fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
IKLAN / ADVERTISEMENT
Halaman Malaysia Pakej Perak

40 Aktiviti & Tempat Menarik di Perak

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
4 Februari, 2023
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 5 mins read
2.4k 35
A A
0
tempat-menarik-di-perak

Imej: Nor Khaliza Mat Yunus

38.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Tahukah anda, Perak dinobatkan sebagai salah satu daripada 10 wilayah terbaik di dunia untuk dikunjungi pada tahun 2017 oleh Lonely Planet.

Tidak harian juga Perak menjadi alternatif percutian bagi pelancong dari sekitar Selangor kerana Ibu kota Ipoh hanya berjarak 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Limited Edition Limited Edition Limited Edition
IKLAN / ADVERTISEMENT

Ipoh disenaraikan sebagai bandar nombor 6 terbaik di Asia untuk dikunjungi. Kuala Kangsar – bandar rasmi kerajaan Perak, ia adalah rumah bagi Raja Muda dan Sultan Perak

Sekiranya anda sampai ke Perak, anda akan menjumpai pelbagai tempat makan di tepi jalan dengan keenakan masakan makanan disini, begitu juga dengan seni jalanan yang tidak kurang hebat dan lokasi percutian semulajadi yang mengagumkan.

tempat-menarik-di-perak

  • Lihat Penginapan Terbaik di Perak
  • Lihat Aktiviti Menarik di Perak
  • Lihat Peta Percutian Ipoh Perak

Pin

  • 1 Muzium Perak Taiping
  • 2 Galeri Sultan Azlan Shah
  • 3 Muzium Geologi Ipoh
  • 4 Muzium Arkeologi Lenggong
  • 5 Kompleks Sejarah Pasir Salak
  • 6 Time Tunnel Ipoh
  • 7 Han Chin Pet Soo (Ipoh World)
  • 8 Muzium Ho Yan Hor
  • 9 Miniature Wonders Art Gallery Ipoh
  • 10 Kellie’s Castle
  • 11 Menara Condong Teluk Intan
  • 12 Jambatan Victoria
  • 13 Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden
  • 14 Birch Memorial Clock Tower
  • 15 Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village
  • 16 Masjid DiRaja Ubudiah
  • 17 Masjid Sultan Idris Shah II
  • 18 Masjid Muhammadiyah Ipoh
  • 19 Masjid India Muslim Ipoh
  • 20 Masjid Panglima Kinta
  • 21 Zoo Taiping
  • 22 Taman Rekreasi Gunung Lang
  • 23 Spritzer Eco Park
  • 24 Pusat Rekreasi Hot Springs Lubuk Timah
  • 25 Taman Tema Perak
  • 26 Ladang Anggur Saloma
  • 27 Ladang Limau Tambun GOChin
  • 28 Ladang Teh Gaharu
  • 29 Pantai & Tasik di Perak
  • 30 Pulau Menarik di Perak
  • 31 Alam Sekitar Perak
  • 32 Kuala Sepetang
  • 33 Kledang Saiong
  • 34 Gua Tempurung
  • 35 Pasar Karat Ipoh
  • 36 Gerbang Malam
  • 37 Upside Down World Ipoh
  • 38 Art of Old Town
  • 39 Koh Heng Ipoh
Jom lihat 40 aktiviti dan tempat percutian menarik di Negeri Perak Darul Ridzuan ini:


Muzium Perak Taiping

Muzium-Taiping-Perak
terletak di persimpangan Jalan Muzium dan Jalan Taming Sari di Taiping

Perak Museum atau Muzium Perak Taiping merupakan muzium yang tertua dan yang pertama dibina di Malaysia.

Dengan menggunakan konsep senibina Moorish, muzium ini dijadikan sebagai pusat penyelidikan, pengumpulan dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan dan menempatkan koleksi orang asli serta koleksi haiwan yang diawet.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri-Sultan-Azlan-Shah
Galeri Sultan Azlan Shah (Galeri Sultan Azlan Shah ( Kuala Kangsar Perak ))

Pada awalnya galeri ini merupakan istana lama yang dikenali sebagai Istana Ulu.

