Pulau Belitung adalah salah satu destinasi percutian alam semulajadi yang menarik di Indonesia.
Pulau ini terletak di lepas pantai timur Sumatra, diapit oleh Selat Gaspar dan Selat Karimata. Pulau ini memiliki keluasan 4.800 km² dan penduduk sekitar 309.097 orang.
Pulau ini menawarkan berbagai keindahan alam, seperti pantai berpasir putih, laut biru, pulau-pulau kecil, dan batu-batu granit yang eksotik. Pulau ini juga kaya akan budaya dan sejarah, sebagai bekas jajahan British dan Belanda, serta pusat perlombongan biji timah.
Salah satu daya tarik utama pulau ini adalah Geopark Belitung, yang telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai geopark dunia.
Geopark Belitung memiliki 17 destinasi percutian yang menampilkan keunikan geologi, biologi, dan budaya pulau ini.
Beberapa lokasi yang popular adalah Danau Kaolin, Museum Kata Andrea Hirata, Pantai Tanjung Tinggi, dan Pulau Lengkuas. Pulau Belitung juga terkenal dengan sajian kulinari khasnya, seperti mie Belitung, gangan ikan, dan keripik ikan.
Pulau ini dapat dicapai dengan pesawat dari Jakarta atau Singapura. Jika ingin menikmati percutian yang menyenangkan dan berkesan di pulau tropis, Pulau Belitung adalah pilihan yang tepat.

- Lihat Penginapan Terbaik di Pulau Belitung
- Lihat Aktiviti Menarik di Pulau Belitung
- Lihat Peta Percutian di Pulau Belitung
Pin
Ayuh kita teruskan dengan melihat senarai tempat menarik di Pulau Belitung dibawah ini.
Pantai Pulau Belitung

Destinasi utama yang wajib anda lawati apabila tiba di Pulau Belitung adalah kawasan pantai mereka yang begitu cantik!
Antara pantai yang sering menjadi pilihan pengunjung adalah Pantai Tanjung Tinggi (Pantai Laskar Pelangi), Pantai Tanjung Kelayang, Pantai Tanjung Pendam, Pantai Bukit Perahu, Pantai Burung Mandi, Pantai Penyabong, Pantai Serdang dan Pantai Nyiur Melambaig.
Setiap kawasan pantai tersebut mempunyai tarikan tersendiri.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau, Kabupaten Belitung, Kepulauan Bangka Belitung 33414, Indonesia
Pulau Langkuas

Pulau Langkuas merupakan salah satu gugusan pulau yang perlu anda kunjungi walaupun ianya kelihatan kecil.
Pulau yang mengambil masa sekitar 30 minit penerokaan ini mempunyai rumah api (mercusuar) yang dibina oleh Kolonial Belanda pada tahun 1882, formasi batuan granit raksasa dan aktiviti snorkeling.
Nak tengok penyu sisik dan ikan Napoleon? Anda boleh menaiki bot ke Pulau Kepayang pula.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am-5:00pm | FJ7C+55G, Tanjung Binga, Sijuk, Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33414, Indonesia
Muzium Kata Andrea Hirata

Bagi penggemar novel anda pasti tidak asing lagi dengan nama Andrea Hirata iaitu penulis novel Laskar Pelangi yang turut difilemkan.
Muzium ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bilik Ikal, Bilik Mahar dan Bilik Lintang.

Anda pasti teruja untuk menyaksikan koleksi novel Laskar Pelangi yang diterjemahkan kepada 20 bahasa dan dikeluarkan di 100 negara!
Di samping dapat bertemu dengan Andrea Hirata anda boleh menyaksikan pertunjukan seni, mengirim surat di pos mini dan menikmati kopi di Warung Kopi Kuli.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:00am |25M7+5JX, Lenggang, Gantung, East Belitung Regency, Bangka Belitung Islands, Indonesia
Muzium Badau

Satu lagi lokasi bersejarah untuk anda lawati adalah Muzium Badau yang menyimpan sejarah Kerajaan Badau yang begitu berharga di Belitung.
Di sini menempatkan sepasang tombak besar yang dibuat oleh raja pertama Badau dan dikatakan tombak tersebut tidak dapat dipisahkan!
Selain itu anda boleh melihat pedang, keris, kendi, periok dalong serta patung tentera bagi memperingati zaman kegemilangan mereka menguasai Belitung.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5QMM+553, Jalan, Badau, Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33451, Indonesia
Danau Kaolin Belitung

Danau Kaolin merupakan bekas tapak aktiviti perlombongan bijih timah yang sudah tidak berfungsi sejak tahun 1971. Bekas lombong ini menghasilkan air yang bewarna biru dan menarik perhatian pengunjung seterusnya dibangunkan sebagai lokasi pelancongan.

