fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Taiping Perak [PALING POPULAR]

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
20/10/2021
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 4 mins read
187 12
A A
121
tempat menarik di taiping perak

Imej oleh: James Teoh

22.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Taiping adalah pusat industri perlombongan bijih timah yang sangat menguntungkan negeri Perak selama beberapa dekad.

Kekayaan yang meningkat mendadak itu menyebabkan pelaburan dan pembangunan semakin meningkat.

Hasilnya mewujudkan warisan dan koleksi bangunan kolonial Inggeris di Taiping. Walaupun terdapat kempen pelancongan yang aktif oleh kerajaan negeri Perak, kota ini tetap berada di bawah radar pelancong.

tempat-menarik-di-taiping

  • Lihat Penginapan Terbaik di Taiping
  • Lihat Peta Percutian di Taiping

Walaupun tidak dikenali sebagai tempat pelancongan yang popular, ini adalah tempat yang indah untuk percutian persinggahan yang santai bagi pelancong ke Malaysia utara.

Di sebalik fasadnya yang sederhana, permata bersejarah banyak terdapat di Taiping termasuk kereta api pertama, muzium tertua, pokok hujan berusia ratusan tahun, kebun binatang pertama, dan penjara tertua.

Pin

  • 1 Taman Tasik Taiping
  • 2 Zoo Taiping & Night Safari
  • 3 Bukit Larut
  • 4 Muzium Perak
  • 5 Bandar Taiping
  • 6 Pusat Pelancongan Kuala Sepetang
  • 7 Menara Jam Besar & New Clock Tower (Old Market)
  • 8 Ansari Famous Cendol
  • 9 Spritzer Ecopark
  • 10 Coronation Swimming Pool
Mari kita lihat aktiviti dan tempat menarik di Taiping Perak ini:


Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping adalah taman yang terbesar di Malaysia
Taman Tasik Taiping adalah taman yang terbesar di Malaysia | Imej oleh: Anis Sabhee

Sebelum Taman Tasik Taiping dimajukan ia merupakan tapak kepada industri perlombongan bijih timah yang tertua di Malaysia dan dikuasai oleh pemimpin Hai San.

Bukan itu sahaja, taman yang terbesar di Malaysia ini turut menjadi taman awam pertama dalam sejarah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan dianggarkan berusia sekitar 130 tahun.

Suasana hijau yang cantik di Taman Tasik Taiping menjadi destinasi pencinta alam untuk beriadah disini
Suasana hijau yang cantik di Taman Tasik Taiping menjadi destinasi pencinta alam untuk beriadah disini | Imej oleh: Htwe Htwe Sein

Taman yang berkonsepkan ‘Rolling Meadows’ ini merupakan rumah kepada 2,500 pokok dari 75 spesies.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Dikatakan taman ini turut menggunakan inspirasi dari Kensington Park di London yang merupakan antara ‘Royal Park’ yang terindah di Kota London.

Pokok yang berusia berabad lamanya masih tenguh berdiri di Taman Tasik Taiping
Pokok yang berusia berabad lamanya masih tenguh berdiri di Taman Tasik Taiping

Jadi tidak hairanlah jika Taman Tasik Taiping ini pernah tersenarai dalam 100 destinasi lestari @ hijau terbaik dunia 2018 oleh Green Destination Award.

Selain itu ia turut dinobatkan sebagai ‘Best City & Town Park 2018’, destinasi Pelancongan Warisan & Eko Terbaik oleh Malaysia Tourism Council Gold Award dan banyak lagi.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

  • Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma dan jaga kebersihan

  • Operasi: Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 10 malam

Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping masih mendapat sambutan walaupun telah menjangkau usia yang lama
Zoo Taiping masih mendapat sambutan walaupun telah menjangkau usia yang lama

Selain daripada mempunyai taman yang tertua, Taiping turut mempunyai Zoo yang tertua di Malaysia!

Zoo yang mula beroperasi pada 7 Mac 1964 ini merupakan destinasi yang patut anda kunjungi, terutamanya jika anda mempunyai anak kecil.

Aktiviti melihat giraffa dan haiwan liar di Zoo Taiping & Night Safari
Aktiviti melihat giraffa dan haiwan liar di Zoo Taiping & Night Safari

Zoo Taiping atau turut dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah ini menempatkan sekitar 1300 ekor haiwan daripada 200 spesies yang terdiri daripada harimau, singa, gajah, ikan arapaima, siamang, orang utan dan banyak lagi spesies yang unik.

