fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia Pakej Bandung

Bercuti Ke Bandung: Destinasi Percutian Terbaik di The Farm House Bandung & Angklung Udjo

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
20/04/2022
Kategori: Pakej Bandung
Masa Bacaan: 2 mins read
589 43
A A
30
Farm House Lembang
357
SHARES
20.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Bercuti ke Bandung? Apakah yang menarik di Bandung terkini?

Farm House Lembang merupakan diantara destinasi percutian dan tumpuan baru yang mula beroperasi sekitar tahun 2015. Ia merupakan sebuah destinasi yang wajib anda kunjungi apabila anda berkunjung ke Lembang, Bandung.

Pakej Percutian Bandung

  • Lihat Pakej Percutian Bandung Terkini
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Bandung
  • Lihat Penginapan Popular Bandung
  • Lihat Peta Percutian Bandung

Pin

  • 1 Bercuti Ke Bandung: The Farm House
    • 1.1 Rumah Hobbit
    • 1.2 Kandang Haiwan
    • 1.3 Sewa Kostum Bergaya Eropah
    • 1.4 Lokasi The Farm House Bandung
  • 2 Angklung Udjo – Budaya Tradisional Indonesia
    • 2.1 Wayang Golek
    • 2.2 Helaran
    • 2.3 Tari Topeng
    • 2.4 Angklung Orkestra
Ia mulai menjadi tumpuan hasil daripada hebahan meluas di media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Hebat penangan media sosial ni sebenarnya.


Bercuti Ke Bandung: The Farm House

Farm House Bandung
Farm House Bandung

Rekaan berkonsepkan ciri Eropah jelas menjadikannya sebagai sebuah tempat tumpuan terutamanya untuk mereka yang gemar selfie.

Ia merupakan sebuah tempat yang mempunyai banyak spot menarik untuk anda bergambar.

Keluasan tempat ini sememangnya sangat luas namun disebabkan popularitinya, kawasan yang luas ini seolah-olah sangat sempit apabila dibanjiri pengunjung terutamanya pada hujung minggu.

Bercuti Ke Bandung Farm-House-Lembang-bandung
Bercuti Ke Bandung Farm-House-Lembang-bandung

Ia merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda datang berkunjung bersama keluarga dan juga merupakan sebuah destinasi yang menarik sekiranya anda mempunyai si kecil.

Hal ini kerana ia mempunyai beberapa kandang haiwan yang pastinya menarik minat dan perhatian si kecil.

Berikut adalah tempat-tempat dan aktiviti menarik di The Farm House Bandung:

IKLAN / ADVERTISEMENT

Rumah Hobbit

Rumah Hobbits
Rumah Hobbits

Rumah Hobbit ini ternyata merupakan diantara tarikan utama yang terdapat di The Farm House Bandung ini.

Ia merupakan Rumah Hobbit versi kecil yang dijaga rapi dan menimbulkan satu suasana yang agak menarik.

Sangat sesuai untuk anda bergambar disini kerana ia memang merupakan suatu kelainan.

Namun, jika anda datang pada hujung minggu, agak lama untuk anda beratur sebelum anda dapat bergambar disini.

Kandang Haiwan

petting-zoo-di-Farm-House-800x445
Kemesraan di ladang ini / CC: Vicky Fahmi

Disini anda boleh temukan beberapa jenis kandang haiwan seperti biri-biri, burung, landak dan bermacam-macam lagi.

Anda bukan sahaja boleh bergambar dengan haiwan-haiwan ini, anda juga boleh untuk berinteraksi dengan mereka.


Sewa Kostum Bergaya Eropah

Sewa Kostum di The Farm House
Sewa Kostum di The Farm House / CC: Kompas

Anda boleh temukan berbagai jenis kostum bergaya Eropah disini.

Setiap kostum ini jika digayakan dan berlatar belakang pemandangan serta suasana disini pastinya lebih menaikkan suasana.

Terdapat berbagai saiz yang ditawarkan dan kadar sewaannya dalam mengikut jam.


Lokasi The Farm House Bandung

The Farm House
Pengujung ke Farm House | CC:masbrooo

Ternyata lokasi The Farm House Bandung ini sangat strategik kerana ia berada di pinggir jalan raya Bandung dan Lembang.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Ia terletak sebelum bandar lembang sekitar 2km sebelum pusat bandar. Untuk alamat yang lebih tepat, ia terletak di Jalan Raya Lembang, No. 108, Gudangkahuripan, Lembang, Bandung Barat.