Danau Kaolin lebih dikenali sebagai Kulong Biru oleh warga tempatan, jadi anda jangan pelik apabila melihat papan tanda yang tertera nama Kulong Biru.
Diingatkan untuk tidak cuba berenang ke danau tersebut kerana airnya beracun hasil daripada aktiviti logam radioaktif.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Perawas, Tanjung Pandan, Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33411, Indonesia
Dermaga Kirana

Nama lokasi ini begitu unik sesuai dengan tarikan yang terdapat di sana. Dermaga Kirana atau Rumah Rotan (Rumah Keong) terletak di atas danau yang dikenali sebagai kolong oleh masyarakat Bangka Belitung.
Anda bakal terpegun menyaksikan kejernihan danau serta pemandangan gunung yang memukau, jadi tidak hairanlah jika orang ramai sibuk bergambar di sini.
Selain menghayati suasana di sekitarnya anda boleh menaiki perahu untuk menyusuri danau.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 6:00pm | 25Q2+8QV, Lenggang, Gantung, East Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33562, Indonesia
Batu Baginda

Masyarakat di sini begitu kaya dengan pelbagai kepercayaan dan cerita mitos. Batu Baginda atau Beginde Rock yang terdiri daripada dua batu besar ini dipercayai sebagai lambang pasangan antara lelaki dan wanita.
Puncaknya menyajikan pemandangan Desa Tanjung Kandis. Anda memerlukan pendakian lebih kurang 15 minit untuk ke puncaknya dengan laluan yang cukup mudah.
Namun begitu, anda dinasihatkan untuk berpakaian yang sesuai.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | QJJF+X7P, Desa, Padang Kandis, Membalong, Kabupaten Belitung, Kepulauan Bangka Belitung 33452, Indonesia
Bukit Peramun

Tidak puas mendaki Batu Baginda? Anda boleh ke Bukit Peramun yang terletak di Desa Air Selumar iaitu 20km dari Kota Tanjungpandan.
Lokasi yang indah ini mempunyai beberapa spot menarik untuk anda bergambar seperti Jambatan Gantung, Batu Kembar, Mobil Terbang dan lokasi sunset.
Tambahan lagi trek yang turut dilengkapi dengan penunjuk arah bagi memudahkan perjalanan anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:30am – 3:00pm | Jl. Peramun, Air Selumar, Sijuk, Kabupaten Belitung, Kepulauan Bangka Belitung 33414, Indonesia
Niagara Gurok Beraye

Masih terdapat keindahan alam yang perlu anda terokai apabila berada di Pulau Belitung ini. Lokasi yang terletak di lereng Gunung Tajam ini dikenali sebagai Niagara Gurok Beraye iaitu sebuah air terjun yang begitu jernih.
Kejernihan airnya dapat dibuktikan apabila anda dapat melihat ikan-ikan kecil yang bebas berenang di situ.
Selain mandi-manda dan berkhemah, anda juga boleh snorkeling di sini! Untuk ke sini anda memerlukan kenderaan pacuan empat roda kerana perjalanannya begitu panjang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | Kacang Butor, Badau, Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33451, Indonesia
Rumah Tradisional Belitung

Traditional House Belitung. Dah sampai ke Pulau Belitung ni rugilah jika anda tidak mengetahui tentang adat resam mereka dengan mengunjungi Rumah Tradisional Belitung.
Rumah tradisional ini bercirikan Sumatera Selatan, Tionghoa, Kolonial, Melayu Awal, Melayu Bubung Panjang dan Melayu Bubung Limas.
Di sini menempatkan tiga jenis rumah adat iaitu Rumah Panggung, Rumah Limas dan Rumah Rakit yang mempunyai keunikan tersendiri.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 4:00pm | 7M53+687, Jl. Gajah Mada, Lesung Batang, Kec. Tj. Pandan, Kabupaten Belitung, Kepulauan Bangka Belitung 33411, Indonesia
Eco Wisata Gusong Bugis

Masyarakat di pulau ini begitu bijak mempromosikan keindahan alam mereka dengan menjadikan hutan bakau sebagai salah satu tarikan pelancongan!
Eco Wisata Gusong Bugis yang terletak di Sungai Cerucuk ini berjarak 10km dari Kota Tanjung Pandan.
Dengan menyusuri jambatan kayu dan melalui pelbagai pohon kayu, perjalanan anda akan diakhiri dengan pemandangan pantai yang begitu luas. Sebelum pulang bolehlah singgah ke galeri seni dan warung kopi mereka.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | jl. gusong bugis, Kabupaten Belitung, Kepulauan Bangka Belitung 33417, Indonesia
Satam Square Belitung