Gajah Zoo Taiping Night Safari
Gajah Zoo Taiping

Kini ia turut beroperasi pada waktu malam, di mana anda boleh mengambil pakej ‘Night Safari’ untuk melihat gelagat haiwan yang mulai aktif pada waktu malam atau dikenali sebagai haiwan noktunal.

Destinasi ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping, jadi selepas bersiar-siar di tasik apakata masuk pula ke sini.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

  • Tiket: Lihat Online | Harga tiket masuk adalah RM16 bagi dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 6:00 petang

Bukit Larut

Bukit Larut adalah tempat yang sangat indah untuk dilawati
Bukit Larut adalah tempat yang sangat indah untuk dilawati

Destinasi yang terletak di ketinggian 1,200m ini merupakan tanah tinggi yang paling lembap di Malaysia kerana hampir setiap hari menerima air hujan pada waktu petang.

Bukit Larut yang dikenali sebagai Maxwell Hill ini mula dibangunkan pada zaman pemerintahan British iaitu ketika residen British yang bernama William George Maxwell ditugaskan di sini.

IKLAN / ADVERTISEMENT
Salah satu tarikan utama di Taiping. Anda harus membeli tiket RM 10 untuk perjalanan menaiki jip dua hala
Salah satu tarikan utama di Taiping. Anda harus membeli tiket RM 10 untuk perjalanan menaiki jip dua hala

Destinasi yang berhampiran dengan Zoo Taiping ini turut dijadikan sebagai tarikan pelancongan yang begitu menarik, malah pelancong Inggeris yang berkunjung ke sini turut berpendapat bahawa destinasi ini seakan Switzerland pada musim bunga!

Bukit Larut dengan berjalan kaki bukanlah jalan termudah untuk mendaki bukit setinggi 1.035 m ini menghadap ke Taiping
Bukit Larut berjalan kaki bukanlah jalan termudah untuk mendaki bukit tapi sesuai untuk aktiviti hiking dengan ketinggian 1.035 m

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Kebun Teh, Rumah Rehat Bukit Larut, Banglo Beringin, Banglo Angkasa, Banglo Cendana, Banglo Tempinis, Sri Kayangan dan Rumah Rehat Gunung Hijau.

Menariknya lagi kerana ia turut mempunyai ladang Bunga Tulip untuk dilawati.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pusat Peranginan, Jln. Bukit Larut, 34020 Taiping

  • Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang

Muzium Perak

Muzium Taiping Perak
Muzium Taiping Perak

Taiping seringkali diberi jolokan sebagai ‘Bandar Warisan’, sesuai dengan tarikan yang terdapat di sini yang agak berusia dan majoriti merupakan yang pertama wujud di Malaysia.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Muzium Perak merupakan muzium pertama dan tertua di Semenanjung Malaysia yang mula dibina pada tahun 1883 dan diasaskan oleh Sir Hugh Low.

Pelbagai replika sejarah tamadun tanah melayu dipamerkan dimuzium Perak
Pelbagai replika sejarah tamadun tanah melayu dipamerkan dimuzium Perak | Imej oleh: Faisal Rahim

Namun begitu, pembinaannya turut mempunyai sejarah yang tersendiri yang mana memakan masa hampir tiga tahun ekoran daripada krisis kewangan yang di alami.

zoologikal Muzium Taiping Perak
zoologikal Muzium Taiping Perak | Imej oleh: Kelvin Kuok

Seterusnya ia mengalami penambahbaikan dari tahun ke tahun, seperti penambahan bahagian belakang pada tahun 1889 dan penambahan sayap kiri serta kanan pada tahun 1900.

Destinasi yang terletak di Jalan Taming Sari ini begitu menarik untuk dilawati bagi pencinta seni dan sejarah.

Galeri dan pelbagai artifak di Muzium Taiping Perak
Galeri dan pelbagai artifak di Muzium Taiping Perak | Imej oleh: Omer Ali

Pelbagai artifak daripada Lembah Kinta dan Lembah Lenggong, adat istiadat Melayu dan Orang Asli, contoh zoologikal, basikal lama, rumah miniatur Orang Asli, pengangkutan lama, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dan sampan purba turut dipamerkan di sini.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

  • Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM2 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah

  • Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang

Bandar Taiping

Muzium Telegraf Taiping
Muzium Telegraf Taiping | Imej oleh: Evelyne YHL

Sudah sampai ke Taiping, jangan lupa ronda-ronda di Bandar Taiping yang merupakan ibu kota warisan bagi negeri Perak.

Taiping asalnya dikenali dengan nama Klian Pauh ini menyimpan 1001 warisan negeri Perak yang begitu menarik untuk diterokai.

