Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pahang

10 Tempat Menarik di Bentong Pahang

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
30 November, 2024
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 3 mins read
24.6k 1.3k
A A
23
tempat-menarik-di-bentong-pahang
27k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bentong Pahang yang popular? Adakah berbaloi untuk dikunjungi?

Ya, Bentong amat berbaloi untuk dilawati oleh sesiapa sahaja. Jika anda dari Kuala Lumpur, dengan perjalanan lebih kurang sejam anda sudah boleh melakukan lawatan sehari.

Bentong adalah sebahagian dari tanah tinggi Pahang dan beriklim sejuk yang sesuai untuk percutian ekspress bagi warga Kuala Lumpur.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pun begitu, walaupun anda datang dari jauh samada dari utara atau selatan semenanjung, singgah di Bentong adalah amat disyorkan.

Hal ini kerana, ia merupakan pintu masuk ke negeri-negeri Pantai Timur melalui jalan darat dan bersempadan dengan Negeri Selangor di sebelah barat dan Negeri Sembilan di selatan.

Oleh itu amat lengkap sekiranya anda singgah sebentar dan menikmati keindahan yang ada di Bentong.

  • Lihat Pakej Percutian Terbaik di Bentong
  • Lihat Penginapan Terbaik di Bentong
  • Lihat Aktiviti Menarik di Bentong
  • Lihat Peta Percutian di Janda Baik

Pin

  • 1 Bukit Tinggi
  • 2 Air Terjun Chamang
  • 3 Bilut Extreme Park
  • 4 Bilut Valley Bee Farm
  • 5 Bentong Gallery
  • 6 Bentong Walk
  • 7 Swat Paintball Kg Janda Baik
  • 8 Kolam Air Panas Bentong
  • 9 Lemang To’ki
  • 10 Bentong Happy Farm
Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Bentong yang popular.


Bukit Tinggi

Colmar-Tropicale-Bukit-Tinggi-2
Pemandangan Bukit Tinggi

Percutian ala Perancis di Colmar Tropicale pasti menjadi impian buat anda semua. Di daerah Bentong ini turut mempunyai tarikan yang sedemikian rupa.

Lokasi yang terletak di Bukit Tinggi ini bukan sahaja menyajikan panorama dan bangunan berkonsepkan ala Perancis, tetapi turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk anda.

Antara tarikan di sini adalah Adventure Park, Horse Trails, Rabbit Park, Song Yan Organic Farm, Japanase Village, Botanical Garden dan banyak lagi!

Aktiviti-di-Colmar-Tropicale-Bukit-Tinggi
Aktiviti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Jadi tidak hairanlah jika ada pelancong yang turut bermalam di sini dengan dua pilihan penginapan utama iaitu The Chateau Spa & Organic Wellness Resort dan Colmar Tropicale.

Destinasi peranginan sejuk ini sering kali menjadi pilihan untuk pasangan berbulan madu!


  • Lihat Penginapan | Lihat Pakej | Lihat Peta | KM 48 Persimpangan Bertingkat, Karak Expy, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang

Air Terjun Chamang

Air-Terjun-Chamang-Martin-Peck
Air Terjun Chamang | Imej oleh: Martin Peck

Hutan Lipur Sungai Chamang terletak di Hutan Simpan Bukit Tinggi yang mempunyai jenis Hutan Dilitupi oleh Bukit.

Hutan lipur ini dulunya dikenali dengan nama Air Terjun Chamang dan terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Bentong dan kira-kira 69 kilommeter dari Kuala Lumpur.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Keunikan hutan lipur ini ialah air terjun dan jeramnya yang mengalir deras serta pelbagai rupa dan bentuk hamparan batu yang terbentuk di sini.

Chamang-River-Recreational-Forest-yau-leong-yin
Chamang River Recreational Forest | Imej oleh: Yau Leong Yin

Tambahan lagi, di sini turut menjadi habitat kepada pelbagai spesies tumbuh-tumbuhan, serangga, burung serta reptilia yang unik.

Lokasi ini beroperasi pada jam 8 pagi hingga 5 petang. Antara destinasi air terjun yang turut tersohor di Bentong adalah Lata Hammer Waterfall.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pejabat Hutan Daerah Bentong Bentong Pahang, 28700, Bentong, Pahang, Bukit Tinggi Reserve Forest

Bilut Extreme Park

Bilut-Extreme-Park
Sukan Paintball di Bilut Extreme Park

Bagi penggemar aktiviti lasak, anda boleh beraksi di Bilut Extreme Park yang terletak di Felda Lurah Bilut. Bilut Extreme Park ini sudah beroperasi sejak 2013 dan menjadi tumpuan warga tempatan serta pelancong dari luar untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik.

Antara aktiviti yang terdapat di sini adalah ATV, Paintball, Archery Tag, Archery, Target Shooting, Bubble Soccer dan Hiking. Destinasi ini beroperasi setiap hari pada jam 9.30 pagi hingga 6 petang.

Bilut-Extreme-Park-ATV
Bilut Extreme Park ATV

Lokasi yang dikelilingi dengan alam semulajadi ini begitu sesuai untuk dikunjungi secara berkumpulan bagi memeriahkan lagi setiap aktiviti yang bakal anda sertai!

Malah jika anda ingin melakukan aktiviti team-building, destinasi ini boleh juga dipertimbang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 6:00pm | Kampung Baharu, 27600 Bentong, Pahang

Bilut Valley Bee Farm

Lebah-Kelulut-di-Bilut-Bee-Farm-Altantian
Lebah Kelulut di Bilut Bee Farm | Imej oleh: Altantian

Seterusnya Bilut Valley Bee Farm pula terletak sekitar 650m dari Bilut Extreme Park, jadi selepas puas berseronok jom melawat ke ladang lebah pula.

Bilut Valley Bee Farm ini merupakan lokasi yang dibina untuk mengeluarkan madu kelulut yang asli dan segar daripada ladang organik!

Bee Farm ini dikelilingi dengan pokok-pokok buah seperti durian, mangga, manggis, rambutan, longan, belimbing dan pisang.

Ada-Trex-di-Bilut-Valley-Bee-Farm-Jacintha-Chew
Ada Trex di Bilut Valley Bee Farm? | Imej oleh: Jacintha Chew

Pokok-pokok tersebut merupakan kegemaran kelulut dan dapat menarik mereka. Lokasi ini terletak di kawasan berbukit dan memberikan pandangan yang luas buat anda.

Percutian ke sini turut memberikan anda ilmu tentang madu kelulut dan anda dapat melihat bagaimana cara pekerja di sini mengambil madu daripada sarangnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 6773, Lurah Bilut, 28800 Bentong, Pahang

Bentong Gallery

Bentong-Gallery
Bentong Gallery

Bentong pun ada tempat bersejarah! Lokasi yang bertempat di bangunan kedai lama ini pada asalnya merupakan kediaman dan kedai bagi Mr Loke Yew dan kini telah dijadikan sebagai Galeri Bentong.

Bangunan kedai yang masih mengekalkan senibina asli ini turut menjadikan lokasi ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri.

Pelbagai-Koleksi-Cenderhati-Bentong-Gallery
Pelbagai Koleksi Cenderhati Bentong Gallery

Galeri Bentong ini turut mempunyai BG Cafe untuk anda menikmati minuman dan BG Store yang menjual barangan cenderamata daripada penduduk tempatan.

Galeri ini terbahagi kepada 3 bahagian yang menceritakan tentang sejarah awal Bentong, aspek pelancongan di Bentong dan pencapaian Bentong.

Kunjungan anda ke galeri ini pasti melengkapkan percutian anda di Daerah Bentong ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am -5:00pm | 17-18, Jalan Loke Yew, 28700 Bentong, Pahang

Bentong Walk

Bentong-Walk-pada-waktu-malam-ken-tha
Bentong Walk pada waktu malam | Imej oleh: Ken Tha

Dah tahu tentang sejarah daerah Bentong? Jom terokai Bentong Walk untuk menikmati suasana dan melihat kehidupan harian warga Bentong.

Suasana Bentong Walk ini dihiasi dengan pelbagai Street Art yang berkaitan tarikan Bentong, replika jambatan serta tanglung yang menghiasi sisi jalan dan yang digantung di ruang udara.

Mural-Bentong-Walk-Choon-Wei-Sum
Mural Bentong Walk | Imej oleh: Choon Wei Sum

Bentong Walk lebih meriah dikunjungi pada malam sabtu dan pagi ahad kerana terdapat pasar yang beroperasi pada waktu tersebut. Di pasar anda boleh mendapatkan pelbagai barang terkenal di Bentong seperti Halia Bentong, Kicap Bentong dan pelbagai makanan tempatan yang dijual.

Bentong Walk yang dikenali sebagai pusat warisan ini turut menempatkan pelbagai kafe dan kedai makan yang menarik! Namun begitu bagi muslim, anda perlu berhati-hati untuk memilih hidangan di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:30pm – 11:00pm | 92, Jalan Chui Yin, 28700 Bentong, Pahang

Swat Paintball Kg Janda Baik

Aksi pertempuran di Swat Painball Janda Baik
Aksi pertempuran di Swat Painball Janda Baik

Aktiviti bermain Paintball pasti sentiasa menjadi pilihan bagi sesiapa sahaja yang meminati aktiviti lasak.

SWAT Paintball yang terletak di Kampung Janda Baik ini merupakan destinasi yang tepat buat anda. Menariknya lagi kerana kanak-kanak turut boleh menyertai aktiviti ini dan anda boleh memilih untuk bertempur di dalam padang yang luas atau kecil.

Swat Paintball Janda Baik
Swat Paintball Janda Baik

Padang yang dikelilingi dengan kawasan hutan, terdapat semak-samun yang dihiasi dan jambatan menjadi aktiviti anda terasa lebih nyata.

Seterusnya anda boleh meneroka pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Kampung Janda Baik ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | RD, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong

Kolam Air Panas Bentong

Bentong-Hot-Spring-Hunter-Ngu
Bentong Hot Spring | Imej oleh: Hunter Ngu

Anda sudah lelah dengan pelbagai aktiviti lasak di Bilut Extreme Park dan SWATT Paintball? Jom meregangkan otot di Kolam Air Panas Bentong pula.

Di sini terdapat dua buah kolam utama untuk anda mandi-manda mengikut tahap kedalamannya.

Kolam-Air-Panas-Bentong-Kelly-Yap
Kolam Air Panas Bentong | Imej oleh: Kelly-Yap

Destinasinya terletak di tepi Jalan Lama antara Bentong ke Bukit Tinggi iaitu sekitar 10 kilometer selepas simpang ke lebuhraya. Antara fasiliti yang disediakan adalah tandas, tempat letak kereta, pondok rehat  dan kedai makan.

Tiada bayaran yang dikenakan untuk anda berendam di kolam air panas ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2:00pm – 8:00pm | Kolam Air Panas, 28700 Bentong, Pahang

Lemang To’ki

Lemang-To-ki-Zabidin-Pa
Vibe di Lemang To’ki | Imej oleh: Zabidin Pa

Daerah Bentong bukan sahaja terkenal dengan hasil tanaman herba Halia Bentong, tetapi ia turut terkenal dengan keenakkan lemangnya!

Restoran Lemang To’ki merupakan destinasi wajib untuk anda menjamu selera seawal jam 8.30 pagi hingga 8 malam.

Lemang-dan-ayam-panggan-toki-Kang-Monica
Lemang dan ayam -panggang To’ki | Imej oleh: Kang Monica

Destinasi restoran ini terletak di tepi jalan utama antara Bentong ke Raub. Menu istimewa di sini adalah lemang, rendang, nasi campur, masakan panas, masakan panggang, cendol dan banyak lagi yang boleh dinikmati dengan harga yang berpatutan.

Dekorasi restoran ini bertambah unik dengan hiasan pelbagai barangan antik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 8:00pm | Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

Bentong Happy Farm

Chalet-Bentong-Happy-Farm
Chalet Bentong Happy Farm

Jom bawa ahli keluarga anda meneroka ladang tanaman dan haiwan ternakan di Bentong Happy Farm.

Anda boleh menginap di chalet atau berkhemah di sini untuk merasai suasana alamnya yang menenangkan.

Bentong-Happy-Farm
Aktiviti berakit di Bentong Happy Farm

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah morning hiking untuk menyaksikan keindahan ‘Sea of Clouds’, jungle night walk, animal petting dan organic farm tour & harvesting.

Antara destinasi lain yang menawarkan tarikan yang serupa dan teretak disekitarnya adalah The Bentong Farm yang terletak di Kampung Orang Asli Lebak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 12:30pm |  Lot 3562, 3rd mile, Jalan Chamang, 28700 Bentong, Pahang

Bersambung…

Tags: resort menarik di bentongtempat makan menarik di bentong
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pakej Pahang

20 Tempat Menarik di Bukit Fraser Terkini

  Berbaloi mengunjungi Bukit Fraser? Apakah tempat menarik di Bukit Fraser patut pelancong lawati? Bukit Fraser ialah sebuah perkampungan tanah...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
39.2k
Pakej Pahang

20 Aktiviti Tempat Menarik di Temerloh

  Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di...

Oleh: Hadi Ghazali
29 Mei, 2026
31k
Selanjutnya

Komen 23

  1. blank Wan says:
    + -

    Salam, no tel apa untuk hubungi pihak tuam

    Reply
  2. blank Ahmad Hanizar Abdul halim says:
    + -

    salam tn. kami plan ke pantai timur 15 -18 december (2 dewasa & sorang kank2 umur 12 tahun). Pakej belum ambik lg. Bole pihk tuan arrange ground di sana?

    Reply
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my