Kini ia merupakan sebuah galeri yang mana menceritakan tentang kehidupan DYMM Sultan Azlan Shah yang merupakan Sultan, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak yang ke-34 dan juga sebagai Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-9.

Malah galeri ini telah mendapat beberapa anugerah dalam sektor pelancongan di Malaysia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar

Muzium Geologi Ipoh

Muzium-Geologi-Ipoh
Replika dinosaur menarik di Muzium Geologi Ipoh

Geology Museum: Jika anda ingin mengetahui tentang pendidikan geologi dan geosains, bolehlah berkunjung ke muzium ini.

Di sini anda akan melihat pelbagai koleksi fosil, batuan, mineral, batu permata berharga dan separa berharga serta beberapa sampel bijih timah yang ditemui di Lembah Kinta, Perak.

Muzium-Geologi-Ipoh-2
Galeri Geologi Ipoh

Muzium ini dibahagikan kepada tujuh zon bagi memudahkan pemahaman para pengunjung tentang geologi dan geosains.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sultan Azlan Shah, 30820 Ipoh, Perak

Muzium Arkeologi Lenggong

Muzium-Arkeologi-Lenggong
Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Muzium Arkeologi Lenggong ini dibina bagi memperingati sejarah penemuan artifak dan barangan fosil yang digunakan pada zaman Paleolitik.

Shopee Promo Shopee Promo Shopee Promo
IKLAN / ADVERTISEMENT

Antara koleksi menarik yang dipamerkan adalah alat-alat batu zaman Paleolitik, rangka ‘Perak Man’ yang berusia 10,000-11,000 tahun, alat-alat pengebumian dan pelbagai lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jabatan Muzium dan Antikuiti, Kota Tampan, Perak, 33400 Lenggong

Kompleks Sejarah Pasir Salak

Kompleks-Sejarah-Pasir-Salak
Memorial penting sejarah terbilang Pasir Salak

Kompleks ini dibina bagi memperingati jasa pahlawan melayu dalam pertahankan maruah bangsa dan negara.

Pasir Salak cukup terkenal dengan sejarah pembunuhan J.W.W Birch yang merupakan residen pertama di negeri Perak.

Terowong Sejarah Pasir Salak
Terowong Sejarah Pasir Salak

Kompleks ini menggunakan teknik pameran diorama bagi menceritakan kronologi peristiwa tersebut. Bukan sahaja menceritakan tentang peristiwa tersebut malah komplek ini turut beberapa monumen lain yang menarik seperti Tugu Peringatan Pahlawan Perak dan Tugu Peringatan J.W.W Birch.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 4:00pm | 36800 Kampung Gajah, Perak

Time Tunnel Ipoh

Time-Tunnel-Ipoh-Old-Town
Time Tunnel Ipoh Old Town dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang

Ingin merasai kehidupan sekitar zaman 70 an dan 80 an di Ipoh? Time Tunnel Ipoh yang terletak di Jalan Panglima, Ipoh ada menawarkan tarikan tersebut yang mana terdapat pelbagai alatan yang digunakan pada zaman lalu.

Travel-Bag Travel-Bag Travel-Bag
IKLAN / ADVERTISEMENT

Seperti peralatan dapur, kedai gunting rambut dan alatan sekolah yang digunakan sekitar tahun 70 an dan 80 an.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:30pm | Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak

Han Chin Pet Soo (Ipoh World)

Ipoh World telah melengkapkan Han Chin Pet Soo dengan koleksi perabot antik, rasa ingin tahu, barang koleksi dan artefak asli dari tempoh tersebut
Ipoh World telah melengkapkan Han Chin Pet Soo dengan koleksi perabot antik, rasa ingin tahu, barang koleksi dan artefak asli dari zaman tersebut

Han Chin Pet Soo merupakan antara bangunan batu pertama yang dibina di Leech Street ekoran daripada tragedi ‘Great Fire of Ipoh’.