Apa yang menarik tentang Satam Square Belitung ini? Tugu ini merupakan satu kebanggaan masyarakat Belitung kerana penggunaan Batu Satam.
Batu Satam diburu oleh pengumpul batu dari seantero dunia kerana ia hanya terdapat di Indonesia terutamanya Pulau Belitung.
Dikatakan batu ini berasal hasil perlanggaran meteor dengan lapisan bijih timah yang tinggi di Pulau Belitung pada 700 ribu tahun dulu.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7J5M+V8R, Tanjung Pandan, Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33411, Indonesia
Kampoeng Fifi

Kampoeng Fifi yang pernah dikenali sebagai Kampoeng Ahok merupakan sebuah tarikan yang memperlihat koleksi rumah adat asli Belitung yang begitu unik.
Di sini anda boleh melihat replika rumah Ahok (Mantan ahli politik Indonesia) yang telah dibina pada tahun 1965. Menjelang tahun baru, ahli keluarga Ahok akan berkumpul di kediaman dua tingkat ini.
Anda juga boleh mendapatkan barangan kraf di galerinya.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lenggang, Gantung, East Belitung Regency, Bangka Belitung Islands 33516, Indonesia
Tips Melancong ke Pulau Belitung

Bagi pelancong Malaysia yang ingin menikmati percutian di Pulau Belitung, berikut adalah beberapa tips yang dapat membantu:
Pilih pakej percutian yang sesuai dengan anggaran dan keperluan anda
Ada banyak pilihan pakej percutian yang ditawarkan oleh agen-agen pelancongan termasuk melancong.my, mulai dari 2 bintang hingga 4 bintang, dengan harga yang pelbagai.
Pelancong dapat memilih pakej yang sudah termasuk tiket penerbangan, penginapan, makanan, pengangkutan, dan aktiviti percutian, atau pelancong boleh menyesuaikan sendiri sesuai dengan keinginan.
Pelancong juga dapat memilih pakej yang menyediakan tour guide yang mahir berbahasa Melayu dan faham citarasa orang Malaysia.
Nikmati aktiviti island hopping yang menyenangkan dan mempesona
Salah satu daya tarik utama Pulau Belitung adalah pulau-pulau cantik yang tersebar di sekitarnya, seperti Pulau Batu Garuda, Pulau Batu Berlayar, Pulau Pasir, Pulau Lengkuas, dan Pulau Kepayang.
Pelancong dapat menaiki bot laju dari Pantai Tanjung Kelayang dan mengunjungi pulau-pulau tersebut, sambil menikmati pemandangan laut yang biru dan pasir putih yang halus.
Juga dapat melakukan aktiviti snorkeling di perairan sekitar Pulau Lengkuas, yang memiliki terumbu karang dan ikan-ikan warna-warni.
Jelajahi sejarah dan budaya Laskar Pelangi di Belitung Timur

Jika pelancong adalah penggemar novel atau film Laskar Pelangi, anda tidak boleh melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi latar belakang cerita tersebut.
Juga dapat mengunjungi replika SD Muhammadiyah Gantong, yang merupakan sekolah Laskar Pelangi, Museum Kata Andrea Hirata, yang merupakan museum sastra pertama di Indonesia, dan Rumah Keong, yang merupakan rumah salah satu tokoh utama cerita tersebut.
Pelancong juga dapat mencuba makanan khas Belitung seperti mie Belitung dan es jeruk kunci.
Manfaatkan waktu luang anda untuk bersantai dan berbelanja
Selain aktiviti percutian yang lazim, pelancong juga dapat menikmati waktu luang untuk bersantai di hotel pilihan, atau berjalan-jalan di kota Tanjung Pandan.
Juga dapat mengunjungi monumen batu satam, rumah adat khas Belitung, museum timah, dan pantai wisata Tanjung Pendam.
Pelancong juga dapat membeli-belah buat tangan dan souvenir khas Belitung seperti kraftangan batu granit, manisan buah-buahan, kopi Belitung, dan lain-lain.
Percutian di Pulau Belitung adalah pengalaman yang tidak akan terlupakan bagi pelancong Malaysia yang gemar melancong dan menikmati alam dan budaya.
Dengan tips-tips di atas, anda dapat merencanakan percutian anda dengan lebih mudah dan efisien. Selamat melancong!