Terdapat banyak sebab mengapa pelancong Muslim memilih untuk melakukan aktiviti dan melawat tempat menarik di Australia.
Pertama, Australia adalah sebuah negara yang cantik dan menarik yang menawarkan pelbagai pengalaman kepada pelancong Muslim.
Daripada landskap semula jadi yang menakjubkan, seperti Great Barrier Reef dan Uluru, kepada bandar yang meriah seperti Sydney dan Melbourne, terdapat sesuatu untuk dinikmati oleh semua pelancong.
Tambahan pula, Australia ialah sebuah negara yang mesra dan inklusif yang meraikan kepelbagaian dan kepelbagaian budaya.
Pelancong Islam boleh merasa seperti di rumah sendiri, kerana mereka dapat mencari makanan halal dan kemudahan solat di banyak tempat di seluruh Australia.
Australia juga menawarkan pelbagai aktiviti dan tarikan yang menarik minat pelancong Muslim.
Contohnya, mereka boleh melawat tapak bersejarah seperti Tapak Bersejarah Port Arthur di Tasmania atau belajar tentang budaya dan tradisi Orang Asli di tempat seperti Taman Negara Uluru-Kata Tjuta.
Di samping itu, pelancong Muslim boleh menikmati pelbagai perayaan dan acara yang berlangsung di Australia sepanjang tahun, seperti perayaan Aidilfitri dan pasar Ramadan yang diadakan di bandar-bandar utama.
- Lihat Pakej Percutian Australia
- Lihat Aktiviti Menarik di Australia
- Lihat Penginapan Terbaik di Australia
- Lihat Peta Percutian Australia
Mari kita lihat 10 destinasi paling popular di Australia yang dikunjungi pelancong Muslim.
Zoo Perth

Tarikan pelancongan ini pasti menarik buat semua peringkat umur, anda pasti terhibur menyaksikan gelagat haiwan-haiwan yang terdapat di zoo yang sudah beroprasi sejak tahun 1898 ini.
Zoo yang berkeluasan 41 ekar ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest.

Seawal jam 9 pagi hingga 5 petang anda boleh mula meneroka zoo ini untuk melihat pertunjukkan haiwan seperti Orangutan Talk, Penguin Talk & Feed, Numbat Talk,Koala Talk, Squirrel Monkey Talk & Feed dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 20 Labouchere Rd, South Perth WA 6151, Australia
Western Australia Maritime Museum

Australia yang terletak di persisiran Lautan Hindi turut menempatkan sebuah tarikan pelancongan yang hebat di pesisiran pantainya iaitu Western Australia Maritime Museum.

Muzium yang menjadi simbolik kepada masa lalu, masa kini dan masa depan Fremantle ini mempunyai pelbagai koleksi bot seperti bot riadah, bot layar buatan tangan, kapal mutiara komersial dan banyak lagi.
Antara pertunjukkan lain yang terdapat di sini adalah Cargoes Gallery, Naval Defense, Robert Steele Steam Machinery Exhibition, Under the Dome dan lain-lain.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:30am – 5:00pm | Victoria Quay Road, Fremantle WA 6160, Australia
Taman Negara Daintree

Daintree Rainforest: Anda pasti tidak tahu Australia turut mempunyai sebuah taman negara yang tertua di dunia!
Taman negara Daintree ini terletak di Queensland Far North dan mempunyai dua bahagian utama iaitu hutan Mossman Gorge dan Cape Tribulation.

Taman negara ini menempatkan 430 spesies burung, 23 spesies reptilia, 13 spesies amfibia dan beberapa spesies mamalia seperti buaya air masin.
Selain kaya dengan flora dan fauna taman negara ini turut dihuni oleh orang asli Kuku Yalanji Timur.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 8:20am – 5:00pm | 2333 Cape Tribulation Rd, Cape Tribulation QLD 4873, Australia
The Pinnacles Desert

Sebuah lokasi yang seakan-akan di gurun pasir ini mempunyai koleksi batuan besar yang terbentuk dengan begitu unik.
Anda bakal dihidangkan dengan pemandangan batuan yang terbentuk secara menegak dengan pelbagai ketinggian.

Diingatkan bahawa cuaca di lokasi ini agak panas jadi anda boleh sediakan bekalan minuman yang mencukupi sebelum ke sini.
Menariknya tentang lokasi ini kerana ia merupakan salah satu habitat bagi kanggaru.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Pinnacles Dr, Cervantes WA 6511, Australia
Elizabeth Quay

Elizabeth Quay merupakan sebuah destinasi yang sesuai untuk anda bersantai bersama seisi keluarga sambil menghayati pemandangan yang cantik.
Di sini turut mempunyai beberapa aktiviti yang menarik seperti menaiki feri ke Swan River atau menggunakan jambatan untuk merentasi sungai tersebut.

Atau pilihan lain anda boleh menaiki Eco Friendly River Cruise dan Gondolas on the Swan untuk menghayati pemandangan melalui Swan River.
Rata-rata pengunjung ke sini pasti asyik merakamkan setiap sudut kawasan yang begitu cantik.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | The Esplanade, Perth WA 6000, Australia
Fraser Island

Jom lawati pulau pasir yang terbesar di dunia pula! Lokasi Fraser Island ini terletak antara Bundaberg dan Brisbane dan turut dikenali sebagai tapak warisan dunia.
Anda boleh menyewa kenderaan pacuan empat roda di Bandar Noosa untuk meneroka pantai sepanjang 75 batu ini!

Anda boleh menyaksikan kapal karam Maheno, Eli Creek, tebing batu pasir bewarna The Cathedrals, kolam Rock Champagne Pools atau lebih 300 spesies burung dan hidupan liar.
Untuk ke Fraser Island anda boleh menaiki feri di Hervey Bay dan Rainbow Beach yang memerlukan perjalanan selama 50 minit.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Fraser Island (K’gari) QLD 4581, Australia
Sydney Harbour Bridge

Rugilah jika anda ke Australia tapi tidak menjejakkan kaki ke salah satu mercu tanda yang paling popular di dunia ini.
Sydney Harbour Bridge merupakan jambatan gerbang keluli terbesar yang diperbuat daripada 53,000 tan keluli dan enam juta rivet!

Tarikan paling mengagumkan di jambatan ini adalah BridgeClimb Sydney iaitu anda bakal dibawa ke puncak untuk melihat pemandangan 360 darjah Sydney.
Dari sini anda boleh menyaksikan kemegahan senibina bangunan Sydney Opera House.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Sydney Harbour Bridge, Sydney NSW, Australia
Kangaroo Island

Selain melawat Zoo Perth anda boleh ke Kangaroo Island untuk bermesra dangan kanggaru dan beberapa haiwan yang lain seperti koala, singa laut dan lain-lain.
Di sini anda boleh berjalan-jalan dengan singa laut, meluncur di Little Sahara, melawat Emu Bay Lavender, berenang dengan ikan lumba-lumba dan banyak lagi aktiviti menarik.

Kangaroo Island yang merupakan antara pulau terbesar di Australia ini begitu sesuai untuk pencinta alam!
Anda juga boleh ke Koala Park Sanctuary Sydney untuk melihat spesies terancam ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 9:30am – 5:00pm | 4068 Playford Hwy, Duncan SA 5223, Australia
Round House

Round House boleh dikategorikan sebagai destinasi yang bersejarah dan merupakan bangunan yang tertua sekali di Western Australia.
Pada asalnya ia berfungsi sebagai penjara tahanan bagi penduduk asli dan penjajah, seterusnya dijadikan kuarters ketua konstabel sekeluarga.

Kini ia dibuka kepada pelancong bagi menggambarkan penjara pertama di Fremantle.
Di sini anda akan mendapat pengalaman melalui terowong, melihat gambar lama, menikmati pemandangan laut di tingkat atas serta mendengar bunyi meriam pada jam 1 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 10:30am – 3:30pm | 15 Captains Ln, Fremantle WA 6160, Australia
Great Barrier Reef

Jangan lepaskan lokasi yang satu ini kerana ia merupakan habitat bagi sistem terumbu karang yang terbesar di dunia!
Antara haiwan yang hidup di kawasan terumbu karang ini adalah ikan paus, ikan lumba-lumba, kura-kura, ular laut, kerang raksasa dan lebih 1500 spesies ikan.

Dikatakan terumbu karang di sini begitu besar sehinggakan anda boleh menyaksikannya dengan jelas daripada ruang angkasa!
Jadi tidak hairanlah jika lokasi ini menerima lebih kurang 2 juta pelawat setiap tahun.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 8:30am – 4:30pm | Great Barrier Reef, Townsville QLD 4810, Australia
Secara keseluruhan, pelancong Muslim memilih untuk melawat Australia kerana ia menawarkan mereka pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan yang menggabungkan keindahan semula jadi, kepelbagaian budaya, dan persekitaran yang mesra dan mesra.
Bersambung…