Penjara Taiping
Penjara Taiping | Imej oleh: Reazal Lazaer

Menariknya tentang bandar ini kerana ia mempunyai banyak infrastruktur yang pertama dibina di Malaysia dan menyebabkan orang ramai memanggil bandar ini sebagai ‘yang pertama’.

Kilang Kopi Aun Tong
Kilang Kopi Aun Tong | Imej oleh: Kano Ky

Antara kemudahan tersebut adalah bangunan telegraf (1876), Bukit Larut sebagai stesen perhentian di kawasan tinggi yang pertama di Malaysia, Hospital Taiping (1880), landasan kereta api (1884), Penjara Taiping (1879), padang golf (1885) dan lain-lain.

Oleh itu tidak hairanlah jika bandar ini diisytiharkan sebagai Bandar Warisan.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2664, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak, Malaysia

  • Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM8 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak

  • Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang

Pusat Pelancongan Kuala Sepetang

Kilang Arang Bakau Kuala Sepetang
Kilang Arang Bakau Kuala Sepetang | Imej oleh: Wong Jacqueline

Kuala Sepetang bukanlah perkampungan nelayan yang biasa-biasa, pelbagai aktiviti yang menarik anda boleh lakukan apabila berkunjung ke sini.

Pertama sekali, anda boleh meneroka Hutan Simpan Matang untuk melihat hidupan laut di paya bakau ini.

Melihat Helang di Kuala Sepetang
Melihat Helang di Kuala Sepetang | Imej oleh: Raja Khairul

Seterusnya anda boleh melihat cara pemprosesan arang secara tradisional di Kilang Arang Kuala Sepetang, dikatakan kilang pemprosesan arang ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia.

Dengan menggunakan Jambatan Port Weld, anda bakal menemui perkampungan warga Cina dan perkampungan orang melayu.

Kuala Sepetang Eco-Tourism
Kuala Sepetang Eco-Tourism | Imej oleh: Salleh Long

Malas nak berjalan kaki, anda boleh menggunakan perkhidmatan bot untuk melihat suasana Kuala Sepetang, melawat kolam ikan, melihat helang makan serta melihat kelip-kelip pada waktu malam.

Ingin mengetahui tentang sejarah anda boleh ke Kompleks Sejarah Matang yang turut dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim. Bukan itu sahaja, Kuala Sepetang merupakan antara tempat menjamu makanan laut yang terbaik di Taiping!


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang

  • Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM15 bagi dewasa

  • Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang

Menara Jam Besar & New Clock Tower (Old Market)

Taiping Clock Tower
Taiping Clock Tower | Imej oleh: WilsonWong

Taiping mempunyai dua buah menara jam yang begitu ikonik dan bersejarah untuk anda lawati. Yang pertama Menara Jam Besar Taiping yang terletak di tengah-tengah bandarnya dan dibina pada tahun 1881.

Menara yang berkonsepkan ciri kolonial dan Palladian ini menggunakan khidmat daripada arkitek Inggeris serta buruh tempatan untuk menyiapkannya.

Mercu tanda Taiping ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dan mula mengalami penambahbaikan pada tahun 1891.

New Clock Tower
New Clock Tower | Imej oleh: Macedonboy

Ia turut dikenali sebagai ‘The Fort’ dan telah berfungsi untuk pelbagai pihak seperti Bomba Taiping, Balai Polis dan kini sebagai Pusat Penerangan Pelancongan.

Satu lagi menara jam di Taiping adalah New Clock Tower yang terletak di Jalan Taming Sari.

Rekabentuk menara ini tidak kurang menariknya, tambahan lagi terpahat perkataan ‘Pasar Lamar,1885’ di badan menara tersebut menjadikannya salah satu tarikan yang bersejarah.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 55, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak

  • Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma dan jaga kebersihan

  • Operasi: Dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 malam

Ansari Famous Cendol

Ansari Fomous Cendol sentiasa dipenuh pelanggan
Ansari Fomous Cendol sentiasa dipenuh pelanggan | Imej ole: Niksin Nikman

Mencari hidangan yang sesuai dinikmati pada waktu panas? Setelah penat berjalan apa kata pekena cendol ‘legend’ yang mula beroperasi pada tahun 1940 di Ansari Famous Cendol.

Jika anda tiba di gerai ini, jangan pelik jika melihat orang ramai gigih beratur bagi memesan cendol, kerana kelazatan begitu berbaloi untuk anda turut beratur!

Ansari Fomous Cendo terkenal kesedapanya sejak 1940
Ansari Fomous Cendo terkenal kesedapanya sejak 1940 | Imej oleh: Jeffrey Lee

Oleh itu, tidak hairanlah jika destinasi ini sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong luar untuk menikmati rasa cendol yang lemak berkrim beserta campuran air gula melaka yang begitu manis.

Pelbagai pilihan cendol boleh didapati di sini dan harganya tidak masuk akal kerana terlalu murah. Nanti dulu, bukan cendol je disediakan di sini tetapi pasembor pun ada!


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta |  92, Jalan Barrack No.2 Medan simpang , simpang, 34000 Taiping

  • Tiket: Lihat Tour | Anda boleh membuat tempahan makan dan minum disini

  • Operasi: Dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 6:30 petang

Spritzer Ecopark

Taman lanskap yang indah yang menawarkan golf mini, kafe & lawatan ke kilang pembotolan air
Taman lanskap yang indah yang menawarkan golf mini, kafe & lawatan ke kilang pembotolan air

Jika di Taman Tasik Taiping anda berpeluang untuk menghayati keindahan alam, berbeza pula dengan Spritzer Ecopark.

Taman ini mempunyai pelbagai tarikan yang menarik bukan sahaja untuk bersuka ria malah anda boleh menambahkan ilmu pengetahuan sekali.

Spritzer EcoPark menjadi tempat tumpuan keluarga dan rakan berkumpul
Spritzer EcoPark menjadi tempat tumpuan keluarga dan rakan berkumpul

Di sini anda boleh bermain golf di Taman Golf Mini, membeli cenderamata di Kedai Mini atau anda boleh duduk bersantai menghirup secangkir kopi di Kedai Kopi.

Menariknya di sini kerana anda boleh melawat ke kilang pemprosesan air mineral Spritzer.

Pelbagai aktiviti dan tarikan anda boleht temukan di Spritzer EcoPark
Pelbagai aktiviti dan tarikan anda boleht temukan di Spritzer EcoPark

Jika berkunjung ke sini bersama anak-anak anda boleh ke Zon Kidz yang menawarkan aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.

Selain itu, Spritzer Ecopark turut menawarkan tarikan seperti The Discovery Tunnel, Tree Tag Walkabout dan Cactus Rock yang berusia 214 juta tahun!


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping

  • Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma tetapi golf mini memerlukan pendaftaran & sedikit bayaran

  • Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam

Coronation Swimming Pool

Kolam Renang Kemahkotaan
Kolam Renang Kemahkotaan

Taiping bukan sahaja mempunyai bagunan ‘yang pertama’ malah turut mempunyai tarikan berkonsepkan alam sekitar yang pertama di Malaysia!

Coronation Swimming Pool atau Kolam Renang Kemahkotaan merupakan kolam renang buatan manusia yang pertama di Malaysia dan dipercayai sudah mencecah 151 tahun.

Coronation Swimming Pool
Coronation Swimming Pool

Menariknya tentang kolam yang dibina pada tahun 1870 ini kerana punca airnya begitu bersih tanpa klorin dan menjadikan para pelancong begitu asyik untuk berendam dalam jangka masa yang lama.

Di sini terdapat tiga buah kolam yang berbeza kedalaman dan sesuai untuk semua peringkat umur.

airnya begitu bersih dari bukit Larut
airnya begitu bersih dari bukit Larut | Imej oleh: Amin Armani

Bagi pengunjung dewasa kedalaman yang disediakan adalah sekitar 4 kaki ke 10 kaki dan bagi kanak-kanak pula sekitar 2 kaki ke 3 kaki.

Destinasi ini begitu popular dalam kalangan orang bekeluarga dan berkumpulan untuk mandi-manda.


  • Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

  • Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM2 bagi dewasa

  • Operasi: Dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang

Bersambung…

Tags: hotel di taipingtaiping homestayzoo taiping
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-batu-gajah
Pakej Perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH]

  Tahukah anda Batu Gajah digelar sebagai Bandar Bertuah? Hal ini kerana ia adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak. Baginda adalah...

Oleh: Hadi Ghazali
08/05/2022
5.2k
tempat-menarik-di-kuala-kangsar
Pakej Perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuala Kangsar [BANDAR DIRAJA]

  Ada apa yang menarik di Kuala Kangar? Apakah berbaloi bertandang ke Kuala Kangsar? Dengan keindahan istana raja, tapak bersejarah...

Oleh: Hadi Ghazali
23/04/2022
7k
Selanjutnya
Seterusnya
50+ Senarai Pulau di Sabah Yang Paling Popular Untuk Percutian Menyeronokkan

50+ Senarai Pulau di Sabah Yang Paling Popular Untuk Percutian Menyeronokkan

Kenyir Lake

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir Resort, Houseboat & Aktiviti Paling Menarik

3.7 3 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
121 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
121
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply