fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Pangkor

30 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor [PANDUAN LENGKAP]

Pulau Pangkor terletak tidak jauh dari pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terkenal dengan pantai seperti Teluk Nipah, Coral Bay dan Pasir Giam

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
26 September, 2023
Kategori: Pakej Pulau Pangkor, Pakej Perak
Masa Bacaan: 3 mins read
455 43
A A
11
tempat-menarik-di-pulau-pangkor

Pulau Pangkor juga terkenal sebagai pusat peranginan

27.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Pulau Pangkor merupakan salah satu daripada pulau paling terkenal di Malaysia.

Terletak di sepanjang Selat Melaka, pulau ini menjadi tumpuan di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia, yang mana merupakan kawasan negeri Perak.

Pulau percutian ini terkenal dengan nelayan juga sebagai pusat pelancongan di mana ia menerima kunjungan ribuan pelawat setiap tahun.

Kerana kedudukan juga yang strategik, ianya juga selamat untuk percutian sepanjang tahun.

30 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor [PANDUAN LENGKAP] 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda tentu tertanya-tanya apakah tempat tempat menarik di Pulau Pangkor ini?

  • Lihat Pakej Percutian Pulau Pangkor
  • Lihat Hotel & Resort Terbaik Pulau Pangkor
  • Peta Lokasi Pulau Pangkor

Pin

  • 1 Pengangkutan Di Pulau Pangkor
  • 2 Masa Terbaik Melancong Ke Pulau Pangkor
    • 2.1 Cuaca & Iklim di Pulau Pangkor
    • 2.2 Pakaian Bercuti Di Pulau Pangkor
  • 3 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor
    • 3.1 Melawat Kampung-Kampung Pangkor
    • 3.2 Sejarah dan Budaya Pangkor
    • 3.3 Laut dan Pantai di Pangkor
    • 3.4 Meneroka Pulau Pangkor
    • 3.5 Ikan Bakar Pangkor
    • 3.6 Informasi Geografi Pulau Pangkor
  • 4 Tarikan-Tarikan Menarik Di Pulau Pangkor
    • 4.1 Pantai Pasir Bogak
    • 4.2 Teksi Merah Jambu
    • 4.3 Kota Belanda di Pangkor (Dutch Fort)
    • 4.4 Kuil Fu Lin Kong
    • 4.5 Batu Bersurat
Sebelum menjawab pertanyaan ini, ada baiknya kita mengenali dahulu bagaimana untuk ke pulau ini.


Pengangkutan Di Pulau Pangkor

perkhidmatan feri di Pulau Pangkor

Oleh kerana negeri Perak dihubungkan oleh Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, perjalanan ke Pulau Pangkor dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa 3 jam sahaja.

Anda perlu tiba ke Lumut terlebih dahulu dan mendapatkan feri untuk pergi ke Pulau Pangkor.

Tujuan menaiki feri adalah disebabkan tidak ada jambatan menghubungkan Lumut dengan Pulau Pangkor, kerana wujudnya polisi yang mengawal jumlah kenderaan di pulau tersebut bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.

Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Selain memandu sendiri, anda juga boleh mendapatkan bas ke Lumut dari bandar-bandar utama seperti Ipoh juga Pulau Pinang.

Setelah tiba di Lumut, anda perlu berhubung dengan perkhidmatan feri. Jika anda memandu ke sini, terdapat banyak tempat letak kereta di sekitar jeti yang sememangnya dikhususkan untuk pengunjung ke Pulau Pangkor.

Tempat Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Perkhidmatan feri awam adalah tersedia sepanjang hari dengan tiket pergi balik sekadar RM10 seorang. Setelah anda tiba di jeti di Pulau Pangkor, perkhidmatan teksi tersedia untuk membawa anda ke lokasi utama di pulau ini.

Bagi pengunjung yang tidak menyukai perjalanan yang panjang, anda boleh memilih untuk terbang ke Pulau Pangkor kerana ia memiliki lapangan terbangnya sendiri. Berjaya Air menyediakan 3 penerbangan setiap minggu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Kuala Lumpur.

30 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor [PANDUAN LENGKAP] 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Masa Terbaik Melancong Ke Pulau Pangkor

Cuaca & Iklim di Pulau Pangkor

Cuaca & Iklim di Pulau Pangkor

Tidak seperti pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Malaysia, Pulau Pangkor terlindung daripada angin kencang atau hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun.

Ini kerana ianya terletak di antara Semenanjung Malaysia di bahagian timur dan Pulau Sumatera di bahagian barat.

Ini dengan mudah menjelaskan bahawa berkunjung ke Pulau Pangkor boleh dilakukan bila-bila masa sahaja sepanjang tahun, tanpa perlu risau akan keadaan cuaca buruk.

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa bahagian barat Semenanjung Malaysia mengalami hujan lebat semasa hujung tahun berbanding waktu-waktu yang lain.

30 Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor [PANDUAN LENGKAP] 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Sepanjang tahun, Pulau Pangkor mengalami iklim Khatulistiwa. Suhu di sini kebiasaannya antara 20 hingga 30 darjah Celsius di mana, waktu siang adalah sederhana panas dengan tengahari mengalami kepanasan tertinggi. Malamnya pula kebiasaannya sangat sejuk.

Pulau-Pangkor

Pakaian Bercuti Di Pulau Pangkor

Pakaian kasual dan ringan adalah paling sesuai untuk dipakai semasa berada di Pualu pangkor ini.

Secara amnya, tiada larangan dari segi pemakaian di sini, namun para pengunjung perlu menyedari dan sensitif kepada masyarakat tempatan yang kebanyakannya beragama Islam.


Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Pangkor

Melawat Kampung-Kampung dan Bandar Pangkor

Melawat Kampung-Kampung Pangkor

Terdapat beberapa buah perkampungan nelayan terletak di sekitar bahagian timur pulau ini, di mana anda boleh mengalami dan belajar bagaimana industri ini dilakukan.

Ini merupakan tempat terbaik untuk dilihat jika anda ingin mengenali lebih dekat lagi akan tradisi dan budaya masyarakat tempatan.

Bandarnya pula terletak di sekitar kawasan ini, di mana anda boleh melawat kedai makanan laut kering, menikmati makanan tempatan juga membeli barangan cenderahati.

Masyarakat & Budaya Pangkor

Sejarah dan Budaya Pangkor

Terdapat beberapa buah tempat di sini yang boleh dikunjungi jika anda berminat dengan sejarah dan kebudayaan. Ambil sedikit masa untuk melawat Batu Bersurat di sini, di mana anda juga akan menemui Kota Belanda (Dutch Fort) atau anda boleh berkunjung ke Kuil Kali Amman.

Keindahan Pulau Pangkor

Laut dan Pantai di Pangkor

Ini adalah tempat menarik di Pulau Pangkor yang menjadi tarikan utama, keindahan alam semulajadi yang menyegarkan dan meredupkan jiwa.

Kunjungan ke Pulau Pangkor pastinya disertakan dengan sedikit keseronokan di laut dan pantai. Pantai-pantai di sini dijaga dengan baik di mana sebahagian kawasannya adalah kawasan pasir putih yang bersih.

Bergantung kepada bahagian mana pulau ini anda berada, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti laut.

The Coral Bay mungkin sekali adalah lokasi terbaik jika anda ingin mencari pantai yang dijaga rapi dan sangat bersih. Kawasan lain yang anda boleh pergi termasuk Pasir Bogak dan Teluk Belanga.

Meneroka Pulau Pangkor

Meneroka Pulau Pangkor

Salah satu aktiviti unik yang anda boleh lakukan di sini adalah menyewa motorsikal dan meneroka pulau ini sendiri.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak pandai menunggang motosikal, anda boleh menyewa basikal pada kadar RM10 per hari dan berbasikal di sekitar.

Jika anda menyukai alam semulajadi, anda perlu menghala ke Teluk Segadas Hill atau Titi gantung di mana anda boleh menyertai aktiviti menjelajah hutan.

Namun begitu, ini hanya boleh dilakukan dengan penuh berhati-hati dan, anda perlu mendapatkan khidmat pemandu pelancong sebelum menjelajah masuk ke dalam hutan.

Ikan Bakar Pangkor

Ikan Bakar Pangkor

Menikmati ikan bakar di sini merupakan satu lagi pengalaman unik yang anda boleh dapatkan di Pulau Pangkor.

Tiada yang dapat menandingi nikmat makan ikan bakar segar yang dimasak mengikut resepi tempatan, sambil mendengar deruan ombak memukul pantai dari warung tempatan yang memandang ke pemandangan indah waktu senja.

Informasi Geografi Pulau Pangkor

Informasi Geografi Pulau Pangkor

Pulau Pangkor memiliki kepadatan penduduk yang agak besar. Ia menempatkan kira-kira 25,000 orang yang kebanyakannya tinggal di sekitar kampung-kampung dan pusat peranginan yang ada.

Oleh kerana ia terletak di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia, pantai ini terlindung daripada angin monsun kuat yang biasa terdapat di bahagian pantai timur.

Pulau Pangkor juga dikenali bermusim tropika di mana anda dapat mengalami suhu panas dan lembap, berpurata 32 darjah Celsius sementaea hujan lebat hanya semasa hujung tahun.

Keindahan-Pantai-Pulau-Pangkor

Oleh itu, pelancong asing biasanya boleh dilihat di sini sepanjang tahun dan paling ramai adalah semasa bulan-bulan pertengahan seperti Mei hingga September, ketika pulau ini kering dan panas sepanjang hari.

Kawasan utama terletak di bahagian timur pulau, dengan jalan utama mengarah ke pusat bandar dan pantai barat melalui kawasan-kawasan seperti Teluk Nipah, Teluk Belanga dan pantai Golden Sand yang paling popular, dan banyak lagi.


Tarikan-Tarikan Menarik Di Pulau Pangkor

Pantai Pasir Bogak

Pantai Pasir Bogak

Pantai ini terletak kira-kira 200 meter dari kawasan peranginan terdekat. Bentukan batu yang terletak sepanjang garisan pantai ini adalah unik dan ini menjadikan ianya berbeza daripada pantai-pantai lain di Pulau Pangkor seperti pantai Teluk Nipah.

Di sini terdapat juga pelbagai aktiviti sukan air untuk keluarga. Pantai Pasir Bogak juga menempatkan lokasi terbaik untuk melihat pemandangan indah waktu senja Pulau Pangkor.

Teksi merah Jambu

Teksi Merah Jambu

Di Pulau Pangkor, teksi van berwarna merah jambu yang memiliki 10 tempat duduk tersedia sepanjang hari untuk membawa anda ke sekitar.

Walau bagaimanapun, diingatkan bahawa teksi di Pulau Pangkor tiada meter, maka anda perlu bertanyakan harga tambang terlebih dahulu sebelum bergerak ke lokasi yang ditujui.

Kota Belanda di Pangkor (Dutch Fort)

Kota Belanda di Pangkor (Dutch Fort)

Ini adalah tempat menarik di Pulau Pangkor yang anda harus kunjungi. Salah satu tarikan utama Pulau Pangkor adalah binaan ini, yang mana sebenarnya adalah sisa-sisa dan batu asas kepada kota tua berusia 300 tahun yang dibina oleh belanda pada tahun 1670.

Terletak di Teluk Gedung, kota ini pernah menjadi kubu kuat belanda bagi menahan serangan lanun dan masyarakat Melayu tempatan. Ianya terabai setelah berjaya diserang oleh wira tempatan, Panglima Kulub dan pengikut-pengikutnya.

Pada tahun 1973, Muzium Negara mengambilalih urusan pembaikan-semula kota ini.

Kuil-Fu-Lin-Kong

Kuil Fu Lin Kong

Kuil Taoist Cina ini menyerupai dinding besar China versi kecil. Fu Lin Kong juga memiliki pelbagai patung Buddha di dalamnya dan kolam-kolam di sekitar.

Ramai pelancong akan membuat permintaan mereka di kuil ini kerana, dipercayai bahawa permintaan yang dilakukan di sini satu hari nanti akan menjadi kenyataan (mengikut kepercayaan mereka). Lawatan anda pastinya tidak lengkap jika tidak berkunjung ke sini.

Batu Bersurat Pulau Pangkor

Batu Bersurat

Batu bersurat ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock‘ kerana ukiran yang terdapat pada batu ini. Batu ini berukuran kira-kira 10.7 meter panjang dan 4.6 meter lebar dan berdiri 4.3 meter tinggi, dan pada hari ini, terdapat dewan untuk melindunginya.

Batu bersurat ini terletak 100 meter sahaja dari Kota Belanda, di Pulau Pangkor. Ukiran yang ada menampakkan gambar seekor harimau membawa lari seorang budak.

Terdapat dua helai daun, dan huruf-huruf “If Carlo 1743” dan “VOC”. “VOC” mungkin sekali merujuk kepada Verenidge Oon Stindische Company – Syarikat Hindia Timur Belanda.

Terdapar beberapa teori berkenaan ukiran yang terdapat pada batu ini.

Bersambung…

Tags: hotel di pulau pangkorpakej pulau pangkorpulau pangkor
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash
Pakej Perak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

  Ada tempat menarik di Teluk Intan? Teluk Intan adalah sebuah bandar yang menawarkan pelbagai tarikan untuk pengunjung yang mencari...

Oleh: Hasrul Wayne
24 Ogos, 2023
16.2k
Seni Kraftangan Mariwasa
Pakej Perak

15 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuala Kangsar [BANDAR DIRAJA]

  Ada apa yang menarik di Kuala Kangar? Apakah berbaloi bertandang ke Kuala Kangsar? Dengan keindahan istana raja, tapak bersejarah...

Oleh: Hadi Ghazali
24 Ogos, 2023
25k
Selanjutnya
4.3 6 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
11 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.5k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
11
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas