Jika anda berkunjung ke Lembang, Dusun Bambu seharusnya berada didalam senarai tempat yang patut anda lawati.
Jaraknya tidak begitu jauh dari pusat kota Lembang.
Dusun Bambu Family Leisure Park: Terletak beberapa langkah dari Dusun Bambu Family Leisure Park, Dusun Bambu Resort menawarkan penginapan dengan restoran, bar dan kaunter penyambut tetamu 24-jam untuk kemudahan anda.
Taman percutian ini mempunyai WiFi dan tempat letak kenderaan peribadi percuma.
Ia juga berdekatan dengan beberapa destinasi tumpuan lain sekaligus menjadikan kesemua tempat ini berada seolah-olah didalam sebuah pakej.
- Lihat Pakej Percutian Bandung
- Lihat Penginapan Popular Bandung
- Lihat Aktiviti Popular di Bandung
- Lihat Peta Percutian Bandung
Tempat Menarik Di Bandung Dusun Bambu

- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Kolonel Masturi No.KM, Kertawangi, Kec. Cisarua, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40551, Indonesia
- Tiket: Tiket masuk adalah IDR 25.000. Anda perlu mengambil bas ulang-alik ke taman utama dan kolam.
- Waktu Operasi: 08:00 Pagi – 9:00 Malam
Ia mula dikenali sekitar tahun 2014 dimana sebelumnya ia hanyalah sebuah tempat yang agak kurang popular.
Konsepnya yang mesra alam menjadikannya unik berbanding dengan destinasi lain disamping ia turut menyajikan keindahan alam yang mengasyikkan serta binaan penginapan yang menambahkan lagi ciri unik disini.
Ia sekaligus menjadi sebuah destinasi yang sangat sesuai buat mereka yang suka mengabadikan kenangan dengan bergambar kerana ia mempunyai begitu banyak spot menarik untuk anda bergambar.
Fasiliti yang disediakan Dusun Bambu

Jarak dari tempat parking kenderaan untuk ke kawasan utama Dusun Bambu boleh dikatakan agak jauh.
Anda boleh memilih samada untuk berjalan menyusuri sawah dan berehat di gazebo-gazebo yang disediakan atau anda boleh memilih untuk menggunakan shuttle yang akan bertolak setiap 5 minit.
Shuttle yang disediakan juga sangat menarik perhatian dan ia dihiasi dengan bunga serta berwarna-warni.
Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan di beberapa kafe yang disediakan.
Anda juga boleh untuk duduk dan menikmati suasana bersama-sama dengan pasangan anda serta anda juga boleh membawa keluarga anda untuk bermain bersama atau berjalan santai di taman yang terdapat disini.
Anda juga boleh memilih untuk menginap di sini kerana ia turut menyediakan villa buat pengunjung yang ingin bermalam.
Destinasi sekitar Dusun Bambu yang harus anda lawati adalah seperti berikut:
Menikmati hidangan di Restoran Purbasari



Ia terletak di pinggir danau kecil dan merupakan sebuah destinasi tumpuan untuk anda menjamu selera.
Ia sangat unik kerana ia merupakan sebuah tempat makan yang berupa saung-saung kecil dan mengelilingi danau kecil ini.
Disebabkan keunikan dan popularitinya, anda perlu booking terlebih dahulu kerana bimbang ia penuh.
Lutung Kasarung – Nikmati juadah di tempat tinggi



Pada awal operasinya, boleh dikatakan bahawa tempat ini merupakan tempat yang paling menjadi tumpuan kerana ia merupakan sebuah tempat makan berbentuk sarang burung dan berada di kawasan yang agak tinggi.
Anda juga dapat melihat platform yang merentasi pokok.
Namun begitu, disebabkan oleh kewujudan platform ini yang seringkali dilalui orang ramai, ia sedikit sebanyak mengurangkan keseronokan untuk anda menikmati hidangan anda disini.
Taman Arimbi – Spot terbaik untuk anda berselfie



Ia merupakan sebuah taman yang dijaga rapi dan mempunyai pemandangan yang indah.
Ditengah-tengah taman ini, anda boleh temukan sebatang sungai kecil yang mengalir.
Anda boleh berjalan mengelilingi taman ini, bermain air dengan si kecil dan juga bergambar kerana ia mempunyai beberapa spot yang sangat menarik untuk anda bergambar.
Trip Bandung Di Lembang Floating Market

Sebuah lagi destinasi yang perlu anda kunjungi apabila anda berkunjung ke Lembang kerana ia mempunyai beberapa keunikannya yang tersendiri.
Ia menggabungkan keindahan pergunungan dan juga konsep pasar terapung tradisional.

- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Grand Hotel No.33E, Lembang, Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat 40391, Indonesia
- Tiket: Masuk ke pasaran terapung Lembang datang pada harga yang sangat berpatutan. Harga tiket Pasaran Terapung Lembang hanya Rp 20.000 ($ 1.5) seorang, yang dapat digunakan untuk minuman ringan setelah masuk. Jadi, secara praktikalnya PERCUMA!
- Waktu Operasi: 09:00 Pagi – 7:00 Malam
Berbeza dengan pasar terapung lain, Lembang Floating Market bandung ini bukan berada diatas sungai sebaliknya ia berada di danau.
Disini, anda dapat membeli beberapa jenis makanan tradisional, sayur, ikan segar dan bermacam-macam lagi. Selain itu, dari segi fasiliti yang ditawarkan juga agak menarik dan memuaskan. Antara fasiliti yang terdapat disini adalah:

Musolla atau ruang solat yang disediakan sangat selesa dan mengasingkan ruangan solat lelaki dan wanita. Disini, majoritinya beragama Islam, maka dari segi keselesaan untuk anda solat itu pastinya terjaga.
Tempat makan. Selain menikmati makanan yang boleh dibeli diatas perahu, anda juga boleh singgah makan dibeberapa buah tempat makan yang terdapat disini. Anda boleh temukan berbagai jenis hidangan seperti hidangan tradisional sunda, jawa barat, nusantara, asia dan juga masakan barat pada harga yang sangat berpatutan.
Hijab swimming pool. Khas untuk wanita muslim dan berhijab kerana disini anda boleh berenang-renang tanpa perlu risau mengenai aurat.
Rainbow Garden. Antara tarikan terbaru yang terdapat disini. Keindahan warna-warni bunga-bungaan yang terdapat disini pastinya memukau sesiapa sahaja yang berkunjung.

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan Dusun Bambu dan juga Lembang Floating Market Bandung.
Bagi kami, jika anda telah sampai ke Lembang, sangat rugi sekiranya anda tidak berkunjung ke kawasan-kawasan yang telah kami kongsikan diatas.
Bersambung…
Bersambung…