Taiping adalah pusat industri perlombongan bijih timah yang sangat menguntungkan negeri Perak selama beberapa dekad.
Kekayaan yang meningkat mendadak itu menyebabkan pelaburan dan pembangunan semakin meningkat.
Hasilnya mewujudkan warisan dan koleksi bangunan kolonial Inggeris di Taiping. Walaupun terdapat kempen pelancongan yang aktif oleh kerajaan negeri Perak, kota ini tetap berada di bawah radar pelancong.
Walaupun tidak dikenali sebagai tempat pelancongan yang popular, ini adalah tempat yang indah untuk percutian persinggahan yang santai bagi pelancong ke Malaysia utara.
Di sebalik fasadnya yang sederhana, permata bersejarah banyak terdapat di Taiping termasuk kereta api pertama, muzium tertua, pokok hujan berusia ratusan tahun, kebun binatang pertama, dan penjara tertua.
- Lihat Penginapan Terbaik di Taiping
- Lihat Aktiviti Popular di Taiping
- Lihat Peta Percutian di Taiping
Mari kita lihat aktiviti dan tempat menarik di Taiping Perak ini:
Taman Tasik Taiping
Sebelum Taman Tasik Taiping dimajukan ia merupakan tapak kepada industri perlombongan bijih timah yang tertua di Malaysia dan dikuasai oleh pemimpin Hai San.
Bukan itu sahaja, taman yang terbesar di Malaysia ini turut menjadi taman awam pertama dalam sejarah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan dianggarkan berusia sekitar 130 tahun.
Taman yang berkonsepkan ‘Rolling Meadows’ ini merupakan rumah kepada 2,500 pokok dari 75 spesies.
Dikatakan taman ini turut menggunakan inspirasi dari Kensington Park di London yang merupakan antara ‘Royal Park’ yang terindah di Kota London.
Jadi tidak hairanlah jika Taman Tasik Taiping ini pernah tersenarai dalam 100 destinasi lestari @ hijau terbaik dunia 2018 oleh Green Destination Award.
Selain itu ia turut dinobatkan sebagai ‘Best City & Town Park 2018’, destinasi Pelancongan Warisan & Eko Terbaik oleh Malaysia Tourism Council Gold Award dan banyak lagi.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pekeliling, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping
- Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma dan jaga kebersihan
- Operasi: Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 10 malam
Zoo Taiping & Night Safari
Selain daripada mempunyai taman yang tertua, Taiping turut mempunyai Zoo yang tertua di Malaysia!
Zoo yang mula beroperasi pada 7 Mac 1964 ini merupakan destinasi yang patut anda kunjungi, terutamanya jika anda mempunyai anak kecil.
Zoo Taiping atau turut dikenali sebagai Taman Mergastua Sultan Idris Shah ini menempatkan sekitar 1300 ekor haiwan daripada 200 spesies yang terdiri daripada harimau, singa, gajah, ikan arapaima, siamang, orang utan dan banyak lagi spesies yang unik.
Kini ia turut beroperasi pada waktu malam, di mana anda boleh mengambil pakej ‘Night Safari’ untuk melihat gelagat haiwan yang mulai aktif pada waktu malam atau dikenali sebagai haiwan noktunal.
Destinasi ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping, jadi selepas bersiar-siar di tasik apakata masuk pula ke sini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping
- Tiket: Lihat Online | Harga tiket masuk adalah RM16 bagi dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak
- Operasi: Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 6:00 petang
Bukit Larut
Destinasi yang terletak di ketinggian 1,200m ini merupakan tanah tinggi yang paling lembap di Malaysia kerana hampir setiap hari menerima air hujan pada waktu petang.
Bukit Larut yang dikenali sebagai Maxwell Hill ini mula dibangunkan pada zaman pemerintahan British iaitu ketika residen British yang bernama William George Maxwell ditugaskan di sini.
Destinasi yang berhampiran dengan Zoo Taiping ini turut dijadikan sebagai tarikan pelancongan yang begitu menarik, malah pelancong Inggeris yang berkunjung ke sini turut berpendapat bahawa destinasi ini seakan Switzerland pada musim bunga!
Antara tarikan yang terdapat di sini adalah Kebun Teh, Rumah Rehat Bukit Larut, Banglo Beringin, Banglo Angkasa, Banglo Cendana, Banglo Tempinis, Sri Kayangan dan Rumah Rehat Gunung Hijau.
Menariknya lagi kerana ia turut mempunyai ladang Bunga Tulip untuk dilawati.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pusat Peranginan, Jln. Bukit Larut, 34020 Taiping
- Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak
- Operasi: Dibuka dari pukul 8:30 pagi hingga 4:30 petang
Muzium Perak
Taiping seringkali diberi jolokan sebagai ‘Bandar Warisan’, sesuai dengan tarikan yang terdapat di sini yang agak berusia dan majoriti merupakan yang pertama wujud di Malaysia.
Muzium Perak merupakan muzium pertama dan tertua di Semenanjung Malaysia yang mula dibina pada tahun 1883 dan diasaskan oleh Sir Hugh Low.
Namun begitu, pembinaannya turut mempunyai sejarah yang tersendiri yang mana memakan masa hampir tiga tahun ekoran daripada krisis kewangan yang di alami.
Seterusnya ia mengalami penambahbaikan dari tahun ke tahun, seperti penambahan bahagian belakang pada tahun 1889 dan penambahan sayap kiri serta kanan pada tahun 1900.
Destinasi yang terletak di Jalan Taming Sari ini begitu menarik untuk dilawati bagi pencinta seni dan sejarah.
Pelbagai artifak daripada Lembah Kinta dan Lembah Lenggong, adat istiadat Melayu dan Orang Asli, contoh zoologikal, basikal lama, rumah miniatur Orang Asli, pengangkutan lama, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dan sampan purba turut dipamerkan di sini.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak
- Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM2 bagi dewasa dan percuma untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah
- Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 6:00 petang
Bandar Taiping
Sudah sampai ke Taiping, jangan lupa ronda-ronda di Bandar Taiping yang merupakan ibu kota warisan bagi negeri Perak.
Taiping asalnya dikenali dengan nama Klian Pauh ini menyimpan 1001 warisan negeri Perak yang begitu menarik untuk diterokai.
Menariknya tentang bandar ini kerana ia mempunyai banyak infrastruktur yang pertama dibina di Malaysia dan menyebabkan orang ramai memanggil bandar ini sebagai ‘yang pertama’.
Antara kemudahan tersebut adalah bangunan telegraf (1876), Bukit Larut sebagai stesen perhentian di kawasan tinggi yang pertama di Malaysia, Hospital Taiping (1880), landasan kereta api (1884), Penjara Taiping (1879), padang golf (1885) dan lain-lain.
Oleh itu tidak hairanlah jika bandar ini diisytiharkan sebagai Bandar Warisan.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2664, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak, Malaysia
- Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM8 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak
- Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Pusat Pelancongan Kuala Sepetang
Kuala Sepetang bukanlah perkampungan nelayan yang biasa-biasa, pelbagai aktiviti yang menarik anda boleh lakukan apabila berkunjung ke sini.
Pertama sekali, anda boleh meneroka Hutan Simpan Matang untuk melihat hidupan laut di paya bakau ini.
Seterusnya anda boleh melihat cara pemprosesan arang secara tradisional di Kilang Arang Kuala Sepetang, dikatakan kilang pemprosesan arang ini merupakan antara yang terbesar di Malaysia.
Dengan menggunakan Jambatan Port Weld, anda bakal menemui perkampungan warga Cina dan perkampungan orang melayu.
Malas nak berjalan kaki, anda boleh menggunakan perkhidmatan bot untuk melihat suasana Kuala Sepetang, melawat kolam ikan, melihat helang makan serta melihat kelip-kelip pada waktu malam.
Ingin mengetahui tentang sejarah anda boleh ke Kompleks Sejarah Matang yang turut dikenali sebagai Kota Ngah Ibrahim. Bukan itu sahaja, Kuala Sepetang merupakan antara tempat menjamu makanan laut yang terbaik di Taiping!
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Kuala Sepetang, 34650 Kuala Sepetang
- Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM15 bagi dewasa
- Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang
Menara Jam Besar & New Clock Tower (Old Market)
Taiping mempunyai dua buah menara jam yang begitu ikonik dan bersejarah untuk anda lawati. Yang pertama Menara Jam Besar Taiping yang terletak di tengah-tengah bandarnya dan dibina pada tahun 1881.
Menara yang berkonsepkan ciri kolonial dan Palladian ini menggunakan khidmat daripada arkitek Inggeris serta buruh tempatan untuk menyiapkannya.
Mercu tanda Taiping ini pada asalnya dibina menggunakan kayu dan mula mengalami penambahbaikan pada tahun 1891.
Ia turut dikenali sebagai ‘The Fort’ dan telah berfungsi untuk pelbagai pihak seperti Bomba Taiping, Balai Polis dan kini sebagai Pusat Penerangan Pelancongan.
Satu lagi menara jam di Taiping adalah New Clock Tower yang terletak di Jalan Taming Sari.
Rekabentuk menara ini tidak kurang menariknya, tambahan lagi terpahat perkataan ‘Pasar Lamar,1885’ di badan menara tersebut menjadikannya salah satu tarikan yang bersejarah.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 55, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak
- Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma dan jaga kebersihan
- Operasi: Dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga 11:00 malam
Ansari Famous Cendol
Mencari hidangan yang sesuai dinikmati pada waktu panas? Setelah penat berjalan apa kata pekena cendol ‘legend’ yang mula beroperasi pada tahun 1940 di Ansari Famous Cendol.
Jika anda tiba di gerai ini, jangan pelik jika melihat orang ramai gigih beratur bagi memesan cendol, kerana kelazatan begitu berbaloi untuk anda turut beratur!
Oleh itu, tidak hairanlah jika destinasi ini sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pelancong luar untuk menikmati rasa cendol yang lemak berkrim beserta campuran air gula melaka yang begitu manis.
Pelbagai pilihan cendol boleh didapati di sini dan harganya tidak masuk akal kerana terlalu murah. Nanti dulu, bukan cendol je disediakan di sini tetapi pasembor pun ada!
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | 92, Jalan Barrack No.2 Medan simpang , simpang, 34000 Taiping
- Tiket: Lihat Tour | Anda boleh membuat tempahan makan dan minum disini
- Operasi: Dibuka dari pukul 10:00 pagi hingga 6:30 petang
Spritzer Ecopark
Jika di Taman Tasik Taiping anda berpeluang untuk menghayati keindahan alam, berbeza pula dengan Spritzer Ecopark.
Taman ini mempunyai pelbagai tarikan yang menarik bukan sahaja untuk bersuka ria malah anda boleh menambahkan ilmu pengetahuan sekali.
Di sini anda boleh bermain golf di Taman Golf Mini, membeli cenderamata di Kedai Mini atau anda boleh duduk bersantai menghirup secangkir kopi di Kedai Kopi.
Menariknya di sini kerana anda boleh melawat ke kilang pemprosesan air mineral Spritzer.
Jika berkunjung ke sini bersama anak-anak anda boleh ke Zon Kidz yang menawarkan aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.
Selain itu, Spritzer Ecopark turut menawarkan tarikan seperti The Discovery Tunnel, Tree Tag Walkabout dan Cactus Rock yang berusia 214 juta tahun!
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 898, Reservoir, Off, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping
- Tiket: Lihat Tour | Masuk adalah percuma tetapi golf mini memerlukan pendaftaran & sedikit bayaran
- Operasi: Dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00 malam
Coronation Swimming Pool
Taiping bukan sahaja mempunyai bagunan ‘yang pertama’ malah turut mempunyai tarikan berkonsepkan alam sekitar yang pertama di Malaysia!
Coronation Swimming Pool atau Kolam Renang Kemahkotaan merupakan kolam renang buatan manusia yang pertama di Malaysia dan dipercayai sudah mencecah 151 tahun.
Menariknya tentang kolam yang dibina pada tahun 1870 ini kerana punca airnya begitu bersih tanpa klorin dan menjadikan para pelancong begitu asyik untuk berendam dalam jangka masa yang lama.
Di sini terdapat tiga buah kolam yang berbeza kedalaman dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Bagi pengunjung dewasa kedalaman yang disediakan adalah sekitar 4 kaki ke 10 kaki dan bagi kanak-kanak pula sekitar 2 kaki ke 3 kaki.
Destinasi ini begitu popular dalam kalangan orang bekeluarga dan berkumpulan untuk mandi-manda.
- Lokasi: Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping
- Tiket: Lihat Tour | Harga tiket masuk adalah RM2 bagi dewasa
- Operasi: Dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga 6:00 petang
Bersambung…