Angklung Udjo – Budaya Tradisional Indonesia

Saung Angklung Udjo - Bandung (Java - Indonesia)
Saung Angklung Udjo – Bandung (Java – Indonesia)

Saung Angklung Udjo merupakan sebuah pusat pertunjukan kebudayaan tradisional yang terdapat di Bandung. Tempat ini memberi impak berbeza bergantung kepada generasi.

Buat generasi lama, tempat ini membuatkan mereka dapat mengenang masa lalu dimana mereka bermain angklung disini.

Bagi generasi muda pula, tempat ini merupakan sebuah tempat dimana mereka boleh belajar dan mengenal kebudayaan Indonesia.

Keunikan tempat ini bukan sahaja menarik minat penduduk setempat bahkan mereka yang dari luar negara juga akan berkunjung dan terpesona dengan kemerduan bunyi angklung yang indah dan menenangkan.

Persembahan yang disajikan di Angklung Udjo Disini, terdapat 4 jenis persembahan yang boleh anda saksikan. Antaranya ialah:

Wayang Golek

Patung-Patung Wayang Golek
Patung-Patung Wayang Golek

Ia merupakan sejenis pementasan boneka kayu khas Sunda yang mana bonekanya mirip keadaan badan manusia lengkap dengan kostumnya sekali.

Kalau di Malaysia, kita ada wayang kulit, di sini kita ada wayang golek. Persamaannya adalah kedua-duanya memberikan mesej positif dan bermoral.


Helaran

Helaran
Helaran / CC: Pariswata Bandung

Ia kebiasaannya dimainkan sebagai upacara tradisional yang bertujuan untuk berhibur dan juga sebagai tanda kesyukuran.

Kemeriahan acara ini jelas mengambarkan aktiviti masyarakat dahulu penuh dengan warna warni dan keceriaan.


Tari Topeng

Tari Topeng
Tari Topeng

Ia merupakan tarian khas Cirebon yang ditarikan oleh orang perempuan dimana pada permulaannya mereka akan menari tanpa memakai topeng.

Kemudian baru mereka akan menari dengan memakai topeng. Pakai atau tidak dalam persembahan ini bergantung kepada cerita yang dibawa ketika tarian.


Angklung Orkestra

Angklung Orkestra
Angklung Orkestra

Untuk persembahan ini, angklung bukan sahaja dimainkan untuk mengiringi lagu Sunda sahaja.

Sewaktu persembahan ini, ia akan mengiringi berbagai jenis lagu bermula dari lagu balonku, twinkle-twinkle little star, lagu-lagu dangdut dan juga lagu-lagu daerah Indonesia.

Sekian sahaja untuk artikel kali ini berkenaan The Farm House dan Angklung Udjo.

Jika anda berkesempatan untuk ke Bandung, jangan lupa untuk berkunjung ke tempat-tempat yang dinyatakan diatas.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Bersambung…

Pakej Percutian Bandung

Tags: Angklung Udjo Bandungmelancong ke bandungpakej percutian bandungThe Farm House Bandung
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Keindahan Dusun Bambu Lembang
Pakej Bandung

Trip Bandung Popular 2 Destinasi Terbaik: Dusun Bambu & Lembang Floating Market

  Jika anda berkunjung ke Lembang, Dusun Bambu seharusnya berada didalam senarai tempat yang patut anda lawati. Jaraknya tidak begitu...

Oleh: Hadi Ghazali
25/07/2021
8.4k
Budaya Bandung
Pakej Bandung

Panduan Melancong Ke Bandung: 4 Persediaan Ke Bandung

  Panduan melancong ke Bandung Ingin melangsungkan percutian ke Bandung? Tapi tak tahu apa yang perlu dilakukan apabila sampai ke...

Oleh: Hadi Ghazali
22/07/2021
9.9k
Selanjutnya
Seterusnya
tempat-menarik-di-kuala-kangsar

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuala Kangsar [BANDAR DIRAJA]

tempat-menarik-di-new-zealand

20 Aktiviti & Tempat Menarik Di New Zealand Paling Rare [TERKINI]

4 1 vote
Penilaian Artikel
30 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
tempat-menarik-di-johor-bahru-imran-azman
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

11/06/2022
150.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
34.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
48.1k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz