Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Johor

20 Aktiviti Tempat Menarik di Desaru

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
Kategori: Pakej Johor
Masa Bacaan: 4 mins read
19.1k 1k
A A
0
Tempat menarik di Desaru
21k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Desaru yang popular dikunjungi pelancong? Adakah berbaloi merancang percutian di Desaru?

Desaru ialah sebuah bandar peranginan pesisiran pantai yang terletak di Daerah Kota Tinggi, Johor. Ia terkenal dengan pantainya yang bersih terletak di sebelah Laut China Selatan.

Terletak di sepanjang pantai timur Johor, Desaru ialah sebuah bandar pesisir pantai yang santai dan berjarak sejam memandu dari Johor Bahru.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pekan ini mempunyai pantai selebar 22 meter, perkampungan nelayan yang tenang di mana anda boleh mendapatkan makanan laut yang segar.

Antara yang popular untuk perancangan percutian keluarga adalah ladang burung unta yang menempatkan lebih 100 burung unta, banyak aktiviti berasaskan alam semula jadi, serta sebahagian lagi menawarkan pusat peranginan tepi pantai yang mewah.

tempat menarik di desaru

  • Lihat Pakej Percutian di Johor
  • Lihat Penginapan Terbaik di Desaru
  • Lihat Aktiviti Menarik di Desaru
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor 
  • Lihat Peta Percutian di Desaru

Pin

  • 1 The Wetlands Sedili
  • 2 Jambatan Tinggalan Sungai Rengit
  • 3 Adventure Waterpark Desaru Coast
  • 4 Tanjung Balau
  • 5 Kelip-Kelip Bujang
  • 6 Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly
  • 7 The Els Club Desaru Coast
  • 8 Pantai Desaru
  • 9 Taman Buaya Teluk Sengat
  • 10 Menyusuri Paya Bakau Hutan Belungkor
  • 11 Desaru Fruit Farm
  • 12 Desaru Ostrich Farm
  • 13 Dash Outdoors Desaru
  • 14 Raihana Bistro
  • 15 Restoran D’Pisang Goreng
  • 16 MK Swat Jalal
  • 17 Yard & Co.
  • 18 Nelayan Seafood By The Coast
  • 19 Super Lobster Restaurant
  • 20 Woodfire Desaru
Teruskan membaca untuk panduan yang kami sediakan tentang perkara terbaik untuk dilakukan di Desaru jika anda merancang perjalanan ke sini!


The Wetlands Sedili

Sedili-Wetlands-Min-Sheng-Khoo
Sedili Wetlands | Imej oleh: Min Sheng Khoo

Tarikan yang berkonsepkan back to nature sering menjadi pilihan warga kota untuk melepaskan tekanan mereka pada waktu cuti.

The Wetlands Sedili yang terletak di Kampung Belukar Durian ini diusahakan oleh KEJORA dan penduduk tempatan.

Paya-Bakau-Sedili-Norsyahidah-Manaf
Paya Bakau Sedili | Imej oleh: Norsyahidah Manaf

Apabila tiba di sini anda boleh melihat keindahan hutan paya yang begitu terpelihara dan didiami oleh pelbagai hidupan.

Antara aktiviti menarik di sini adalah memancing udang air tawar, mengutip lokan, menyelusuri sungai, melihat belangkas dan menanam pokok paya bakau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta |  kompleks the wetlands,kampung belukar durian, sedili kecil, 81910, 81930 Kota Tinggi, Johor

Jambatan Tinggalan Sungai Rengit

Jambatan-Tinggalan-Sungai-Rengit-Yong-Ming-Chin
Jeti Sungai Rengit | Imej oleh: Yong Ming Chin

Jambatan Tinggalan Sungai Rengit pernah dijadikan sebagai sebuah jeti namun ia tidak kekal ekoran hakisan yang berlaku di kawasan tersebut.

Kini yang tinggal hanyalah sisa-sisa jambatannya. Namun begitu, sisa tinggalan ini sering menjadi pilihan para pelancong untuk datang bergambar, kerana keunikannya.

Jambatan-Tinggalan-Sungai-Rengit-Weehin-Woon
Jambatan Tinggalan Sungai Rengit | Imej oleh: Weehin Woon

Bukan sahaja dalam kalangan pelancong malah pengantin sering memilih lokasi ini untuk penggambaran mereka.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Jambatan yang seakan-akan bangunan bersejarah serta air laut yang membiru pasti menjadikan ambar anda begitu menarik!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, 81600 Pengerang, Johor

Adventure Waterpark Desaru Coast

Adventure Waterpark Desaru Coast
Adventure Waterpark Desaru Coast

Adventure Waterpark Desaru Coast pasti membangkitkan keseronokkan bercuti anda sekeluarga! Taman tema air yang mempunyai pelbagai kelengkapan dan permainan ini pasti membuatkan anda berasa tidak cukup sehari untuk bersuka-ria di sini.

Destinasi yang berkeluasan lebih kurang 25 ekar ini mempunyai 5 zon yang berbeza iaitu Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy.

Adventure-Waterpark-Desaru-Coast-Larree-Sim
Adventure Waterpark Desaru Coast | Imej oleh: Larree Sim

Dah sampai ke sini jangan lepaskan peluang untuk mencuba permainan mereka yang popular iaitu Swinging Ship dan Surf Wall.

Rancang percutian anda dari sekarang untuk mendapatkan harga pakej yang terbaik!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Tanjung Balau

Pantai-dan-terumbu-tanjung-balau-Benard-Kok
Pantai dan terumbu Tanjung Balau | Benard Kok

Mukim Desaru ini cukup terkenal dengan keindahan pantainya seperti Pantai Desaru yang sering menjadi tumpuan.

Selain pantai tersebut, anda boleh ke Tanjung Balau yang begitu tenang dan mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga.

Dataran-Tanjung-Balau-Andrew-Tan
Dataran Tanjung Balau | Imej oleh: Andrew Tan

Kanak-kanak pasti seronok untuk mandi laut, bermain layang-layang, membina istana pasir di sini.

Bagi pengunjung dewasa pula anda boleh mencuba aktiviti lasak seperti meredah kawasan hutan atau menaiki ATV. Jom singgah ke Tanjung Balau bagi menghayati keindahan suasananya bersama ahli keluarga anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | KM16, J173, Kampung Nelayan Tanjung Balau, 81930 Bandar Penawar, Johor

Kelip-Kelip Bujang

Kawasan-melihat-Bujang-Firefly-Joe-Tang
Kawasan melihat Bujang Firefly| Imej oleh: Joe Tang

Tidak kiralah sama ada anda pernah melihat kelip-kelip atau tidak, tarikan yang satu ini perlu anda kunjungi jika melawat ke Desaru. Kelip-kelip Bujang ini mengenakan bayaran masuk sekitar RM20 kepada orang dewasa dan RM15 kepada kanak-kanak.

Dengan bayaran yang berpatutan ini anda bakal dibawa menaiki bot sepanjang sungai untuk melihat keindahan cahaya kelip-kelip.

Untuk pengetahuan anda kelip-kelip begitu penting bagi menjaga keseimbangan ekosistem paya bakau.

Pastikan anda merancang waktu yang terbaik untuk ke sini bagi mendapatkan pengalaman yang indah, contohnya pada waktu hujan kelip-kelip bakal berkurang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm – 11:30pm | Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly, Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor

Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly

Restoran-Terapung-Seafood-Bujang-menawarkan-hidangan-menyelerakan-Zuky-William
Restoran Terapung Seafood Bujang menawarkan hidangan menyelerakan | Imej oleh: Zuky William

Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly yang terletak bersebelahan dengan Kelip-Kelip Bujang sering dikunjungi oleh orang ramai kerana menyediakan pelbagai hidangan laut yang enak seperti udang kara, udang kipas, udang galah, kupang, lala dan banyak lagi.

Jika anda bernasib baik, anda boleh mencuba menu istimewa iaitu siput gonggong masak sambal telur dan belangkas masak blackpepper.

Namun begitu, kedua-dua menu tersebut dikatakan sebagai limited edition kerana sukar untuk diperolehi. Anda boleh menjamu selera di sini pada jam 12 tengahari hingga 12 malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm – 11:30pm | Restoran Terapung Seafood Bujang Fire Fly, Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor

The Els Club Desaru Coast

The-Els-Club-Desaru-Coast
Kehijauan The Els Club Desaru Coast

The Els Club Desaru Coast pasti menjadi pilihan pelancongan bagi peminat sukan golf. Lokasi ini pasti mengujakan anda dengan konsepnya kontemporari, fasiliti yang lengkap dan permandangan padang golf yang dikelilingi pemandangan Laut China Selatan yang menenangkan.

The-Els-Club-Desaru-Coast-2
Matahari terbenam di The Els Club Desaru Coast

Padang golf yang berinspirasikan kejayaan pemain golf dunia iaitu Ernie Els ini cukup unik dengan adanya valley course dan ocean course sebagai pilihan buat anda.

Lokasi ini terletak sekitar 1.9 km daripada Adventure Waterpark Desaru Coast.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 7:30pm | Darul Ta’zim, 4, Jalan Danau, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor

Pantai Desaru

tempat-menarik-di-desaru-m-fildza-fadzil
Imej oleh: M Fildza Fadzil

Pantai Desaru adalah lokasi wajib singgah jika anda bercuti ke sini. Ia terkenal dengan pasir putihnya yang bersih dan halus serta air laut yang membiru.

Sesuai untuk percutian sekeluarga, anda boleh membentang tikar untuk berkelah, membina istana pasir, atau sekadar bersantai menikmati tiupan angin laut yang mendamaikan.

Kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan memberikan pemandangan matahari terbit yang cukup memukau.

Berbanding kawasan taman tema yang sibuk, pantai awam ini menawarkan ketenangan semula jadi untuk melepaskan lelah selepas penat bekerja, menjadikannya destinasi santai yang sangat sempurna.

  • Lokasi: Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Taman Buaya Teluk Sengat

Bagi peminat hidupan liar, taman ini pasti memberikan pengalaman yang mendebarkan.

Menempatkan lebih seribu ekor buaya dari pelbagai saiz, ia merupakan salah satu ladang buaya terbesar di Malaysia.

Anda berpeluang melihat sendiri buaya gergasi yang berusia lebih seratus tahun. Aktiviti paling menarik di sini adalah sesi memberi makan buaya, di mana haiwan ini akan melompat menyambar makanan.

Pengunjung juga dibenarkan memegang dan bergambar bersama anak buaya dengan pantauan penjaga yang mesra.

Ia bukan sahaja menghiburkan, malah mendidik kanak-kanak tentang reptilia pemangsa ini secara dekat dan selamat.

  • Lokasi: Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor.

Menyusuri Paya Bakau Hutan Belungkor

Jika anda ingin melarikan diri dari kesibukan bandar, aktiviti menyusuri sungai di Hutan Belungkor adalah pilihan tepat.

Pengunjung akan dibawa menaiki bot merentasi kawasan paya bakau yang menghijau dan tenang. Ekosistem di sini sangat unik dan kaya dengan pelbagai hidupan liar.

Anda mungkin bertuah dapat melihat kelawar, memerang, ketam nipah, dan pelbagai spesies burung eksotik yang bersembunyi di celah akar pokok bakau.

Pemandu pelancong tempatan akan berkongsi maklumat menarik tentang kepentingan hutan bakau. Pengalaman ini sangat menenangkan jiwa dan sesuai untuk pencinta alam semula jadi.

  • Lokasi: Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Desaru Fruit Farm

Ladang seluas seratus ekar ini merupakan syurga bagi penggemar buah-buahan tempatan.

Anda akan dibawa menaiki kenderaan khas mengelilingi ladang untuk melihat sendiri bagaimana pelbagai jenis buah tropika seperti durian, rambutan, dan manggis ditanam.

Pakej lawatan biasanya termasuk bufet buah-buahan segar yang manis dan lazat untuk dinikmati sepuasnya.

Selain makan buah, ladang ini turut menyediakan taman haiwan jinak yang pasti disukai kanak-kanak, kolam ikan, dan juga aktiviti lasak seperti menunggang ATV di trek tanah merah.

Ia percutian agropelancongan yang lengkap untuk percutian seisi keluarga.

  • Lokasi: Sungai Cemaran, Desaru, Johor.

Desaru Ostrich Farm

Taman Burung Unta ini memberikan peluang unik untuk berinteraksi dengan burung terbesar di dunia secara berhadapan.

Terdapat lebih seratus ekor burung unta jinak yang berkeliaran di kawasan ladang. Anda boleh membeli palet makanan untuk memberi mereka makan atau menyentuh bulu mereka yang gebu.

Penjaga ladang sangat berpengetahuan dan akan menerangkan fakta menarik tentang haiwan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan istimewa di kafe mereka seperti sate daging burung unta yang lembut dan telur dadar bersaiz gergasi yang dihasilkan daripada sebiji telur burung unta yang besar.

  • Lokasi: Teluk Ramunia, Pengerang, Johor.

Dash Outdoors Desaru

Bagi mereka yang inginkan percutian penuh aksi dan memacu adrenalin, anda wajib mencuba aktiviti sukan air yang dikendalikan oleh Dash Outdoors.

Pusat rekreasi ini menyediakan kelengkapan sukan air yang selamat dan diiktiraf di sepanjang Pantai Desaru.

Anda boleh mencabar keberanian dengan menunggang jet ski meredah ombak, ketawa bersama rakan-rakan menaiki bot pisang, atau mencuba mengimbangi badan di atas papan keribas.

Dengan cuaca panas dan air laut yang menyegarkan, aktiviti ini pasti meninggalkan kenangan manis dan menyeronokkan buat anda dan juga kawan-kawan yang lain.

  • Lokasi: Pantai Desaru, Bandar Penawar, Johor.

Raihana Bistro

Raihana-Bistro-Zulfadhli-Hasan
Raihana Bistro | Imej oleh: Zulfadhli Hasan

Raihana Bistro, Taman Desaru Utama ini menyajikan hidangan seawal jam 6.30 pagi hingga 2 pagi. Jadi kalau anda tiba-tiba kelaparan di tengah malam, bolehlah berkunjung ke restoran ini.

Restoran ini turut mempunyai pilihan hidangan yang terdiri daripada roti canai, nasi berlauk, nasi goreng dan makanan barat.

Menu-popular-Raihana-Bistro-Tok-Ayah-Al-Banten
Menu popular Raihana Bistro | Imej oleh: Tok Ayah Al-Banten

Di sini turut menjadi port lepak untuk orang ramai pekena menu nasi kandar. Jangan rambang mata untuk memilih hidangan makanan di sini, yang pasti enak-enak belaka.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:30am -2:30am | No 1& 3 bahru, jalan kempas, Taman Desaru Utama, 81930 Bandar Penawar, Johor

Restoran D’Pisang Goreng

Menu-Popular-Restoran-DPisang-Goreng-wei-jian-Phan
Menu popular Restoran D’Pisang Goreng

Teringin kudap-kudapan di waktu petang? Anda boleh ke Restoran D’Pisang Goreng di Taman Desaru Utama yang beroperasi pada jam 7 pagi hingga 12 pagi.

Di sini terdapat pisang goreng, pisang goreng cheese, keropok lekor dan kuih muih.

kari-ikan-Restoran-DPisang-Goreng-wei-jian-Phan
kari ikan Restoran D’Pisang Goreng | Imej oleh: Wei Jian Phan

Restoran ini turut menyediakan menu berat seperti nasi berlauk, nasi ayam dan aneka mee.

Anda bukan sahaja boleh minum petang di sini malah boleh terus makan malam ekoran lauk-pauknya yang memikat selera!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 12:00am | 1, Jalan Cengal 2, Taman Desaru Utama, 82200 Bandar Penawar, Johor

MK Swat Jalal

Roti-Puri-MK-Swat-Jalal-Iskandar-Rahmat
Roti Puri MK Swat Jalal | Imej oleh: Iskandar Rahmat

MK Swat Jalal merupakan sebuah restoran milik Pakistan, bukan MK K-Clique penyanyi Malaysia ye!

Restoran ini menyediakan hidangan Pakistan yang terdiri daripada roti puri,nan tandoori, kari kambing, capati, kebab, teh masala, mee goreng pakistan dan banyak lagi.

Rata-rata pengunjung ke sini bakal mengatakan roti purinya terbaik dan menjadi menu yang paling laris dijual.

Jangan lupa singgah ke sini untuk menikmati hidangan Pakistan yang beroperasi seawal jam 7 pagi sehingga 11 malam di Kota Tinggi ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 11:00pm | Bandar Penawar, 82200 Kota Tinggi, Johor

Yard & Co.

Kafe moden berkonsepkan estetik ini sangat popular dan sering tular di media sosial.

Kedudukannya yang betul-betul di tepi laut menjadikannya lokasi kegemaran ramai untuk bergambar sambil mengambil angin petang.

Reka bentuk dalamannya yang minimalis seolah-olah membawa anda bercuti di luar negara.

Menu yang ditawarkan sangat pelbagai, merangkumi kopi buatan barista, kek pencuci mulut yang cantik, hidangan pasta barat, dan makanan tempatan yang diolah gaya moden.

Menikmati hidangan lazat sambil ditemani bunyi ombak dan pemandangan laut biru pasti memberikan ketenangan yang tahap maksimum.

  • Lokasi: Kampung Sungai Rengit, Pengerang, Johor.

Nelayan Seafood By The Coast

Jika anda mencari pengalaman menjamu selera yang lebih mewah dan eksklusif, restoran ini adalah destinasi yang sempurna.

Sambil menikmati makanan, anda disajikan dengan pemandangan pantai Desaru Coast yang sangat menakjubkan. Restoran ini amat menitikberatkan kualiti dan kesegaran bahan mentahnya.

Hidangan utama yang sering menjadi sebutan pelanggan ialah ketam masak telur masin yang cukup berlemak dan udang mentega yang rangup.

Suasana restoran yang terbuka dengan hiasan berkelas tinggi menjadikannya tempat yang amat sesuai untuk makan malam romantis atau meraikan acara istimewa ahli keluarga tersayang.

  • Lokasi: Desaru Coast, Bandar Penawar, Johor.

Super Lobster Restaurant

Pekan Sungai Rengit memang sudah lama dikenali sebagai lokasi tumpuan untuk menikmati hidangan udang karang atau lobster.

Restoran ini merupakan antara kedai makan berkonsepkan masakan Cina yang paling mendapat sambutan dan diyakini mesra Muslim.

Tarikan utamanya tentulah udang karang hidup yang sangat segar, dimasak mengikut cita rasa pelanggan seperti masakan mentega atau telur asin.

Walaupun kualiti makanan lautnya setanding restoran bertaraf lima bintang, harga yang ditawarkan masih dianggap berpatutan dan berbaloi.

Saiz hidangannya juga agak besar, menjadikannya pilihan ideal untuk dikongsi beramai-ramai.

  • Lokasi: Pekan Sungai Rengit, Pengerang, Johor.

Woodfire Desaru

Jika anda mula berasa jemu dengan hidangan makanan laut yang banyak terdapat di Desaru, singgahlah ke mari untuk menikmati burger premium yang sangat lazat.

Woodfire terkenal dengan hidangan burger bersaiz gergasi yang pastinya mengenyangkan.

Mereka menggunakan kepingan daging lembu buatan sendiri yang dibakar sempurna, dicampur dengan kepingan daging salai yang sangat empuk.

Ditambah pula dengan limpahan sos keju cair yang meleleh, setiap gigitan pasti membangkitkan selera.

Reka bentuk kedainya yang berkonsepkan industri juga memberikan suasana santai yang selesa untuk anda melepak bersama rakan-rakan.

  • Lokasi: Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Tags: pantai desaruresort di desarutempat makan best di desaru
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-johor-bahru
Pakej Johor

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

  Apa tempat menarik di Johor Bahru yang terkini? Anda ada tempat atau aktiviti yang boleh anda syorkan untuk pelancong...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
92.8k
Tempat Menarik di Batu Pahat
Pakej Johor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Batu Pahat Johor

  Tahukah anda di Batu Pahat, terdapat taman tema, tempat yang indah, seni bina yang menarik, banyak alam semula jadi...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
33.1k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my