Asal sebut pasal bercuti, mesti anda terfikir nak bercuti ke Finland, Jerman, Sepanyol atau lain-lain negara di Benua Eropah betul tak?
Apa kata kali ini kita lihat Uzbekistan. Ia adalah negara Asia Tengah dan bekas republik Soviet.
Ia terkenal dengan masjid-masjid, makam dan tapak-tapak lain yang dikaitkan dengan Jalan Sutera, laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean.
Samarkand, sebuah bandar utama di laluan itu, mengandungi tanda arsitektur Islam: Registan, sebuah plaza bersempadan dengan 3 buah sekolah agama yang dihiasi mosaik menawan yang bertarikh abad ke-15 dan ke-17.
- Lihat Pakej Percutian Uzbekistan Terkini
- Lihat Penginapan Terbaik di Uzbekistan
- Lihat Peta Percutian di Uzebkistan
Pin
Apa kata, lupakan sejenak tentang Eropah dan baca antara sebab anda harus masukan kalendar anda untuk melancong ke Uzbekistan.
Musim Di Uzbekistan
Kebanyakan orang kalau ditanya kenapa nak ke sana, jawapan basic mesti sebab negara-negara ini mempunyai empat musim.
Haaa, kalau anda nak tahu, Uzbekistan merupakan negara empat musim dan sudah tentu mempunyai kawasan sekitar yang cantik untuk diabadikan sebagai foto kenang-kenangan.
Ia sangat cantik ketika musim bunga dan musim sejuk, tak perlu lagi nak ke Eropah untuk salji.
Islam di Uzbekistan
Uzbekistan kaya dengan sejarah Tamadun Islam. Bagi pengkaji sejarah terutama sejarah Islam, Uzbekistan adalah antara tempat yang sesuai untuk anda terokai kerana ia mempunyai banyak tinggalan sejarah tamadun Islam yang masih dijaga buat tatapan dunia.
Bukhara, Samarkand dan Tashkent antara lokasi yang masih mengekalkan binaan kota lama dan mempunyai sejarah yang tersendiri.
Melancong Ke Uzbekistan Negara Emas
Uzbekistan merupakan negara pelombong emas terbesar di dunia dengan jumlah emas yang dikeluarkan dalam tahun 2016 adalah sebanyak 62,369 kg dan dikenali sebagai Lombong Muruntau.
Ia juga adalah lombong emas terbuka yang paling besar di dunia.
Tidak hairanlah barang kemas yang dijual semuanya cantik belaka. Kalau bawa isteri bercuti ke sini sila standby duit lebih. Jangan cakap kami tak pesan pula ya!
Makanan Uzbekistan: Hasil Tanaman Segar
MasyaAllah! Sekiranya anda berpeluang ke sini, anda pasti teruja melihat hasil tanaman dan buah-buahan yang dijual oleh penduduk tempatan. Besar-besar semuanya dan sedap pulak tu.
Bila teringat kesedapan buah-buahan di sana membuatkan hati meronta-ronta untuk melawat Uzbekistan lagi.
Sayur-sayuran yang dijual juga sangat segar dan menjadi antara benda yang paling cepat habis dijual di pasar.
Antara masakan yang sedap adalah pastri Samsa sejenis kuih terkenal di Uzbekistan.
Tarikan Keindahan Semulajadi Uzbekistan
Uzbekistan mempunyai banyak kawasan yang cantik dan memukau pandangan. Oh, tidak lupa juga Uzbekistan mempunyai kawasan padang pasir yang luas dan antaranya adalah yang terbesar di dunia, Kyzylkum.
Dek kerana bentuk muka bumi yang sebegini, hanya 10% daripada kawasan bertanah di negara ini digunakan untuk penanaman.
Seni Bina Yang Mengagumkan Uzbekistan
Bandar di Uzbekistan seperti Tashkent, Samarkand, Registan Square dan Madrasah Sher Dor mempunyai seni bina yang amat utuh dan mengagumkan.
Ada juga bangunan yang dibina siap dengan kemasan emas! Sungguh teliti hasil binaannya. Anda wajib datang dan melihat sendiri keindahan seni bina kota tua ini.
Wanita Uzbekistan Sememangnya Cantik
Kalau anda nak tahu Uzbekistan adalah antara negara yang mempunyai penduduk wanita yang cantik.
Wajah mereka persis campuran orang Arab dan Rusia, mungkin adanya perkahwinan campur ketika zaman mereka dijajah Rusia dahulu. Cuma, wanita di sana kurang pandai menggayakan pakaian yang berfesyen ini.
Namun, kata orang kalau dah cantik tu pakai apa pun cantik. Ye tak? Hehe.
Uzbekistan Memiliki Hidangan Yang Sedap
Di Uzbekistan, masakan mereka tidak menggunakan sebarang perasa tambahan seperti MSG. Semuanya asli dan sedap pulak tu.
Appetizer mereka sahaja sudah cukup untuk buat anda makan tak henti-henti.
Apatah lagi sekiranya anda dihidangkan dengan Nasi Beriyani Kambing atau kebab yang dipanggang dengan dapur arang. Fuh! Boleh bertambah makan.
Orang tempatan Uzbekistan memang handal memasak terutama kaum lelaki. Hebat kan?
Uzbekistan Memiliki Seni Kraf & Cenderahati Yang Menarik
Selalunya kalau melancong pasti orang di tanah air akan tertunggu-tunggu cenderahati. Biasa yang kita akan terima ialah keychain, ketip kuku dengan lambang bendera negara, fridge magnet atau pun beg tangan.
Tetapi sekiranya anda ke Uzbekistan, anda boleh beli sutera sebagai cenderahati untuk ibu atau isteri anda.
Ini kerana, Uzbekistan bukan sahaja negara pengeluar emas, malah juga pengeluar kapas antara yang terbesar di dunia.
Oleh itu, fabrik berkualiti seperti sutera dengan mudah dapat dibeli di sini. Selain itu, seramik juga merupakan antara pilihan cenderahati yang ada.
Namun, sekiranya anda nak beli keychain pun tak jadi masalah, masih ada dijual di sini 🙂
Uzbekistan Adalah Negara & Laluan Tanpa Visa
Umum mengetahui bahawa Uzbekistan antara negara yang mempunyai undang-undang yang sangat ketat termasuklah urusan visa.
Mungkin ia menjadi salah satu faktor kurangnya rakyat Malaysia yang ingin melancong ke sana. Anda perlukan panduan yang lebih jelas.
Namun, sejak bulan Februari 2018, Uzbekistan telah memberikan laluan tanpa visa ke 7 buah negara termasuklah Malaysia. Sekarang, anda tidak perlu lagi memohon visa sebelum berangkat ke sana.
Jadi, sudahkah anda bersedia untuk mengembara bersama kami dan merasai sendiri keistimewaan di negara double landlocked ini?
Bersambung…