Siapa kata Gopeng tiada tempat percutian? Tahukah anda ada pelbagai tempat menarik di Gopeng Perak yang anda harus kunjungi?
Gopeng ialah sebuah bandar yang tenang di daerah Kampar, terletak kira-kira 30 minit ke selatan Ipoh dan 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta.
Dibingkaikan oleh tebing batu kapur yang berdiri megah, sungai dan gua yang cantik.
Ya, Gopeng adalah destinasi yang mudah dituju untuk sesiapa sahaja yang berminat melakukan aktiviti mencabar, berenang, mendaki dan berakit-rakit kerana Gopeng sedia menawarkan semua ini.
Tahukah anda, Gopeng memiliki hutan hujan purba yang juga merupakan rumah kepada suku asli Semai, serta pelbagai flora dan fauna termasuk Rafflesia, bunga terbesar di dunia, dan Rama-rama Rajah Brooke yang jarang ditemui.
Ah, jangan ditunggu lagi. Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Gopeng anda boleh dimasukkan dalam senarai anda.
Ladang Gaharu Hoga

Ladang gaharu yang terbesar di Malaysia ini telah menjadi tarikan pelancongan yang begitu terkenal di Gopeng buat masa ini. Dikatakan terdapat sekitar 200 ribu pokok gaharu yang berjaya ditanam di sini.
Untuk menjelajah ke kawasan sekitarnya anda boleh mengambil Hoga Ride yang bakal membawa anda ke Viewing Stage, Hugging Park dan Lovers Park.

Melalui sesi tersebut anda boleh menyaksikan pemandangan keseluruhan ladang gaharu, mengenal peralatan untuk memproses gaharu dan bergambar bersama lukisan haiwan di batang pokok.
Jangan lupa dapatkan produk teh Hoga sebelum anda pulang!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:15am – 6:00pm | Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
Muzium Gopeng

Tarikan pelancongan berkonsepkan sejarah ini mempunyai lebih kurang 300 barangan antik yang pernah digunakan oleh penduduk Gopeng sejak 150 tahun yang lalu.
Apa peralatan menarik yang boleh dipamerkan di muzium ini? Anda bakal melihat peralatan tinggalan seperti mesin-mesin yang digunakan untuk kerja memproses bijih timah dan getah.

Bukan itu sahaja, di sini turut mempunyai koleksi radio, mesin jahit, basikal tua, mata wang, jam tangan, peralatan menimbang dan sejarah perkembangan Gopeng itu sendiri.
Muzium ini boleh dilawati seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 47-49, Jln Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Gopeng Heritage House

Berhampiran dengan Muzium Gopeng turut terdapat sebuah tarikan pelancongan yang dikenali sebagai Gopeng Heritage House yang turut mempamerkan koleksi barangan klasik.
Lokasi ini pula dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4 petang kepada orang ramai.

Bangunan warna merah yang beroperasi sejak tahun 2011 ini mempamerkan sejarah penduduk Cina di Gopeng seperti barangan perabot, perhiasan dan seramik yang digunakan oleh mereka.
Tiada bayaran masuk yang dikenakan buat pengunjung, namun anda boleh memberi sumbangan secara ikhlas atau membeli poskad sebagai tanda kenangan!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Gopeng Glamping Park

Taman yang dikelilingi khazanah alam seperti bukit, sungai, gua dan hutan ini pasti memberikan pengalaman bercuti yang memuaskan buat pencinta alam.
Ia merupakan lokasi perkhemahan yang sering menjadi pilihan ahli keluarga, kumpulan rakan-rakan serta pasukan korporat untuk mengadakan aktiviti yang menarik.

Menariknya lagi kerana ia turut menyediakan beberapa pilihan penginapan mengikut kuantiti ahli. Sebagai contoh double tent, quad tent dan deluxe 8 tent.
Jangan risau tentang keselesaannya, kerana ia dilengkapi dengan set tilam, kipas, plug point dan pakej hidangan makanan!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | LOT 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak
Gua Kandu

Gua Kandu yang pernah diduduki oleh tentera Jepun pada perang dunia kedua dan sebagai tempat persembunyian komunis ini sesuai dikunjungi bagi penggemar aktiviti lasak.
Anda memerlukan lebih kurang dua jam untuk meneroka isi gua ini di mana anda bakal merangkak, menyelit dan menggelongsor di kawasan tertentu.

Anda boleh mendapatkan khidmat jurupandu yang berpengalaman untuk meneroka isi gua ini. Menariknya tentang gua ini kerana ia dikatakan mempunyai lebih daripada 300 bilik.
Dan jangan lepaskan peluang untuk merasai aktiviti flying fox di dalam gua ini!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Dato’ Marzuki, Kampung Gunung Panjang, 31600 Gopeng, Perak
Bukit Batu Putih

Masih tidak puas untuk menikmati keindahan alam semulajadi? Jom bawa ahli keluarga anda mendaki ke Bukit Batu Putih yang sesuai untuk pemula atau kanak-kanak seawal umur 8 tahun.
Trek pendakian ke puncak bukit tidaklah begitu mencabar, tetapi pemandangan yang menanti di puncak cukup berbaloi untuk anda!

Rata-rata pendaki tidak akan melepaskan peluang untuk merakam memori di kawasan puncak batunya apabila tiba ke sini.
Lokasi pendakian sekitar 30 minit ini menjadi tumpuan orang ramai pada musim cuti dan hujung minggu.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng, Perak
Gopeng White Water Rafting

Dah sampai di Gopeng ni rugilah kalau anda tidak mengambil pakej water rafting. Keadaan jeramnya yang besar, kecil, mencabar dan berliku-liku ini menjadikan lokasi Sungai Kampar ini begitu sesuai untuk anda melakukan aktiviti sukan air tersebut.

Mengikut river guide, aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 10 tahun dan mengambil masa sekitar 2 jam untuk peserta menghabiskan cabaran di sini!
Untuk menikmati aktiviti ini anda dinasihatkan mengenakan pakaian yang cepat kering dan elakkan hari hujan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Razak House, Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak
Ulu Geruntum Waterfall Abseiling

Lata Merkor atau Geruntum Falls: Dah berjaya mengharungi arus Sungai Kampar? Jom ke air terjun Ulu Geruntum pula untuk mencabar diri dengan aktiviti waterfall abseiling.
Bagi melakukan aktiviti ini, anda perlu mengambil pakej terlebih dahulu bagi mendapat tunjuk ajar dan menjamin keselamatan semasa beraktiviti.

Tambahan lagi untuk ke lokasi aktiviti anda akan dibawa menaiki pengangkutan yang disediakan oleh mereka.
Jangan bimbang bagi pemula kerana demonstrasi akan ditunjukkan sebelum anda dilepaskan untuk menuruni cerun air terjun setinggi 15 meter. Dah berjaya sampai ke bawah bolehlah mandi-manda atau menjamu selera!
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | F68F+P6 Gopeng, Perak
Natasya Riverside Resort Gopeng

Apa yang menarik tentang penginapan yang satu ini? Jika anda menginap di sini pada musim buah, anda pasti bertuah kerana dapat menikmati buah-buahan tempatan yang segar dari dusun.
Di sini anda boleh memilih untuk menginap di kabin, chalet atau caravan ala-ala mat salleh.

Bercerita tentang kemudahannya pula, anda pasti dijamin selesa sepanjang menginap di sini dengan adanya ruang untuk berkelah, mandi-manda di sungai, kelengkapan bersenam dan bermacam aktiviti lasak yang menyeronokkan.
Ia juga menyediakan aktiviti berkumpulan seperti archery, telematch dan treasure hunt.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Hup Teck Soy Sauce Factory

Gopeng bukan sahaja terkenal dengan produk berasaskan gaharu, malah ia mempunyai kicap yang menjadi penambah rasa bagi hidangan Cina di Perak!
Kilang penghasilan kicap yang sudah beroperasi sejak lapan dekad ini menggunakan kaedah tradisional bagi mengekalkan kelazatannya.

Apabila melawat ke kilang ini anda boleh menyaksikan bagaimana proses penapaian dilakukan oleh mereka.
Menariknya lagi kerana mereka menggunakan botol dan bekas kitar semula yang diikat menggunakan tali rafia sebelum dijual kepada pelanggannya.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | 6, Jln Kampung Rawa, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak
Bersambung…