Negeri Perak turut terkenal dengan aktiviti perlombongan bijih timah suatu ketika dahulu oleh itu muzium ini dibina bagi memperingati zaman kegemilangan tersebut.

Di sini anda akan didedahkan dengan sejarah perkembangan aktiviti perlombongan bijih timah dan koleksi barangan lama turut dipamerkan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 3:30pm | 3, Jalan Bijeh Timah, 30100 Ipoh, Perak

Muzium Ho Yan Hor

Muzium Ho Yan Hor
Muzium Ho Yan Hor

Ho Yan Hor Museum: Sudah keluar daripada Han Chin Pet Soo, apa kata masuk pula ke Muzium Ho Yan Hor yang terletak disebelahnya sahaja.

Muzium ini berkisarkan tentang kehidupan Dr Hoi Kai Cheong yang merupakan ahli herba yang berjaya dan kini menjadi pengeluar produk farmaseutikal terkemuka di Malaysia.

Di sini anda dapat melihat pelbagai jenis ramuan tradisional yang digunakan oleh Ho Yan Hor serta cara menghasilkan teh herba asli Ho Yan Hor.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 4:00pm | 1, Jalan Bijeh Timah, 30000 Ipoh, Perak

Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

Miniature Wonders berpindah dari bandar Lama ke Tanjung Tualan
Miniature Wonders berpindah dari bandar Lama ke Tanjung Tualan

Miniature Wonders Art Gallery ini memaparkan sejarah, cerita rakyat dan legenda China menerusi pameran diorama.

Menariknya tentang galeri ini kerana patung-patungnya dihasilkan menggunakan adunan tepung!

Miniature Wonders Art Gallery Ipoh

Galeri ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu Royal Banquets and other figurines, Once Upon A Time In Beijing, The Story Of Making Terracotta Warriors dan Along The River During The Qingming Festival.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 8:00pm | Lot 21966, Jalan Kampar, Kampung Ayer Papan, 31800 Tanjung Tualang, Perak

Kellie’s Castle

Kellie's Castle adalah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak
Kellie’s Castle adalah istana yang terletak di Batu Gajah, Daerah Kinta, Perak

Kellie’s castle cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia kerana keindahannya dan pelbagai cerita suka duka disebalik binaan tersebut.

Walaupun bangunan ini merupakan binaan yang tidak sempat disiapkan sepenuhnya, ia tetap menjadi tarikan dalam kalangan pengunjung untuk singgah bergambar.

Rumah besar yang belum siap dan musnah, dibina oleh seorang Scotland bernama William Kellie-Smith
Rumah besar yang belum siap dan musnah, dibina oleh seorang Scotland bernama William Kellie-Smith

Binaan berkonsepkan Moorish ini cukup menarik kerana menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu serta tidak menggunakan paku dan besi!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am- 5:00pm | 31000 Batu Gajah, Perak

Menara Condong Teluk Intan

Menara-Condong-Teluk-Intan
Teluk Intan Leaning Tower (Menara Condong Teluk Intan)

Tidak perlu lagi terbang ke Itali untuk menyaksikan Menara Condong Pisa, kerana di negeri Perak sendiri terdapat menara condong. Pada awalnya ia dibina sebagai keperluan memadam api, tangki simpanan air ketika kemarau, memperingati pentadbir British dan penentu waktu.

Dikatakan menara yang terletak di Teluk Intan ini menjadi condong kerana ia dibina di atas tanah yang lembut dan bebanan tangki air yang berat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Lot 1&2, Komplex Menara Condong, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan

Jambatan Victoria

Jambatan Victoria Kuala Kangsar
Jambatan Victoria Kuala Kangsar

Jambatan Victoria Bridge yang terletak di Kuala Kangsar ini turut dikenali sebagai ‘Geghotak Karei’ dalam kalangan penduduk sekitar.

Jika di negeri Kelantan terletaknya jambatan kereta aoi yang terpanjang, di negeri Perak pula terletaknya jambatan kereta api yang tertua iaitu berusia 120 tahun!

Ia dibina sebagai perhubungan dan laluan pengangkutan bijih timah, namun kini ia hanya digunakan sebagai laluan motorsikal dan penjalan kaki.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 jam | Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden

Kek Long Tong Cave Temple & Zen Garden
Kek Long Tong Cave I Imej oleh: Voon May

Kek Long Tong yang bermaksud ‘Cave of Great Happiness’ ini merupakan sebuah gua batu kapur yang besar dan mempunyai taman yang cantik di sekitarnya.

Malah keadaan di dalam gua itu turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

Keadaan di dalam gua dicerahi dengan cahaya lampu jadi anda tidak perlu bimbang untuk meneroka isi gua tersebut.

Selain bertindak sebagai tarikan pelancongan, gua ini merupakan tempat suci bagi masyarakat Cina Taoist dan Buddhisme.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Pesiaran Sepakat 3, Taman Endah Jaya, 31350 Ipoh, Perak

Birch Memorial Clock Tower

40 Aktiviti & Tempat Menarik di Perak 1

Birch Memorial Clock Tower ini terletak di bandar Ipoh dan merupakan menara bewarna hitam putih yang berketinggian 1.95 meter. Menara ini dibina bagi memperingati residen British iaitu J.W.W Birch.

Tidak sukar untuk menjejak lokasi menara ini kerana ia terletak di hadapan Medan Selera Dataran Dato Sagor yang mana menjadi tumpuan pelancong untuk menjamu selera.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2, Jalan Dato Maharajalela, 30000 Ipoh, Perak

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Kawasan semula jadi yang menggabungkan budaya & pertunjukan seni dengan aktiviti rekreasi seperti mendaki & berbasikal
Kawasan semula jadi yang menggabungkan budaya & pertunjukan seni dengan aktiviti rekreasi seperti mendaki & berbasikal

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village merupakan sebuah taman perkampungan masyarakat Cina yang bermaksud ‘bukit tenang’ kerana lokasinya yang terlindung di sebalik gua batu kapur.

Di sini anda boleh memilih untuk berjalan kaki atau berbasikal bagi menjelajah kawasannya yang dipenuhi dengan pelbagai barangan antik. Jadi bolehlah merasai seperti hidup di masa lalu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5a, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak

Masjid DiRaja Ubudiah

Ubudiah Royal Mosque, Kuala Kangsar, Perak. (Masjid Ubudiah)
Ubudiah Royal Mosque, Kuala Kangsar, Perak. (Masjid Ubudiah)

Ubudiah Royal Mosque: Masjid Diraja Ubudiah ini agak menarik untuk dilawati kerana senibinanya yang menggunakan ‘saracenic’ atau Islam-india yang begitu indah.

Dikatakan proses pembinaan masjid ini memakan masa yang agak lama ekoran beberapa insiden seperti ketulan marmar yang rosak kerana dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Seterusnya, proses penempahan batu marmar dari Itali yang tergendala kerana Perang Dunia Pertama.

Masjid ini turut dikenali dengan nama Masjid Iskandariah dan merupakan salah satu masjid tercantik di Malaysia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Masjid Sultan Idris Shah II

Masjid Sultan Idris Shah II
Masjid Sultan Idris Shah II | Imej Lily Riani

Masjid Sultan Idris Shah II atau Masjid Negeri Perak yang terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh ini turut terkenal dan menjadi lambang kemegahan agama islam di negeri Perak.

Uniknya tentang masjid ini kerana ia mempunyai 125 buah menara di atas setiap kubah. Idea pembinaan masjid ini dikemukakan bagi menampung jumlah jemaah yang kian bertambah untuk beribadah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh Jalan Sultan Iskandar, 30000, Ipoh, Perak, 30000

Masjid Muhammadiyah Ipoh

Masjid Muhammadiyah Ipoh
Masjid Muhammadiyah Ipoh

Masjid Muhammadiyah Ipoh yang terletak di Taman Tasek Jaya ini menarik tumpuan pelancong muslim dan non-muslim ekoran daripada aktiviti dan kemudahan yang disediakan.

Dikatakan penduduk bukan islam di situ sering mengunjungi masjid tersebut kerana persekitarannya yang sejuk dan mereka turut serta di dalam majlis ilmu yang diadakan.

Masjid ini menggunakan senibina cina dengan adanya ‘bumbung panjang’ dan ‘bumbung lima’ daripada bangunan tradisi Cina.

Malah landskapnya turut mengetengahkan konsep Cina seperti penggunaan warna merah dan penanaman pokok buluh.

Oleh itu, ia diiktirafkan sebagai masjid pertama yang menggunakan senibina Cina di Malaysia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Tingkat Tasek Jaya 2, Taman Tasek Jaya, 31400 Ipoh, Perak

Masjid India Muslim Ipoh

Masjid India Muslim Ipoh
Masjid India Muslim Ipoh

Masjid India Muslim atau turut dikenali sebagai Masjid Padang Kota ini dibina sepenuhnya menggunakan tenaga kerja India. Masjid ini mengetengahkan senibina dari Moghul, India Selatan dan tempatan.

Ekoran daripada sejarah pembinaannya, menjadikan masyarakat India-Muslim lebih tertumpu di masjid ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Seenivasagam, 30450 Ipoh, Perak

Masjid Panglima Kinta

Masjid Panglima Kinta
Masjid Panglima Kinta

Sejarah pembinaan masjid ini persis Taj Mahal di India. Masjid Panglima Kinta ini turut dibina bagi mengenang pemergian isterinya.

Masjid yang menggunakan senibina Mughal dan Neo-klasik ini merupakan salah satu masjid yang tertua di Ipoh yang berusia sekitar 119 tahun.

Menariknya lagi, mimbar masjid ini merupakan paling cantik dan dibina oleh seorang tukang kayu yang tersohor dari Seberang Perai.

Dengan menggunakan teknik ‘tanggam’ pembinaan mimbar tersebut tidak menggunakan sebarang paku.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 15, 3, Jalan Masjid, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

Zoo Taiping

pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka - Panthera tigris malayensis
Pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka – Panthera Tigris Malayensis

Zoo taiping atau nama lainnya adalah Taman Mergastua Sultan Idris Shah yang berkeluasan 36 ekar ini terletak berhampiran dengan Taman Tasik Taiping dan Bukit Larut (Maxwell Hill).

Pelbagai hidupan liar, serangga dan unggas yang boleh disaksikan disini. Malah ia turut menawarkan tarikan Night Safari yang membolehkan pengunjung untuk menyaksikan kehidupan haiwan pada waktu malam.


Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang | CC: Jeon.dhira
Taman Rekreasi Gunung Lang | CC: Jeon.dhira

Taman Rekreasi Gunung Lang merupakan sebuah taman awam yang mempunyai pelbagai kemudahan dan tarikan. Antaranya air terjun buatan manusia yang tertinggi di Malaysia!

Tarikan lain seperti memberi makan kepada ikan keli Afrika, ikan Koi, ikan Talapia dan ikan lampam.

Malah, perkhidmatan bot turut disediakan bagi memasuki Gunung Lang untuk melawat mini zoo dan melihat Rumah Perak.


Spritzer Eco Park

Cactus Rock adalah antara benda yang menarik di Spritzer Eco Park
Cactus Rock adalah antara benda yang menarik di Spritzer Eco Park

Spritzer merupakan salah satu jenama air mineral di Malaysia, ia bukan sahaja menawarkan air minuman malah membuka sebuah taman rekreasi di Taiping.

Di sini terdapat lapangan golf mini, The Discovery Tunnel untuk melihat cara pemprosesan air mineral, Tree Tag Walkabout dan Kidz Zone yang dikhususkan kepada kanak-kanak. Destinasi ini amatlah sesuai kepada keluarga untuk membawa anak-anak bersantai.


Pusat Rekreasi Hot Springs Lubuk Timah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah
Pusat Rekreasi Lubuk Timah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah pula merupakan tempat mandi-manda yang mempunyai tarikan air terjun dan kolam air panas yang mana turut mempunyai kemudahan asas yang selesa.

Dikatakan tempat ini diteroka pada awal abad ke 20 ekoran daripada aktiviti perlombongan bijih timah.

Destinasi ini beroperasi pada jam 8 pagi sehingga 6.30 petang serta kadar byaran masuk sangat berpatutan. Destinasi kolam air panas yang lain adalah Sungai Klah Hot Springs dan Trong Hot Springs.


Taman Tema Perak

Sunway Lost World Of Tambun
Sunway Lost World Of Tambun

Jika bercuti secara berkumpulan seperti bersama-sama ahli keluarga mahupun rakan-rakan, taman tema sering kali dijadikan sebagai destinasi pilihan untuk meluangkan masa dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Bukit Merah Laketown Resort
Bukit Merah Laketown Resort

Di negeri Perak ini turut terdapat taman tema yang terkenal di Malaysia iaitu Sunway Lost World of Tambun dan Bukit Merah Lake Town Resort.

Setiap taman tema air ini menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik dan berbeza. Jika ke Bukit Merah jangan lupa untuk turut melawat Pulau Orang Utan!


Ladang Anggur Saloma

Ladang Anggur Saloma
Ladang Anggur Saloma

Ingin merasai pengalaman memetik buah anggur seperti di Cameron Highland? bolehlah singgah ke Ladang Anggur Saloma Vineyard and Nursery yang terletak di Lekir, Sitiawan.

Di sini, anda bukan sahaja dapat membeli buah anggur segar malah dapat membeli anak pokok anggur juga.

Selain mengenali pelbagai spesies anggur anda turut berpeluang untuk melihat benih-benih pokok lain seperti kurma hibrid, buah tin dan pelbagai lagi.


Ladang Limau Tambun GOChin

Ladang-Limau-Tambun-GoChin
Dikenali juga sebagai Pomelo mempunyai rasa yang sangat manis

Di sepanjang Jalan Tambun pula terdapat ladang limau bali yang diusahakan oleh sepasang suami isteri berbangsa Cina.

Menariknya, sebatang pokok limau bali yang berusia 30 tahun dapat menghasilkan 300 biji buah limau dalam masa setahun malah pokok yang berusia 60 tahun pula masih boleh mengeluarkan buah yang berkualiti!

Jika ingin menikmati teh herba yang dihasilkan daripada buah limau bali dan sejenis bunga bolehlah ke sini.


Ladang Teh Gaharu

Ladang-Teh-Gaharu
Pintu masuk Gaharu Tea Valley

Tahukah anda bahawa Malaysia bukan sahaja memiliki ladang teh malah turut mempunyai ladang teh gaharu!

Ladang teh gaharu ini terletak di Gopeng, Perak bukan sahaja menghasilkan teh gaharu malah menghasilkan minyak wangi dan makanan kering.

Ladang-Teh-Gaharu
Ladang Gaharau terbentang luas dengan pemandangan menarik

Di sini terdapat tiga tarikan utama iaitu Viewing Stage yang merupakan puncak tertinggi untuk melihat keseluruhan ladang, Hugging Park dimana anda dapat memeluk pokok gaharu dengan pelbagai lukisan menarik dan Lover’s Park yang mempunyai sepasang pokok berusia 200 tahun.

Singgahlah ke sini untuk merasai keenakkan teh gaharu dan aiskrim teh gaharu.


Pantai & Tasik di Perak

Pantai Teluk Batik
Pantai Teluk Batik

Negeri Perak turut mempunyai pantai yang cantik dan boleh dijadikan sebagai salah satu destinati untuk anda bersantai.

Anda boleh ke Pantai Teluk Senangin dan Pantai Teluk Batik yang terletak di Lumut.

Tasik Cermin Gunung Rapat

Negeri Perak turut terkenal dengan tasik yang cantik dan telah menjadi lokasi penggambaran bagi filem di Malaysia.

tempat-menarik-di-ipoh

Berkunjunglah ke Tasik Cermin Gunung Rapat bagi merasai suasana alam yang begitu indah.


Pulau Menarik di Perak

Pantai Pulau Pangkor
Pantai Pulau Pangkor: CC: M.Fildza Fadzil

Pulau Pangkor tidak seperti pulau-pulau lain di Malaysia yang menumpukan kepada aktiviti air semata.

Di sini terdapat pelbagai tarikan yang perlu dikunjungi, contohnya melawat ke Kota Belanda, Tortoise Hill, Batu Bersurat, Galeri Panorama Pangkor, Kilang Hasil laut Pak Su, Masjid Terapung Pulau Pangkor, dan pelbagai lagi.

tempat-menarik-di-pulau-pangkor
Pulau Pangkor juga terkenal sebagai pusat peranginan

Malah terdapat beberapa gugusan pulau dan pantai di sekitarnya. Jika ingin ronda di kawasan Pulau pangkor bolehlah menggunakan perkhidmatan Teksi Merah Jambu!

Kami sediakan artikel khas mengenai Pulau Pangkor: 30 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor.


Alam Sekitar Perak

Air-Terjun-Lata-Iskandar
Air Terjun Lata Iskandar

Pencinta alam sekitar jangan lepaskan peluan untuk melawat ke beberapa destinasi alam sekitar bagi menghirup udara segar dan melakukan pelbagai aktiviti menarik!

Nak mandi manda bolehlah singgah ke Lata Ulu Chepor, Lata Tebing Tinggi, Air Terjun Lata Iskandar, Air Terjun Ulu Kenas, dan Taman Eko Rimba Lata Kekabu.


Kuala Sepetang

Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang

Kuala Sepetang begitu dikenali sebagai sebuah perkampungan nelayan kerana pernah menjadi sebuah terkenal pelabuhan iaitu Port Weld.

Kini destinasi ini begitu terkenal sebagai tarikan pelancongan kerana ia kaya dengan pelbagai hasil laut dan mempunyai ekosistem paya laut terbesar di Malaysia Barat!

KIlang Arang Bakau Kuala Sepetang
KIlang Arang Bakau Kuala Sepetang

Malah di sinilah tapak pembinaan landasan kereta api yang pertama di Malaysia.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti melawat muzium, memerhati helang, melihat kelip-kelip dan lawatan memerhati ikan lumba-lumba.


Kledang Saiong

Kledang-Saiong
Segar dengan kehijau hutan Kledang Saiong: CC: Sahila

Pernah tengok periuk kera? Di Kledang Saiong bukan sahaja boleh mandi manda malah ada sebuah taman yang menempatkan sebanyak 77 spesies periuk kera!

Tunggu apa lagi, jom ke Taman Nepenthes Kledang Saiong bagi mengenali spesies periuk kera yang terdapat di Malaysia.


Gua Tempurung

Gua Tempurung
Menyaksikan karya alam – Pemandangan dalaman Gua Tempurung | CC: Calvin Teo

Gua Tempurung yang terletak di Gopeng, Perak ini begitu terkenal kerana ia merupakan gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Anda akan berpeluang untuk melihat stalagmit yang berbentuk seperti gergasi jika masuk ke dalamnya.

Kemudahan asas seperti titi, tangga dan lampu turut disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk meneroka isi gua dan meredah sungai yang terdapat di dalam gua.


Pasar Karat Ipoh

Pasar-Karat-Ipoh-Loken
Pasar Karat Ipoh Loken | CC: Lokenial

Pasar Karat Loken atau Ipoh Memory Lane begitu popular dalam kalangan pengemar barangan antik.

Di sini terdapat pelbagai koleksi barangan lama seperti setem, duit dan barangan daripada tembaga.

Malah di sini turut menjual makanan dan buah-buahan. Pasar karat ini beroperasi pada hari ahad bermula jam 6.30 pagi sehingga 1 tengahari.


Gerbang Malam

Gerbang-Malam-Perak
Gerbang Malam riuh dengan peminat

Waktu malam nak berjalan ke mana pula? Gerbang malam semestinya tempat yang perlu dikunjungi jika anda berkunjung ke Ipoh.

Gerbang malam boleh dianggap seperti uptown yang mana suasananya mula hidup pada jam 6 petang sehingga 12 malam.

Dengan slogannya ‘Singgah le…macam-macam ada’ semestinya pelbagai barangan yang anda boleh dapati di sini.


Upside Down World Ipoh

Upside-Down-World-Ipoh
Trick Art menghasilkan fotografi yang menarik

Penggemar fotografi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah terbalik yang terletak di Ipoh.

Upside Down World Ipoh ini menyediakan 16 tarikan yang bertemakan elemen rumah seperti bilik gaya vintaj, bilik tidur dan pelbagai lagi.

Untuk mendapatkan gambar yang kreatif anda jangan segan silu untuk meminta bantuan kakitangan Upside Down World Ipoh menunjukkan pose yang bergaya!


Art of Old Town

Art-of-old-Town-Ipoh
Seni mural banyak dipaparkan di dinding bangunan lama Ipoh

Bandaraya Ipoh begitu terkenal sebagai ‘Heritage Tour’ dan semestinya turut mempunyai lukisan mural yang kreatif di setiap bangunannya.

Terdapat 8 lukisan mural di Ipoh yang dihasilkan oleh pelukis mural terkenal iait Ernest Zacharevic.

Memandangkan hasil seni ini diwujudkan hasil kerjasama dengan OLDTOWN White Coffee, terdapat beberapa mural yang berkaitan kopi dilakarkan seperti An Old Uncle Drinking Coffee, A Bag Of Coffee dan A ‘Kopi’ Break.


Koh Heng Ipoh

Koh-Heng-Square-Ipoh
Koh Heng area kini berwajah ‘Hipster’

Koh Heng merupakan kawasan bangunan lama tapi diberi nafas baru dan dijadikan sebagai kawasan ‘hipster’ yang mana terdapat beberapa kafe dan gerai berkonsepkan hipster di sini.

Jangan pelik jika ramai pengunjung yang sibuk berswafoto di kawasan ini.

Menariknya, di sini turut terdapat kedai buku yang agak unik dan popular di Malaysia iaitu Bookexcess! Malah disini turut terdapat Muzium Yasmin Ahmad yang mempamerkan hasil seni beliau.

Tak puas lagi bergambar? Bolehlah singgah ke Funtasy House Trick Art yang mentediakan pelbagai lukisan dengan efek 2D dan 3D.

Bersambung…

Tags: 15Rpakej percutian peraktempat menarik di ipohtempat menarik perak
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-batu-gajah
Pakej Perak

Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH]

  Tahukah anda Batu Gajah digelar sebagai Bandar Bertuah? Hal ini kerana ia adalah tempat keputeraannya DYMM Sultan Perak. Baginda adalah...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2023
19.3k
Refarm-Kampar-Saimeng-Lee
Pakej Perak

12 Aktiviti Menarik di Refarm Kampar

  Ramai yang kata Refarm Kampar sangat menarik untuk percutian hujung minggu. Benarkah Refarm Kampar berbaloi dikunjungi? Percutian di kawasan...

Oleh: Hadi Ghazali
25 Februari, 2023
14k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
  • tempat-menarik-di-janda-baik

    10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

    289 Kongsi
    Kongsi 11510 Tweet 7194
  • 10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

    88 Kongsi
    Kongsi 11395 Tweet 7122
  • 10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

    99 Kongsi
    Kongsi 6139 Tweet 3837
  • 10 Aktiviti & Tempat Menarik di Muar Johor [PALING POPULAR]

    124 Kongsi
    Kongsi 8152 Tweet 5095
  • 15 Tempat Menarik Di Singapore: Destinasi Terkini [PALING POPULAR]

    602 Kongsi
    Kongsi 22597 Tweet 14123
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas