Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Tips Melancong

Pasport Hilang? Bagasi Hilang? Jatuh Sakit? Persediaan Menghadapi Kecemasan

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
16 Januari, 2025
Kategori: Tips Melancong
Masa Bacaan: 2 mins read
457 5
A A
0
pasport hilang
481
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Apa? Pasport hilang? Pasti membuat si pelancong kecut tak keruan. Apakah yang perlu dibuat dan apakah persediaan yang harus dilakukan ketika dalam situasi ini?

Anda mungkin sudah melengkapkan diri dengan buku panduan melancong anda, pakaian ganti malahan mungkin juga bantal belon untuk leher anda semasa penerbangan, namun bersediakah dengan bencana tanpa diduga, yang boleh merosakkan aktiviti pelancongan anda?

Pin

  • 1 Andai Kata Pasport Anda Hilang?
    • 1.1 Apa perlu dilakukan:
    • 1.2 Bagaimana untuk Bersedia:
  • 2 Bagaimana Kalau Beg Bagasi Anda Hilang?
    • 2.1 Bagaimana untuk bersedia:
  • 3 Bagaimana Kalau Anda Jatuh Sakit?
    • 3.1 Bagaimana untuk bersedia:
Dalam artikel ini kami kongsikan 3 kemungkinan merisaukan dan tindakan yang anda boleh lakukan jika dalam kecemasan ketika melancong.

Andai Kata Pasport Anda Hilang?

Pasport Hilang

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Mengelakkan diri dari memikirkan tentang sesuatu bencana itu tidak menjamin anda akan bebas daripada mengalami masalah atau berhadapan musibah semasa melancong.

Contohnya, pasport anda hilang atau dicuri orang atau anda patah kaki semasa melancong di India, persediaan yang cukup pasti dapat meringankan bebanan yang anda hadapi.

Adalah digalakkan untuk anda menyimpan artikel ini sebagai langkah berjaga-jaga dalam menangani bencana semasa melancong tidak kira kecil atau besar, dan membawanya bersama dalam aktiviti pelancongan yang bakal dirancang pada masa akan datang.

Dan sebelum bertolak, pastikan anda telah mengambil langkah-langkah yang wajar – seperti melabelkan bagasi dan membawa bersama salinan surat beranak  – bagi membantu menangani masalah yang mungkin timbul semasa melancong.

Dengan mengetahui apa tindakan yang anda boleh lakukan seandainya berhadapan dengan tragedi sedemikian, ianya dapat menjimatkan masa dan wang, malahan menyelamatkan aktiviti pelancongan daripada malapetaka.

Adalah menjadi mimpi ngeri bagi sesiapa yang melancong: membuka beg tangan, beg galas atau beg duit dan mendapati bahawa pasport anda telah hilang.

Tidak kira ianya hilang atau dicuri – anda mungkin tidak akan tahu sampai bila-bila apa yang telah berlaku kepada buku merah itu – namun tindakan anda hendaklah sama:

Bertindak sekarang juga! Ya, ada kemungkinan kecil anda akan kembali ke bilik hotel dan mencari pasport di bawah katil. Jadi, kembalilah ke bilik hotel anda dan cari dari sudut ke sudut secepat mungkin akan pasport itu, dan hubungi kedutaan seandainya pasport anda telah hilang.

blank

Apa perlu dilakukan:

Hubungi pihak polis dan kemudian kedutaan negara Malaysia yang berada di negara tersebut. Anda perlu hadir sendiri ke kedutaan untuk memohon passport kecemasan bagi membolehkan anda kembali pulang ke tanahair.

Pasport kecemasan hanya sah untuk masa yang terhad, jadi apabila anda sudah berada di Malaysia, perlulah segera memohon pasport yang baru.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Sebelum anda meninggalkan rumah, sediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi mendapatkan pasport kecemasan; seperti yang dinyatakan di bawah.

Jika tidak memiliki segala yang diperlukan, anda mungkin perlu menyerahkan kenyataan laporan atau bukti bagi menyatakan saksi.

Ini akan diisi oleh pelancong senegara yang lain (rakan/ ahli keluarga yang melancong bersama), yang boleh membuktikan bahawa anda adalah diri anda seperti yang anda nyatakan.

Bagaimana untuk Bersedia:

Sediakan “kit pasport kecemasan” untuk dibawa semasa melancong. Prosedur untuk mendapatkan passport kecemasan adalah berbeza-beza bergantung kepada negara yang anda kunjungi, namun ini adalah antara yang mungkin anda perlukan:

  • Sekeping gambar berukuran passport
  • Gambar Kad Pengenalan Diri
  • Bukti kerakyatan negara Malaysia (seperti salinan surat beranak atau passport yang hilang terbabit)
  • Notis perjalanan (jadual penerbangan, tiket kapal dan sebagainya)

Adalah disyorkan untuk anda membuat salinan pasport dan meletakkannya di tempat lain selain daripada tempat simpanan biasa anda (anda malahan boleh menyimpan salinan PDF di dalam telefon pintar anda).

Percayalah – anda pasti akan amat bersyukur dengan bertindak sedemikian seandainya pasport hilang dan anda perlu berurusan pula dengan kecelaruan untuk menggantikannya.


Persediaan adalah kunci utama untuk percutian selamat

Tahukah anda, kini dengan kemudahan jaringan internet dan ‘ Cloud Technology’ anda boleh menyimpan salinan dokumen-dokumen penting di storan online yang boleh didapatkan secara percuma seperti Dropbox, Google Drive, Microsoft Drive dan banyak lagi.

Jika sekiranya pasport dan gajet atau segala barangan dan bagasi anda hilang, iaitu sekiranya anda sehelai sepinggang, storan ‘cloud’ ini adalah penyelamat untuk anda.


Bagaimana Kalau Beg Bagasi Anda Hilang?

blank

Insurans perjalanan merupakan salah satu jaringan keselamatan tambahan dalam sesetengah keadaan, terutamanya meliputi terlepas penerbangan.

Walaupun ia mungkin tidak melindungi keadaan jika anda yang terlewat, iaitu ternyata ia merupakan kesalahan anda sendiri.

Namun insurans perjalanan boleh membantu jika anda terlepas perjalanan atas sebab-sebab seperti penyakit, bencana alam atau kemalangan kereta.

Pelbagai beg bagasi meluncur di atas laluan conveyer ala-ala barisan barangan makanan di kaunter pembayaran.

Namun, di mana bagasi milik anda? Meskipun anda sudah membungkus bagasi dengan pita pelekat berwarna oren agar mudah dilihat dan dibezakan, anda masih gagal menemuinya.

Dan setelah penumpang terakhir mendapatkan bagasi terakhir dari atas laluan conveyer, anda terus menyedari: syarikat penerbangan terbabit telah kehilangan bagasi anda.

Bagaimana untuk bersedia:

blank

Untuk mengelakkan (sebanyak yang anda mampu) bagasi anda daripada hilang, keluarkan apa-apa tag luaran pada beg anda yang mungkin sekali mengelirukan mesin skan lapangan terbang tersebut.

Selain itu, pastikan untuk tidak pek apa-apa barangan berharga atau penting dalam beg yang akan dimasukkan ke dalam kargo, dan seperti yang dinyatakan di atas, bawakan pakaian ganti dalam beg galas anda.

Pastikan nama dan alamat anda dilabel dengan jelasnya di bahagian luar bagi setiap bagasi yang ada, dan letakkan label yang mengandungi maklumat perhubungan anda di bahagian dalam bagasi untuk mengelakkan situasi tag yang di bahagian luar terkoyak.

Pastikan anda menyimpan tiket tuntutan bagasi anda!


Bagaimana Kalau Anda Jatuh Sakit?

blank

Mendapatkan bantuan kesihatan di negara luar boleh menjadi sesuatu yang amat mengejutkan dan rasa berbeza sama-sekali.

Samada anda menemui doktor yang tidak boleh berbahasa Inggeris atau anda sama sekali tidak memahami prosedur bagi hospital asing yang anda kunjungi.

Jatuh sakit dan berada jauh dari hospital atau rumah sakit yang kita biasa boleh menjadi sesuatu pengalaman yang amat menakutkan.

Pendekatan terbaik untuk menangani penyakit atau kecederaaan semasa dalam pelancongan adalah untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan ianya boleh berlaku.

Adalah amat penting untuk membuat mencari maklumat berkenaan nombor kecemasan negara anda, nombor telefon dan alamat kedutaan dan juga doktor, serta hospital negara destinasi yang boleh berbahasa Inggeris sebelum perjalanan anda.

Bagaimana untuk bersedia:

blank

Jika anda melancong ke luar negara, buat carian akan kedutaan negara Malaysia di negara yang anda bakal kunjungi; laman web mereka biasanya akan menyenaraikan pakar-pakar perubatan dan hospital.

Jika anda melancong dalam negara pula, hubungi syarikat insurans anda bagi mendapatkan senarai hospital-hospital dan doktor-doktor yang berada dalam destinasi anda (anda mungkin perlu bertindak beberapa minggu lebih awal kerana syarikat insuran mungkin akan menghantar senarai tersebut melalui surat).Simpan maklumat berikut dan simpankan ia bersama-sama anda:

  • Nombor telefon rumah/ peribadi/ pejabat doktor anda
  • Maklumat perhubungan syarikat insurans anda
  • Maklumat perhubungan kedutaan negara yang anda bakal kunjungi
  • Nombor perhubungan saudara terdekat anda, terutamanya jika anda melancong bersendirian.

Tips Keselamatan Paling Penting

Sila berjaga-jaga dengan sebarang risiko penyakit di negara destinasi pelancongan anda, dan dapatkan suntikan imunisasi sebelum anda bertolak


Jika anda berkhemah atau menetap di kawasan yang agak terpencil, lengkapkan diri dengan kit pertolongan cemas.

Juga, jangan lupa untuk menyerahkan salinan jadual aktiviti pelancongan anda kepada seseorang di rumah; dengan cara ini, andai ada apa-apa berlaku kepada anda dan anda tidak dapat membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan perubatan, seseorang akan tahu dimana untuk mencari anda.

Akhir sekali, pertimbangkan untuk mendapatkan insurans perjalanan yang merangkumi perlindungan pemindahan perubatan; diterbangkan keluar dari destinasi yang serba tidak lengkap untuk merawat kecederaan atau penyakit anda boleh menjadi sangat penting dan amat mahal.

Tags: beg bagasi hilangjatuh sakit semasa bercutipasport hilang
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia
Tips Melancong

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

  Sektor pelancongan adalah salah satu sektor yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan pembangunan negara Malaysia. Pelancongan bukan sahaja...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Mei, 2026
55.3k
Tips Beg Bagasi
Tips Melancong

Tips Beg Bagasi: Panduan Mudah Semasa Melancong

Pernah sekali, suami kepada seorang kawan bercuti selama dua minggu di Bali dengan membawa bersama sebuah beg gergasi, mengheret beg...

Oleh: Hasrul Wayne
9 Disember, 2025
5k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my