Lembing
Muzium-Sungai-Lembing-Aliff-Hakim

Muzium ini menempatkan jentera gerudi, gerabak keretapi, pakaian topi keselamatan dan peralatan perabot pejabat pengurus lombong.

Keunikkan muzium ini dapat dilihat melalui senibina muzium itu sendiri kerana ia menggunakan bangunan bekas kediaman pengawai lombong di situ, jadi anda akan merasa lebih dekat dengan zaman tersebut apabila meneroka isi muzium ini.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Muzium, Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing

  • Tiket: Tiket Masuk adalah RM2 untuk dewasa

  • Operasi: Dibuka dari 9:00 pagi hingga 5:00 petang

Bukit Panorama Sungai Lembing

Bukit Panorama Sungai Lembing
Waktu pagi di Bukit Panorama Sungai Lembing | Imej oleh: Jennie Chan

Anda peminat aktiviti lasak? Bukit Panorama merupakan destinasi yang wajib dikunjungi apabila anda berkunjung ke Kuantan.

Pendakian yang mengambil masa sekitar 40 minit ini bakal membuat anda terpegun dengan panorama di puncak bukit tersebut.

Bukit Panorama Sungai Lembing
Laluan pendakian Bukit Panorama Sungai Lembing | Imej oleh: Alisya-Zahra

Penat lelah sepanjang pendakian pasti tidak terasa apabila melihat lautan awan yang terbentang di hadapan mata!

Tambahan lagi, jika anda memulakan pendakian seawal pagi anda bakal menyaksikan keindahan matahari terbit.

Bukit Panorama Sungai Lembing
Matahari terbenam di Bukit Panorama Sungai Lembing | Imej oleh: Christopher Sam

Jangan lupa untuk merakamkan keindahan tersebut sebagai tanda anda telah menawan Bukit Panorama ini.

Jangan bimbang untuk mencuba tarikan ini kerana pendakian ke puncak bukit tidaklah begitu sukar dengan adanya trek bertangga sepanjang pendakian ke puncak bukit.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Kuala Kenau, 26200 Sungai Lembing, Pahang

  • Tiket: Tiket masuk adalah percuma dan jaga kebersihan

  • Operasi: Dibuka dari 7:00 pagi hingga 6:00 petang

Sungai Cherating

Meneroka kawasan hutan bakau Sungai Cherating
Meneroka kawasan hutan bakau Sungai Cherating | Imej oleh Faizal Sharif

Sungai Cherating yang dikelilingi dengan hutan bakau ini turut mempunyai habitat kelip-kelip dan menjadikannya salah satu lokasi yang perlu dikunjungi apabila bercuti di negeri Pahang.

Destinasi yang turut dikenali dengan nama River Safari Kelip-Kelip ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bot untuk melihat kelip-kelip, tetapi turut mempunyai sesi penerangan kepada pelancong serta beberapa info bertulis yang dipamerkan di sekitarnya.

Aktiviti melihat kelip-kelip bermula waktu petang
Aktiviti melihat kelip-kelip bermula waktu petang | Imej oleh: Hafiz Ko

Antaranya fakta kelip-kelip dan kitar hidup mereka. Menariknya lagi, jurupandu setiap bot turut kaya dengan info tentang kelip-kelip, sebagai contoh mereka tahu di mana lokasi kelip-kelip yang banyak, cara mengenal jantina kelip-kelip melalui cahaya kerlipan mereka dan mereka boleh memanggil kelip-kelip untuk mendekati bot!

Jadi anda boleh menyaksikan keindahan kerlipan cahaya mereka dengan lebih dekat.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Baharu, 26080 Balok, Pahang

  • Tiket: Sewa bot dalam berkumpulan bermula dari RM150

  • Operasi: Dibuka dari 7:00 pagi hingga 6:00 petang

Tanjung Lumpur

Matahari terbenam di Tanjung Lumpur
Matahari terbenam di Tanjung Lumpur | Imej oleh: Syafiq Wazan

Tanjung Lumpur merupakan syurga makanan terutamanya bagi pencinta makanan laut.

Anda bebas untuk memilih makanan laut yang anda inginkan, dan kesemuanya segar daripada jeti!

Ana Ikan Bakar Petai
Ana Ikan Bakar Petai

Jika ke sini, hidangan utama ataupun hidangan yang paling popular adalah sotong celup tepung dan ikan bakar.

Pelbagai pilihan restoran yang sedia menjamu anda, antara pilihan restoran yang popular di sini adalah Ana Ikan Bakar, Mail Ikan Bakar dan Super Top.

Kebanyakkan restoran di sini mula meriah pada waktu malam.

Warong Paksu dan Maksu
Warong Paksu dan Maksu

Bagi menjamu selera pada siang hari anda boleh singgah ke Warung Pok Su & Mok Su yang terkenal dengan hidangan berasaskan celup tepung.

menyajikan menu pais ikan bakar dan gulai daging salai Restoran Mabiq
menyajikan menu pais ikan bakar dan gulai daging salai Restoran Mabiq

Seterusnya untuk menikmati makanan tradisional Pahang pula, anda boleh ke Restoran Mabiq yang menyajikan menu pais ikan bakar dan gulai daging salai.

Semestinya hidangan di sini bakal membangkitkan selera anda!


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Perkampungan Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang

  • Tiket: Pelbagai restoran makanan laut boleh ditemukan disini

  • Operasi: Dibuka dari 7:00 pagi hingga 6:00 petang

Bukit Gambang

Taman Air Bukit Gambang
Taman Air Bukit Gambang

Mencari lokasi percutian yang dipenuh dengan bermacam aktiviti?

Anda boleh ke Taman Air Bukit Gambang yang menyediakan pelbagai aktiviti dan tarikan.

Bukit Gambang Water Park
Bukit Gambang Water Park

Pelbagai tarikan bertemakan air yang anda boleh nikmati, antaranya Aqua Play Zone, Family Raft Ride, 6 Lane Racer , Penguin Island dan Coco Beach.

Kalau taknak berendam anda boleh bersantai di gazebo atau bermain bola tampar pantai juga.

Bukit Gambang Adventure

Menariknya tentang taman tema ini kerana turut terdapat aktiviti lasak seperti paint ball, memanah, flying fox dan banyak lagi yang disediakan untuk individu atau secara berkumpulan.

Dah sampai ke Bukit Gambang ni jangan lupa singgah ke Bukit Gambang Safari Park juga.

Bukit Gambang Safari Park

Di sini terdapat dua zon iaitu Walking Zone dan Wild Savannah Zone, dikatakan taman safari ini adalah yang terbesar di Malaysia!

Anda rasa cukup ke sehari untuk meneroka isi Taman Air Bukit Gambang ini?


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 222, Kampung Melayu Gambang, 26300 Gambang, Pahang

  • Tiket: Tiket Online | Harga tiket dari RM30 untuk dewasa dan RM21 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari 7:00 pagi hingga 6:00 petang

Pantai Pantai di Kuantan

Pantai Cherating Steven
Pantai Cherating | Imej oleh: Steven

Negeri Pahang begitu kaya dengan keindahan alam sekitar, begitu juga dengan keadaan pantainya yang sentiasa berpasir putih dan bersih.

Selain daripada Pantai Cherating, Pantai Teluk Cempedak sering menjadi pilihan dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk bersantai.

Pantai Teluk Cempedak
Pantai Teluk Cempedak | Imej oleh: Mael Caster

Dengan adanya beberapa kemudahan seperti deretan restoran masakan panas serta restoran makanan segera seperti McDonald’s, menjadikan keadaan di pantai ini meriah sehingga ke waktu malam!

Pantai Beserah
Pantai Beserah

Pada waktu malam pula terdapat pertunjukkan api daripada penduduk tempatan.

Jika anda ingin mendapatkan barangan kraftangan dan makanan kering anda boleh berkunjung ke Pantai Beserah yang terletak di perkampungan nelayan.

Pantai Batu Hitam
Pantai Batu Hitam

Lain pula bagi Pantai Batu Hitam, kerana ia mempunyai tarikan yang begitu unik. Persisiran pantainya dipenuhi dengan batu yang bewarna hitam!


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kawasan Rekreasi, Teluk Cempedak, Jalan Teluk Cempedak, Kuantan

  • Tiket: Masuk adalah percuma dan jaga kebersihan

  • Operasi: Dibuka dari 6:00 pagi hingga 11:00 malam

Bersambung…

Tags: hotel di kuantanresort kuantantempat menarik kuantan
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

pakej-cameron-highlands
Pakej Pahang

Pakej Cameron Highlands: Cadangan Percutian 3 Hari 2 Malam [TERBAIK]

  Pakej Cameron Highlands: Bagi anda yang kesuntukan masa untuk merancang percutian, apa kata anda pergi melancong ke Cameron Highlands...

Oleh: Hadi Ghazali
24/05/2022
32.8k
tempat-menarik-di-janda-baik
Pakej Pahang

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Janda Baik yang boleh anda terokai? Apa yang menyeronokkan di Janda Baik ini?...

Oleh: Hadi Ghazali
19/01/2022
12.5k
Selanjutnya
Seterusnya
tempat menarik di taiping perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Taiping Perak [PALING POPULAR]

50+ Senarai Pulau di Sabah Yang Paling Popular Untuk Percutian Menyeronokkan

50+ Senarai Pulau di Sabah Yang Paling Popular Untuk Percutian Menyeronokkan

4.5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
63 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
63
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply