fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Uzbekistan

20 Tempat Menarik Di Uzbekistan Yang Popular [PILIHAN TERKINI]

Hadi Oleh: Hadi
08/06/2020
Kategori: Uzbekistan, Evergreen
Masa Bacaan: 4Minit
565 5
A A
6
Gur Amir
514
SHARES
594
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Tempat Menarik Di Uzbekistan

Apakah tempat menarik di Uzbekistan yang boleh dikunjungi?

Pin

  • 1 Tempat Menarik di Uzbekistan: Tashkent
  • 2 Samarkhand Si Kota Pelik Tetapi Indah
  • 3 Melihat Matahari Terbenam Di Tasik Aydarkul
  • 4  Padang Pasir Terbesar Di Dunia Kyzyl Kum
  • 5 Melihat Senibina Di Wilayah Bukhara
  • 6 Mengunjungi Masjid Jami Di Uzbekistan
  • 7 Tasik Bozsu Daro Sungai Chirchiq
  • 8 Gunung Chimgan Yang Hijau Dan Lembut
  • 9 Pegunungan Pamir Trekking Yang Mencabar
  • 10 Kompleks Uzbekistan Di Registan Square
  • 11 Makan Indah Di Gur Amir Uzbekistan
  • 12 Istana Romanov Uzbekistan Bercirikan Islam
  • 13 Kehalusan Muzium Seni Antik Uzbekistan
  • 14 Mengunjungi Masjid Nabi Khidir Uzbekistan
  • 15 Tarikan Chorsu Bazaar Uzbekistan
  • 16 Amir Temur Square Uzbekistan
  • 17 Membeli Belah Di Oloy Bozori Uzbekistan
  • 18 Kompleks Hazrati Imam Uzbekistan
  • 19 Uzbekistan Tashkent Metro Mengagumkan
  • 20 Alisher Navoi Theater Uzbekistan
Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat matahari terbit dan tenggelam walaupun negara ini mempunyai 4 musim.

Banyak sejarah bermakna terukir di negara bertuah Uzbekistan ini.

Ingin Sertai Kami Melancong Ke Uzbekistan?

Pakej Percutian Uzbekistan

Dari tamadun lampau, kemasukan islam hingga ke jajahan kesatuan soviet dan merdeka pada tahun 1991, pelbagai peninggalan dapat dilihat baik dari senibina atau juga masyarakat Uzbek.

Selain itu, banyak tempat menarik yang boleh diteroka di sini. Antaranya bakal kami kongsikan di bawah:


Tempat Menarik di Uzbekistan: Tashkent

Tashkent Ibu Negeri Uzbekistan

Tashkent merupakan ibu negara Uzbekistan yang pesat membangun walaupun masih mengekalkan bangunan lama yang bersejarah di kota itu.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Terdapat sebuah menara kawalan televisyen tertinggi dan popular untuk dilawati di sini.

Selain itu, anda juga boleh melawat tempat salinan Al-Quran yang ditulis di atas kulit rusa pada zaman Khalifah Saidina Usman ditempatkan.


Samarkhand Si Kota Pelik Tetapi Indah

 Samarkhand

Dikenali sebagai permata dunia, Samarkhand digelar kota pelik kerana terdapat bangunan lama dari abad ke 6 hingga ke 14 yang masih utuh berdiri dan dijaga rapi.

Seolah-olah kita berada dalam dua zaman yang berbeza ketika di Samarkhan.

Bagi yang suka bergambar atau anda seorang photographer, sememangnya tempat ini merupakan tempat yang tepat untuk anda  berkarya melalui hasil foto.


Melihat Matahari Terbenam Di Tasik Aydarkul

 Tasik Aydarkul

Ia adalah tasik buatan manusia yang dibina secara tidak sengaja pada zaman Kesatuan Soviet dan merupakan antara salah satu tempat paling cantik.

Tasik yang kini sudah mencapai 250 km panjang menjadi sumber perikanan kepada Uzbekistan. Sebanyak 760 hingga 2,000 tan ikan setiap tahun dihasilkan daripada Tasik Aydarkul ini.

Kepada anda yang inginkan kelainan bolehlah melawat ke tasik ini dan mencuba aktiviti seperti memancing dan menunggang unta.

IKLAN / ADVERTISEMENT

 Padang Pasir Terbesar Di Dunia Kyzyl Kum

 Padang Pasir Kyzyl Kum

Padang pasir yang ada di Uzbekistan ini adalah antara yang terbesar di dunia. Secara umumnya kita tahu padang pasir merupakan kawasan yang hampir tiada flora mahupun fauna, tetapi lain pula di Kyzyl Kum ini.

Pelbagai spesis hidupan ada di sini seperti biri-biri, burung dan kuda, beberapa spesies serangga, reptilia seperti ular kobra dan sand boa serta beberapa tumbuhan seperti ilak, tulip dan sedge menjadikan kawasan padang pasir ini berwarna-warni ketika musim bunga.


Melihat Senibina Di Wilayah Bukhara

Bukhara

Menariknya di sini, anda akan jumpa rumah yang dibina dengan rumput dan tanah, kemudian pengangkutan menggunakan keldai dan memasak nasi secara tradisional membuatkan anda rasa anda betul-betul hidup pada zaman 100 tahun dahulu.

Di Bukhara juga anda dapat melawat Tasik Aral yang sudah semakin menyusut keluasannya sejak tahun 1960 lagi.


Mengunjungi Masjid Jami Di Uzbekistan

 Masjid Jami Di Uzbekistan

Ia  merupakan masjid ketiga terbesar di Uzbekistan.

Pada asalnya, masjid ini telah musnah dalam gempa bumi Tashkent yang melanda bandar ini pada tahun 1966, namun ia telah dibina semula oleh empayar Rusia seperti mana struktur asalnya.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Jumaat.


Tasik Bozsu Daro Sungai Chirchiq

 Tasik Bozsu Daro Sungai Chirchiq

Merupakan tasik utama yang terbesar dan berasal dari Sungai Chirchiq. Pada tahun 1930, sumber hidroelektrik telah dibina di tasik ini.

Ia menyalurkan air kepada banyak saluran air utama dia Tashkent.


Gunung Chimgan Yang Hijau Dan Lembut

 Gunung Chimgan Yang Hijau Dan Lembut

Gunung Chimgan sangat popular sebagai destinasi untuk pelancong yang inginkan ketenangan. Chimgan sendiri bermaksud ‘rumput hijau yang lembut’.

Selalunya pelancong paling ramai adalah pada musim bunga dan musim sejuk. Aktiviti bermain ski yang dijalankan berjaya menarik perhatian ramai pengunjung yang sukakan aktiviti sebegini.


Pegunungan Pamir Trekking Yang Mencabar

 Pergunungan Pamir

IKLAN / ADVERTISEMENT

Sekiranya anda merancang untuk ke Uzbekistan antara bulan Julai hingga September, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk trekking di Bukit Pamir, Uzbekistan.

Aktiviti ini biasanya berlangsung selama 12 – 14 hari. Anda akan dibawa oleh tour guide untuk menyusuri hutan yang sangat cantik dengan salji melitupi puncak gunung, sungai yang dipenuhi air yang tidak tercemar dan menikmati keindahan alam yang lain.

Memang tidak rugi anda trekking di Bukit Pamir ni. Sekali sekala ubah angin, seronok juga kan.


Kompleks Uzbekistan Di Registan Square

 Registan Square uzbekistan

Registan Square bermaksud Kota Pasir yang terletak di Samarkand. Tempat ini menyimpan pelbagai khazanah ilmuwan terdahulu serta banyak patung tokoh-tokoh popular yang diabadikan menyebabkan ramai pelancong tertumpu di sini.

Terdapat juga bazaar dan madrasah di sekitar ruang  Registan Square menyebabkan kawasan ini hidup dengan ahli penghafal Al-Quran.


Makan Indah Di Gur Amir Uzbekistan

 Gur Amir

Antara bangunan yang terdapat di sini ialah Menara Azan, makam Amir Temur, ayah beliau serta gurunya yang turut sama dimakamkan di tempat yang sama.

Uniknya bangunan ini adalah pada hiasan marmar berukir halus dengan kemasan emas. Sungguh menakjubkan!


Istana Romanov Uzbekistan Bercirikan Islam

 Istana Romanov

Istana Romanov dibina pada tahun 1891 oleh arkitek hebat V.S. Heinzelmann. Ia merupakan sebuah bangunan dua tingkat berwarna kelabu kekuningan dan terdapat tiga bilik di dalamnya.

Apa yang menariknya, siling tempat makan di istana yang terletak di tingkat bawah didekorasikan dengan ayat Quran dan diwarnakan dengan emas.


Kehalusan Muzium Seni Antik Uzbekistan

 Muzium Seni Antik Uzbekistan

Museum ini dibina pada tahun 1937 dan telah dibina semula pada tahun 1961. Pelbagai barangan yang dipamerkan di sini termasuk barangan berasaskan emas, kayu, seramik, permaidani dan lukisan.

Kini, lebih daripada 4000 item dipamerkan di museum ini. Tempat ini wajib menjadi kunjungan pelancong yang gemarkan barangan antik.


Mengunjungi Masjid Nabi Khidir Uzbekistan

 Mengunjungi Masjid Nabi Khidir Uzbekistan

Merupakan antara masjid tertua di Uzbekistan yang dibina pada abad ke-7 oleh seorang mubaligh arab.

Masjid itu dibina untuk tujuan menyebarkan ajaran islam. Menurut penduduk di sini, masjid ini diberi nama Masjid Nabi Khidir kerana dipercayai Nabi Khidir pernah singgah di sini.

Masjid ini telah melalui proses baik pulih sebanyak dua kali, namun masih nampak seperti bangunan lama.

Apa yang menariknya, penduduk akan bergotong royong mengecat dan membersihkan Masjid Nabi Khidir setiap tahun.


Tarikan Chorsu Bazaar Uzbekistan

 Chorsu Bazar

Pelbagai kekacang, rempah ratus dan buah-buahan kering dijual di Chorsu Bazar ini. Kesemua produk kelihatan amat segar dan sedap.

Kebiasaannya memang pelancong akan datang dan beli sesuatu untuk dibawa pulang. Cenderahati juga banyak dijual di sini. Bazar ini boleh dikatakan seakan-akan Pasar Siti Khadijah, Kota Baharu.

Para peniaga di sini semua ramah-ramah belaka membuatkan pelancong tidak kekok untuk membeli belah.


Amir Temur Square Uzbekistan

 Amir Temur Square

Amir Temur Square dijumpai pada tahun 1882 dan diberi nama sempena seorang komander yang berjaya membangunkan satu empayar yang terkaya dalam sejarah.

Dari jauh dapat dilihat monumen seorang pahlawan dengan kudanya sambil mengangkat tangan ke langit. ‘Temur’ itu sendiri sebenarnya membawa maksud ‘besi’, memang sesuai sekali dengan nama tokoh yang berani dan hebat ini.


Membeli Belah Di Oloy Bozori Uzbekistan

 Oloy Bozori Uzbekistan

Selain Chorsu Bazar, Oloy Bozori juga merupakan salah satu lagi tempat membeli belah yang digemari.

Beza antara dua tempat ini ialah seni bina di Oloy Bozori lebih kepada konsep moden serta terdapat pelbagai barangan kemas dijual selain daripada buah-buahan kering seperti yang terdapat di Chorsu Bazar.


Kompleks Hazrati Imam Uzbekistan

Khazrati Imam Architectural Complex Tashkent Uzbekistan

Kompleks ini popular sebagai pusat keagamaan untuk beberapa negeri sudah beberapa dekad lamanya.

Ia adalah antara tempat yang terselamat dalam gempa bumi pada tahun 1966.

Menariknya disini ialah Masjid Hazrati Imam yang telah dibaik pulih pada tahun 2007 terdiri daripada dua menara, sebagai simbolik kepada seni bina pada abad ke 16.


Uzbekistan Tashkent Metro Mengagumkan

 Tashkent Metro

Tidak keterlaluan sekiranya di katakan bahawa Tashkent Metro ini merupakan sistem pengangkutan bawah tanah yang terindah di dunia.

Bangunan ini telah dibina pada tahun 1973 dan ia diperbuat dari marmar, seramik dan granit yang berukir.


Alisher Navoi Theater Uzbekistan

 Alisher Novoi Theater Uzbekistan

Baca Juga: Percutian Uzbekistan: Tips Dan Panduan Keselamatan Penting [TERKINI]

Ia merupakan teater yang terkenal di Uzbekistan dengan hasil budaya klasik antarabangsa selama lebih lapan dekad. Teater musical art banyak dipersembahkan di sini oleh pelakon dan ahli muzik terkemuka dari seluruh negara dan mencipta pattern mereka tersendiri.

Terlalu banyak untuk dikongsikan tentang tempat yang menarik di sini. Kami berharap anda dapat menikmati sendiri keindahan kota, alam semulajadi dan mendalami sejarah islam di Uzbekistan.


Sertai Kami Ke Uzbekistan

Pakej Percutian Uzbekistan


[♡”]

Kongsi204Tweet128Pin49
Hadi

Hadi

Seorang yang tenang dan ceria. Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Dream Cruises Genting Dream 11
Cruise

Genting Dream Cruise Malaysia: Pelayaran & Percutian Terhebat No 1 [POPULAR]

Menarik tentang Genting Dream Cruise Malaysia yang perlu tahu: Bagi anda yang gemar melancong, anda pastinya sentiasa mencari kelainan dan...

Oleh: Hadi
09/07/2020
28.8k
Bercuti Di Singapore
Singapore

15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

Singapore sering digambarkan sebagai sebuah taman permainan bagi golongan berada, dan ianya benar bahawa negara kecil ini memiliki kilauan kekayaannya...

Oleh: Hadi
02/07/2020
17.6k
Selanjutnya
Seterusnya
Tioman Paya Resort

Tioman Paya Resort: Chalet Terbaik Pulau Tioman

Phuket FantaSea

20 Aktiviti & Tempat Menarik Di Phuket Thailand Terkini [PANDUAN]

0 0 vote
Penilaian Artikel
6 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Muhd akmal
Muhd akmal
1 • •

Berapa kos ke sana? Boleh kasi itinery?

0
Hadi
Hadi
Konsultan
Reply to  Muhd akmal
1 • •

Biasanya dari RM4500-RM5500 All In. Boleh rujuk pakej terkini

0
Farida Kanda
Farida Kanda
1 • •

Berapa harga untuk pakej keluarga 3 dewasa dan 3 kanak – kanak?

0
Hadi
Hadi
Konsultan
Reply to  Farida Kanda
1 • •

Hi Cik Farida. Kami emelkan maklumat lanjut pakej percutian ke Uzbekistan.

0
Jamaluddin
Jamaluddin
2 • •

Dec ada trip ke uzbekistan

0
Hadi
Hadi
Konsultan
Reply to  Jamaluddin
2 • •

Ya Dec juga ada En Jamaluddin.

0
IKLAN / ADVERTISEMENT

Terkini

WW2 Japanese Wrecks @Usukan Bay - XtremeSport

Pulau Mantanani Kota Belud: Pilihan Penyelam Dunia

16/02/2021
558
Powerful Sipisu Pisu waterfall in northern Sumatra Indonesia

Percutian Ke Medan: Melihat Keunikan Sumatra Utara Dari Dekat

04/02/2021
365
Sinabung Gundaling

Bercuti di Medan & Melakukan Aktiviti Paling Menarik

29/01/2021
8k

Popular

  • Bercuti Di Singapore

    15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    15160 Kongsi
    Kongsi 6063 Tweet 3789
  • 15 Tempat Menarik di Pulau Perhentian & Aktiviti Menarik Yang Popular [PANDUAN]

    15417 Kongsi
    Kongsi 6142 Tweet 3839
  • 32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

    101305 Kongsi
    Kongsi 40520 Tweet 25325
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz