Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Uzbekistan

Melancong ke Uzbekistan: 10 Sebab Tumpuan Pelancong Malaysia

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
3 November, 2025
Kategori: Uzbekistan
Masa Bacaan: 2 mins read
8.9k 668
A A
9
melancong ke Uzbekistan
9.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Asal sebut pasal bercuti, mesti anda terfikir nak bercuti ke Finland, Jerman, Sepanyol atau lain-lain negara di Benua Eropah betul tak?

Apa kata kali ini kita lihat Uzbekistan. Ia adalah negara Asia Tengah dan bekas republik Soviet.

Ia terkenal dengan masjid-masjid, makam dan tapak-tapak lain yang dikaitkan dengan Jalan Sutera, laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Samarkand, sebuah bandar utama di laluan itu, mengandungi tanda arsitektur Islam: Registan, sebuah plaza bersempadan dengan 3 buah sekolah agama yang dihiasi mosaik menawan yang bertarikh abad ke-15 dan ke-17.

Pakej Percutian Uzbekistan

  • Lihat Pakej Percutian Uzbekistan Terkini
  • Lihat Penginapan Terbaik di Uzbekistan
  • Lihat Aktiviti Popular di Uzbekistan
  • Lihat Peta Percutian di Uzbekistan

Pin

  • 1 Musim Di Uzbekistan
  • 2 Islam di Uzbekistan
  • 3 Melancong Ke Uzbekistan Negara Emas
  • 4 Makanan Uzbekistan: Hasil Tanaman Segar
  • 5 Tarikan Keindahan Semulajadi Uzbekistan
  • 6 Seni Bina Yang Mengagumkan Uzbekistan
  • 7 Wanita Uzbekistan Sememangnya Cantik
  • 8 Uzbekistan Memiliki Hidangan Yang Sedap
  • 9 Uzbekistan Memiliki Seni Kraf & Cenderahati Yang Menarik
  • 10 Uzbekistan Adalah Negara & Laluan Tanpa Visa
Apa kata, lupakan sejenak tentang Eropah dan baca antara sebab anda harus masukan kalendar anda untuk melancong ke Uzbekistan.


Musim Di Uzbekistan

Uzbekistan Juga Negara Empat Musim

Kebanyakan orang kalau ditanya kenapa nak ke sana, jawapan basic mesti sebab negara-negara ini mempunyai empat musim.

Haaa, kalau anda nak tahu, Uzbekistan merupakan negara empat musim dan sudah tentu mempunyai kawasan sekitar yang cantik untuk diabadikan sebagai foto kenang-kenangan.

Ia sangat cantik ketika musim bunga dan musim sejuk, tak perlu lagi nak ke Eropah untuk salji.


Islam di Uzbekistan

 Melancong ke Uzbekistan Bukhara

Uzbekistan kaya dengan sejarah Tamadun Islam. Bagi pengkaji sejarah terutama sejarah Islam, Uzbekistan adalah antara tempat yang sesuai untuk anda terokai kerana ia mempunyai banyak tinggalan sejarah tamadun Islam yang masih dijaga buat tatapan dunia.

Bukhara, Samarkand dan Tashkent antara lokasi yang masih mengekalkan binaan kota lama dan mempunyai sejarah yang tersendiri.


Melancong Ke Uzbekistan Negara Emas

 Tempat Menarik Di Uzbekistan Negara Emas

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Uzbekistan merupakan negara pelombong emas terbesar di dunia dengan jumlah emas yang dikeluarkan dalam tahun 2016 adalah sebanyak 62,369 kg dan dikenali sebagai Lombong Muruntau.

Melancong ke Uzbekistan

Ia juga adalah lombong emas terbuka yang paling besar di dunia.

Tidak hairanlah barang kemas yang dijual semuanya cantik belaka. Kalau bawa isteri bercuti ke sini sila standby duit lebih. Jangan cakap kami tak pesan pula ya!


Makanan Uzbekistan: Hasil Tanaman Segar

Uzbekistan Mempunyai Hasil Tanaman Segar

MasyaAllah! Sekiranya anda berpeluang ke sini, anda pasti teruja melihat hasil tanaman dan buah-buahan yang dijual oleh penduduk tempatan. Besar-besar semuanya dan sedap pulak tu.

Bila teringat kesedapan buah-buahan di sana membuatkan hati meronta-ronta untuk melawat Uzbekistan lagi.

Sayur-sayuran yang dijual juga sangat segar dan menjadi antara benda yang paling cepat habis dijual di pasar.

Antara masakan yang sedap adalah pastri Samsa sejenis kuih terkenal di Uzbekistan.


Tarikan Keindahan Semulajadi Uzbekistan

 Tarikan Keindahan semulajadi Uzbekistan

Uzbekistan mempunyai banyak kawasan yang cantik dan memukau pandangan. Oh, tidak lupa juga Uzbekistan mempunyai kawasan padang pasir yang luas dan antaranya adalah yang terbesar di dunia, Kyzylkum.

Dek kerana bentuk muka bumi yang sebegini, hanya 10% daripada kawasan bertanah di negara ini digunakan untuk penanaman.


Seni Bina Yang Mengagumkan Uzbekistan

 Seni Bina Yang Mengagumkan Uzbekistan

Bandar di Uzbekistan seperti Tashkent, Samarkand, Registan Square dan Madrasah Sher Dor mempunyai seni bina yang amat utuh dan mengagumkan.

Ada juga bangunan yang dibina siap dengan kemasan emas! Sungguh teliti hasil binaannya. Anda wajib datang dan melihat sendiri keindahan seni bina kota tua ini.


Wanita Uzbekistan Sememangnya Cantik

Wanita Uzbekistan Yang Cantik

Kalau anda nak tahu Uzbekistan adalah antara negara yang mempunyai penduduk wanita yang cantik.

Wajah mereka persis campuran orang Arab dan Rusia, mungkin adanya perkahwinan campur ketika zaman mereka dijajah Rusia dahulu. Cuma, wanita di sana kurang pandai menggayakan pakaian yang berfesyen ini.

Namun, kata orang kalau dah cantik tu pakai apa pun cantik. Ye tak? Hehe.


Uzbekistan Memiliki Hidangan Yang Sedap

 Uzbekistan Memiliki Hidangan Yang Sedap

Di Uzbekistan, masakan mereka tidak menggunakan sebarang perasa tambahan seperti MSG. Semuanya asli dan sedap pulak tu.

Appetizer mereka sahaja sudah cukup untuk buat anda makan tak henti-henti.

Apatah lagi sekiranya anda dihidangkan dengan Nasi Beriyani Kambing atau kebab yang dipanggang dengan dapur arang. Fuh! Boleh bertambah makan.

Orang tempatan Uzbekistan memang handal memasak terutama kaum lelaki. Hebat kan?


Uzbekistan Memiliki Seni Kraf & Cenderahati Yang Menarik

 Sutera Uzbekistan

Selalunya kalau melancong pasti orang di tanah air akan tertunggu-tunggu cenderahati. Biasa yang kita akan terima ialah keychain, ketip kuku dengan lambang bendera negara, fridge magnet atau pun beg tangan.

Tetapi sekiranya anda ke Uzbekistan, anda boleh beli sutera sebagai cenderahati untuk ibu atau isteri anda.

Uzbekistan Memiliki Seni Kraf & Cenderahati

Ini kerana, Uzbekistan bukan sahaja negara pengeluar emas, malah juga pengeluar kapas antara yang terbesar di dunia.

Oleh itu, fabrik berkualiti seperti sutera dengan mudah dapat dibeli di sini. Selain itu, seramik juga merupakan antara pilihan cenderahati yang ada.

Namun, sekiranya anda nak beli keychain pun tak jadi masalah, masih ada dijual di sini 🙂


Uzbekistan Adalah Negara & Laluan Tanpa Visa

Uzbekistan Adalah Negara & Laluan Tanpa Visa

Umum mengetahui bahawa Uzbekistan antara negara yang mempunyai undang-undang yang sangat ketat termasuklah urusan visa.

Mungkin ia menjadi salah satu faktor kurangnya rakyat Malaysia yang ingin melancong ke sana. Anda perlukan panduan yang lebih jelas.

Namun, sejak bulan Februari 2018, Uzbekistan telah memberikan laluan tanpa visa ke 7 buah negara termasuklah Malaysia. Sekarang, anda tidak perlu lagi memohon visa sebelum berangkat ke sana.

Jadi, sudahkah anda bersedia untuk mengembara bersama kami dan merasai sendiri keistimewaan di negara double landlocked ini?

Bersambung…

Pakej Percutian Uzbekistan

Tags: melancong ke samarkandmusim di uzbekistanpakej melancong ke uzbekistan
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.7k
Percutian Uzbekistan
Uzbekistan

Tips Percutian Uzbekistan: 5 Panduan Keselamatan [PENTING]

  Apakah yang menarik tentang percutian Uzbekistan? Bagaimana jika saya ingin melancong ke Uzbekistan? Soalan ini pasti bermain di fikiran...

Oleh: Hadi Ghazali
3 November, 2025
4.1k
Selanjutnya

Komen 9

  1. blank sol says:
    + -

    BAIK JUGA NIE..tak da kah dunia negara uzbebek turrkeytan

    Reply
  2. blank Zairina says:
    + -

    Asalamualaikum boleh beritahu Bila buat your ke Uzbekistan? Ada buat dlm bulan Disember? Dan berapa harga berdua?
    Kalau Kami guna passport USA ada kah puan/Tuan tolong uruskan mendapat visa utk Kami.

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Walaikumusalam Cik Zairina. Ya kami ada buat SIC untuk kumpulan melancong ke Uzbekistan. Kami emelkan cik maklumat lanjut ya.

  3. blank Zul Fikri Zunil Fauzi says:
    + -

    Salam Admin, pakej total kalau Januari 2019 selama dalam 7 hari RM berapa?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam Encik Zulu. Buat masa ini kami cuma ada untuk pakej 8 Hari 6 malam. Jika berminat boleh hubungi perunding pelancongan kami di untuk maklumat lanjut.

Sebeleum

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my